Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM
EARTH HOUR
2015
IPGKTAA
SESI 2015

1.0 Pendahuluan
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF
yang disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac. Acara ini dijalankan dengan
mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk
meningkatkan kesedaran ke atas perubahan iklim.
Acara Earth Hour bermula dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald
pada tahun 2007 dan mendapat sokongan dunia bermula pada tahun 2008. Pada tahun
2014, acara tersebut telah disambut lebih daripada 7000 buah bandar dalam 162 buah
Negara di semua tujuh benua yang telah menjadi acara penyertaan yang terbesar di
dunia dalam sejarah.
Bagi tahun 2015, acara tersebut dijalankan pada 28 Mac 2015 (Sabtu) pada jam 8.30pm
hingga 9.30pm waktu tempatan. Tema Earth Hour bagi tahun ini adalah Use Your Power
To Change Climate Change.
Oleh itu, Kelab Pencinta Alam bersama-sama dengan IPGKTAA Lestari akan
menjalankan acara Earth Hour dengan mematikan lampu dan peralatan elektrik pada
tepat pukul 8.30pm hingga 9.30pm serta mengadakan pertandingan melukis poster
selama satu jam tersebut.
2.0 Objektif
2.1 Membangkitkan kesedaran guru pelatih terhadap perubahan iklim
2.2 Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjimatan tenaga elektrik
2.3 Menanam sikap berjimat cermat dalam diri guru pelatih
3.0 Pelaksanaan Program
3.1 Tarikh/ Hari: 28 Mac 2015 (Sabtu)
3.2 Masa: 8.30p.m.-9.30p.m.
3.3 Aktiviti:
3.3.1 Light Off
Tempat: Seluruh IPGKTAA
Sasaran: Semua warga IPGKTAA

3.3.2 Pertandingan Melukis Poster


Tempat: Kafe Sayyidah Aisyah IPGKTAA
Sasaran: Guru pelatih IPGKTAA
4.0 Penyertaaan
Pensyarah, staf, pengawal keselamatan dan guru pelatih IPGKTAA.
5.0 Jawatankuasa
5.1 Jawatankuasa Induk
Pengarah: Dato' Jaafar B. Idris
Timbalan Pengarah: Tuan Haji Mohd Nordin Bin Abdullah
Pengerusi: Puan Hapaza Binti Awang
Penasihat: Puan Norziana Bt. Jasman
(Penolong Setiausaha IPGKTAA Lestari)
5.2 Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi: Tan Lean Chuen
Setiausaha: Michelle Tan Wen Jin
J/K Multimedia: Karthikesan A/L Manikabasagan
J/K Fotografi: Wong Yeng Thai
J/K Kecemasan: Tan See Chong
Choo Yoong yoong

AJK: Tan Jia Chyi


Deeviyasine a/p Selvakumar
Mohanasyri a/p Nanchappan
6.0 Anggaran Perbelanjaan Dan Sumber Kewangan
6.1 Kos dan Perbelanjaan
6.1.1 RM5 (Lilin + Kertas Lukisan)
6.1.2 Hadiah: RM10 X 3 = RM30
6.2 Sumber Kewangan
Duit Kelab Pencinta Alam
7.0 Tentatif Program
7.45 malam: Guru pelatih tiba dan mendaftar di ruang legar Kafe Sayyidah Aisyah
8.15 malam: Pensyarah dan staf tiba di ruang legar Kafe Sayyidah Aisyah
8.30 malam: Acara Earth Hour bermula (Pertandingan Melukis Poster bermula)
9.30 malam: Acara Earth Hour tamat (Pertandingan Melukis Poster tamat)
9.45 malam: Bersurai
8.0 Penutup
Memandangkan program Earth Hour amat memberi manfaat kepada guru pelatih
IPGKTAA diharapkan program ini mendapat sokongan dan kelulusan dari pihak
IPGKTAA.
Disediakan oleh:

Disemak oleh:

TAN LEAN CHUEN

PUAN HAPAZA BINTI AWANG

Biro Kelestarian Tenaga,

Pengerusi,

Kelab Pencinta Alam.

IPGKTAA Lestari.

Dilulus oleh:

HJ. MOHD NORDIN BIN ABDULLAH, SAP


Timbalan Pengarah IPGKTAA.

Anda mungkin juga menyukai