Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN

Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran.

Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran. 1.1 DEFINISI PEMBELAJARAN Terdapat perbezaan pendapat mengenai pengertian pembelajaran di antara ahli-ahli psikologi pendidikan mengikut mazhab atau fahaman psikologi masing-masing. Berikut adalah definisi-definisi pembelajaran mengikut beberapa orang ahli psikologi pendidikan:

Tokoh Ahli Psikologi/Pengarang Robert M Gagne

Tajuk Buku

Definisi Pembelajaran

The Conditions of Learning, 1970.

Pembelajaran

adalah

perubahan

atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan oleh yang tetapi tidak

disebabkan Perubahan

pertumbuhan. dipanggil

pembelajaran diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan membandingkan seseorang didedahkan pembelajarn tingkah laku

individu kepada dengan

sebelum situasi tingkah

lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran.

Morgan dan King

Introduction to Psychology, 1975

Pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya.

E.R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R.L. Atkinson

Introduction to Psychology,1975.

Pembelajaran

adalah

perubahan

tingkah laku yang kekal hasil dari pengalaman. Perubahan ini

mungkin tidak jelas sehingga timbul suatu situasi yang menonjolkan

tingkah laku baru ini; pembelajaran biasanya tidak diperlihatkan dengan serta-merta melalui pencapaian Henry Clay Lindgren dan Donn Byrne Psychology: An Introduction Perkataan pembelajaran

to a Behavioral Science, melambangkan konsep atau idea 1976. bagi menerangkan perubahan

tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang.

Morris L. Bigge

Learning

Theories

For Pembelajaran beberapa dalam

merujuk

kepada sistematik atau yang

Teachers, 1982

perubahan tingkah tingkah

laku laku

penyusunan

berlaku hasil dari dalam situasi tertentu Kelvin Seifert Educational Psychology, 1983. Pembelajaran

pengalaman

merangkumi

perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman

Anita E. Woolfok

Educational 1995

Psychology, Pembelajaran

adalah

proses

di

mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal

Daripada huraian yang diberikan oleh ahli-ahli psikologi pendidikan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa walaupun pengertian pembelajaran yang diberikan berbeza antara satu sama lain, terdapat juga persamaan di antara huraian ini. Kesemua definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya

pembelajaran.

1.2 PROSES PEMBELAJARAN

1.2.1Biodata Robert M.Gagne

Robert Mills Gagne

lahir 21 Ogos 1916, di North Andover, Massachusetts. Beliau

meraih ijazah pertama dari Yale University tahun 1937 dan Ph.D. dari Brown University pada tahun 1940. Dia adalah seorang profesor psikologi dan psikologi pendidikan di Connecticut College (Girl)(1940-1949), Pennsylvania State University (1945-1946), Princeton (1958-1962), dan University of California di Berkeley (1966-1969) dan seorang profesor di Jabatan Pendidikan Penyelidikan di Florida State University di Tallahassee mulai tahun 1969. Gagne juga berkhidmat sebagai pengarah penyelidik untuk Tentera Udara (1949-1958) di Lackland, Texas, dan Lowry, Colorado. Dia bekerja sebagai perunding untuk Jabatan Pertahanan (19581961) dan di Pendidikan Dinas Amerika Syarikat (1964-1966). Selain itu, ia menjawat sebagai pengarah penyelidikan di American Institute of Research di Pittsburgh (1962-1965). Pekerjaan Gagne mempunyai pengaruh besar dalam pendidikan latihan ketenteraan Amerika Syarikat dan industri. Gagne dan Briggs LJ termasuk di antara para perintis awal konsep desain sistem pembelajaran yang menunjukkan bahawa semua bahagian dari suatu

pelajaran atau suatu tempoh arahan boleh dianalisis dan bahawa semua bahagian boleh direka untuk beroperasi bersama sebagai rancangan bersepadu untuk arahan.Dalam sebuah rencana yang signifikan bertajuk "Pendidikan Teknologi dan Proses Belajar" (Pendidikan Peneliti, 1974), Arahan Gagne ditakrifkan sebagai "Rangkaian kegiatan yang dirancang luaran yang

mempengaruhi proses belajar dan dengan demikian meningkatkan pembelajaran."

1.2.2 Teori Pembelajaran Gagne Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat dalam proses pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya pelajar telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam rajah dibawah :

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut: (a) Pembelajaran Isyarat Seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,

apabilaseseorang menguap, kita dapat isyarat dia mengantuk. Apabila ayah pulang ke rumah

dengan wajah masam atau muram, anak-anaknya dapat isyarat ayah mereka tidak sukadiganggu. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman tingkah laku. Contohnya, apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan berdiri dan memberi ucapan, Selamatsejahtera, cikgu!. Dalam hal ini, murid-murid telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut.

b) Pembelajaran Gerak Balas Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balasyang positif dapat dikekalkan. Contohnya, Ali menunjukkan kerja sekolah yang dia dapat 80%. Ibunya memberi pujian, Bagus, Ali pandai !.Ali akan mengulang tingkah laku itulagi (membuat kerja sekolah dengan baik) untuk mendapat pujian daripada ibunya. (c) Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran sepertipermainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Rangkaian merupakan satu siritingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. d) Pembelajaran Pertalian Bahasa Untuk menyatakan sesuatu prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untukmengaitkan fakta, data dan konsep. Pertalian bahasa merupakan satu rangkaianberbahasa. Ia memerlukan kemahiran berbahasa yang telah dipelajari dahulu. (e) Pembelajaran Diskriminasi Belajar membezakan benda-benda yang dipelajari mengikut ciri-ciri tertentu, untukmemudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan. Pada masa yangsama, pelajar dapat membezakan rangsangan atau maklumat penting berbandingmaklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yangberlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan inimemudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. (f) Pembelajaran Konsep

Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitumengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Pelajar dapat membentukkonsepyang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang danperistiwa. Pelajar perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas supayadia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat.

(g) Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalamsesuatu urutan atau rangkaian. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi.

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep danhukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapalangkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.

1.3 KLASIFIKASI PEMBELAJARAN

Proses pembelajaran melibatkan aspek mental, fizikal, emosi dan sosial. Secara umumnya pembelajaran boleh dikelaskan kepada 3 jenis iaitu:

a) Pembelajaran Formal b) Pembelajaran Informal c) Pembelajaran Non-formal

a) Pembelajaran Formal

I.

Dijalankan oleh institusi seperti sekolah, IPG dan universiti.

II. III.

Pendidikan yang diterima secara langsung. Ciri-ciri pendidikan formal: Pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan. Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dan dilembagakan. Pembelajaran formal biasanya dilaksanakan di dalam bangunan yang siap prasarananya seperti bilik darjah kerusi meja, makmal, komputer, pusat sumber dan lain-lain. Pembelajaran formal perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan betauliah. Pembelajaran formal melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui, penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif. Pembelajaran formal menekankan secara langsung pendidikan empat bidang penting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor.

b) Pembelajaran Informal

I. II.

Perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar. Pelajar dapat pengetahuan daripada didikan dan asuhan ibubapa di rumah, pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton tv, mendengar radio dan lain-lain.

III.

Ciri-ciri pembelajaran informal: Diterima secara tak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran. Diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman. Pembelajaran informal adalah proses pembelajaran yang berterusan dan berlaku sepanjang hayat. Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempat tertentu.

Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahan pelajaran yang perlu dikuasai.

Pembelajaran Nonformal I. Pembelajaran nonformal diadakan bagi melengkapkan lagi hasil pembelajaran yang diperolehi melalui sistem formal. Biasanya pembelajaran seperti ini juga memerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan oleh pendidik dan pakarpakar tertentu. II. Ciri-ciri pembelajaran nonformal: Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramah secara formal, forum, bengkel dan sebagainya. Pembelajaran nonformal berlaku apabila ada keperluan menambah dan mempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang tertentu. Kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari.

RUJUKAN
http://syufaal.blogspot.com/2010/08/teori-pembelajaran-gagne_7014.html http://www.scribd.com/doc/4932280/IPTB-Ilmu-Pendidikan-Jenisjenis-pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai