Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan diwujudkan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, mengamalkan gaya hidup sihat,
sejahtera dan produktif.

Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat sebagai budaya Malaysia. Justeru,
murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi membentuk
sahsiah dan sikap serta sentiasa bersedia menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran perubahan
hidup dan persekitaran sosial era globalisasi masa kini.

Matlamat
1) Menyedarkan murid bahawa PJK (Pendidikan Jasmani & Kesihatan) bukan sahaja satu
matapelajaran yang melibatkan kecergasan fizikal semata-mata, malah lebih kepada penjagaan
kesihatan tubuh badan supaya sentiasa sihat dan cergas.
2) Mengubah persepsi murid terhadap matapelajaran PJK yang dianggap membosankan.
3) Meningkatkan dan melahirkan atlet-atlet sukan yang dapat mengharumkan nama sekolah.

Objektif
Murid dapat:

1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.


2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai aktiviti
fizikal.
5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan membuat keputusan bijak dalam kehidupan.
6. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran.
7. Menguasai kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan
kesihatan.
8. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan pengetahuan dan pengalaman.
9. Menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian.
10. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan.

Anda mungkin juga menyukai