Anda di halaman 1dari 3

Tujuan Dan Dasar

Tujuan
Tujuan Persekutuan ini ialah bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik
dengan membentuk sifat perangainya, melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya,
menurut perintah, percaya akan kebolehan dirinya, menanamkan semangat taat setia dan
meemikirkan keperluan orang lain, mengajar mereka berkhidmat dan menjadi berguna kepada
orang ramai, membuat sendiri benda-benda yang berguna kepada dirinya, memajukan
kesihatan diri, fikiran dan semangat terhadap agama.

Cara latihan yang tertentu bagi Pengakap ialah dengan penerimaaannya sebagai ahli
kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang
beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kunmpulan lingkungan umur yang
meningkat dan seterusnya membuka kejayaan-kejayaan yang disukai oleh semua. Peluang-
peluang untuk berkhidmat kepada orang lain juga, memberikan tanggungjawab, suapaya
mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap, kuasa bekerjasama dan
kepimpinan.

Dasar

Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan di atas Undang-Undang


Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap
rasmi adalah dalam bahasa Malaysia. Persetiaan atau Undang-Undang dalam Bahasa Inggeris
yang telah disahkan boleh digunakan

Persetiaan Pengakap

Waktu dilantik, PENGAKAP akan melakukan Persetiaan berikut:

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa
daya upaya saya akan Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara, Menolong orang pada setiap
masa, dan Menurut Undang-undang Pengakap.

Pemimpin Pengakap
Pemimpin-pemimpin Pengakap yang menerima tauliah mereka pada kali pertamanya
hendaklah mengulangi Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3

Orang-orang Lain
Orang-orang lain yang menjadi ahli Persekutuan ini menurut Peraturan-peraturan ini boleh
membuat Persetiaan pengakap seperti dalam Peraturan 3 kiranya mereka suka.

Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang DiPertuan Agong serta Raja-Raja,
dan kepada Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya, ibubapanya, majikannya dan orang-
orang di bawahnya.
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna, dan menolong orang pada setiap
masa.
4. Pengakap adalah sahabat kepada orang sekeliling dan saudara kepada Pengakap lain
walaupun berbeza negeri, pangkat dan agama.
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya, dan sentiasa
berbudi.
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada semua binatang.
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibubapanya,
Ketua Patrolnya, atau Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya dengan tiada apa-apa soalan.
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya walaupun dalam
masa kesusahan.
9. Pengakap adalah jimat dan cermat
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Pengakap Kanak-Kanak

Undang-undang Pengakap Kanak-kanak

1. Pengakap Kanak-Kanak mengikut kata Tuk Guru


2. Pengakap Kanak-Kanak tidak mengikut kata hatinya sendiri

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN BUDAK-BUDAK PENGAKAP DAN MAJLIS


PENGAKAP MALAYSIA

Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang
lain
Persekutuan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia
Majlis Pengakap Majlis Pengakap Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia

Pesuruhjaya Negeri termasuk Ketua-Ketua Pesuruhjaya Sarawak dan Sabah

Perlembagaan

Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia adalah ditubuh mengandungi

1. Penaung Utama: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Ialah Penaung Utama
2. Penaung_Penaung: Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Negeri Melayu Dan Tuan-
Tuan Yang Terutama Gabenor Pulau Pinang, Gabenor Melaka, Gabenor Sarawak Dan
Yang Dipertua Negara Sabah Ialah Penaung-Penaung.
Penaung Utama boleh melantik seorang Ketua Pengakap bagi tiap-tiap sebuah Negeri
Sarawak dan Sabah. Kiranya perlantikan itu terjatuh kepada Ketua Negeri masing-
masing maka dia boleh juga dilantik sebagai penaung dan dia akan mengambil tempat
utama kepada Ketua Pengakap Negara di semua majlis.

Anda mungkin juga menyukai