Bismillahirrahmanirrahim
Yang Berusaha, Encik Mohd Naseer bin Zainol, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Puan Jamilaton Rabaiee binti Haris, Penolong Kanan Tingkatan 6.
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.
(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan
untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat
berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat
sekolah bagi tahun 2012.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil
ustaz.
terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung
diberkati oleh Yang Maha Agung.
(5)UCAPAN PENGETUA
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin
Mustafa, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.
Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM
dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara
sambutan hari raya pada tahun ini.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong
kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik
sebentar tadi.
(6) JAMUAN
Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.
Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada SITI ROHAYA bt Sabri Goh untuk meneruskan
acara.
[Siti Ruhana]
(7)
PERSEMBAHAN:
Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.
{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{3}
[Che Faridah]
Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang
menjayakan persembahan itu tadi.
(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk
mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.