Anda di halaman 1dari 15

GAT 8013 - PENYELIAAN

PENJAGAAN TANAMAN

PENGENALAN (12/06 16/06/2017)


Pengenalan kepada penyeliaan penjagaan tanaman
Penyeliaan ialah satu tugasan yang diberikan kepada seseorang atau
beberapa orang untuk memastikan proses pengeluaran /
perlaksanaan kerja dibuat dengan betul mengikut prosedur sehingga
mencapai matlamat operasinya menggunakan sumber-sumber yang
ada
Penyeliaan kerja penjagaan tanaman ialah satu tugasan yang
diberikan kepada seseorang penyelia tanaman bagi memastikan kerja
berkenaan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang
ditetapkan.
Penyelia merupakan ketua kumpulan kerja yang mempunyai
pengaruh kepada tenaga kerja dan memberi sumbangan kepada
peringkat kegiatan yang terakhir
Tujuan menyelia kerja penjagaan tanaman
a) Menentukan kerja-kerja penjagaan tanamam dilaksanakan
dengan betul mengikut prosedur / spesifikasi yang ditetapkan
b) Memastikan kerja penjagaan tanaman berjalan lancar dan dapat
disiapkan mengikut jadual.
c) Memantau pekerja membuat kerja penjagaan tanaman supaya
tidak melakukan sebarang kesilapan yang menjejaskan kelancaran
kerja
d) Mengatasi masalah yang timbul sebaik mungkin dengan kadar
segera supaya kerja penjagaan tanaman kembali ke landasan yang
betul
e) Memberi bimbingan dan dorongan kepada pekerja supaya dapat
membuat kerja penjagaan tanaman dengan cekap serta ikhlas
f) Kerja-kerja penjagaan tanaman dilaksanakan menggunakan
sumber / kemudahan sedia ada dengan cekap serta berkesan
g) Menjimatkan tenaga, masa dan kos
Jenis-jenis kerja penjagaan tanaman yang
perlu diselia.
a) Kawalan rumpai
b) Kawalan perosak dan penyakit
c) Pembajaan
d) Pengairan/ penyiraman
e) Pendebungaan
f) Pertumbuhan tanaman
g) Pemungutan hasil
Ciri-ciri penyelia tanaman yang baik.
a) Berpengetahuan dan mahir dalam kerja sebagai penyelia.
b) Mengetahui dengan jelas objektif organisasi dan bahagiannya
yang hendak dicapai.
c) Berkebolehan bekerja dengan orang lain samada orang
atasannya, rakan sekerja, orang bawahannya dan pelanggan.
d) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal
supaya boleh membimbing pekerja dan tidak mudah diperdayakan
e) Berkebolehan memberi penerangan dan tunjuk ajar tentang
kerja.
f) Mampu menjadi pendengar yang baik.
g) Memberi peluang stafnya bercakap tentang kerja dan masalah
mereka.
h) Berdisiplin dan adil.
i) Tidak terlalu tegas atau terlalu lembut.
j) Seorang guru yang baik.
Kaedah menyelia kerja penjagaan tanaman.
a) Sentiasa berada dengan pekerja sepanjang kerja penjagaan
tanaman dilaksanakan
b) Memeriksa kerja-kerja penjagaan tanaman yang mustahak dan
kritikal
c) Memanggil wakil pekerja dan bertanya kemajuan kerja
penjagaan tanaman
d) Memasang CCTV
Maklumat kerja penjagaan tanaman
a) Arahan orang atasan
b) Jadual Penanaman & Pengeluaran Tanaman
c) Manual Tanaman Khusus lepada penjagaan tanama
d) Pelan kawasan tanaman
Kepentingan merujuk maklumat penjagaan
tanaman
a) Supaya kerja-kerja penjagaan tanaman selaras dengan kehendak
orang atasan
b) Kerja-kerja penjagaan tanaman yang dibuat menepati manual /
prosedur / spesifikasi, pelan dan jadual yang ditetapkan
c) Untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting untuk merancang
dan seterusnya menyelia kerja penjagaan tanaman
d) Kerja-kerja penjagaan tanaman yang dibuat tidak terkeluar dari
jangkaan seperti terlebih kawasan, lambat siap dan sebagainya
e) Menjangka masalah yang timbul serta bersedia menghadapi dan
mengatasinya
f) Mengenalpasti sumber / kemudahan yang ada untuk digunakan
secara cekap dan berkesan bagi melaksanakan kerja-kerja penjagaan
tanaman
Jadual Penanaman
Jadual Penanaman Pengeluaran Tanaman ialah segala gerak kerja
untuk mengusaha tanaman dari awal iaitu penjagaan tanaman hingga
akhir iaitu sehingga hasil tanaman dapat dikeluarkan di atur dalam
jadual yang diformatkan. Antara gerak kerja penjagaan tanaman ialah
penanaman, penjagaan tanaman sehinggalah hasil tanaman dikutip,
dikendali, dproses dan dipasarkan
Tujuan jadual penanaman
a) Meringkaskan maklumat kerja penanaman dan pengeluaran
tanaman
b) Menyusun kerja penanaman dan pengeluaran tanaman
mengikut turutan
c) Mudah dan cepat membuat rujukan serta mendapatkan
maklumat
d) Menentukan kerja yang patut didahulukan, serentak, yang susah
dan sebagainya.
e) Memastikan kerja penanaman dan pengeluaran tanaman seperti
penjagaan tanaman disiapkan mengikut masa yang ditetapkan
Manual tanaman
a) Menjadi sumber rujukan utama untuk mengusaha tanaman
b) Mengandungi maklumat lengkap untuk mengusaha tanaman
c) Menyatakan cara-cara yang betul untuk mengusaha tanaman
d) Menganggar keperluan tenaga, masa dan kos untuk mengusaha
tanaman
Plan kawasan
Plan kawasan ialah lembaran yang menyatakan kedudukan perkara-
perkara yang ada di dalam sesebuah kawasan. Kawasan dan perkara-
perkara yang ada di dalamnya dikecilkan saiznya mengikut skil dan
petunjuk tertentu.
Tugas-tugas penyelia tanaman berkaitan kerja
penjagaan tanaman tanaman
a) Mendapat dan menyemak maklumat kerja
b) Merancang kerja penjagaan tanaman
c) Menyemak kedatangan pekerja
d) Menyampaikan arahan kerja kepada pengawas dan pekerja
e) Memeriksa keperluan kerja mencukupi dan berfungsi
f) Memantau pekerja membuat kerja-kerja penjagaan tanaman
g) Memastikan kerja penjagaan tanaman mengikut prosedur
h) Memeriksa hasil perlaksanaan kerja penjagaan tanaman
Senarai Semak Kerja

Anda mungkin juga menyukai