Anda di halaman 1dari 3

Minggu :4

Tarikh : 24 hingga 28 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Masalah murid malu membentangkan hasil kerja

Masalah

Saya mengajar Sains kelas tahap 2 bagi murid-murid di kelas 5 Liberal. Murid-murid
di dalam kelas ini tidak menimbulkan banyak masalah bahkan setiap aktiviti yang telah saya
dirancang untuk mereka dapat dijalankan dengan baik. Cuma, apabila ada aktiviti yang
melibatkan pembentangan di hadapan kelas, agak sukar untuk mendapatkan murid secara
sukarela membuat pembentangan di hadapan kelas. Saya merancang mereka dapat
berkongsi di hadapan kelas hasil aktiviti yang telah dijalankan untuk membiasakan mereka
bercakap di hadapan orang ramai. Apa yang mereka perlu buat adalah membaca hasil
tugasan yang telah dihasilkan atau menceritakan tentang gambar yang telah dilukis. Apa
yang berlaku biasanya adalah kebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada
yang menuding jari ke arah murid-murid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta
bercakap di hadapan kelas.

Analisis masalah

Saya telah mengajar kelas ini tentang Sistem Suria dan mereka melakarkan susunan
pada kad manila dalam kumpulan. Kemudian, saya meminta murid-murid secara sukarela
untuk berkongsi hasil tugasan yang telah disiapkan dengan rakan sekelas melalui cara
membentangkannya yang di hadapan kelas. Selalunya, mereka akan mula membuat bising
dan menyebut nama murid lain agar keluar dan bercakap di hadapan. Yang selebihnya ada
yang hanya menunduk kepala dan bertingkah seolah-olah sibuk menyiapkan tugasan yang
saya berikan. Kelas ini terdiri daripada murid-murid yang agak baik pencapaian
akademiknya. Mereka juga bukan dari kalangan murid yang suka membuat bising ketika
guru mengajar. Namun, kebanyakan murid tidak mahu bercakap di hadapan kelas. Ada juga
yang bersetuju untuk membentang di hadapan. Namun, apabila berada di hadapan kelas,
murid tersebut berdiam diri pula. Menurut Nurabadi (2007) antara sebab murid malu untuk
bertanya ialah kerana tidak yakin dengan diri sendiri dan bimbang diketawakan oleh orang
lain. Begitu juga untuk bercakap di hadapan kelas. Persamaan dua perkara ini ialah orang
yang bercakap akan menjadi tumpuan kelas. Jadi apa yang dilakukan akan menjadi
tontonan umum. Kalau salah atau ada yang tidak kena, pasti akan ditertawakan. Selain itu,
mereka juga mungkin tidak biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi
amalan kebiasaan dalam P&P terutamanya apabila guru mengamalkan interaksi sehala
dengan murid-murid. Aktiviti pembelajaran bercorak pasif di mana hanya guru yang
bercakap dan murid-murid hanya mendengar.

Cadangan

Apa yang guru boleh lakukan ialah bergerak ke tempat di mana murid tersebut duduk
dan memimpinnya bergerak ke hadapan sambil mengatakan kepadanya yang guru akan
menemaninya di hadapan. Jika dia berdiam diri, bantunya dengan mengucapkan apa yang
sepatutnya disampaikan agar murid dapat mengikuti apa yang guru ucapkan.

Selain itu, berikan galakan kepada murid-murid yang telah membentang di hadapan.
Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Guru juga boleh memberi
galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif seperti Bagus! dan ucapan terima
kasih. Pemberian hadiah contohnya coklat atau apa sahaja juga boleh membantu
menggalakkan murid-murid untuk bercakap di hadapan kelas. Ia perlu diberikan sejurus
selepas murid tersebut telah bercakap di hadapan agar dapat menyuntik motivasi ekstrinsik
dalam diri murid-murid yang lain supaya mahu membentang dan bercakap di hadapan
kelas.

Menjadikan aktiviti pembentangan di dalam kelas sebagai aktiviti rutin dalam P&P juga boleh
membantu murid memupuk keberanian dan keyakinan untuk bercakap di khalayak. Apabila
ia telah menjadi sesuatu yang rutin, secara tidak langsung keyakinan dalam diri murid-murid
akan terbina.

Tempoh penyelesaian

31/07/2017 hingga 11/08/2017 iaitu selama 12 hari.

Tindakan susulan

Guru membuat aktiviti yang melibatkan murid-murid untuk bercakap dan berkongsi
aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas. Sebagai permulaan, isi yang ingin dikongsi itu
adalah perkara yang amat dekat dengan diri murid dan mudah untuk diceritakan kepada
orang lain. Selain itu, guru merancang aktiviti yang memerlukan murid-murid menulis
beberapa ayat pendek tentang sesuatu topik. Kemudian, apabila melakukan pembentangan
guru hanya perlu meminta murid-murid membaca kembali apa yang telah ditulis di hadapan
kelas dengan suara yang kuat.
Catatan

Kebanyakan murid kurang menyukai aktiviti yang melibatkan mereka untuk bercakap
atau membuat aktiviti di hadapan kelas berhadapan dengan orang ramai walaupun audien
merupakan rakan sekelas yang telah mereka kenali. Namun, aktiviti sebegini yang
seharusnya mendapat penglibatan dari semua murid bagi membina keyakinan diri,
keberanian bercakap di khalayak dan berani meluahkan apa yang mereka rasakan dan
fikirkan. Dek kerana ketidakbiasaan melakukannya, maka murid-murid enggan dan berasa
malu apabila diminta bercakap di hadapan di mana semua mata dan perhatian ditumpukan
kepadanya. Setiap perkara baru pasti sukar untuk dimulakan dan dilakukan. Di sinilah
peranan guru untuk memberi peluang dan galakan kepada murid-murid untuk mencungkil
dan menggunakan potensi diri ke arah yang lebih baik.

Mengikut Teori Psikososial Erikson (1963), pada usia 9 tahun murid mengalami fasa
industri lawan rasa rendah diri. Bagi membantu murid menguasai kemahiran bercakap di
khalayak, guru perlu memberi bimbingan dan galakan suapaya murid tidak berasa rendah
diri dalam pencapaian akademik kelak bahkan dalam hubungan sosial denga individu lain di
persekitaran mereka.

Cadangan di atas berasaskan Teori Pelaziman Operan daripada B. F. Skinner. Ia


adalah rangsangan untuk menambahkan kebarangkalian pengulangan tingkah laku positif
yang diinginkan guru. Walaupun peneguhan ini diberikan hanya kepada murid yang
bercakap di hadapan, namun secara tidak langsung pemberian tersebut mencetus motivasi
untuk murid-murid lain untuk melakukan perkara yang sama.

Anda mungkin juga menyukai