Anda di halaman 1dari 19

1.

Ar-Rahmaan: ( ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan


pengasih di dunia.

2. Ar-Rahim: ( ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan
penyayang di akhirat.

3. Al-Malik: ( ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai


dengan kehendakNya sendiri.

4. Al-Quddus: ( ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

5. As-Salaam: ( ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada


seluruh makhlukNya.

6. Al-Mumin: ( ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan
makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar
dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

7. Al-Muhaimin: ( ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu


memerintah dan melindungi segala sesuatu.

8. Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat
sekehendakNya

9. Al-Jabbaar: ( ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu


mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan
seluruh hambaNya.

10. Al-Mutakabbir: ( ) Maha Megah / Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi
segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

11. Al-Khaaliq: ( ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang
menakdirkan adanya semua itu.

12. Al-Baari: ( ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha Menjadikan, iaitu mengadakan
sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

13. Al-Mushawwir: ( ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan


gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeda dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah
mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari
ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang
memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

14. Al-Ghaffaar: ( ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-
dosa dan kesalahan.

15. Al-Qahhaar: ( ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya


serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

16. Al-Wahhaab: ( ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak


kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

17. Ar-Razzaaq: ( ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai
rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( ) Maha Membukakan / Maha Pembuka , iaitu membuka gedung
penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

19. Al-Aliim: ( ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada
satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

20. Al-Qaabidh: ( ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup / Maha Pengekang, iaitu
mengambil nyawa atau mempersempit nezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

21. Al-Baasith: ( ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup / Maha Melimpah Nikmat,
iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

22. AI-Khaafidh: ( ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan / Maha Perendah /


Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan
memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

23. Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya
diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang
bertaqwa.

24. Al-Muiz: ( ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi


Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan
memberinya pentolongan dan kemenangan.

25. Al-Muzil: ( ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan
musuh ummat Islam seluruhnya.

26. As-Samii: ( ) Maha Mendengar.

27. Al-Bashiir: ( ) Maha Melihat.

28. Al-Hakam: ( ) Maha Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang
menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak
seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

29. Al-Adl: ( ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

30. Al-Lathiif: ( ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lembut serta Halus, iaitu
mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

31. Al-Khabiir: ( ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

32. Al-Haliim: ( ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak
tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

33. Al-Adzhiim: ( ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan
kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

34. Al-Ghafuur: ( ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-


hambaNya.

35. Asy-Syakuur: ( ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang
banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-Aliy: ( ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat
yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak
dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

37. Al-Kabiir: ( ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera
ataupun akal manusia.

38. Al-Hafidz: ( ) Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga
segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-
hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

39. Al-Muqiit: ( ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa
makanan tubuh ataupun makanan rohani.

40. Al-Hasiib: ( ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu


memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

41. Al-Jaliil: ( ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan
sifat-sifatNya.

42. Al-Kariim: ( ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa
diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

43. Ar-Raqiib: ( ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada, iaitu yang mengamat-
amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

44. Al-Mujiib: ( ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang
berdoa padaNya.

45. Al-Waasi: ( ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu kerahmatanNya merata kepada segala
yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

46. Al-Hakiim: ( ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi


kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

47. Al-Waduud: ( ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala
kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan
keadaan.

48. Al-Majiid: ( ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan
keutamaan.

49. Al-Baithu: ( ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan,


juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing
nanti setelah tibanya hari Qiamat.

50. Asy-Syahiid: ( ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

51. Al-Haq: ( ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

52. Al-Wakiil: ( ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni
memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan
yang sesempurnanya.

54. Al-Matiin: ( ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya
, iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

55. Al-Waliy: ( ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan
makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak
terbatas pada keperluan mereka.

56. Al-Hamiid: ( ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian
dan sanjungan.

57. Al-Muhshii: ( ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun
tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

58. Al-Mubdi: ( ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan
sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

59. Al-Muiid: ( ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu


menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

60. Al-Muhyii: ( ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap
sesuatu yang berhak hidup.

61. Al-Mumiit: ( ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang
hidup.

62. Al-Hay: ( ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

63. Al-Qayyuum: ( ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya,
AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit
dan bumi ini.

64. Al-Waajid: ( ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja
yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya
yang secara mutlak.

65. Al-Maajid: ( ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya
dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).

66. Al-Waahid: ( ) Maha Esa.

67. Al-Ahad: ( ) Maha Tunggal.

68. Ash-Shamad: ( ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu
selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

69. Al-Qaadir: ( ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya

70. Al-Muqtadir: ( ) Maha Menentukan.


71. Al-Muqaddim: ( ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan
sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih
waktu atau tempatnya.

72. Al-Muakhkhir: ( ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha


Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari
yang lainnya.

73. Al-Awwal: ( ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang
maujud.

74. Al-Aakhir: ( ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala
sesuatu yang maujud.

75. Azh-Zhaahir: ( ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan
menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

76. Al-Baathin: ( ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak
seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

77. Al-Waalii: ( ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah,
iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

78. Al-Mutaaalii: ( ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan
kerendahan.

79. Al-Bar: ( ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak
membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

80. At-Tawwaab: ( ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-
orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

81. Al-Muntaqim: ( ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang
bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

82. Al-Afuw: ( ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang
yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

83. Ar-Rauuf: ( ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih
sayangNya.

84. Maalikul Mulk: ( ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik
Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan
sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha
Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan,
pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.

86. Al-Muqsith: ( ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada
orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami: ( ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai
hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari
pembalasan.

88. Al-Ghaniy: ( ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak
berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat
mengharapkan padaNya.

89. Al-Mughnii: ( ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan,


iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang
dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

90. Al-Maani: ( ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela
hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

91. Adh-Dhaar: ( ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha


Pemberi bahaya, iaitu dengan rnenurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

92. An-Naafi: ( ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu meratalah kebaikan yang dikunniakanNya
itu kepada semua hamba dan negeri.

93. An-Nuur: ( ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri
dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

94. Al-Haadi: ( ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu
memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga
kehidupannya.

95. Al-Badii: ( ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak
ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

96. Al-Baaqi: ( ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

97. Al-Waarits: ( ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah
musnahnya seluruh makhluk.

98. Ar-Rasyiid: ( ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu
yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh
hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh
kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

99. Ash-Shabuur: ( ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan
tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.

DOA-DOA DENGAN ASMA UL-HUSNA

1. Yaa Allaahu anta robbunaa laa ilaaha illaa anta


* Ya Allah, Engkau Tuhan kami, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau

2. Yaa Rahmaanu narjuu rohmatak


* Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, kami mengharap kasih sayang-Mu.

3. Yaa Rahiimu irhamnaa


* Ya Tuhan yang Maha Penyayang, kasih dan sayangilah kami.
4. Yaa Maaliku Athinaa min mulkika
* Ya Tuhan yang Maha Raja (mempunyai kekuasaan), berikanlah kepada kami dari kekuasaan-
Mu.

5. Yaa Qudduusu Qaddis Fithratanaa


* Ya Tuhan yang Maha Suci, sucikanlah fitrah kejadian kami

6. Yaa salaamu sallima min aafaatid dunyaa waadzaabil aakhirah


* Ya Tuhan Pemberi selamat, selamatkanlah kami dari fitnah bencana dunia dan siksa di
akherat.

7. Yaa mukminu aaminaa wa-aamin ahlanaa wabaladanaa


* Ya Tuhan yang memberi keamanan, berikanlah kami keamanan, keluarga kami dan negeri
kami.

8. Ya Muhaiminu haimin auraatinaa wa-ajsaadanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, lindungilah cacat dan jasad kami.

9. Yaa Aziizu Azziznaa bililmi walkaroomah


* Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ilmu pengetahuan dan kemuliaan.

10. Yaa Jabbaaru hab lanaa min jabaruutika


* Ya Tuhan Yang Maha Perkasa, berikanlah kepada kami dari keperkasaan-Mu.

11. Yaa Mutakabbiru bifadhlika ijalnaa kubaraa


* Ya Tuhan Yang Maha Megah, dengan anugerah-Mu jadikanlah kami orang yang megah.

12. Yaa Khooliqu hassin kholqonaa wahassin khuluqonaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menciptakan/Menjadikan, baguskanlah kejadian kami dan baguskanlah
akhlak kami.

13. Yaa Baariu abrinaa minasy syirki walmaradhi walfitnati


* Ya Tuhan yang Maha Membebaskan, bebaskan kami dari syirik, penyakit, dan fitnah.

14. Yaa Mushawwiruu shawirnaa ilaa ahsanil kholqi walhaali


* Ya Tuhan yang Maha Membentuk, bentuklah kami menjadi sebaik-baiknya makhluk dan
sebaik-baik keadaan.

15. Ya Ghoffaaru ighfir lanaa dzunuubanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Pengampun , ampunilah dosa-dosa kami.

16. Yaa Qohhaaru iqhar aduwwanaa ilal istislami


* Ya Tuhan Yang Maha Memaksa, paksalah musuh kami untuk tunduk/menyerah

17. Ya Wahhaabu Hab lanaa dzurriyatan thayyibah


* Ya Tuhan Yang Maha Memberi, berikanlah kepada kami anak keturunan yang baik

18. Ya Rozzaaqu urzuqnaa halaalan thoyyiban waasiaa


* Ya Tuhan Yang Maha Memberi rezeki, berikanlah rezki yang halal, bergizi dan banyak

19. Yaa Fattaahu iftah lanaa abwaabal khoiri


* Ya Tuhan yang Maha Membuka, bukakanlah buat kami semua pintu kebaikan.
20. Yaa aliimu alimnaa maa laa nalam
* Ya Tuhan Yang Maha Mengetahui, beritahukanlah kepada kami apa yang kami tidak
mengetahuinya.

21. Yaa Qoobidhu idzaa jaaa ajalunaa faqbidh ruuhanaa fii husnil khotimah
* Ya Tuhan Yang Maha Mencabut, jika telah sampai ajal kami, cabutlah ruh kami dalam keadaan
khusnul khotimah.

22. Yaa baasithu ubsuth yadaaka alainaa bil athiyyah


* Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, luaskan kekuasaan-Mu kepada kami dengan penuh
pemberian.

23. Ya khoofidhu ihkfidh man zholamanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menjatuhkan, jatuhkanlah orang yang menzalimi kami.

24. Ya roofiu irfa darojaatinaa.


* Ya Tuhan Yang Maha Mengangkat, angkatlah derajat kami.

25. Ya Muizzu aatinaa izzataka.


* Ya Tuhan Yang Maha Memberi kemuliaan, limpahkanlah kemulaiaan-Mu kepada kami.

26. Yaa mudzillu dzallilman adzallanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menghinakan, hinakanlah orang yang menghina kami.

27. Yaa samiiu isma syakwatanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Mendengar. dengarkanlah pengaduan kami.

28. Yaa bashiiru abshir hasanaatinaa


* Ya Tuhan Yang Maha Melihat, lihatlah semua amal kebaikan kami.

29. Yaa hakamu uhkum manhasada alainaa wa ghosysyanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan hukum, hukumlah orang-orang yang dengki dan curang
kepada kami.

30. Yaa adlu idil man rahimanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menetapkan keadilan, berikan keadilan kepada orang yang sayang
kepada kami.

31. Yaa khobiiru ihyinaa hayaatal khubaroo


* Ya Tuhan Yang Maha Waspada, jadikanlah hidup kami seperti kehidupan orang-orang yang
selalu waspada (ahli peneliti).

32. Yaa haliimu bilhilmi zayyinnaa


* Ya Tuhan Yang Maha Penyantun, hiasilah hidup kami dengan sikap penyantun.

33. Yaa lathiifu ulthuf binaa


* Ya Tuhan Yang Maha Halus, bersikaplah halus kepada kami.

34. Yaa azhiimu ahyinaa hayaatal uzhomaa


* Ya Tuhan Yang Maha Agung, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang
agung.

35. Yaa ghofuuru ighfir lanaa waisrofanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Pengampun, ampunilah dosa kami dan keteledoran kami.
36. Ya syakuruu ainnaa alaa syukrika
* Ya Tuhan Yang Maha Menerima syukur, berikanlah kami kemampuan untuk selalu bersyukur
kepada-Mu.

37. Ya aliyyu uluwwaka nastaghiitsu


* Ya Tuhan Yang Maha Tinggi, kami mengharap ketinggian dari-Mu

38. Yaa kabiiru ijalnaa kubarooa


* Ya Tuhan Yang Maha Besar, jadikanlah kami orang yang besar.

39. Yaa hafiizhuu ihfazhnaa min fitnatid dunya wasuuihaa


* Ya Allah Yang Maha memelihara, peliharalah kami dari fitnah dunia dan kejahatannya

40. Yaa muqiitu athinaa quwwataka laa haula walaa quwaata illabika
* Ya Allah Tuhan Yang Maha Memberi kekuatan, berikanlah kami kekuatan, tidak ada daya dan
kekuatan kecuali dari Engkau.

41. Yaa Hasiibu haasibnaa hisaaban yasiiroo


* Ya Tuhan Yang Maha Menghisab, hisablah kami nanti dengan hisaban yang ringan.

42. Yaa jaliilu ahyinaa hayaatal ajillaal.


* Ya Tuhan Yang Maha Luhur, hidupkanlah kami seperti orang-orang yang mempunyai
keluhuran

43. Ya kariimu akrimnaa bittaqwaa


*Ya Tuhan Yang Maha Mulia, muliakanlah kami dengan ketaqwaan

44. Ya roqiibu ahyinna tahta riqoobatik


* Ya Tuhan Yang Maha Mengamati geark-gerik, hidupkanlah kami selalu dalam pengamatan-Mu

45. Ya mujiibu ajib dawatanaa waqdhi hawaaijanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Mengabulkan, kabulkanlah doa dan ajakan kami, luluskanlah semua
keperluan kami

46. Yaa waasiu urzuqnaa rizqon waasiaa wawassi shuduuronaa


* Ya Tuhan Yang Maha Meluaskan, berikanlah kami rizki yang luas dan luaskanlah dada kami.

47. Yaa hakiimu ahyinaa hayaatal hukamaai


* Ya Tuhan Yang Maha Bijaksana, hidupkanlah kami sebagaimana kehidupan orang-orang yang
bijaksana.

48. Yaa waduudu wuddaka istatsarnaa wa alhimma mawaddatan warohmah


* Ya Tuhan Yang Maha Mencintai, hanya cintamu kami mementingkan, dan ilhamkanlah kepada
kami rasa cinta dan kasih sayang.

49. Ya majiidu athinaa majdaka


* Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu

50. Yaa baaitsu ibatsnaa maasysyuhadaai washshoolihiin


* Ya Tuhan Yang maha Membangkitkan, bangkitkanlah kami bersama orang-orang yang syahid
dan orang yang shaleh.
51. Yaa Syaahiidu isyhad bi annaa muslimuun
* Ya Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahwa kami adalah orang-orang yang
menyerahkan diri kepada-Mu (Muslimin)

52. Yaa Haqqu dullanaa haqqon wathi kulla dzii haqqin haqqoo
* Ya Allah Tuhan Yang Maha Haq, tunjukilah kami kepada yang haq dan berikanlah hak pada
setiap orang yang mempunyai haq

53. Yaa wakiilu alaika tawakkalnaa


* Ya Tuhan Yang Maha Memelihara penyerahan, kepada-Mu kami serahkan urusan kami

54. Yaa Qowiyyu biquwwatika fanshurnaa


* Ya Tuhan Yang Maha Kuat, dengan kekuatan-Mu tolonglah kami.

55. Yaa matiinu umtun imaananaa watsabbit aqdaamanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Kokoh, kokohkanlah iman kami dan mantapkan pendirian kami.

56. Yaa Waliyyu ahyinaa hayaatal auliyaa


* Ya Tuhan Yang Maha Melindungi, hidupkanlah kami seperti hamba-hamba-Mu yang
mendapat perlindungan (para wali)

57. Yaa haniidu urzuqnaa isyatan hamiidah


* Ya Tuhan Yang Maha Terpuji, limpahkan kepada kami kehidupan yang terpuji.

58. Yaa muhshii ahshinaamin zumrotil muwahhidiin


* Ya Tuhan Yang Maha Menghitung, hitunglah kami termasuk orang-orang yang meng-Esakan
Engkau

59. Yaa mubdiu bismika ibtadanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Memulai, dengan nama-Mu kami memulai.

60. Yaa muiidu aid maa ghooba annaa


* Ya Tuhan Yang Maha Mengembalikan, kembalikanlah semua yang hilang dari kami

61. Yaa muhyii laka nuhyii fahayyina bissalaam


* Ya Tuhan Yang Maha Menghidupkan, karena Engkau kami hidup, hidupkanlah kami dengan
penuh keselamatan

62. Yaa mumiitu amitna alaa diinil Islaam


* Ya Tuhan Yang Maha Mematikan, matikanlah kami tetap dalam keadaan Islam

63. Yaa Hayyu ahyi wanammi sayanaa wasyarikatana waziroatana..


* Ya Tuhan Yang Maha Hidup , hidupkanlah dan kembangkanlah usaha kami, perusahaan kami
dan tanaman kami

64. Ya Qoyyuumu aqimnaa bil istiqoomah


* Ya Tuhan Yang Maha Tegak, tegakkanlah kami dengan konsisten

65. Yaa waajidu aujid maadhooa annaa


* Ya Tuhan Yang Maha Mewujudkan / Menemukan, ketemukanlah semua yang hilang dari
kami.

66. Yaa maajidu aatinaa majdaka


* Ya Tuhan Yang Maha Mulia, berikanlah kepada kami kemuliaan-Mu
67. Yaa waahidu wahhid tafarruqonaa wajmasyamlanaa
* Ya Tuhan Yang Maha Esa/Menyatukan, persatukanlah perpecahan kami dan kumpulkanlah
keberantakan kami.

68. Yaa shomadu ilaika shomadnaa


* Ya Tuhan yang tergantung kepada-Nya segala sesuatu, hanya kepada-Mu kami bergantung.

69. Yaa qodiiru biqudrotika anjib min zhahrina zhurriyyatan thoyyibah


* Ya Tuhan Yang Maha Kuasa, dengan kekuasaan-Mu lahirkanlah dari tulnag pungung kami anak
keturunan yang baik.

70. Yaa muqtadiru iqtadirlana zaujan wakhoiron kullahu


* Ya Tuhan Yang Maha Menentukan, tentukanlah untuk kami istri dan semua kebaikannya.

71. Ya mukoddimu qoddim hawaaijanaa fiddun-ya wal aakhiroh


* Ya Tuhan Yang Maha Mendahulukan, dahulukan keperluan kami di dunia dan di akherat.

72. Yaa muakhkhiru akhkhirhayaatana bishusnil khootimah.


* Ya Tuhan Yang Maha Mengakhirkan, akhirkanlah hidup kami dengan
husnul khotimah.

73. Yaa awwalu adkhilnal jannta maal awwalin


* Ya Tuhan Yang Maha Pertama, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama orang-orang yang
pertama masuk syurga

74. Yaa aakhiru ijal aakhiro umrinaa khoirohu.


* Ya Tuhan Yang Maha Akhir, jadikanlah kebaikan pada akhir umur kami.

75. Ya zhoohiru azhhiril haqqo alainaa warzuqnattibaaah


* Ya Tuhan Yang Maha Nyata, tampakkanlah kepada kebenaran , berikan kami kesanggupan
untuk mengikutinya.

76. Yaa baathinu abthin uyuubanaa wastur aurootinaa.


* Ya Tuhan Yang Maha Menyembunyikan, sembunyikanlah cacat kami dan tutuplah rahasia
kami.

77. Yaa waali anta waali amrinaa faasri nushrotaka lanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menguasai, Engkau adalah Penguasa urusan kami, maka segerakanlah
pertolongan-Mu kepada kami.

78. Yaa mutaaali ali kalimataka wakhdzul man khodzalanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Terpelihara dari semua kekurangan (Maha Luhur), luhurkan/peliharalah
kalimat-Mu dan hinakan orang yang merendahkan kami.

79. Yaa barru ashib barroka alainaa waahyinaa maal barorotil kiroom.
* Ya Tuhan Yang Maha Dermawan, limpahkan kedermawanan-Mu kepada kami dan
hidupkanlah kami bersama orang-orang yang dermawan lagi mulia.

80. Yaa tawwaabu taqobbal taubatanaa wataqobbal madzi-rotanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menerima taubat, terimalah taubat kami dan uzur kami.

81. Yaa afuwwu fafu annaa khothooyaanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Memaafkan , maafkanlah semua kesalahan kami
82. Ya rouufu anzil alainaa rofataka
* Ya Tuhan Yang Maha Pengasih, turunkanlah kepada kami kasih/kelembutan-Mu

83. Yaa Maalikal mulki aati mulkaka man tasyaa-u minnaa


* Ya Tuhan Yang Memiliki Kerajaan/Kekuasaan, berikan
kerajaan/kekuasaan-Mu kepada siapa yang Engkau kehendaki dari kami.

84. Yaa Muntaqimu laa tantaqim alaina bidzunuubinaa


* Ya Tuhan Yang Maha Menyiksa, janganlah kami disiksa lantaran dosa-dosa kami.

85. Yaa dzal jalaali wal ikroom akrimnaa bil ijlaali wattaqwaa
* Ya Tuhan Yang Mempunyai Keagungan dan Kemuliaan, muliakanlah kami dengan keagungan
dan ketaqwaan.

86. Yaa Muqsithu tsabbit lanaa qisthon wazil anna zhulman


* Ya Tuhan Yang Maha Mengadili, tetapkanlah kepada kami keadilan dan hilangkan dari kami
kezaliman.

87. Yaa Jaamiu ijmanaa maash shoolihiin.


* Ya Tuhan Yang Maha Mengumpulkan, kumpulkanlah kami bersama orang-orang yang sholeh.

88. Yaa Ghoniyyu aghninaa bihalaalika an haroomik


* Ya Tuhan Yang Maha Kaya, berikanlah kepada kami kekayaan yang halal dan jauh dari
keharaman.

89. Yaa Munghnii binimatika aghninaa


* Ya Tuhan Yang Maha Memberi Kekayaan, dengan nikmat-Mu berikanlah kami kekayaan.

90. Yaa Maaniu imna daairotas suu-i taduuru alainaa.


* Ya Tuhan Yang Maha Menolak, tolaklah putaran kejahatan yang mengancam kami.

91. Yaa Dhoorru la tushib dhorroka wadhorro man yadhurru alainaa


* Ya Tuhan Yang Maha Memberi Bahaya, jangan timpakan kepada kami bahaya-Mu dan bahaya
orang yang akan membahayakan kami.

92. Yaa Naafiu infa lanaa maa allamtanaa wamaa rozaqtanaa


* Ya Tuhan Yang Maha Membri Manfaat, berikan kemanfaatan atas apa yang telah Engkau
ajarkan kepada kami dan kemanfaatan rizki yang Engkau berikan kepada kami.

93. Yaa Nuuru nawwir quluubanaa bihidaayatika


* Ya Tuhan Yang Maha Bercahaya, sinarilah kami dengan petunjukmu.

94. Yaa Haadii ihdinash shirothol mustaqim.


* Ya Tuhan Yang Maha Memberi Petunjuk, tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus.

95. Yaa Badiiu ibda lanaa hayatan badiiah


* Ya Tuhan Yang Maha Pencipta Keindahan, ciptakanlah kepada kami kehidupan yang indah.

96. Yaa Baaqii abqi nimatakal latii anamta alainaa.


* Ya Tuhan Yang Maha Kekal, kekalkanlah nikmat yang telah Engkau berikan kepada kami.

97. Yaa Waaritsu ijalnaa min waratsati jannatin naiim.


* Ya Tuhan Yang Maha Pewaris, jadikanlah kami orang yang akan mewarisi syurga kenikmatan.
98. Yaa Rasyiidu alhimna rusydaka waahyinaa raasyidiin.
* Ya Tuhan Yang Maha Cendekiawan, limpahkanlah kecendekiawaan-Mu dan hidupkanlah kami
sebagai orang-orang cendekia.

99. Yaa Shabuuru ijalnaa shaabiriina


* Ya Tuhan Yang Maha Penyabar, jadikanlah kami orang-orang yang selalu bersabar.

Cara dzikir berdasarkan manfaatnya menurut buku Khasiat Asmaul-Husna karya Abu Nur
Husnina sebagai berikut:

1. Ya Allah! apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas sholat tahajjud atau
sholat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang
diusahakan dan dihajati.

2. Ya Rahman! apabila dizikirkan sesudah sholat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan
menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. Ya Rahim! apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai
daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. Ya Malik! apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya
matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan
yang diridhoi Allah.

5. Ya Quddus! apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka
hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. Ya Salam! apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan
terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sehat & sejahtera.

7. Ya Mukmin! apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala
kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan kejahatan.

8. Ya Muhaimin! apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah sholat fardhu Isya, Insyaallah
pikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. Ya Aziz! apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah sholat subuh, InsyaAllah, kita akan
menjadi orang yang mulia, disegani orang yang penuh kewibawaan.

10.Ya Jabbar! apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi
tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. Ya Mutakabbir! apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak,
kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12.Ya Khaliq! dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat faham.

13.Ya Baarii! sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak
100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari
penyakit tersebut.
14.Ya Musawwir! sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka
ikhtiarnya dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Minggu hingga Sabtu. Di waktu akan
berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan Ya Musawwir sebanyak 21 x, kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah melakukan amalan
yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak
berjima, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15.Ya Ghaffaar! sambil beritikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini
sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu sholat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan
dosa-dosa kita.

16.Ya Qahhaar! dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga
dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita
akan sadar & tunduk akhirnya.

17. Ya Wahhaab! dizikir sebanyak 100 x sesudah sholat fardhu, barang siapa yang selalu
didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan
hilang.

18. Ya Razzaq! dizikir mengikut kemampuan sesudah sholat fardhu khususnya sholat subuh,
Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang
tanpa diduga.

19. Ya Fattah! dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai sholat subuh, InsyAllah hati kita akan
dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima kebenaran, pengetahuan dan kebijaksanaan.

20. Ya Aalim! dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai sholat Maktubah, Insya Allah akan
mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. Ya Qaabidhu! dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah
& terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. Ya Baasithu! Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha &
berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan
menjadi murah.

23. Ya Khaafidh! dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh,
musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. Ya Raafi! dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah
keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.

25. Ya Muizz! dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. Ya Muzill! Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada
kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sadar & membayar hutangnya
kembali.

27. Ya Samii! Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah sholat Dhuha,
InsyaAllah doa kita akan mustajab.
28. Ya Bashiir! Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum sholat Jumat, InsyaAllah akan menjadikan
kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. Ya Hakam! dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah
dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. Ya Adllu! dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai sholat 5 waktu, InsyaAllah
diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. Ya Lathiif! Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. Ya Khabiir! Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang
teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat
mempertemukan kita dengan siapapun yang kita inginkan, termasuk bertemu dengan teman
atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. Ya Haliim! Dizikirkan sebanyak 88 x selepas sholat lima waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, organisasi atau kelompok apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan digoyang atau digugat.

34. Ya Aziim! dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitaisakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada
tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari
gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. Ya Ghafuur! bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima
taubatnya oleh Allah.

36. Ya Syakuur! dizikirkan sebanyak 40 x sehabis sholat hajat, sebagai pengucapan terima
kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali
kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. Ya Aliy! Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x
(** di dalam bahasa Arab) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,
InsyaAllah lama kelamaan kecerdasan si anak itu akan berubah cemerlang.

38. Ya Kabiir! Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucuti gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 x selama 7 hari berturut-turut dalam
keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah sholat malam (tahajud atau
hajat).

39. Ya Hafiiz! dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang
buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. Ya Muqiit! Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan
atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan
zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. Ya Hasiib! Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas sholat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan dan terhindar dari gangguan.
42. Ya Jaliil! Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengagumkan bisnis akan bertambah maju.
Andai seorang pegawai, maka kedudukan kita akan ditinggikan dan mendapat tempat yang
terhormat izin Allah.

43. Ya Kariim! Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak,
maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak tidur. Allah akan mengangkat derajat
mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. Ya Raqiib! Untuk penjagaan barang yang dikhawatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x
setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhawatirkan berada di tempat yang jauh &
sukar dijaga akan terhindar dari pencurian dan gangguan lainnya.

45. Ya Mujiib! Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita
mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah
sholat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. Ya Waasi! Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi &
petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa
diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari iri dengki sesama makhluk.

47. Ya Hakiim! Bagi pelajar atau sesiapa saja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. Ya Waduud! Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan
menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada
didalam keadaan harmoni.

49. Ya Majiid! Untuk ketenteraman keluarga. Setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi &
menghormati kita sebagai kepala keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu
hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh tubuh dan muka. InsyaAllah semua
anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita.

50. Ya Baaits! Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah
akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. Ya Syahiid! Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si
pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. Ya Haq! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk
menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. Ya Wakiil Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali
seperti sediakala.

54. Ya Qawiy! Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan
dengan keadaan apapun termasuk keadaan yang berbahaya.

55. Ya Matiin! Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin untuk mengembangkan kekuatan
sehingga musuh apapun merasa gentar dan ketakutan.
56. Ya Waliy! mengamalkan zikir ini akan mengukuhkan kedudukan kita dan terhindar dari
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. Ya Hamiid! Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahwa hanya Allah saja yang paling
berhak menerima segala pujian.

58. Ya Muhshiy! Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah sholat 5
waktu.

59. Ya Mubdiu! Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak
470 x setiap hari.

60. Ya Muid! Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan
zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah sholat.

61. Ya Muhyiy! amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan
kemuliaan derajat dunia & akhirat kelak.

62. Ya Mumiit! Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan


didalam perniagaan, bisnis, politik dan sebagainya.

63. Ya Hayyu! Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan,


perbanyakkanlah zikir ini.

64. Ya Qayyuum! Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi barokah, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti
musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn Ya Hayyu Ya Qayyuum
sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara terus
menerus, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. Ya Waajid! Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh &
teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. Ya Maajid! Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. Ya Waahid! Bagi pasangan yang belum dikaruniai anak dan ingin segera untuk menimang
bayi, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan sholat 5 waktu selama
satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Senin dan kamis.

68. Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat tersesat atau kesempitan hidup, maka
mohonkan kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan terasa segar &
sentiasa merasa longgar hidupnya.

69. Ya Qaadir! Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini
sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. Ya Muqtadir! Agar tercapai keinginan yang dikehendaki, selain perlu berikhtiar lahirah,
maka berzikirlah dengan zikir ini semampunya. Zikir ini mempercepatkan keberhasilan
keinginan kita.
71. Ya Muqaddim! Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata Barangsiapa yang
berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, niscaya segala usahanya akan
berhasil.

72. Ya Muahkhir! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. Ya Awwal!! Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. Ya Aakhir! Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah sholat 5 waktu selama satu bulan,
InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. Ya Dhaahir! Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai sholat waktu di tempat yang
sunyi (khalwat), niscaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahasia yang sukar serta
diberi kefahaman ilmu.

76. Ya Baathinu! Seperti no. 75 juga, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah sholat fardhu.

77. Ya Waaliy! Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang menyebabkan seseorang
menjadi ahli marifat dan hatinya dibuka oleh Allah. Para wali Allah juga selalu
memperbanyakkan zikir ini

78. Ya MutaaAliy! Sekiranya kita ingin berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi
atau mereka yang sukar ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah dengan
mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.

79. Ya Barr! Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita
hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. Ya Tawwaab! Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang
lurus.

81. Ya Muntaqim! Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali
sesudah sholat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. Ya Afuww! Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, niscaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.

83. Ya Rauuf! Bagi siapa yang ingin dirinya disayangi dan disenango oleh teman atau siapa
saja yang memandangnya, amalkan zikir ini waktu siang malam.

84. Ya Maalikul Mulki! Seseorang pimpinan/ ketua yang ingin kedudukan yang langgeng dan
tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah sholat
fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan.

85. Ya Zul Jalaali wal Ikraam! Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. Ya Muqsith! Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. Ya Jaami! Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah,
maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyadarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka
waktu yang singkat.

88. Ya Ghaniy! Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang
kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. Ya Mughniy! Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. Ya Maani! Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang
sholat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka
membuat angkara.

91. Ya Dhaarr! Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang sudah menahun dan lama diobati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada
setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakitnya cepat sembuh.

92. Ya Naafi ! Menurut Imam Ahmad Al-Buniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari,
maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan
kesusahannya dengan izin Allah.

93. Ya Nuur! Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa terbaik untuk kebaikan di dunia
akhirat, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini pagi & petang.

94. Ya Haadiy! Bagi siapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia
tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, akan
diberikan pertolongan Allah lepas dari kesesatan tersebut.

95. Ya Baadii! Andai kita mempunyai rencana/rancangan yang sangat penting & bagi
memastikan rencana kita itu berjaya dan berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500 x selepas sholat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga
rencana kita sukses.

96. Ya Baaqy! Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa batas waktu, InsyaAllah dengan
ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah dilakukan akan berda pada puncak sukses dan rezeki
tidak akan mudah terlepas, bisnis tidak akan rugi atau bangkrut.

97. Ya Waarits! berzikir sebanyak 500 x selepas sholat fardhu atau sebagainya, segala urusan
kita akan berjalan lancar. Pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x, Allah akan
memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan ridho-NYA.

98. Ya Rasyiid! biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, niscaya otak kita akan bertambah
cerdas.

99. Ya Shabuur! Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka
perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar penuh pengharapan, maka
segala usaha akan mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai

  • Silabus Mama Kls 2
    Silabus Mama Kls 2
    Dokumen9 halaman
    Silabus Mama Kls 2
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen19 halaman
    1
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Upload Login Signup
    Upload Login Signup
    Dokumen15 halaman
    Upload Login Signup
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Hal:Lamaran Pekerjaan
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Dokumen5 halaman
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Spa Sekarang Bukan Lagi Sekedar
    Spa Sekarang Bukan Lagi Sekedar
    Dokumen7 halaman
    Spa Sekarang Bukan Lagi Sekedar
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Lamar An
    Lamar An
    Dokumen8 halaman
    Lamar An
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Hal:Lamaran Pekerjaan
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Dokumen5 halaman
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Hal:Lamaran Pekerjaan
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Dokumen5 halaman
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Riwayat Hidup-1
    Riwayat Hidup-1
    Dokumen2 halaman
    Riwayat Hidup-1
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Hal:Lamaran Pekerjaan
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Dokumen5 halaman
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Hal:Lamaran Pekerjaan
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Dokumen5 halaman
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Hal:Lamaran Pekerjaan
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Dokumen5 halaman
    Hal:Lamaran Pekerjaan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Riwayat Hidup-1
    Riwayat Hidup-1
    Dokumen2 halaman
    Riwayat Hidup-1
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Ikiii
    Ikiii
    Dokumen1 halaman
    Ikiii
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Cover
    Cover
    Dokumen4 halaman
    Cover
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Pem Be Rita Huan
    Pem Be Rita Huan
    Dokumen2 halaman
    Pem Be Rita Huan
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Deteksi Dini Komplikasi Ibu Dan Janin
    Deteksi Dini Komplikasi Ibu Dan Janin
    Dokumen5 halaman
    Deteksi Dini Komplikasi Ibu Dan Janin
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Ir 2
    Ir 2
    Dokumen8 halaman
    Ir 2
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • 1
    1
    Dokumen19 halaman
    1
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Kepuasan Pasien
    Kepuasan Pasien
    Dokumen1 halaman
    Kepuasan Pasien
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Kedai Bolang
    Kedai Bolang
    Dokumen1 halaman
    Kedai Bolang
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Ir 2
    Ir 2
    Dokumen8 halaman
    Ir 2
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Lambung Perut
    Lambung Perut
    Dokumen16 halaman
    Lambung Perut
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Upload Login Signup
    Upload Login Signup
    Dokumen15 halaman
    Upload Login Signup
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Cuti
    Cuti
    Dokumen1 halaman
    Cuti
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Cuti
    Cuti
    Dokumen1 halaman
    Cuti
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Fara
    Fara
    Dokumen6 halaman
    Fara
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Upload Login Signup
    Upload Login Signup
    Dokumen15 halaman
    Upload Login Signup
    Rsu Sis Aljufri
    Belum ada peringkat
  • Sop Menyapu Lantai
    Sop Menyapu Lantai
    Dokumen7 halaman
    Sop Menyapu Lantai
    yenikrisnawati
    Belum ada peringkat