Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral turut merujuk
kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat.
Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap
perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan
dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan
melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak
bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

Kes pembuangan bayi bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Pada masa kini,
membuang bayi adalah salah satu cara yang paling mudah bagi remaja berakal pendek yang hamil
untuk melarikan diri dari tanggungjawab. Tindakan membuang bayi adalah satu dosa kerana kita telah
membunuh bayi yang tidak bersalah.
ISU PEMBUANGAN
BAYI
Jenis-jenis nilai yang dipegang dan kepentingannya
kepada individu tersebut

Nilai Patuh kepada ajaran agama :

Nilai yang sepatutnya yang diamalkan oleh orang yang membuang bayi adalah
nilai patuh kepada ajaran agama kerana setiap agama menuntut penganutnya
melakukan perbuatan yang baik dan menjauhi perbuatan yang jahat. Patuh
kepada ajaran agama juga penting kerana dapat membimbing seseorang dan
menjauhi perkara yang tidak sepatutnya dilakukan seperti membuang bayi dan
melakukan hubungan seks luar nikah.

Nilai bertanggungjawab :

Disamping itu nilai bertanggungjawab juga perlu diterapkan oleh wanita yang
berani mengambil risiko membuat hubungan seks sebelum nikah. Hal ini
kerana, membuat hubungan seks kebarangkalian besar menyebabkan
seseorang itu mengandung sekiranya tersilap langkah. Para pasangan yang
berani membuat hubungan luar nikah sepatutnya mempunyai rasa
bertanggungjawab terhadap bayi yang ada dalam kandungan. Contohnya
memelihara bayi tersebut dan menjadi ibubapa yang mempunyai ikatan
perkahwinan yang sah.

Nilai berperikemanusia :

Selain daripada itu nilai berperikamanusian juga penting kerana nilai


berperikemanusiaan adalah satu nilai yang mempunyai sikap berhati perut
terhadap sesuatu perkara atau dangan maksud lain iaitu tidak bersikap kejam.
Membuang bayi adalah salah satu sifat yang tidak berperikemanusiaan kerana
boleh dianggap membunuh. Sekiranya mempunyai sifat berperikemanusiaan,
seseorang pasti tidak sanggup membuang bayi kerana tidak sanggup melihat
penderitaan bayi tersebut.

Nilai kasih sayang :

Nilai kasih sayang adalah salah satu nilai yang amat penting kerana nilai kasih
sayang menimbulkan perasaan sayang terhadap anak membolehkan masalah
pembuangan bayi boleh diatasi. Cotohnya jika seorang ibu sayang terhadap
anaknya, ibu tersebut akan memelihara anaknya dengan baik dan tidak akan
membuang anak dan menggugurkan kandungannya.
Nilai rasional :

Orang yang membuang bayi juga perlu menerapkan nilai rasional dalam diri
mereka. Rasional bermaksud boleh berfikir dengan lebih jauh berdasarkan
kesan dan akibat yang akan berlaku sekiranya mengambil sesuatu tindakan.
Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu berfikir atau mengambil keputusan
untuk membuang bayi, dia perlu memikirkan kesan dan akibat terhadap
keputusan tersebut. Kemungkinan besar menyebabkan maruah keluarga
terjejas, bayi tersebut akan terbunuh dengan kejam dan banyak lagi kesan dan
akibat yang mungkin akan berlaku.

Kesan Pembuangan Bayi Kepada Masyarakat Umum

Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat


sekeliling. Mereka pastinya berasa malu dan kecewa dengan apa yang berlaku.
Sudah semestinya remaja dipersalahkan dalam kes ini kerana biasanya remaja
merupakan golongan terbesar yang melakukan perbuatan kejam ini. Kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga. Peribahasa ini sangat sesuai dengan hal ini.
Masyarakat juga turut menerima akibatnya hasil daripada kegiatan tidak bermoral ini
dan secara tidak langsung akan menimbulkan persepsi buruk dari orang luar tentang
kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes seperti ini.

Selain itu, masyarakat juga akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan


tidak bersatu-padu, Perasaan buruk sangka dan prasangka pasti akan wujud dalam
masyarakat terutamanya terhadap keluarga pelaku tersebut. Masyarakat pasti akan
menyalahkan keluarga pelaku tersebut tanpa memikirkan perasaan mereka.

Perbuatan membuang bayi juga akan memberi contoh yang tidak baik kepada
orang lain. Apabila remaja lain melihat situasi ini, maka mereka juga akan mudah
terpengaruh dan terikut-ikut tindakan bodoh ini. Apa yang jelas, kes pembuangan bayi
ini akan menyebabkan remaja menjadi semakin berani untuk melakukan hubungan
seks dengan kekasih kerana mereka beranggapan jika mereka mengandung, bayi
tersebut boleh dibuang atau diserahkan kepada sesiapa.
Cadangan Bagi Mewujudkan Nilai Yang Lebih Sempurna Selaras Dengan
Kehendak Norma Masyarakat

Nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin pudar ditelan zaman. Hal ini
berpunca dari sikap ibu bapa yang sering ambil mudah tentang kepentingan nilai-nilai murni
dalam diri anak-anak. Jika nilai-nilai murni ini dibiarkan terus pupus, maka negara kita akan
ketandusan masyarakat yang bermoral dan berakhak mulia.

Langkah yang boleh diambil untuk memupuk nilai murni dalam kalangan masyarakat
adalah melalui pihak kerajaan iaitu dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran kepada
masyarakat sama ada di desa ataupun di bandar-bandar besar yang sedang mengalami
proses pembangunan yang pesat. Kempen ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan
hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Langkah seterusnya yang dapat dilakukan untuk mengatasi keruntuhan nilai moral
dalam kalangan masyarakat adalah dengan memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang
pentingnya memupuk nilai-nilai moral dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu
memupuk anak-anak mereka dengan sentiasa mengajar mereka dan menunjukkan contoh
yang baik di depan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih sayang dan
bimbingan yang sepenuhnya kepada anak-anak terutamanya pada peringkat remaja. Ini
termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa dan rakan sebaya. Sekiranya ibu bapa
sibuk, mereka tidak perlu mengabaikan anak-anak mereka, sebaliknya perlu memantau
tindakan dan pergerakan serta meluangkan masa bersama-sama mereka. Sekiranya ibu
bapa kurang memberikan kasih sayang yang secukupnya, maka anak-anak akan mencari
kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya. Oleh itu, ibu bapa mestilah
memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya
tidak terjebak dalam masalah sosial.

Selain itu,peranan pihak sekolah dalam menangani masalah keruntuhan moral ini juga
amat penting kerana sekolah merupakan tempat pembelajaran kedua selepas di rumah.
Dalam mengatasi masalah ini, pihak sekolah boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang
berfaedah di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah seperti bergotong-royong untuk
membersihkan sekolah dan mencantikkan sekolah. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memberi
kesedaran kepada pelajar tentang peri pentingnya semangat bekerjasama dan saling
membantu dalam kalangan masyarakat.

Kementerian Pelajaran juga perlu memantapkan lagi mata pelajaran seperti


Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah rendah dan
menengah. Selain itu, pihak sekolah atau institusi tertentu juga memainkan peranan penting
dalam membentuk sahsiah peribadi remaja daripada terjebak dengan gejala yang tidak
bermoral. Pendidikan ini penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi
penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial. Melalui
pendidikan juga, pihak sekolah atau institusi tertentu perlu menerapkan nilai-nilai murni dan
seimbangkan akademik serta sahsiah golongan remaja ini. Jangan terlalu fokus dan
menganggap pendidikan sahaja penting malahan sahsiah remaja juga perlu diberi perhatian
sewajarnya.
KESIMPULAN

Kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sememangnya amat


membimbangkan dan mencemaskan masyarakat. Tindakan untuk mengawal gejala
ini sudah sampai ke tahap yang dianggap serius. Justeru itu, semua warga
masyarakat tidak mengira kaum dan agama haruslah bersatu padu bagi membantu
mencegah dan membanteras gejala sosial supaya tidak menjadi lebih serius dan
dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya.

Pihak atasan dan badan-badan kebajikan juga perlu lebih peka dan perlu
menganjurkan pelbagai ceramah, program-program dakwah atau motivasi kepada
remaja supaya mereka mendapat lebih informasi tentang gejala ini dan sedar tentang
kesan serta bahaya daripada perbuatan tidak bermoral itu. Dengan pelbagai usaha
yang dilakukan secara bersama-sama ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan
masalah ini daripada menjadi satu penyakit berbahaya di negara Malaysia ini.

Sebagai remaja yang bermoral, kita seharusnya menjauhkan diri daripada


melakukan perbuatan yang kejam dan hina. Tiada siapa yang akan hormatkan kita
jika kita melakukan perbuatan yang jahat. Sebaliknya kita akan dihina, dicaci dan
dicemuh oleh masyarakat. Kita perlu berfikir dengan rasional dengan mengambil kira
baik dan buruk sesuatu perkara sebelum melakukan hal tersebut. Janganlah
merosakkan masa depan kita sendiri. Sekian..

Anda mungkin juga menyukai