Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Rabun warna atau colour blindness sering disalahertikan. Ramai yang menganggap

orang yang mempunyai rabun warna mempunyai penglihatan bagaikan televisyen

hitam putih. Sebenarnya orang yang rabun warna itu tidak sebenarnya buta warna,

cuma persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang berpenglihatan

normal. Sebagai contohnya, sekiranya kita melihat warna merah menyala,

seseorang yang mempunyai defek warna merah akan melihat warna tersebut seperti

warna merah gelap. Keterukan rabun warna adalah pelbagai. Ianya bergantung

pada jenis rabun warna itu sendiri. Walaubagaimanapun ada segelintir orang yang

mempunyai defek warna yang sangat teruk di mana mereka boleh buta terhadap

semua warna. Paling biasa rabun warna terjadi pada warna hijaukuning atau oren-

merah.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa rabun warna biasanya bersifat

kongenital. Ini bermakna masalah ini telah ada pada kanak-kanak itu sejak lahir lagi

disebabkan faktor genetik. Adakalanya ianya berlaku pada orang dewasa.

Kebanyakkan kes sebegini biasanya disebabkan penyakit mata yang aktif, kesan

dari penyakit sistemik yang dihadapi ataupun kesan sampingan dari pengambilan

ubat-ubatan . Ramai ibubapa tidak dapat mengecam masalah ini pada anak-anak

sewaktu mereka masih kecil. Oleh kerana kanak-kanak yang terlalu muda tidak

begitu mengenali warna-warna, agak sukar bagi ibubapa ataupun guru untuk

mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai masalah rabun warna.

Kanak-kanak rabun warna juga biasanya mempamerkan tahap penglihatan yang

baik. Disebabkan itu, ibubapa tidak mengambil perhatian sewajarnya

memandangkan tiada masalah timbul di usia sedemikian ketika itu.

0
Justeru adalah penting untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai

masalah rabun warna ataupun tidak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun

warna biasanya mempunyai masalah pembelajaran di sekolah terutamanya di awal

persekolahan di mana banyak aktiviti menggunakan warna seperti melukis dan

mewarna dilakukan. Penggunaan komputer juga boleh terjejas bagi pengguna yang

rabun warna.

Warna mula dikenali serta dilihat sejak dari bayi lagi. Pada mulanya warna

sukar untuk dibezakan oleh bayi, tetapi selepas berberapa bulan bayi mula tertarik

pada warna-warna terang seperti kuning dan merah. Bagi kanak-kanak berumur

kurang dari 4 tahun, mereka agak sukar membezakan tona warna yang sama

seperti hijau pucuk pisang dan hijau rumput. Kanak-kanak perlu mempelajari dan

memahami bukan hanya warna tetapi juga bentuk dan saiz objek. Mereka perlu

diberitahu bahawa banyak objek mempunyai warna yang sama. Kebanyakkan

kanak-kanak selepas berumur 5 tahun mula dapat mengecam dan menamakan

warna dengan betul.

1
2.0 MAKLUMAT KAJIAN KES PESAKIT

Nama: Muhammad Syafiq bin Noorazman

Umur: 12 tahun

Sekolah: Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4

Masalah: Tidak dapat mengenal beberapa nombor di buku carta ischan

Di belakang mata terdapat satu lapisan nipis yang dikenali sebagai retina. Di

lapisan retina terdapat 2 jenis sel iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini

mempunyai respon berbeza terhadap cahaya. Sel-sel rod sangat sensitif pada

cahaya dan sel-sel ini mampu respon pada cahaya walaupun keadaan berkabus

ataupun dalam cahaya malap. Walaubagaimanapun sel ini tidak dapat membezakan

warna. Oleh itu di malam hari kita masih dapat melihat cahaya malap tetapi dalam

bentuk bayangan hitam, kelabu dan putih. Sel-sel kon pula memberi respon pada

cahaya yang lebih terang dan yang berwarna. Terdapat 3 jenis sel kon iaitu satu

yang repond pada warna, merah, hijau dan biru. Seseorang yang rabun warna akan

mengalami kekurangan salah satu atau lebih sel kon.

2
Rabun merah-hijau biasanya berpunca dari genetik ataupun keturunan. Ianya

lebih kerap terjadi pada lelaki berbanding perempuan. Ini diesebabkan oleh

susunatur kromosom. Gene yang menyebabkan rabun merah-hijau terdapat pada

kromosom X. Hal ini kerana lelaki memiliki satu kromosom X manakala perempuan

memiliki 2 kromosom X. Sekiranya ibu adalah pembawa gene rabun merah-hijau ,

anak perempuannya tidak akan mendapat rabun warna tetapi kebiasaannya anak

lelaki akan mendapat rabun warna tersebut.Anak perempuan pula kebiasaannya

akan mempunyai penglihatan warna yang normal kecuali sekiranya ibunya adalah

pembawa dan ayahnya pula adalah rabun warna. Hanya 5% populasi yang

mempunyai defek rabun warna biru. Ratio antara perempuan dan lelaki adalah sama

kerana ianya terletak pada kromosom berlainan.

Kebanyakkan aktiviti seharian banyak bergantung pada penggunaan warna

seperti pemilihan pakaian yang sepadan atau penggunaan pen yang berlainan

warna. Sekiranya mereka tidak dapat memilih warna tersebut dengan tepat,

mereka terpaksa bergantung pada perbezaan pada objek itu untuk menolong

mereka.

3
3.0 PENCARIAN LITERATUR

Pakar Perunding Mata Hospital Pantai Ampang , Dr. Go Eng Soon berkata, jenis dan

tahap keseriusan rabun warna adalah berbeza daripada seorang individu dengan

individu yang lain. Sementara itu, Perunding Optalmologi Hospital Mata Nasional

Tun Hussein Onn, Dr. Zainal Mohamad juga memberitahu, pakar perubatan tidak

boleh mempertaruhkan walau satu peratus pun risiko kepada kategori pesakit defek

warna yang menceburi bidang melibatkan penglihatan normal.

Sebaliknya, Ketua Jabatan Optometri, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Haliza Abdul Mutalib

berkata, jenis dan tahap keseriusan defek warna adalah berbeza daripada seorang

individu kepada individu yang lain. Menurut Perunding Kanan Oftalmologi, ACS Eye

Technologies Sdn Bhd, Dr Ang CS, rabun warna mempunyai tiga kategori:

1. Trikromasi

Iaitu mata mengalami perubahan tahap sensitiviti warna dari satu atau lebih

sel pada retina. Jenis buta warna yang sering dialami oleh orang. Ada tiga

klasifikasi turunan padatrikomasi:

a)Protanomali, seorang buta warna lemah mengenal merah

b)Deuteromali, warna hijau akan sukar dikenali oleh pesakit buta warna

c)Trinomali (low blue), keadaan di mana warna biru sukar dikenali oleh

pesakit.

4
2. Dikromasi

Iaitu keadaan ketika satu dari tiga sel tidak ada.

3. Monokromasi

Monokromasi sebenarnya selalu dianggap sebagai buta warna oleh orang

umum. Keadaan ini ditandai dengan retina mata mengalami kerosakan

keseluruhan mengenai warna. Hanya warna hitam dan putih yang mampu

diterima retina.

5
4.0 PENEMUAN KES

Semasa menjalankan sesi klinikal di Unit Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Pasir

Gudang selama seminggu, saya berpeluang mengikuti lawatan ke sekolah-sekolah

rendah dan menengah di seluruh kawasan Pasir Gudang.

Di seluruh sekolah yang telah dilawati,kami memeriksa mata pelajar darjah 6

dengan menggunakan ischawan chart.Secara majoritinya dalam satu kelas mesti

mempunyai seorang murid rabun warna dalam kalangan lelaki. Justeru itu,

pendidikan kesihatan dan nasihat kerjaya akan diberikan kepada murid-murid yang

bermasalah rabun warna dan satu borang pengesahan untuk pemeriksaan lanjut

diberikan kepada mereka. Guru-guru juga dimaklumkan akan masalah murid-murid

mereka tersebut.

6
5.0 PERBINCANGAN DAN HUJAH KES KAJIAN

Pada pendapat saya, masalah rabun warna merupakan masalah yang perlu diambil

perhatian oleh setiap individu. Seandainya satu orang murid disahkan menghidapi

masalah ini, guru dan ibu bapanya mestilah memberi sokongan dan dorongan

kepada mereka.

Mata merupakan satu anugerah Allah SWT yang sangat berharga. Hal ini

kerana, hanya dengan mata kita dapat melihat kebesaran Allah SWT. Sudah

semestinya, rabun warna merupakan satu kekurangan yang besar, untuk itu

masalah ini perlu dikenalpasti dengan lebih cepat lagi. Berbekalkan bantuan dan

dorongan dari ibu bapa dan guru, seorang murid yang mengalami masalah ini sudah

pasti dapat menerima takdir dengan seadanya. Seandainya seseorang itu telah

didapati rabun warna, maka permilihan kerjaya di masa depan mestilah lebih

terperinci dan terancang.

7
6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kerajaan terutama bagi Kementerian Kesihatan dan

Kementerian Pelajaran juga perlu mengambil peranan dengan mempelbagaikan

inisiatif bagi menyebarkan maklumat mengenai masalah rabun warna ini dari

pelbagai aspek agar serba sedikit membuka minda rakyat dan memberi kesedaran

agar lebih memahami masalah yang disebabkan oleh masalah ini. Kerjasama

daripada pihak media massa juga amat perlu untuk memudahkan penyebaran

maklumat.Justeru semua pihak harus bekerjasama dalam mengurangkan jumlah

kejadianrabun warna seterusnya membasmi masalah ini dari terus membelenggu di

kalangan pelajar sekolah. Semoga satu hari nanti kita boleh mengenggam dan

mengerti makna sebenar badan sihat, hidup harmoni. Dan sesungguhnya mencegah

itu lebih baik daripada merawat.

8
7.0 LAMPIRAN

9
8.0 RUJUKAN

1. John S. Strauss (2002). Dermatology-Eyes. Basel Freiburg:London.

2. Paula Begoun (2001). Acne: diagnosis and management. Martin

Dunitz:London.

3. Rademaker M, Garioch JJ, Simpson NB (1989). Eyes problems in school

children: No longer a concern . Springer-Verlag: New York

4. http://www.anasofiya.com/2011/05/anda-buta-warna.html

5. http://puterablog1malaysia.blogspot.com/2011/10/mengenal-lebih-dekat-buta-

warna.html

6. http://idealweightforall.blogspot.com/2011/06/apa-beza-rabun-warnabuta-

warna-dan-buta.html

7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0226&pub=Utusan_M

alaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

10

Anda mungkin juga menyukai