Anda di halaman 1dari 5

Baca, fahami dialog di bawah dan lengkapkan teks ucapan Raja Rimba seperti berikut.

Raja Rimba mengadakan majlis rumah terbuka di kediamannya. Raja Rimba menjemput semua
jirannya tanpa mengira kedudukan.

Arnab : Raja Rimba sentiasa bersikap adil.

Semut : Betul, Arnab. Dalam majlis pada hari ini, Raja Rimba tidak pilih kasih untuk
menjemput kita semua tanpa mengira kedudukan.

Gajah : Sebagai Raja Rimba, baginda sentiasa bersikap saksama dan tidak berat sebelah
terhadap jiran dalam membuat apa-apa keputusan.

Semut : Patutlah semua warga rimba menyenangi baginda.

Arnab : Itulah kebaikannya jika kita bersikap adil.

Jiran-jiran yang dihormati,

Terima kasih kerana hadir dalam majlis ini. Sebagai tanda hormat, beta telah menjemput
kamu sekalian ____________________ . Sebagai Raja Rimba, beta sentiasa bersikap
______________________ dalam membuat sesuatu keputusan. Beta berasa
____________________ kerana dapat menjaga kepentingan semua warga rimba. Beta berjanji akan
terus mengamalkan sikap ini supaya hubungan sesama kita semakin ___________________ .

tanpa mengira
gembira kedudukan
tidak berat
sebelah erat
Tandakan () dalam bulatan yang disediakan pada situasi yang menunjukkan sikap adil
terhadap jiran.

Situasi 1 Situasi 2

Saya membuat keputusan yang tidak Saya pilih kasih dalam mengagihkan
mengambil berat sebelah semasa tugasan kepada jiran-jiran.
mengadili pertandingan pingpong di
kawasan kejiranan saya.

Situasi 4

Situasi 3 Saya memberikan layanan yang sama rata


kepada jiran yang datang ke rumah.
Saya berprasangka buruk terhadap jiran
walaupun saya tidak mengenali mereka.

Lengkapkan ayat di bawah.

1. Jeevan tidak .. oleh jirannya kerana bersikap tidak adil terhadapnya.

2. Sikap berat sebelah terhadap jiran akan merenggangkan . baik.

3. Gomes bertindak tidak . apabila menyelesaikan perselisihan


anaknya dengan jiran.

4. Saya berasa . apabila membuat keputusan yang adil terhadap jiran.

5. Tindakan dalam kehidupan berjiran patut dijadikan amalan.

6. Saya patut membuat keputusan secara terhadap jiran.

disenangi adil saksama hubungan berat sebelah puas hati

Lengkapkan jadual di bawah.


Bil Situasi Tindakan berani Alasan

Jiran menyisihkan saya Saya menasihati jiran supaya Saya bertindak sedemikian
kerana berkawan dengan menghormati semua orang supaya orang kurang upaya
1 orang kurang upaya yang berasa tidak disisihkan.
baru berpindah di sebelah
rumah.

Jiran tidak mahu .


berkawan dengan saya .
2 kerana saya menegur .
perbuatannya merosakkan
pokok bunga saya.
.

Jiran saya, Mei Ling, .


mengejek saya kerana .
3 menasihatinya supaya .
tidak mempermainkan .
orang buta yang melintas .
jalan. .

Jiran memarahi saya ..


4 kerana menasihatinya ..
supaya tidak membuli ..
anak-anak jiran. ...

Fahami situasi di bawah


Situasi 1

Jiran meminta saya menjaga basikal baharunya semasa dia pergi bercuti. Saya berjanji akan
menjaganya dengan baik. Semasa jiran bercuti, ibu meminta saya ke kedai untuk membeli
barangan dapur. Walaupun saya teringin untuk menaiki basikal baharu jiran, saya tidak
mengambil kesempatan. Sebaliknya, saya menggunakan basikal saya sendiri.

Sikap jujur yang ditunjukkan :


_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Kebaikan :

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Situasi 2

Tan telah menghilangkan buku nota Matematik yang dipinjam daripada jirannya, Suraj. Dia
kesal dan risau untuk menyatakan perkara sebenar kepada Suraj. Dia mengambil keputusan
untuk memberitahu perkara sebenar kepada Suraj dan berjanji untuk membayar ganti rugi buku
itu.

Sikap jujur yang ditunjukkan :

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Kebaikan :

_____________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Huraikan perasaan kamu apabila bersikap jujur terhadap jiran.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

Jawab soalan di bawah.


A) Jiran Sugin, Wei Lin tertinggal jam tangan di taman permainan ketika pulang bersama-sama
dengan ibunya. Sugin ternampak jam tangan itu semasa datang ke taman permainan untuk
bermain.

1. Nyatakan tindakan yang patut dilakukan oleh Sugin dalam situasi di atas.

______________________________________________________________________

2. Berikan alasan Sugin bertindak sedemikian.

______________________________________________________________________

B) Miha dan Nita berjiran dan berkawan baik. Miha daripada keluarga yang agak berada,
manakala Nita sebaliknya. Miha berkawan baik dengan Nita kerana tingkah lakunya yang baik.
Nita juga berkawan secara ikhlas dengan Miha. Mereka mementingkan keihklasan dalam
persahabatan. Mereka saling mempercayai dan sikap tersebut akan mengeratkan hubungan
persahabatan antara mereka. Sikap ini membolehkan mereka berasa selesa untuk berkawan.

1. Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh Miha dan Nita untuk mengekalkan hubungan
persahabatan mereka?

a) Miha : ___________________________________________________________

b) Nita : ___________________________________________________________

2. Nyatakan kepentingan berkawan secara ikhlas

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Kertas soalan tamat

Anda mungkin juga menyukai