Anda di halaman 1dari 3

cut

Menurut Ismail (2010), multimedia akan mewujudkan satu situasi pembelajaran yang
berkesan dan menyeronokkan kerana pelajar akan mendapat 20% dengan membaca, 30%
dari mendengar, 40% dari melihat, 50% apabila menyebut, 60% apabila membuat dan 90%
apabila dia membaca, mendengar, melihat, menyebut dan membuatnya serentak

Pengkaji dan mana-mana guru sekolah yang menggunakannya boleh mengenalpasti dan
menganalisis kemajuan pembelajaran kendiri murid dari masa ke semasa dengan senang dan mudah
sedangkan dalam perisian tersebut terdapat bahagian uji kefahaman murid dalam setiap subtopik di
mana murid harus betul-betul menguasai konsep yang diajar dalam subtopik tersebut untuk
mendapat Password dari guru untuk memasuki subtopik yang seterusnya. Pengkaji dan guru boleh
mendapatkan maklumat dan data berkaitan penguasaan konsep murid melalui ujian kefahaman
tersebut.

Seterusnya, satu ujian diagnostk yang mengandungi 10 soalan objektif dan 5 soalan
subjektif telah digunakan. Aspek yang terkandung dalam ujian ini termasuk jenis gigi, fungsi
gigi serta struktur gigi haiwan berbeza tabiat makan. (menurut XX soalan panjang dielakan)
Dalam ujian bertulis ini, soalan yang memerlukan jawapan panjang dielakkan supaya faktor-
faktor seperti masalah tidak pandai menulis, masalah bahasa peserta kajian mempengaruhi
ketepatan data yang bertujuan untuk menguji penguasaan konsep dan bukannya kebolehan
menjawab soalan. Sampel-sampel yang dikutip disimpan dalam portfolio murid-murid masing-
masing.

Menurut Akhiar dan Shamsina (2011), pengumpulan data yang baik adalah pengumpulan data yang
melibatkan sekurang-kurangnya tiga teknik pengumpulan data bagi tujuan triangulasi.

Temu bual separa berstruktur dipilih untuk mengumpul data awal tentang minat dan
kefahaman peserta kajian terhadap topik struktur gigi Tahun 3. Selain itu, temu bual juga
digunakan untuk mengenalpasti sejauhmanakah penggunaan perisian power-point interaktif,
The-Science-Village boleh meningkatkan minat peserta kajian terhadap topik struktur gigi.
Selaras dengan pandangan Donald (2005) yan menyatakan temu bual dapat membantu
pengkaji mengumpul pandangan yang belainan mengenai isu yang sama semasa temu bual
dijalankan, satu senarai soalan temu bual telah disediakan sebelum temu bual dijalankan.
Jadual X dan jadual X menunjukkan soalan-soalan yang dikemukakan dalam temu bual
bersama peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

Jadual X

Soalan-soalan Temu Bual Bersama Peserta Kajian Sebelum Intervensi

Bil. Soalan
1. Adakah anda suka akan mata pelajaran Sains? Jelaskan pandangan anda.
2. Adakah anda menghadapi masalah semasa guru mengajar topik Struktur Gigi?
Apakah masalahnya?
3. Pernahkah anda membuat pembelajaran kendiri mata pelajaran sains selepas
waktu persekolahan? Jelaskan jawapan anda.
4. Adakah anda gemar menggunakan komputer atau telefon bimbit? Mengapa?

Jadual Y

Soalan-soalan Temu Bual Bersama Peserta Kajian Selepas Intervensi

Bil. Soalan
1. Adakah The-Science-Village membantu anda memahami topik struktur gigi?
Jelaskan jawapan anda.
2.
Selain membuat catatan hasil temu bual dalam jadual yang disediakan, rakaman video turut
digunakan sebagai rujukan bagi merekod butir-butir percakapan komunikasi antara peserta
kajian dengan pengkaji serta mesej-mesej bukan lisan yang mungkin gagal dikesan oleh
pengkaji semasa temu bual dijalankan.

MINGGU AKTIVITI
Pertama Berurus dengan pihak sekolah berkaitan pelaksanaan kajian tindakan.
Berjumpa dengan peserta kajian, menjelaskan tujuan dan matlamat kajian
tindakan dan minta kebenaran mereka untuk menyertai kajian tindakan.
Menjalankan ujian bertulis sebelum intervensi.

Kedua Intervensi kali pertama dilaksanakan. Untuk intervensi kali ini, semua
peserta kajian akan medapat sebuah komputer riba untuk mengekses
akaun The-Science-Village masing-masing.
Peserta kajian dibimbing untuk mengguna The-Science-Village bersama
pengkaji dalam bahagian Tutorial yang ada dalam The-Science-Village.
Peserta kajian terus memasuki subtopik pertama Jenis Gigi.
Pengkaji membuat pemerhatian terhadap peserta kajian semasa mereka
menggunakan The-Science-Village.
Selepas peserta kajian telah menyelesaikan subtopik Jenis Gigi, satu
lembaran uji kefahaman diedar dan dijawab oleh murid. Penyelidik
menyemak kefahaman murid melalui lembaran uji kefahaman yang
dijawab serta secara lisan.
Melakukan analisis data
Ketiga Intervensi kali kedua dilaksanakan. Untuk intervensi kali kedua, peserta
kajian akan memasuki subtopik Fungsi dan Ciri-Ciri Gigi dalam The-
Science-Village tanpa bimbingan penyelidik. Walau bagaimanapun,
perserta kajian masih boleh mendapat bantuan daripada rakan lain atau
daripada guru sekiranya menghadapi masalah dalam penggunaan The-
Science-Village.
Pengkaji membuat pemerhatian terhadap peserta kajian semasa mereka
menggunakan The-Science-Village.
Selepas peserta kajian telah menyelesaikan subtopik Fungsi dan Ciri-Ciri
Gigi, satu lembaran uji kefahaman diedar dan dijawab oleh murid.
Penyelidik menyemak kefahaman murid melalui lembaran uji kefahaman
yang dijawab serta secara lisan.
Intervensi kali ketiga dilaksanakan secara individu. Peserta kajian
berjumpa dengan pengkaji apabila mereka ingin menggunakan The-
Science-Village untuk memasuki subtopik Struktur Gigi Haiwan.
Membuat pemerhatian terhadap peserta kajian semasa mereka
menggunakan The-Science-Village.
Melakukan analisis data.
Keempat Peserta kajian teruskan penggunaan The-Science-Village secara individu.
Memberi ujian bertulis selepas intervensi kepada peserta kajian yang rasa
dirinya sudah bersedia.
Menjalankan temu bual dengan peserta kajian.
Membuat rumusan besar.
Membuat rumusan besar
Melakukan analisis data.

Anda mungkin juga menyukai