Anda di halaman 1dari 5

40 hari antara hikmah dan kesannya.

Sebenarnya,tujuan artikel ini ditulis adalah kerana permintaan dari seorang rakan saya yang bertanya
kepada kenapa pergerakan Dakwah dan Tabligh menggunakan tempoh angka tertentu dalam misi
khuruj mereka seperti mana tempoh tertentu seperti 3 hari,40 dan 4 bulan.Namun disini saya ingin
mengulas mengenai tempoh tersebut dan kenapa ianya di guna pakai di dalam jemaah ini dalam proses
untuk mentarbiah,mengislah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw.

Tempoh 40 hari itu sendiri sangat sinonim dengan agama Islam.Mesti ada sesuatu yang bermanfaat jika
seseorang membuat sesuatu perkara (hal kebaikan) dan mengguna pakai tempoh yang banyak kali telah
di sebut oleh Allah SWT dan Rasulnya.

Allah Swt sebut sendiri dengan tempoh 40 hari.

Allah SWT berfirman : dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu
waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka
sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya EMPAT PULUH MALAM(40 hari). dan berkata Musa
kepada saudaranya Yaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah, dan
janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan". (QS. Al A'raaf 142)

Juga di ayat ini, firman Allah Swt jelas menyebut tempoh 40 hari.

Allah SWT berfirman : Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat, sesudah)
EMPAT PULUH MALAM, (QS. Al Baqarah 51)

Niat saya ingin membuat ulasan berkaitan tempoh ini dalam proses kejadian manusia serta kesannya
kepada kehidupan manusia.Dan apabila seseorang itu mengikuti pergerakan jemaah ini dengan niat
yang betul serta memahami uslub-uslub dan tertib serta peraturan yang telah di tetapkan dalam jemaah
ini,maka Inshallah,akan memperolehi manfaat yang besar dan akan mendatangkan perubahan yang
besar dalam diri seseorang.Disini,saya sertakan satu hadith berkaitan proses kejadian manusia dan
signifikannya kepada tempoh 40 hari.
Dari Abi 'Abdirrahman 'Abdillah Bin Mas'ud RadiyaLlahu 'anhu telah berkata:

"Telah bersabda Rasulullah SAW dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. " Sesungguhnya tiap
orang di antaramu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di alam rahim ibunya dalam 40 hari
berupa nutfah (air yang kental) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian
menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga( 40 hari), kemudian diutuslah kepadanya
Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara: 1.
ditentukan rezekinya, 2. ajalnya (umurnya) 3. amalnya (pekerjaannya), 4 ia celaka atau bahagia .Sahih
Al-Bukhari No. 3208

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;
Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan
air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging;
kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu
dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat
keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. [Al-Muminun: 12-14].

Allah Swt berfirman :

Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-
Nya. [As-Sajadah: 9].

Jika dihitung, proses pembentukan seorang manusia sebelum ditiupkan roh adalah sebanyak 120 hari(40
sebanyak 3 kali) atau 4 bulan. Baiklah, kembali kita perihal tentang kejadian manusia. Dalam pada masa
inilah, seorang muslim mula merasai tentang kenikmatan di dalam ibadat kepada Allah setelah bersusah
payah kerana agama selama tempoh tersebut. Di sini mula tersingkap perasaan kasih sayang dan
kerisauan yang mendalam terhadap agama. Di sini juga mula berputik perasaan tanggungjawab yang
meninggi sebagai umat Nabi Saw dengan membawa fikir dan risau baginda Saw di dalam kehidupan
seharian.

Setelah masa 40 hari di alam kandungan terbentuklah pendengarannya, panglihatannya, kulitnya,


dagingnya, dan tulangnya. Setelah 40 hari tarbiah dan islah diri terbentuklah pendengaran yang selalu
mendengar kebaikan, panglihatan yang selalu melihat kebaikan. Dan akan ada perubahan kearah
kebaikan setelah masa 40 hari.
Cuba kita bayangkan kalaulah seorang bayi apabila berada didalam kandungan dalam tempoh 40 hari
sebanyak 3 kali berturut dan jumlah kesemuanya berjumlah 120 hari dan kemudiannya Allah SWT telah
meniupkan roh bagi setiap bayi-bayi ini di dalam kandungan ibunya,maka dengan kaedah dan tempoh
yang sama ,manusia apabila berada di dalam perut masjid,dengan berpandu kepada rujukan garis
panduan yang telah ditetapkan oleh ulama-ulama,maka inshaAllah ianya akan mendatangkan
perubahan kearah kebaikan dan kalau seseorang bayi apabila berada selama 120 hari di dalam perut
ibunya,Allah SWT meniupkan roh bagi bayi tersebut,maka orang yang berada di dalam perut masjid juga
selama tempoh yang sama,maka di harapkan supaya Allah SWTmeniupkan roh agama kepada seseorang
tersebut.Hal ini merupakan ijtihad Syeikh Ilyass Kandalawi rah,yakni di yakini membawa kepada hakikat
perubahan kearah kebaikan.(Rujuk kitab Al-Mahfuzat Syeikh Illyas rah)

(Perkaitan tempoh 40 hari dengan amalan agama .Amalan berperjalanan atau keluar dari rumah selama
40 hari juga adalah tempoh masa yang pernah digalakan oleh Saidina Umar r.a.

Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun
bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat (perbatasan). Saidina Umar r.a.
bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat (perbatasan) itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka
berkata Saidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari? (Kanzul Ummal, Juzuk 2
muka surat 288, dipetik dari kitab Risalah ad Dakwah)

Satu lagi hadith menerangkan kepentingan tempoh 40 hari.

Daripada Anas bin Malik r.hu bahawa Rasulullah SAW bersabdaSesiapa yang mengerjakan solah
berjemaah kerna Allah SWT dengan memporelehi takbiratul-ula selama empat puluh hari (40 hari) akan
mendapat dua kelepasan iaitu kelepasan daripada api nereka dan kelepasan daripada sifat
munafik(Hadith Riwayat Imam Tirmizi)

Keistimewaan empat puluh hari (40 hari) adalah kerana tempoh itu boleh memainkan peranan yang
penting dalam membawa perubahan kepada sesuatu keadaan.Oleh sebab inilah mengikut pendapat
ulama tasawuf,mereka berijtihad dalam tempoh empat puluh hari (40) mempunyai keistimewaan khas.
Maka ulama di dalam Usaha dakwah dan tabligh telah berijtihad bahawa tempoh yang disebut dalam
hadith tersebut kepada penggunaannya dalam proses mengislah,tarbiah dan menghayati manhaj
dakwah baginda Saw kepada diri setiap Muslim.Kalaulah tempoh ini boleh memainkan peranan dalam
proses pembentukkan kejadian manusia dalam kandungan seseorang ibu,maka apatah lagi dalam
tempoh yang sama di cuba kepada setiap Muslim untuk melakukan proses tarbiah dan islah dengan
berpandu kepada garis panduan yang telah di tetapkan oleh Ulama-ulama di dalam usaha dakwah
ini.Bagi menhidupkan amalan agama di dalam kehidupan sesorang manusia,hanya akan berkesan dan
diterima apabila di lakukan dengan cara Nabi Saw.

Untuk tarbiah,islah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw,maka suasana persekitaraan
memainkan peranan penting,seperti mana kata-kata Ibnu Khaldun.Maka usaha dakwah ini memilih
masjid dalam proses permulaan kearah pembentukan kepada suasana kebaikan( yakni mudah untuk
melakukan sesuatu hal kebaikan jika berada di dalam masjid).

Kata Ibnu Khaldun dalam karya agungnya iaitu al-Mukadimah,Suasana persekitaraan mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap watak dan tabiat manusia.

Dan dalam proses ini juga penting juga diterapkan formula yang di guna pakai oleh baginda Saw sendiri
dalam mentarbiah,islah dan menghayati manhaj dakwah baginda Saw sendiri yang beliau sendiri telah
ajarkan kepada para Sahabat r.hum,seperti kata-kata seorang Imam mujtahid umat ini.

Imam Malik Rah: Umat ini tidak akan dapat diperbaiki,melainkan di gunakan cara yang sama yang
dilakukan terhadap generasi awal (para sahabat r.hum) .(Muowatho Imam Malik)

Sebagai penutup hayatilah sabdaan Nabi Saw ini: Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah
(ibadah dan taat) SELAMA 40 HARI maka akan zhahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui
lidahnya. (HR. Abu Dawud dan Abu Naimn dalam Al-Hilyah 5/189)

Juga pengajaran daripada kisah ini.


Berdasarkan suatu riwayat, bahtera yang membawa Nabi Nuh a.s dan para pengikutnya itu berlayar
selama 40 HARI, sesudah itu banjir melanda dan Nabi Nuh diperintahkan berlayar menggunakan
bahteranya. Dengan demikian binasalah orang-orang kafir yang menentang Nabi Nuh. Hanya para
pengikut Nabi Nuh yang hidup di atas bahtera sahaja selamat dan tinggal di bumi sebagai penghuninya.

Maka apabila direnung dengan sebaik mungkin,sekarang sudah berlaku banjir,tetapi sekarang dunia
sedang di banjiri oleh lautan maksiat,maka untuk menyelamatkannya( dari lautan maksiat ini) perlu juga
setiap manusia akhir zaman ini kembali kepada bantera seperti bantera Nabi Nuh a.s berlayar 40 hari
dari masjid ke masjid.,dan di harapkan juga supaya setiap manusia juga selamat dari lautan maksiat
pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai