Anda di halaman 1dari 3

JAWAPAN PENULISAN ( 012 )

Bahagian A

1 Selalulah berjoging pada wakTu pagi atau petang untuk meningkatkan

tahap kecergasan fizikal.

2 Mandilah dan cuci badan dengan sabun untuk menghilangkan segala


Kotoran yang melekat pada badan.

3 Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya

tubuh kita benar-benar sihat.

4 Kawasan sekeliling rumah patut dibersihkan secara gotong-royong

antara anggota keluarga untuk mengurangkan penularan wabak

penyakit.

5 Bertemulah dengan doctor mengikut jadual berkala untuk mengesan


penyakit pada peringkat awal.
Bahagian B

Program kitar semula adalah antara program yang dititikberatkan oleh pihak

kerajaan.Untuk tujuan tersebut, pihak kerajaan menyediakan tiga tong sampah kitar

semula untuk memudahkan pengguna mengasingkan sampah mengikut kategori-

kategorinya.Tong berwarna coklat disediakan untuk kaca, tong berwarna jingga

untuk tin aluminium,tin keluli, dan plastik manakala tong berwarna biru untuk kertas.

Antara kebaikan yang diperoleh daripada amalan kitar semula ialah


mewujudkan persekitaran yang bersih kerana orang ramai akan membuang sampah
ke dalam tong yang disediakan. Selain itu,amalan kitar semula dapat mengurangkan
kuantiti sampah. Hal ini disebabkan ada sampah yang dapat dikitar semula
contohnya seperti botol kaca. Di samping itu, program kitar semula dapat mendidik
masyarakat untuk menjaga kebersihan. Mereka sedar akan tanggungjawab untuk
mengitar semula sampah dan bukannya dibuang di merata-rata tempat.

( terima mana-mana jawapan yang sesuai )

BAHAGIAN C

Soalan 1
-menyihatkan badan

-mengharumkan Negara

-menambah kenalan

-punca pendapatan

-mengisi masa lapang

(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Soalan 2

-membesarkan kita

-menjaga kebajikan

-merawat ketika sakit

-mencari nafkah

-memberi pendidikan

(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Anda mungkin juga menyukai