Anda di halaman 1dari 20

PJM 3110

1. Pembangunan Kognitif pelajar dapat dibangunkan dengan memberi peluang mereka


berfikir secara kritis semasa aktiviti Pendidikan Jasmani.
Nyatakan dan jelaskan dengan ringkas LIMA cara berfikir secara kritis

Pertama, penglibatan murid secara aktif dan selamat. Melalui cara ini, murid
diberi ruang yang sama rata untuk melahirkan perasaan atau pendapat mereka
mengenai sesuatu tajuk dalam pembelajaran.

Kedua, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan. Melalui cara ini,
murid diberi suatu peranan atau situasi untuk mereka selesaikan. Melalui manipulasi
yang boleh dijalankan oleh murid-murid, mereka akan secara tidak langsung akan cuba
berfikir secara luar kotak bagi menyelesaikannya.

Ketiga, penglibatan murid secara penghayatan ilmu. Ianya bermaksud murid-
murid diajar untuk memahami dan menghayati dan bukannya dengan cara terima dan
hafal sahaja. Dengan cara sebegini, murid-murid mampu mengasah fikiran mereka bagi
mengaplikasikan pengetahuan yang mereka ada dengan situasi yang dihadapi.

Keempat, interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat. Interaksi murid-murid
dengan orang yang lebih dewasa mampu membuka minda murid dalam memahami
sesuatu situasi. Peranan guru amat penting dalam memastikan murid-murid mendapat
layanan yang mampu mencorak fikiran mereka.



2. Huraikan secara ringkas LIMA contoh penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan
Jasmani meliputi penyerapan unsur-unsur ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah
seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan boleh
PJM 3110

diserapkan dalam pengajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Penyerapan
ini juga mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran yang
boleh dimanfaatkan dalam pengajaran matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Penyerapan Kecerdasan Pelbagai (KP) dalam P&P Pendidikan Jasmani

Kecerdasan Pelbagai (KP) boleh diserapkan dalam matapelajaran Pendidikan
Jasmani melalui perancangan pengajaran harian yang berkesan. Terdapat 9 jenis
kecerdasan pelbagai yang boleh diserapkan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani
iaitu linguistik, matematik-logik, ruang-visual, kinestetik-badan, muzik, interpersonal,
intrapersonal, lingkungan dan eksistensial. Misalnya, penyerapan kecerdasan pelbagai
muzik boleh diaplikasikan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani dengan menyediakan
aktiviti fizikal yang berbantukan muzik. Seperti aktiviti pemanasan badan dan regangan
yang berbantukan muzik. Ia bukan sahaja menyeronokkan malah membolehkan
penyerapan kecerdasan pelbagai, muzik, dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir dalam P&P
Pendidikan Jasmani
Kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir juga boleh diserapkan
dalam P&P Pendidikan Jasmani. Pengolahan rancangan pengajaran yang sesuai juga
memainkan peranan yang penting. Misalnya, langkah permainan kemuncak yang
mampu mengasah minda murid untuk berfikir strategi yang terbaik untuk mengumpul
mata semasa aktiviti permainan kemuncak dijalankan. Permainan kemuncak ini boleh
dikategorikan sebagai permainan target games ataupun yang lain-lain lagi.
Penyerapan kajian masa depan dalam P&P Pendidikan Jasmani
Kemahiran kajian masa depan dapat diserapkan dalam P&P Pendidikan Jasmani
dengan menimbulkan persoalan ramalan dalam minda murid-murid. Misalnya,
bagaimanakah keadaan kesihatan pada masa akan datang apabila pengamalan
pemakanan yang tidak sihat diamalkan sekarang? Dan, bagaimanakah keadaan
kesihatan jika tidak mengamalkan senaman dan pengambilan makanan yang tidak
seimbang?
PJM 3110


Penyerapan nilai murni dalam P&P Pendidikan Jasmani.
Nilai murni dapat diserapkan dalam P&P Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang
dijalankan haruslah memberi moral dan juga dapat meningkatkan kerjasama antara
murid. Misalnya, aktiviti berkumpulan yang mana nilai kerjasama dan toleransi dapat
dipupuk dalam kumpulan. Antara aktiviti berkenaan adalah aktiviti semasa langkah ke
3 dalam rancangan pengajaran harian.

PJM 3110

3. Nyatakan LIMA ciri bagi setiap pendekatan pengajaran dan pembelajaran di
bawah

a) Pendekatan Tradisional
Guru menentukan dahulu kemahiran.
Guru memberi penerangan dan tunjuk cara
kemahiran (boleh minta pelajar yang mahir membuat tunjuk cara).
Murid akan melakukan kemahiran . (Secara kelas, kumpulan atau individu).
Guru menunjukkan semula gerak kerja sekiranya ada kesalahan yang
dilakukan. Murid melakukan berulang-ulang sehingga menguasainya.


b) Pendekatan Gabungan

Memberi kelonggaran kepada guru memilih kaedah yang sesuai dengan
situasi tertentu.
Memberi peluang kepada pelajar menggunakan bakat dan kebolehan sendiri.
Menggalakkan murid berfikir dan menggunakan proses pemikiran secara lojik
dalam menyelesaikan masalah.
Sekiranya murid bingung untuk menyelesaikan masalah, kaedah terus atau
tradisi diteruskan









PJM 3110

4. Lengkapkan jadual yang kosong di bawah yang menunjukkan perbandingan
antara Ujian Rujukan Norma dengan Ujian Rujukan Kriteria

UJIAN
RUJUKAN NORMA
UJIAN
RUJUKAN KRITERIA

Penggunaan

i. Membandingkan prestasi
antara murid atau kumpulan.
ii. Menentukan murid sama
ada lulus, gagal, cemerlang
dan sederhana.
iii. Memilih murid untuk
tujuan pengiktirafan sijil
i. Menentukan tahap
penguasaan sesuatu
kemahiran yang telah
dipelajari mengikut kriteria
yang telah ditentukan.
ii. Memperbaiki
pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan
keputusan ujian.



Kayu Pengukuran

Peratusan dan skor piawaian Bilangan lulus atau gagal
atau julat prestasi yang
boleh diterima

Disiplin

Semakin pelbagai soalan
ujian, semakin baik.
Kepelbagaian soalan
adalah minima

Pelan Ujian

Penentuan pangkat, gred
bagi menentukan kelulusan
murid pelbagai peringkat.
Tiada gred ditetapkan dan
memadai penyataan lulus
gagal.

Item Ujian

Peperiksaan akhir penggal,
UPSR, PMR, SPM, STPM
Ujian pendek, tugasan,
latihan, soal jawab dalam
bilik darjah.


Pencapaian


PJM 3110


5. Huraikan secara ringkas faktor persekitaran yang mempengaruhi aktiviti
pendidikan Jasmani.
Jawapan:
Faktor persekitaran mempengaruhi aktiviti pendidikan Jasmani berdasarkan
kecenderungan cara hidup sesuatu masyarakat dan kesesuaian kawasan untuk
melaksanakan aktiviti tersebut. Dengan itu, Urie Bronfenbrenner menjelaskan
perkembangan murid-murid sebagai hasil interaksi di antara alam persekitaran dengan
murid-murid tersebut. Beliau telah mengetengahkan model ekologi berbentuk lapisan
bulatan iaitu Sistem Ekologi Bronfenbrenner yang masing-masing mempunyai pengaruh
dan tahap tertentu.
Dalam sistem ekologi ini terdapat lima tahap perkembangan. Tahap pertama
ialah Mikrosistem. Murid-murid terdedah kepada persekitaran yang berbentuk pada apa
yang ada di depan mata termasuklah pengaruh objek-objek fizikal seperti patung dan
teknologi, struktur persekitaran, serta peranan dan persekitaran ahli keluarga terdekat
seperti ibu bapa dan adik beradik.
Tahap kedua ialah Mesosistem. Tahap ini merangkumi hubungan murid-murid
dengan persekitaran yang lebih luas dan bagaimana persekitaran ini mempengaruhi
murid-murid. Contohnya, bagaimana murid mahu memulakan alam persekolahan dan
pertama kalinya berpisah dengan keluarga.
Tahap ketiga ialah Ekosistem. Tahap ini menghubungkaitkan murid-murid
dengan persekitaran yang mungkin kurang berkaitan dalam hidup mereka. Melihat
bagaimanan murid-murid didedahkan dengan jiran tetangga jiran tetangga, tempat kerja
ibu bapa, rakan-rakan ibu bapa dan institusi sosial lain.
Tahap keempat ialah Makrosistem. Pengaruh hubungan murid-murid dengan
persekitaran yang jauh lebih besar. Hubungan ini termasuklah sistem nilai sosial,
perubahan sejarah, polisi sosial dan media massa.
Tahap kelima ialah Kronosistem. Tahap ini menekankan bahawa perubahan
pada murid atau konteks perkembangan ekologinya boleh memberi kesan terhadap
perkembangan emosinya. Sebagai contohnya, kehadiran anak baru dalam sesebuah
PJM 3110

keluarga akan membawa kepada perubahan dan memberi kesan positif atau negatif
kepada perkembangan murid tersebut.



PJM 3110

6. Huraikan garis panduan diperlukan dalam menyediakan rancangan kerja harian
(RKH) Pendidikan Jasmani.
Jawapan:
Penyelarasan
Rancangan Kerja Harian (RKH) perlu dirancang secara menyeluruh dan
bersinambungan. Guru hendaklah memilih kegiatan yang lengkap, contohnya kegiatan
yang menunjukkan sifat ansur maju dan kesinambungan.

Objektif
Sebelum seseorang guru dapat merangka RKH, objektif mata pelajaran hendaklah
difahami terlebih dahulu.

Kemudahan Pendidikan Jasmani
Kemudahan seperti padang atau kawasan lapang yang berhampiran dengan sekolah,
jenis dan bilangan peralatan Pendidikan Jasmani, masa yang diperuntukkan akan
mempengaruhi pilihan kegiatan. Kemungkinan menggunakan peralatan reka ganti juga
perlu difikirkan.

Keperibadian murid-murid
Latar belakang murid pengetahuan dan tahap kemahiran murid
Kesediaan murid rancangan perlu sesuai dengan umur dan kemampuan murid

Keperincian
Catatan yang dibuat dalam ruangan hendaklah secara teratur di bawah aktiviti yang
dicadangkan.






PJM 3110


7. Kecergasan Fizikal yang berkait rapat dengan perlakuan motor yang terdiri
daripada komponen-komponen yang mempunyai kesan dalam proses
menghasilkan perlakuan yang bermutu.
Huraikan secara ringkas komponen-komponen yang berikut.

a) Kelajuan
b) Ketangkasan
c) Kuasa otot
d) Masa Tindak Balas
e) Koordinasi

Jawapan:

Kelajuan adalah keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikut dengan cepat.
Ia berkait rapat dengan masa tindak balas dan masa bergerak. Kelajuan juga
ditentukan daripada hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah. Contohnya, dalam
permainan besbol, pemukul akan berlari ke stesen-stesen dengan cepat sebelum bola
sampai ke tangan pihak lawan.
Ketangkasan adalah keupayaan menukar arah dengan cepat dan berkesan. Ia
juga kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.
Contohnya, dalam permainan bola sepak, pemain yang tangkas berupaya melakukan
penukaran posisinya ketika mengawal imbangan bola.
Kuasa otot adalah daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan
otot dalam satu pengecutan maksimun. Ia adalah kebolehan individu melakukan suatu
pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat
dengan kecepatan yang tinggi. Contohnya, pukulan yang kencang dalam fasa pukulan
badminton.
Masa tindak balas adalah masa yang diperlukan untuk
bergerakbalas/memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan. Contohnya,
dalam setiap pergerakan.
PJM 3110

Koordinasi adalah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ia melibatkan penyelarasan pergerakan
kesemua anggota badan. Ia juga merupakan paduan di antara pelbagai kebolehan
yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin, kemas dan tepat.





PJM 3110

8. Pada zaman purba, kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh
perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine).
Senaraikan contoh-contoh aktiviti yang popular dilakukan pada zaman tersebut.
Jawapan:

Antara aktiviti yang popular dilakukan pada zaman purba ialah:
Memanah
Melempar gada dan lembing
Memburu binatang
Membuat senjata dan sampan
Menangkap ikan
Mendayung kolek
Berenang
Berlari
Mendaki gunung
Menari

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA:
Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:
1. Yunani Homer
Aktiviti-aktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta
kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti
membaling lembing, memanah dan mengangkat berat. Dalam zaman ini, penduduknya
boleh dikatakan melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan.

2. Yunani Sparta
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti gimnastik, lari dan lompatan serta
permainan bola. Aktiviti-aktiviti lain termasuk lawan pedang, acara lompat, berenang,
memburu, gusti, tinju, berjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

3. Yunani Athens Awal
PJM 3110

Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan
umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling
lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur),
aktiviti lebih bertenaga seperti perlumbaan, baling lembing dan lempar cakera bersaiz
besar, lompatan, bertinju, bergomol dan perlumbaan kereta kuda disediakan.

4. Yunani Athens Lewat
Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling
lembing, memanah, equestrian dan tinju.

PJM 3110

9. Nyatakan kepentingan kurikulum Pendidikan Jasmani digubal:

Pendidikan Jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan
fizikal dan kecergasan seseorang individu.
Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani
dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan
asas.
Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid
meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat
beraktiviti.
Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu
murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi
peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya.
Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang
telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam
diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup
yang lebih baik dan sihat.

10. Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir yang digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.Pemikiran tersebut
lebih menekankan;

Proses penggunaan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah. Proses berfikir ini melibatkan interaksi antara pengatahuan, kemahiran
kognitif dan sikat atau minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada
kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK).
PJM 3110

11. Sebelum guru menggunakan pendekatan Teknologi maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran PJK, nyatakan perkara-perkara yang
perlu diberi pertimbangan oleh guru tersebut.

Sebelum menggunakan pendekatan TMK, guru tersebut perlu memastikan
pendekatan itu digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan
keperluan dalam pembelajaran murid seperti:
I. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
Pendidikan Jasmani.
II. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan (Kecerdasan pelbagai).
III. Meningkatkan motivasi murid.
IV. Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
V. Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh serta
mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama.
VI. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan dan mencabar.
VII. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
VIII. Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum.
IX. Meningkatkan kemahiran TMK.



PJM 3110

12. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah disusun mengikut 3
tunjang pembelajaran iaitu:
1. Kecergasan
(a) Kecergasan berasaskan kesihatan
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan otot
Kekuatan
Kelenturan
Komposisi badan
(b) Kecergasan berasaskan perlakuan
Koordinasi
Imbangan
Ketangkasan
Kuasa
Masa tindakbalas
Kepantasan
(c) Konsep, definisi, prinsip dan kaedah latihan
2. Kemahiran
(a) Pergerakan asas
(b) Permainan
(c) Olahraga
(d) Gimnastik
(e) Pergerakan kreatif
(f) Rekreasi
(g) Kesenggangan
3. Kesukanan
(a) Keselamatan
(b) Pengurusan
(c) Kerjaya
(d) Isu Pendidikan Jasmani dan Sukan
PJM 3110

(e) Etika


13. Senaraikan 3 kriteria pemilihan aktiviti Pendidikan Jasmani.

Infrastruktur dan tenaga pengajar dimana infrastruktur seperti padang,
gimnasium serta bilangan tenaga pengajar yang mahir adalah penting untuk
mewujudkan P&P yang berkesan.
Perkembangan murid adalah berkaitan dengan tahap perkembangan
kemahiran murid serta kesesuaian aktiviti yang dilaksanakan supaya hasil
pembelajaran tercapai.
Peralatan dan kemudahan seperti alatan sukan dan padang penting bagi
menepati kehendak aktiviti yang hendak dijalankan sebagai contoh
permainan bola sepak haruslah dilaksanakan di kawasan padang bagi
mewujudkan suasana sebenar serta peralatan bola juga haruslah cukup dan
alat rekaganti yang sesuai digunakan.
Persekitaran budaya dan tempat seperti faktor politik dan bentuk muka bumi
juga harus diambil kira supaya aktiviti yang dipilih adalah sesuai dan
seterusnya menghasilkan P&P yang berkesan.

14. Kekurangan alat boleh diatasi dengan penggunaan alat rekaganti. Nyatakan ciri-
ciri UTAMA alat rekaganti .

Sesuai dengan tahap kemahiran murid-murid seperti ketinggian alat
rekaganti, berat, dan lain-lain lagi.
Selamat kepada penggunanya terutamanya kepada para murid yang terdiri
daripada golongan kanak-kanak.
Mudah direka dan bahannya mudah didapati supaya ianya boleh digunakan
secara berterusan dan mengelakkan pembaziran.


PJM 3110

15. Senaraikan perkara-perkara yang penting bila memilih kemahiran asas untuk
mengajar sesuatu kelas.

Memeriksa latar belakang murid seperti kemahiran dan pengetahuan sedia
ada, tahap kesihatan mereka serta umur mereka.
Memastikan kemahiran asas yang dipilih adalah sesuai dengan kawasan
persekitaran kelas serta selamat untuk dijalankan.
Kemahiran asas yang dipilih haruslah dirancang terlebih dahulu supaya P&P
dapat dijalankan dengan sistematik dan berkesan kepada seluruh kelas.

16. Senaraikan perkara-perkara yang diperlukan dalam proses penyediaan
pengajaran dan pembelajaran .

Merancang objektif pembelajaran dan memastikan hasil pembelajaran
menepati tahap kemahiran murid-murid.
bahan bantu mengajar haruslah disediakan bagi menjelaskan lagi maklumat
yang disampaikan oleh guru.
Suasana dan persekitaran bilik darjah atau ruang pendidikan jasmani
haruslah selesa supaya murid-murid dapat belajar dengan selamat.


PJM 3110

17. Nyatakan perkara-perkara yang mesti dititikberatkan semasa menyediakan
Rancangan Kerja Tahunan Pendidikan Jasmani.

Perkara-perkara yang mesti dititikberatkan semasa menyediakan RKT PJ adalah
seperti:
Penyelarasan- RKT perlu dirancang secara menyeluruh dan berkesinambungan
walaupun idbahagi kpd penggal persekolahan. Guru sediakan pilihan kegiatan
yang lengkap misalnya menunjukkan sifat ansur maju dan kesinambungan.
Obektif- sebelum meragka RKT, objektif matapelajaran hendak difahami terlebih
dahulu.
Kemudahan PJ- kemudahan yang lengkap hendaklah difikirkan seperti padang
atau kawasan lapang.
Keperibadian murid-murid- RKT itu mestilah sesuai dengan murid-murid.
Sebagai contoh, latar belakang murid dan minat serta kesediaan murid.
Keperincian- segala butir-butir tentang pelajaran mestilah dinyatakan. Catatan
perlu dibuat dalam ruangan secara teratur dibawah tajuk-tajuk yang
dicadangkan.

18. Rancangan Pelajaran Mingguan perlu disiapkan oleh setiap guru pada setiap
awal minggu.
Apakah tujuan rancangan ini ditulis awal?

Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang
hendak diajar.
Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap,
kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
PJM 3110

Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.
19. Nyatakan ciri-ciri setiap kaedah pengajaran berikut ;

(A) Tugasan
Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara
berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru
dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan seperti
ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang
dipelajari.

(B) reciprocal
Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap
kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar
melakukan latihan secara berpasangan.
Guru menentukan apa yang akan dipelajari
Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti
Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar
Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian
Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar
Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti.
Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan

(C) Demonstrasi
Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.
Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini
melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai
kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.


PJM 3110

(D) Penemuan terbimbing
Pengajaran penemuan berbimbing adalah stail pengajaran yang melibatkan pelajar
dalam proses penemuan. Stail ini mengutamakan hubungan pelajar dan guru di mana
guru akan membina soalan-soalan turutan bagi menghasilkan maklumbalas pelajar
untuk mendapatkan jawapan yang betul.

20. Nyatakan tujuan pengajaran mikro untuk seseorang guru pelatih.
Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan
untuk membaiki diri sendiri.
Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan
menyeronokkan.
Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan
melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan
serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya.
Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan.
Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi
kelas sebenar semasa praktikum nanti.

Anda mungkin juga menyukai