Anda di halaman 1dari 7

REFLEKTIF

Aktiviti 1: Membina Gadget

Kami dari Kumpulan PISMP Matematik Sem 1 bersama Kumpulan Bahasa Iban
telah saling bekerjasama dan tolong-menolong untuk membina gadget. Ketika
membina gadget, kami perlu mengikat batang buluh, membina sistem perairan, dan
banyak lagi. Dengan itu, saya telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang
mahir untuk mempelajari cara mengikat batang buluh. Bukan itu sahaja, saya juga
telah belajar cara mengergaji batang buluh dengan lebih berkesan dan cepat. Saya
berasa amat gembira kerana dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan dan
kemahiran baharu. Saya juga sedar akan kepentingan kerjasama antara ahli
kumpulan untuk menjayakan sesuatu perkara. Walaupun cuaca pada hari itu sangat
terik dan juga hujan, namun kami tetap berusaha membina gadget tersebut. Nilai
kegigihan, kerajinan, dan kesungguhan yang dapat ditunjukkan melalui pembinaan
gadget.

Taklimat Penyediaan Tapak, Ikatan Asas dan Mendirikan Khemah

Selepas mendengar taklimat yang diberikan oleh Encik Mcnair dengan penuh
perhatian, kami pun bekerjasama antara satu sama lain untuk mendirikan khemah.
Pada mulanya, saya tidak mahir dalam mendirikan khemah. Tambahn pula, terdapat
pelbagai jenis khemah yang perlu kami dirikan. Dengan itu, saya berasa amat
bersyukur atas tunjuk ajar yang diberikan oleh rakan-rakan. Walaupun kami
menghadapi masalah ketika mendirikan khemah, namun kita dapat
menyelesaikannya dengan bantuan dan nasihat yang diberikan oleh Encik Ning. Atas
usaha dan semangat perpaduan antara peserta BIG, akhirnya kami dapat mendirikan
khemah dengan jayanya. Apabila berkongsi khemah dengan rakan, hubungan
silaturahim antara peserta dapat dieratkan. Bukan itu sahaja, peserta antara khemah
juga dapat menjalinkan hubungan yang baik kerana kita dapat belajar hidup bersama
secara aman dan harmoni sepanjang program BIG.
Panduan ketika Kecemasan dan Asas Bantu Mula

Melalui panduan yang diberikan oleh Cik Yeo, saya sedar bahawa perlunya kami
sentiasa mengutamakan keselamatan ketika menjalankan sesuatu aktiviti. Kami
perlu sentiasa berhati-hati agar tidak terluka atau cedera ketika aktiviti dijalankan.
Sekiranya mengalami kecederaan, maka perlunya mendapatkan bantuan
kecemasan dengan segera. Sebagai seorang bakal guru, kami perlu mengetahui
ilmu pengetahuan tentang bantuan kecemasan. Hal ini demikian kerana kami dapat
menghulurkan bantuan kepada murid yang mengalami kecederaan dengan segera.
Ini merupakan tanggungjawab seorang guru terhadap muridnya dari aspek
keselamatan.

Sesi Moral

Melalui sesi moral, kami telah menyedari bahawa perlunya kami memegang
identiti dan jati diri sebagai seorang guru. Ketika berbincang dengan rakan kumpulan,
kami telah mendapati bahawa sebagai seorang guru, perlunya bertanggungjawab,
berintegriti, mempunyai sifat penyayang, sentiasa sabar dan tabah menghadapi
segala situasi, kreatif dan inovatif, berani, adil serta banyak lagi. Hal ini demikian
kerana guru yang dapat diumpamakan sebagai lilin dan menjadi petunjuk serta role
model kepada anak murid. Dengan itu, guru perlu menjalankan peranannya dengan
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai panduan.

Sesungguhnya sesi moral adalah sangat afdal untuk dijalankan, bukan sahaja
untuk dijadikan pelengkap untuk diri kami dari pelbagai aspek seperti jasmani, emosi,
rohani, intelek untuk menjadi insan yang seimbang, malah ia sebagai persediaan
bagi kami untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang yang digelar guru.

Memasak
Nilai kesyukuran dipupuk apabila kami dapat bersama-sama menikmati makanan
yang kami masakkan bersama dengan AJK makanan. Kami telah saling bekerjasama
dalam menyediakan makanan, pinggan mangkuk, memasak makanan, membancuh
air minuman, mencuci dan mengemaskan pinggan serta tempat makan selepas
makan. Sikap berdikari yang dapat disemai di mana kami perlu masak makanan
sendiri sepanjang program ini. Walaupun berasa letih sepanjang hari, namun berasa
seronok dan gembiran apabila dapat menikmati makanan bersama dengan
rakan-rakan.

Ice Breaking

Melalui sesi ice breaking, kami telah mempelajari bahawa kami perlu berani
untuk bertanya demi mendapatkan sesuatu ataupun melakukan sesuatu perkara.
Tambahan pula, kami juga telah mempelajari bahawa sebagai seorang guru, kami
perlu mengawal diri, terutamanya daripada aspek emosi, sentiasa sabar, dan tabah.
Guru perlu sentiasa tabah dan sabar apabila berhadapan dengan anak murid. Tidak
wajar guru melaksanakan hukuman peribadi terhadap murid-murid akibat tidak dapat
mengawal emosi diri sendiri. Selain itu, kami juga menyedari bahawa kami perlu
menjaga amanah dengan baik. Sebagai guru, murid-murid merupakan amanah dan
perlulah dijaga dengan baik.

Sentry Malam
Semangat kerjasama dan perpaduan antara kumpulan dapat dipupuk melalui
aktiviti sentry malam ketika waktu malam sehingga ke keesokan paginya. Dalam hal
ini, ahli kumpulan telah sentiasa mengingati antara satu sama lain tentang jadual
sentry malam yang telag ditetapkan. Ketua kumpulan juga telah menunjukkan sifat
kepimpinan dengan memastikan bahawa ahli-ahlinya menjalankan tugasan dengan
baik. Ini termasuklah menjaga tempat perkhemahan supaya tidak berlakunya
percerobohan yang dilakukan sama ada manusia atau binatang. Apabila sekumpulan
sudah siap melaksanakan tanggungjawabnya, makan mereka akan memanggil
kumpulan yang seterusnya untuk menjalankan tugasan.

Senamrobik- Malaysia Cergas

Melalui aktiviti senamrobik, saya dapat sedar bahawa kepentingan melakukan


senaman untuk kesihatan badan. Bukan itu sahaja, hubungan antara peserta BIG
pula dapat dieratkan kerana berasa seronok ketika dapat bersama-sama melakukan
senamrobik. Saya juga amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang menjalankan
usaha mereka untuk aktiviti senamrobik, termasuklah memilih lagu dan pergerakan
yang sesuai dan menarik. Jangan memilih lagu yang sama
.
Menaikkan bendera, menyanyi lagu Institut, Patriotik dan Negaraku

Semangat patriotik dapat disemai melalui penyanyian lagu institut, iaitu Rajang
Berbakti, patriotik, dan juga Negaraku. Kami telah menyanyi dengan penuh
semangat. Ini merupkan cara bagi kami untuk menunjukkan sikap cinta akan Negara.
Sebagai seorang bakal guru, kami juga perlu sedar bahawa kami bertanggungjawab
untuk memupuk nilai cinta akan tanah air dalam kalangan murid-murid agar mereka
belajar bersungguh-sungguh dan dapat memberikan sumbangan ke atas kemajuan
negara apabila mereka memasuki alam dewasa.

Ujian Psikologi

Nilai kejujuran dapat dilihat apabila kami melakukan ujian psikologi. Saya amat
berterima kasih kepada Encik kerana peserta BIG masing-masing dapat mengenali
dan memahami diri sendiri dengan lebih mendalam melalui ujian psikologi yang telah
diberikan oleh beliau, malah kami juga dapat memahami personaliti masing-masing
demi menjalinkan hubungan yang harmoni. Sesungguhnya, seorang guru
mempunyai personaliti yang tertentu, iaitu S, A, E (social, artistic, enterprising).
Aktiviti Air

Sebelum melakukan aktiviti air, semua peserta telah menjalankan tanggungjawab


masing-masing dan tolong-menolong untuk memastikan kelancaran aktiviti serta
mengelakkan sebarang penangguhan. Dalam hal ini, kami telah bekerjasama untuk
menyediakan makanan, tapak untuk makan, mencuci pinggan mangkuk,
menyediakan tempat untuk meletakkan baju pelampung, dan sebagainya.
Sesungguhnya, melalui aktiviti air, semangat bersatu padu, bertanggungjawab, dan
tolong-menolong dapat dipupuk di mana ahli kumpulan yang pandai berenang telah
banyak membantu rakan lain apabila menghadapi rintangan dan halangan di dalam
sungai seperti aliran air yang deras dan mendalam, kayu di tengah-tengah sungai.
Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya yang banyak
menolong saya ketika kembara air tersebut. Ribuan terima kasih juga ingin diucapkan
kepada Encik McNair yang sudi menemani kumpulan kami yang merupakan
kumpulan terakhir sehingga sampai ke jambatan di tepi sungai tersebut.

Latihan dalam Kumpulan (LDK)

Selepas melalui ketiga-tiga sesi LDK yang dibimbing oleh Encik Hadeli, kami
telah belajar bahawa kami perlu sentiasa menanya soalan yang betul dan tepat,
sama seperti ketika mesyuarat diadakan, guru perlu bertindak terus kepada sesuatu
topik atau isu yang telah dikenal pasti dan tidak lari tajuk.

Melalui aktiviti menari bersama ahli kumpulan, kami dapat sedar bahawa sebagai
seorang guru, kami perlu bersifat aktif, berani, flesikbel di dalam kelas agar proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan murid-murid pula tidak
berasa bosan ketika belajar. Tambahan pula, pada zaman kini, kebanyakan generasi
muda yang tertarik dengan alat-alat komunikasi dan teknologi seperti iphone, ipad,
dan banyak lagi. Dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa para pendidik sedang
mengalami cabaran yang amat besar di mana guru perlu berfikir tentang cara yang
dapat menarik perhatian murid di dalam kelas agar berminat dalam pembelajaran
dan tidak lagi terjerumus dalam mengejar alat-alat yang canggih dan maju yang
hanya dapat mengisi kehendak manusia.

Saya juga berasa amat bersyukur kerana kami dapat mengenali sama sendiri
dengan lebih mendalam. Kami dapat belajar sesuatu daripada penerima surat kami
atas pemerhatian yang telah dibuat selama ini. Dengan itu, saya telah belajar sikap
kepimpinan dan kesungguhan daripada saudara Gani. Saya juga amat berterima
kasih kepada saudari Ismereddha yang menulis surat untuk memberikan sokongan
dan galakan kepada saya.

Kembara dan Orienteering

Saya berasa amat bersyukur kerana kumpulan kami yang merupakan kumpulan
pertama sampai ke destinasi. Saya juga sedar bahawa kerja mengusung bukan
sesuatu yang senang, malah perlu adanya semangat yang tinggi dan tidak mudah
berputus asa. Dengan itu, saya amat berterima kasih kepada rakan sekumpulan saya
atas semangat perjuangan bersama. Semangat rakan sepasukan saya yang tinggi
yang patut saya contohi. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari bahawa kami perlu
sentiasa berfikiran positif dan ceria walaupun berada dalam keadaan yang serba
kurang. Hal ini demikian kerana rakan-rakan berasa tenang walaupun kehilangan
pisau yang amat menyusahkan kami ketika menyediakan makanan untuk dimasak.
Tidak lupa juga berterima kasih kepada para pensyarah dan senior-senior yang telah
banyak membantu kami ketika kembara darat seperti memberikan penunjuk jalan
kepada kami di dalam hutan agar kami tidak sesak.

Persembahan Kumpulan

Melalui drama muzikal yang bertemakan Insan Modal dan Seimbang, kami
telah menerima iktibar bahawa kita perlu memiliki sikap seperti ketabahan, ketaatan,
kesederhanaan, kesungguhan, kerajinan, dan kejujuran dalam kehidupan untuk
menjadi seorang yang berjaya. Dalam pada itu, jelaslah bahawa kumpulan
masing-masing telah berusaha dalam sesi perbincangan, melatih, dan seterusnya
mempersembahakan drama yang dapat menggambarkan dan memberikan iktibar
serta nilai-nilai murni kepada semua orang. Kesungguhan juga telah ditunjukkan
melalui penyediaan peralatan yang diperlukan untuk menghasilkan persembahan
yang menarik. Dalam hal ini, saya sedar akan sebuah drama tidak dapat dilakukan
dengan jayanya tanpa kerjasama yang bersepadu antara ahli kumpulan.

Refleksi, Majils Penutup dan Break Camp

Saya sedar akan kerjasama semua orang yang menentukan kejayaan majlis
tersebut. Peserta BIG telah saling menolong dan bekerjasama bagi memastikan
majils penutupan dapat dijalakan dengan lancar. Dengan itu, raptai telah dilakukan
dan sebarang masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Usaha
pengacara majlis juga amat dihargai.

Selepas majlis, peserta masing-masing mengambil inisiatif untuk mengemaskan


tapak perkhemahan. Sikap sentiasa bersedia juga dapat dipupuk di mana kami
bersedia untuk membantu rakan yang memerlukan bantuan ketika break camp
seperti menolong rakan mengangkat batang buluh yang berat.

Anda mungkin juga menyukai