Anda di halaman 1dari 33

PENGENALAN

Pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai konsep alam


belajar murid; pelbagai teori pembelajaran; implikasi faktor perbezaan
individu, motivasi, gaya pembelajaran terhadap pemilihan dan pengaplikasian
pendekatan dan strategi pengajaran pembelajaran.

Di samping interaksi dengan pensyarah pada masa cuti, anda boleh


menggunakan panduan pembelajaran ini untuk memperkukuhkan
pengetahuan dan kemahiran anda dalam beberapa tajuk (Tajuk 1 7). Harap
anda mendapat pengalaman belajar yang menarik dan mencabar.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan konsep alam belajar dan pengajaran-pembelajaran.
2. Menjelaskan kepentingan alam belajar dalam perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak.
3. Menghuraikan teori-teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran
dan pembelajaran.
4. Memilih dan mengaplikasi pendekatan serta strategi pengajaran pembelajaran yang
sesuai berdasarkan teori pembelajaran.
5. Mengaplikasi pengetahuan tentang perbezaan individu, gaya pembelajaran dan
motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
TAJUK 1 ALAM BELAJAR

PENGENALAN
KONSEP ALAM BELAJAR
Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen. Cuba kaji Rajah 1 dan
nyatakan dua komponen itu. Di bawah setiap komponen, nyatakan elemen-elemennya.

Alam Fizikal:Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang pelajar dalam bilik
darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik
darjah. Sususan kerusi dan meja , pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar
pemandangan, papan kenyataan , hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan
yang kondisif untuk seseorang pelajar.Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya
auditorium, gaya bersemuka ,gaya off-set ,gaya seminar dan gaya cluster akan
membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.
Psikososial:
Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif , tingkah
laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam
aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah.Seorang guru
yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah tamah,
cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan
pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.
Komuniti Pembelajaran:
Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi
Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap
perkembangan dan pembelajaran individu.
Cuba melayari internet tentang teori ini dan nyatakan elemen-elemen dalam
setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.
1. Mikrosistem.
Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung
dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik,rakan-rakan,jiran
dan guru.
2. Mesosistem.
Perhubungan antara mikrosistem.Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh
mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh
mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran,
sekolah-jiran.
3. Ekosistem.

Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi
keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanakkanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar
raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan
oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial
kanak-kanak tersebut.
4. Makrosistem.
Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma ,nilai-nilai dan amalan
masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan
(santrock 200H).Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan
dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting
5. Kronosistem.
Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa .Misalnya kanak-kanak hari ini lebih
berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau
tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Interaksi elemen-elemen dalam 5 sistem ekologikal Teori Ekologi


Bronfenbrenner boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid.
Apakah implikasi teori ini kepada anda sebagai seorang guru?

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.


Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani
seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar
mencapai kecemerlangan dalam akedemik manakala persekitaran yang tidak sesuai
atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut.
Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan
mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian
persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara
mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID


Pernahkah kita berfikir bahawa kanak-kanak memerlukan main dalam

perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu


permainan sosial dan permainan kognitif. Dengan merujuk kepada nota kuliah
dan carian internet, cuba senaraikan 3 jenis permainan tradisional
untuk setiap kategori.
Permainan Sosial
1.

Permainan congkak

2.

Permainan batu seremban

3.

Permainan main guli

Permainan Kognitif
1.

Permainan galah panjang

2.

Permainan lari ikat kaki

3.

Permainan tingting

Pilih satu permainan tradisional dan nyatakan kepentingannya kepada


perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

Jenis Permainan Tradisional: Permainan sepak raga bulatan

Perkembangan Intelek

Perkembangan sosioemosi

Dapat
belajar
cara Dapat
berkomunikasi
mengimbangkan bola dalam dengan baik dan tunjuk ajar
bulatan yang ditetapkan
yang berterusan untuk
mengimbangi bola.

Perkembangan Fizikal
Pergerakan
kaki,
tangan,mata
dan
badan.Permainan yang
memerlukan
pergerakan pantas.

TAJUK 2 KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan yang meliputi aktiviti 1perancangan, 2pengelolaan,3penyampaian,
4bimbingan dan 5penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk
menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu,
menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar
untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.
Apakah respon anda terhadap gambar di bawah yang dikaitkan dengan konsep
pengajaran dan pembelajaran?
Gambar 1 adalah berkaitan pengajaran seorang ibu kepada anaknya di rumah. Proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana banyak tumpuan adalah kepeda proses
pengajaran dan tunjuk ajar oleh ibu.
Gambar 2 adalah bimbingan seorang guru kepada anak muridnya dimana guru
mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.
Gambar 3 adalah berkaitan pembimbing rakan sebaya dimana rakan sekelas akan
membantunya dalam proses pembelajaran.
KONSEP PEMBELAJARAN
Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi
menyatakan pembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman
organisma, dan menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.
TEORI PEMBELAJARAN GAGNE
Gagne(1968) mengatakan pembelajaran bergerak daripada tahap yang paling
mudah kepada yang kompleks. Beliau telah mengenalpasti lapan jenis
pembelajaran dan setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar
telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.

Dalam jadual hieraki pembelajaran Gagne(1968), lengkapkan ciri-ciri


pembelajaran untuk setiap peringkat.
Hieraki Pembelajaran

Ciri-ciri Pembelajaran yang berlaku & Contoh

1. Pembelajaran Isyarat

Seseorang individu mempelajari gerak balas


terhadap sesuatu isyarat.Contohnya,apabila
seseorang menguap, kita dapat isyarat dia
mengantuk.

2. Pembelajaran Gerak Balas

Proses
peneguhan
penting
untuk
memperkuatkan pertalian antara rangsangan
dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi
secara konsisten dan tekal supaya gerak balas
yang positif dapat dikekalkan.Contohnya, Ali
menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80
%.Ibunya memberi pujian,bagus,Ali pandai.Ali
akan mengulangi tingkah laku itu lagi untuk
mendapatkan pujian daripada ibunya.

3. Rangkaian Motor

Pembelajaran rangkaian motor digunakan


dalam
pembelajaran
kemahiran
seperti
permainan,muzik,elektronik,mekanikal dan lainlain.Rangkaian merupakan satu siri tingkah
laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan
yang dijalankan.

4. Pertalian Bahasa

Untuk menyatakan sesuatu prinsip,pelajar


memerlukan
kemahiran
bahasa
untuk
mengaitkan fakta,data,dan konsep.Pertalian
bahasa
merupakan
satu
rangkaian
berbahasa.Ia
memerlukan
kemahiran
berbahasa yang telah dipelajari dahulu.

5. Diskriminasi

Belajar membezakan benda-benda yang


dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu,untuk
memudahkan proses mengkategori dan
menyimpannya dalam ingatan.Pada masa yang
sama,pelajar dapat membezakan rangsangan
atau maklumat penting berbanding maklumat
tidak penting dan memberi gerak balas

berlainan
untuk
rangsangan
yang
berlainan.Pembelajaran diskriminasi adalah
sangat
penting
dalam
proses
pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat
penting daripada maklumat tidak penting dan
ini memudahkan proses pengkodan maklumat
untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang.

6. Konsep

Pembentukan
konsep
bermula
dengan
pertalian berbahasa dan diskriminasi,iaitu
mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara
tepat.Pelajar dapat membentuk konsep yang
baik
setelah
membuat
persepsi
dan
pengamatan terhadap objek, orang dan
peristiwa.Pelajar perlu didedahkan dengan
banyak contoh-contoh yang jelas supaya dia
dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

7. Hukum

Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua


atau lebih konsep yang berkaitan dalam
sesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran
ini melibatkan penggunaan rumus,prinsip dan
generalisasi.

8. Peneyelesaian Masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan


prinsip,rumus,generalisasi,konsep dan hukum
untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu
situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam
penyelesaian
masalah,iaitu
mengenal
masalah,mencari
maklumat,membuat
hipotesis,membuat pilihan ,membuat rumusan.

KLASIFIKASI HASIL PEMBELAJARAN GAGNE


Gagne juga telah mengklasifikasi hasil pembelajaran kepada lima jenis
pembelajaran. Dengan merujuk kepada nota kuliah dan carian internet, sila
lengkapkan jadual di bawah.

Kategori

Huraian

Maklumat lisan

Mendapatkan semula maklumat yang


disimpan:
Keadaan dalaman
termasuk:

yang

menyokong

-ilmu sedia ada;


-strategi untuk memperoses maklumat
baru;
Kemahiran Intelek

Operasi mental yang membolehkan


murid-murid memberi respon kepada
pelbagai konsapsi mereka berhubung
dengan persekitaran di mana mereka
berada.
Keadaan dalaman yang menyokong.

Strategi Kognitif

Perencangan
Kawalan diri
Pemantuan pemikiran dan pembelajaran
oleh murid-murid termasuk:
-khusus kepada tugas
-umum
-eksekutif

Sikap

Satu keadaan dalaman atau semulajadi


yang mempengaruhi pilihan tindakan
seseorang;

Kemahiran motor

Kebolehan untuk melakukan pergerakan


fizikal mengikut urutan;
Melibatkan tiga tahap:
(i)

Belajar urutan yang berkenaan;

(ii)

Amalkan pergerekan tersebut;

(iii)
Murnikan
berasaskan maklum
persekitaran;

pergerakan
balas daripada

TAJUK 3 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Pernahkah anda mengenali dan membaca hasil penemuan bagi tokoh-tokoh
yang berkaitan dengan teori pembelajaran di bawah?:
Jean Piaget ,SeymourPapert ,Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey

Apa pula tanggapan dan persepsi anda terhadap gambar di bawah? Apakah
yang anda fikirkan? Adakah anda pernah melihat sebelum ini? Mungkin anda
pernah mempelajarinya sewaktu mengikuti kursus perguruan diperingkat sijil
perguruan sebelum ini. Berikan respon anda.

Dengan menggunakan format yang disediakan, anda dikehendaki membuat


catatan tentang ujikaji yang dilakukan oleh setiap tokoh teori pembelajaran serta
hasil penemuannya. Kemudian anda harus memberikan komen terhadap hasil
penemuan tokoh berkenaan.

Tokoh

Ujikaji

Hasil Dapatan

Komen

Kotak
Skinner.
Seekor tikus yang
sedang melompatlompat disekeliling
kotak
tiba-tiba
menekan
butang
Burrhus F. Skinner yang
akan
mengeluarkan
(1904 1990)
seketul
makanan.Tanpa
membuang masa
tikus
itu
akan
mengulangi
menekan
butang
tersebut
untuk
mendapatkan
makanan.

Jika seorang kanakkanak diberi pujian


selepas melakukan
susuatu
yang
diingini
,maka
kanak-kanak
itu
akan
mengulangi
lagi tingkah laku
tersebut
untuk
mendapatkan pujian
atau
pun
peneguhan.

Faktor
ganjaran
iaitu
peneguhan
positif
dan
dendahan
iaitu
peneguhan negatif
akan berperanan
membentuk
perkembangan
kanak-kanak.
Peneguhan positif
perlu dipergiatkan
dari
masa
kesemasa
dan
peneguhan negatif
perlu dihentikan.

Kajian patung Bobo


yang berfokuskan
kepada
pola
tingkahlaku
berhubung
kait
dengan tingkahlaku
agresif .

Kebanyakan
kelakuan
manusia
dipelajari
melalui
pemerhatian
terhadap
permodelan.Melalui
proses
memerhati
orang
lain,seseorang
individu membentuk
satu idea bagaimana
kelakuan
dilaksanakan
dan
apakah kesannya.

Pemerhatian dan
pengekalan
merujuk
kepada
perolehan
atau
pembelajaran
sesuatu
tingkahlaku,
manakala
penghasilan
semula
dan
motivasi
menentukan mutu
atau
kualiti
mencontohi
tingkahlaku yang
dikenalpasti.

Melatih
anjing
untuk
mengeluarkan air
liur
apabila
kedengaran bunyi
loceng.(konsep

Pavlov berpendapat
pembelajaran boleh
berlaku akibat kaitan
anatar rangsangan
dengan gerak balas.

Pembelajaran
yang
berlaku
melalui perkaitan
ini
dinamakan
pelaziman
dan
pembelajaran

Albert Bandura
(1925 sekarang)

Ivan Petrovich
Pavlov

rangsangan
gerakbalas)

dan

yang
berlaku
akibat
dua
rangsangan
inimdikenali
sebagai pelaziman
klasik.

(1849 - 1936)

Abraham Maslow

Hirarki
keperluan
Maslow.Keperluan
Fisiologi,
keselamatan, kasih
sayang, harga diri
dan
penyempurnaan
kendiri.

Keperluan manusia
boleh
disusun
mengikut satu hirarki
bermula
dengan
keperluan
fisiologi,diikuti
dengan
keselamatan,kasih
sayang,harga
diri
dan berakhir dengan
penyempurnaan
kendiri.

Secara semulajadi
murid-murid
kita
hendaklah
mempunyai
kawalan kendiri ke
atas apa yang
hendak
mereka
pelajari, bertindak
ke
ats
persekitaran dan
membuat pilihan
atau
keputusan,
setiap
individu
berusaha
bersungguhsungguh
untuk
menimba
pengalaman
seharian dan guru
menjadi fasilitator.

Kanak-kanak aktif
membentuk
kefahaman
terhadap
persekitaran
melalui
empat
tahap
perkembangan
kognitif.

Dua proses penting


dalam
membina
kefahaman tentang
dunia persekitaran
ialah organisasi dan
adaptasi.Adaptasi
dibahagikan
kepada
asimilasi
dan akomodasi.

Emapat
tahap
perkembangan
berkait
rapat
dengan
umur.
Setiap tahap perlu
diberi penekanan
khusus mengikut
tahap
perkembangan
kognitif
kanakkanak tersebut.

( 1908- 1970)

Jean Piaget
(1896- 1980)

Kebolehan

intelek Murid-murid

Guru

harus

Lev Vygotsky
( 1896- 1934)

adalah
spesifik
kepada budaya di
mana
kita
dipelihara
dan
dibesarkan.
Kebanyakan
daripada apa yang
kita berfikir dan
cara
berfikir
dipengaruhi
oleh
budaya.

biasanya membina
pengetahuan secara
individu serta sosial.
Penyediaan
persekitaran
yang
kondusif
akan
membantu
pelajar
menilai
dan
memanipulasi
persekitara tersebut.

memberi peluang
kepada
pelajar
untuk berinteraksi
mencari
inteprestasi
maing-masing.
Setiap
murid
adalah
berbeza
dan guru harus
memainkan
peranan sebagai
fasilitator
dalam
proses pembinaan
pembelajaran
murid-murid.

TUGASAN
Anda di kehendaki menyediakan satu portfolio berkaitan dengan teori
pembelajaran dengan mengemukakan sekurang-kurangnya dari 3 bahan yang
berbeza dari sumber-sumber tertentu bagi setiap teori pembelajaran, iaitu teori
pembelajaran behavioris, teori kognitif dan konstruktivis, teori humanistik dan
teori pembelajaran sosial.
REFLEKSI
Anda perlu membuat refleksi serta menilai setiap teori pembelajaran yang
dipelajari dan menganalisis sejauh manakah teori-teori itu berguna dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berpandukan kepada mata pelajaran
major masing-masing.

TAJUK 4 MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN


Berpandukan kepada bahan yang dikumpulkan, anda perlu merumuskan dengan
bantuan satu pengurusan grafik untuk membanding beza teori-teori
pembelajaran yang dibincangkan.
PENGENALAN
Pengajaran merupakan satu proses yang merangkumi aktiviti-aktiviti
perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Terdapat beberapa
model pengajaran yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar pendidik sebagai
panduan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan
JENIS-JENIS MODEL PENGAJARAN.
1. Model Pemprosesan Maklumat
Konsep
Pengajaran konsep
- Inkuiri
- Ekspositori
Implikasi Model Pemprosesan Maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran.
2. Model Behavioral
Pengajaran Langsung (Direct Instruction) untuk penguasaan kemahiran
Pembelajaran Masteri
Implikasi Model Behavioral dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Model Sosial
Pembelajaran Koperatif
Main Peranan & Simulasi

Implikasi Model Sosial dalam pengajaran dan pembelajaran


4. Model Personal
Synectics (aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora)
- Kesedaran Peribadi
- pemupukan konsep kendiri dan harga diri yang tinggi
Implikasi Model Personal dalam pengajaran dan pembelajaran

Jenis Model

Contoh

Huraian

Pengajaran

Implikasi terhadap
Pengajaran dan
Pembelajaran dalam
bilik darjah

1.
Model Inkuiri
pemprosesan
Maklumat

Ekspositori

2.
Behavioral

Model Pengajaran
Langsung

Model
ini,murid
melibatkan
diri
dalam
menguji
konsep
dan
hipotesis.

Murid akan mengambil


bahagian yang aktif
dalam
pembelajaran,
menganalisis
data,menyemak
hipotesis dan membuat
refleksi
terhadap
pembentukan
ilmu
yang timbul.

Model ini murid


akan
akan
menerima
isi
pelajaran dari guru.

Murid tidak digalakkan


memikirkan
atau
menyoal tentang apa
yang dipelajari.Mereka
hanya mempelajari apa
yang patut dipelajari
sahaja.

Model
ini Kaedah ini agak sesuai
berarahkan
guru untuk mengajar bacaan
dimana guru akan dan metematik tetapi

3. Model Sosial

menyampaikan isi
pengajaran secara
langsung kepada
murid-murid serta
menstruktur masa
pengajaran supaya
menyusun langkah
pengajaran
dan
pembelajaran.

kurang sesuai bagi


matapelajaran
yang
mirip
kepada
penerokaan
dan
penemuan.

Pembelajaran
Masteri

Model
ini
digunakan
untuk
menyesuaikan
pengajaran dimana
faktor perbezaan
individu
diambil
kira.

Dalam kaedah ini isi


pelajaran
disusun
daripada
mudah
kepada
kompleks
sebelum disampaikan
kepada
murid-murid
agar
murid
dapat
mengikuti pengajaran
guru mengikut kadar
kecekapan
masingmasing

Pembelajaran

Model pembelajar
ini
berfokuskan
kepada
perkembangan
konsep
dan
kemahiaran
melalui
kerja
berkumpulan.

Kaedah
ini
akan
meningkatkan
kemahiran sosial dan
perpaduan anatar ahli
kumpulan
dan
pembelajaran
ini
juga mempunyai impak
ke atas pencapaian
akademik dan harga
diri murid-murid.

Main
peranan
membantu muridmurid memahami
tingkahlaku sosial
,peranan mereka
dalam
interaksi
sosial dan caracara

Main peranan amat


berguna dalam P&P
sains sosial di mana
murid-murid kita dapat
memahami
keprihatinan,nilai dan
perspektif orang lain.
Simulasi
membantu

Koperatif

Main Peranan
& Simulasi

menyelesaikan
murid-murid
untuk
masalah
dengan melihat
perwakilan
berkesan. (Watak objek yang sebenar.
lakonan) Simulasi
menggabungkan
maklumat
mengenai
satusatu
kemahiran
melalui
demonstrasi,praktis
dan latihan khusus.

4. Model Personal

Synectics

Model ini mengajar


kemahiran
menyelesaikan
masalah,aktiviti
penulisan
dan
bidang-bidang
yang lain.

Murid-murid
akan
mengikuti
satu
siri
bengkel
sehingga
mereka berupaya untuk
mengaplikasi prosedurprosedur
tertentu
secara individu dan
kumpulan koperatif.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP PENDEKATAN


Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Terdapat
beberapa pendekatan yang boleh anda guna di dalam bilik darjah iaitu
pendekatan induktif, deduktif, integratif, eklektik dan tematik.
AKTIVITI
Berdasarkan pengalaman anda, terangkan satu contoh pelajaran/aktiviti untuk
setiap jenis pendekatan

Jenis

Prinsip Pembelajaran

Contoh aktiviti

Pendekatan

Induktif

Mengajar dari spesifik ke Pengajaran


mata
umum
pelajaran Bahasa Melayu
penulisan.Tajuk
yang
khusus
perlu
diberi
penerangan yang jelas
dengan
membentuk
soalan-soalan
yang
berkaitan secara lisan dan
mengembangkan
tajuk
dengan fakta-fakta yang
relevan.

Deduktif

Mengajar dari umum ke Pengajaran


mata
spesifik
pelajaran
Sains.Membuat
ujikaji
berkaitan tajuk yang diajar
supaya
pelajar
dapat
meneroka
hubungan
antara
elemen-elemen
yang khusus.

Integratif

Mengintegrasi
kandungan &

Eklektif

Kombinasi
induktif atau

isi Tugasan kumpulan yang


diberikan oleh guru.Pelajar
akan
menggunakan
kemahiran
asas
komunikasi
untuk
kemahiran ke dalam satu
berfikir,mensistesis
dan
pelajaran
memberi pendapat untuk
menyiapkan tugasan yang
diberikan
oleh
guru.Pendekatan ini lebih
berpusatkan
kepada
pelajar.
deduktif, Lembaran
diberikan

kerja
oleh

yang
guru

Integrative

Tematik

Mengajar
mengikut satu
tema sahaja

kepada
pelajar
untuk
sesuatu mata pelajaran
akan
lebih
menitik
beratkan
perbezaan
individu dari segi minat,
kebolehan,pengalaman,
pengetahuan
sedia
ada.Pelajar
dapat
menyiapkan kerja yang
diterima
kerana
ia
menepati
aras
kebolehannya.
pelajaran Guru mengajar tajuk yang
sama bagi satu minggu
untuk
semua
mata
pelajaran.Tema
yang
sama akan diperjelaskan
mengikut mata pelajaran
yang diajar. Contohnya
pengajaran
haiwan
peliharaan
akan
diperjelaskan
dalam
Bahasa
Melayu,Bahasa
Inggeris,Metematik
dan
Sains.Tema yang sama
akan diajar oleh semua
guru.

DEFINISI, JENIS & PRINSIP-PRINSIP SETIAP STRATEGI


Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan kebijaksanaan
memilih, menyusun dan mengurus sesuatu rancangan supaya boleh
menghasilkan pencapaian yang optimum.
Strategi-strategi yang boleh digunakan dalam bilik darjah adalah seperti berikut:
Strategi Pemusatan guru
Strategi Pemusatan murid

Strategi Berasaskan bahan


Strategi Berasaskan tugasan/aktiviti

AKTIVITI
Anda dikehendaki melayari internet http://vels.vcaa.vic.edu.au/support/ teaching.
Html atau merujuk sumber-sumber lain untuk memahami dengan mendalam
strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PEDAGOGI
BESTARI

Elemen-elemen bestari yang terkandung dalam Kursus Latihan Guru Bestari


melibatkan:
4.

Ciri-ciri pelajar (kecerdasan pelbagai, kecerdasan emosi dan gaya

pembelajaran)
2. Pendekatan Pembelajaran (Pendekatan berpusatkan pelajar, individu,
berfikrah, berbantukan teknologi, berasaskan otak dan berasaskan projek)
5.

Strategi Pengajaran-Pembelajaran (strategi-strategi direktif, pemerhatian,

mediatif, uclearc, kolaboratif, pemudahcaraan, konteks luar, kontekstual,


kajian masa depan dan strategi metakognitif)

AKTIVITI
Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) untuk mata pelajaran yang
anda mengajar di sekolah. Anda dikehendaki mengintegrasikan elemen-elemen
bestari yang sesuai ke dalam RPH anda.
Anda boleh melayari website ini: http://www.moe.gov.my untuk mengetahui

dengan lebih mendalam tentang sekolah bestari.

INTEGRASI KEMAHIRAN GENERIK DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Kemahiran uclear melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,


kemahiran belajar, kemahiran menilai dan mentaksir dan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang pendidik dan pelajar, kemahiran ini
amat penting dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran anda. Cuba
dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rujukan yang sesuai dan
persembahkan maklumat ini dalam bentuk grafik. Pemilihan bentuk grafik
(jadual/peta minda/pengurusan grafik) adalah bebas. Simpan latihan ini di dalam
portfolio anda

TAJUK 5 PERBEZAAN INDIVIDU DAN PEMBELAJARAN


PENGENALAN
Perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli-ahli
dalam satu kumpulan individu dalam aspek temperamen, tahap tenaga, pola
persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak (Borich & Tombari,
1997).
Slavin (2005) pula menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menjelaskan kepelbagaian murid
dari segi tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran,
etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakar serta minat.

Perbezaan Individu
Budaya dan Etnik
Jantina
Kecerdasan
Gaya Pembelajaran
Sosio ekonomi
TEORI KECERDASAN PELBAGAI GARDNER
Howard Gardner telah memperkenalkan 9 jenis kecerdasan. Di bawah adalah
jadual yang menunjukkan jenis-jenis kecerdasan yang ada pada setiap orang.
Cuba layari internet dan lengkapkan sifat-sifat utama untuk setiap jenis
kecerdasan.
Kecerdasan

Pekerjaan

Sifat-sifat Utama

Logik Matematik

Saintis, pakar statistik

-Berminat dengan nombor.

ahli nuklear, ahli kaji

-Suka pada penaakulan


dan
penyelesaian
masalah.

bintang

-Gemar
menyukat,
mengukur dan mengurus
data.
Linguistik/Bahasa

Pengarang,penyair,
wartawan, pemidato, ahli
politik

-Berminat
dengan
perkataan,sama ada lisan
atau bertulis.
-Mahir membaca, menulis,
bercerita dan menghafal
perkataan.
-Gemar membaca
mencatat nota.

dan

Muzikal

Penggubal lagu, penyanyi,


pemain alat-alat muzik

-Gemar dengan ritma,


muzik dan pendengaran.
-Peka terhadap
ritma dan pic.

bunyi,

-Boleh menyanyi, bermain


alat
muzik,
dan
menggubah lagu.
-Menggunakan lagu atau
ritma untuk belajar.
Ruang (Spatial)

Pelaut,
pelukis

juruterbang, -Gemar berkaitan ruang.


-Mahir dari segi visualisasi
dan
manipulasi
objek
secara mental.
-Mempunyai ingatan visual
yang kuat.
-Mahir dari segi kordinasi
mata-tangan.
-Cenderung kepada seni.

Kinestetik badan

Penari, ahli sukan, ahli


Gimnastik

-Gemar
kemahiran
motor halus.

dengan
pergerakan

-Cenderung
kepada
sukan,tarian atau lakonan.
-Belajar
fizikal.
Interpersonal

Juru jual, kaunselor, guru

melalui

aktiviti

-Gemar
berinteraksi
dengan orang lain.
-Bersifat ekstrovert dan
pandai berkomunikasi.
-Boleh bekerjasama dalam
kelompok.

-Gemar melibatkan diri


dalam perbincangan atau
perbahasan.
Intrapersonal

Ahli ulama, ahli falsafah,


ahli psikologi dan ahli
teologi.

-Berkaitan dengan kapasiti


introspektif dan refleksi
kendiri.
-Bersifat introvert dan
gemar
bekerja
perseorangan.
-Mempunyai
kesedaran
kendiri yang tinggi.
-Bersifat
memahami
emosi,
matlamat
dan
motivasi sendiri.

Naturalist

Ahli botanist, ahli pencinta


Alam

-Gemar berkaitan dengan


alam semulajadi.
-Berupaya
menghubungkait
maklumat
dengan
persekitaran semulajadi.
-Gemar
menanam
tumbuh-tumbuhan.
-Gemar
berinteraksi
dengan haiwan.

Existentialist

Individu yang berminat


tentang hayat, evolusi
manusia dan kematian

-Berkobolehan
untuk
menimbulkan
dan
membuat
refleksi
mengenai
persoalan
berbentuk
falsafah,
berkaitan
dengan
kehidupandan kematian.

GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN (2000)


Perbezaan Individu yang kedua dan relevan dengan profesion kita adalah
perbezaan gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran sesorang merujuk kepada
stail pembelajarannya. Pada umumnya terdapat tiga jenis gaya pembelajaran
iaitu Visual, Audio dan Kinestetik. Akan tetapi, Dunn & Dunn (2000)
memperkenalkan lima rangsangan yang boleh mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Jadual berikut menunjukkan faktor-faktor yang
memainkan peranan dalam mempengaruhi gaya pembelajaran murid.
Lengkapkan ruang yang kosong.

Faktor

Faktor

Huraian

Rangsangan

Cahaya

Ada pelajar yang suka


belajar suasana terang
dan sederhana terang.
Tidak ramai pelajar yang
suka belajar dalam cahaya
yang malap dan terlalu
terang.

Bunyi

Ada pelajar yang suka


belajar
dengan
bunyi
muzik dan ada pelajar
yang suka belajar dalam
keadaan yang senyap dan
sunyi.

Suhu

Suasana
sejuk
nyaman
mempertingkatkan
keberkesanan
pembelajaran

Persekitaran

dan
dapat

Reka bentuk tempat


Belajar

Rangsangan Emosi

Motivasi

Motivasi
intrinsik
dan
ekstrinsik.Motivasi intrinsik
suka
belajar
dengan
insiatif
sendiri
dan
motivasi ekstrinsik suka
mengikut yang berstruktur
daripada guru.

Keazaman & Tanggung-

Pelajar yang mempunyai


keazaman yang kuat akan
mengambil insiatif sendiri
dan dapat belajar dalam
tempoh
masa
yang
panjang.

Jawab

Sosial

Susunan
kerusi
meja
dalam bilik darjah yang
selesa
dapat
mempertingkatkan
keberkesanan
pembelajaran.

Struktur

Pelajar yang struktur suka


membuat
peraturan
sendiri dan mengikut apa
yang distruktur.

Perseorangan

Suka
belajar
secara
sendiri dan tidak berharap
orang lain berdamping dan
mengganggunya semasa
belajar.

Berpasangan

Belajar bersama rakan


karib
dan
boleh
memperolehi
banyak
kemajuan melalui interaksi
dua hala.

Berkumpulan

Gaya
pembelajar
merangkumi
ciri
perbincangan
dan

kerjasama.

Fisiologi

Psikologi

Orang dewasa

Belajar bersama orang


yang disanjung contohnya
seperti
ibubapa.Orang
dewasa
dapat
menyelesaikan masalah
pembelajaran
yang
dihadapi.

Masa Belajar

Memilih waktu tertentu


untuk belajar.Ada pelajar
yang lebih suka belajar
pada waktu pagi ataupun
pada waktu malam.

Mobiliti

Terdapat belajar yang


suka berdiri atau berjalan
sana sini semasa belajar.
Ada pelajar yang suka
menukar tempat duduk
kerap kali semasa belajar.

Pemakanan

Terdapat pelajar yang


suka makan, atau minum
semasa belajar.

Persepsi

Terdapat pelajar yang


membuat andaian semasa
belajar.

Otak Kiri & Otak Kanan

Mempunyai
kemahiran
berfikir dalam bidang logik,
analitis, bahasa, fakta,
matematik
dan
ingatan.(kiri)
Mempunyai
kemahiran
berfikir
dalam
bidang
kreatif, sintesis, warna,
rekabentuk,
perasaan,
irama,
muzik
dan

imaginasi.(Kanan)
Refleksi

Pelajar yang suka belajar


dengan cara berfikir.

Gerak hati

Belajar
kepada
moodnya.

Global/Analitik

Suka
belajar
sesuatu
dengan
teliti.
Suka
menganalisis fakta dan isi
pelajaran secara terperinci
dan secara menyeluruh.

bergantung
angin
atau

REFLEKSI DAN TUGASAN:

Dalam pengajaran seharian anda, pernahkah anda jumpa murid yang


mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza? Cuba anda senaraikan
perbezaan-perbezaan itu. Dengan mengambilkira perbezaan murid anda,
sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi aktiviti yang
bersesuaian dengan kepelbagaian kecerdasan dan gaya pembelajaran murid.
Cuba anda hasilkan RPH berdasarkan mata pelajaran major anda dan serah
kepada pensyarah untuk disemak.

TAJUK 6 MOTIVASI UNTUK PEMBELAJARAN


PENGENALAN
Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang melakukan
sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang penting yang

membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, disamping menjadikan


proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan
menggembirakan (Kamarudin Hj Husin, 1993)
Santrock (2008) mengatakan motivation is the reason why people behave the
way they do. Motivated behavior is energized, directed, and sustained. Motivasi
adalah kuasa yang menggerakkan manusia mencapai sesuatu matlamat.

Terdapat dua jenis motivasi yang umum. Beri definisi untuk setiap jenis motivasi
dengan contoh.
1. Motivasi Ekstrinsik: Huraian: Motivasi ini adalah penggerak yang mendorong pelajar
untuk melakukan sesuatu kerana inginkan ganjaran nyata yang disediakan. Motivasi ini
hanya berfokuskan kepada ganjaran yang diberi.
Contoh: Ganjaran
yang
jelas
dan
nyata
seperti
member
markah,
gred,agregat,keistimewaan , penghargaan, pujian persaingan dan sebagainya.

2. Motivasi Intrinsik: Huraian: Motivasi ini menggerakkan pelajar untuk melakukan


sesuatu kerana percaya ia tindakan yang betul dan baik.Motivasi ini wujud dari dalaman
pelajar. Motivasi ini melibatkan pelajar sebagai sebahagian daripada proses
pembelajaran. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan
melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari.
Contoh: Mereka yang gemar mengumpul barang-barang antic sanggup belanjakan
ribuan ringgit kerana motivasi ini akan menggerakkan mereka melakukan perkara ini.

Nilai sesuatu aktiviti atau tugasan mempengaruhi motivasi seseorang


melakukkan sesuatu. Tugasan mempunyai tiga jenis nilai yang penting kepada
murid ,iaitu nilai pencapaian (attainment value), nilai minat atau intrinsik dan nilai
utiliti.
Nilai pencapaian: Pentingnya melakukan sesuatu tugasan dengan baik.

Kejayaan sesuatu tugasan memenuhi keperluan peribadi.


Nilai Intrinsik/Minat: Keseronokan yang didapati dari melakukan sesuatu
tugasan.
Nilai Utiliti: Sumbangan sesuatu tugasan kepada pencapaian sesuatu matlamat.
AKTIVITI APLIKASI
Baca scenario-scenario berikut dan kenalpasti samada aktiviti ini mempunyai
nilai pencapaian,nilai intrinsik atau nilai utiliti.

1. Ibu saya sediakan masakan yang sedap. Masakan beliau menunjukkan


perasaan kasih sayang terhadap keluarga. Beliau juga adalah seorang
isteri dan ibu yang baik. Akan tetapi beliau tidak suka memasak.
Jawapan: Nilai Utiliti.

2. Ayah saya adalah seorang yang handal dalam memberi ucapan umum.
Beliau menunjukkan banyak kualiti kepimpinan. Beliau memegang banyak
jawatan pentadbiran yang penting dalam syarikatnya dan
mempengerusikan majlis gereja. Jadi apabila ayah saya di minta menjadi
Presiden dalam salah satu aktiviti gereja, beliau setuju walaupun
menghadapi kekangan masa.
Jawapan: Nilai Pencapaian dan Nilai Intrinsik

3. Teresa menghasilkan kraftangan yang cantik. Beliau menghadiahkan


kepada kawan dan keluarga sebagai hadiah. Apabila saya mencadangkan
bahawa beliau sepatut jual kraftangan yang dihasilkan, Teresa
mangatakan itu bukan matlamatnya.

Jawapan: Nilai Intrinsik

4. Jerry adalah murid yang pandai dalam Algebra dan digelar professor
oleh kawan-kawannya. Dia merasa agak malu sebab sebenarnya beliau
tidak suka Algebra. Akan tetapi beliau sedar bahawa dia perlu mencapai
prestasi yang baik dalam matematik supaya dia boleh mencapai citacitanya
sebagai seorang angkasawan.
Jawapan: Nilai Pencapaian

5. Ali menjadi seorang ahli dalam Kelab Alam Sekitar. Beliau menegaskan
bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam aspek alam sekitar
tetapi beliau mengakui amat menghargai kecantikan dan ketenangan
alam sekitar.
Jawapan: Nilai Intrinsik

TEORI-TEORI BERKAITAN MOTIVASI


Teori motivasi boleh dilihat dari perspektif Teori Pembelajaran Tingkahlaku/
Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Humanisme dan Teori
Pembelajaran Sosial-kognitif. Dengan merujuk nota kuliah dan carian internet
isikan jadual di bawah.
Jadual Menjelaskan Tentang Beberapa Perspektif Tentang Motivasi

Konsep

Idea Utama

Huraian

Perspektif tentang

Behaviorisme

Sumber motivasi
Ekstrinsik.Lebih
mementingkan

ialah

Motivasi

pengukuhan,
ganjaran
,imsentif dan dendaan.
Ahli teoris Skinner.
Humanistik

Sumber motivasi intrinsik.


Lebih
mementingkan
keperluan
harga
diri,
kepuasan kendiri dan
penentuan kendiri. Ahli
teoris Maslow, Rogers.

Kognitif

Sumber
motivasi
intrinsik.Mementingkan
kepercayaan,
atribut
kejayaan dan kegagalan,
jangkaan.
Ahli
teoris
Weiner, Vroom.

Sosial-

Sumber
motivasi
intrinsik.Mementingkan
penglibatan
dalam
komuniti
pembelajaran,
identiti melalui penglibatan
dalam aktiviti kumpulan.
Ahli teoris Lave,Wenger.

Kognitif

TAJUK 7 PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF


HASIL PEMBELAJARAN

(1) Membuat refleksi tentang aspek-aspek yang mempengaruhi persekitaran


bilik darjah
(2) Melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran
yang kondusif

PENGENALAN
Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling
mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda
sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah?
Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran
pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi
sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah
yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa,apakah
aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkanpersekitaran
pembelajaran yang kondusif?
Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga
perkara ini dipatuhi.
1.

Strategi Umum

2.

Prosedur dan peraturan

3.

Kerjasama murid

1.Strategi umum- Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif
-Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk
berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan.

Mengurus kumpulan

Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah.


Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih.
Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan.
Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan
Rutin pentadbiran
Pergerakan murid keluar masuk kelas
Pengurusan bilik darjah
Rutin pengajaran dan pembelajaran
Interaksi antara guru dan murid

3.Kerjasama murid
1. Membina hubungan positif dengan murid.
2. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama
3. Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

Anda mungkin juga menyukai