Bagaimanakah Pendemokrasian Dalam Pendidikan Dapat Menwujudkan Integrasi Nasional
Bagaimanakah Pendemokrasian Dalam Pendidikan Dapat Menwujudkan Integrasi Nasional
Integrasi Nasional membawa maksud satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok
ethnik dan bangsa daalm masyarakat melalui pengenalan atau pengwujudan satu identity yang
sama. Pihak kerajaan kita amat menitikberatkan tentang integrasi nasional dalam kalangan
masyaraakt berbilang kaum di negara ini.Bagi menwujudkan integrasi nasional,
pendemokrasian dalam pendidikan memainkan peranan yang penting.
Selain itu, Kurikulum yang seragam dan berorientasikan Malaysia di semua sekolah tanpa
mengira bahasa pengantarnya juga telah diperkenalkan.Sebagai contohnya, sistem kurikulum
KSSR dan DSKP dijalankan seragam di setiap sekolah seluruh Malaysia.Murid-murid belajar di
sekolah kebangsaan menerima pengetahuan dan sistem kurikulum yang sama dengan murid-
murid di sekolah jenis kebangsaan.Selain itu, semua kaum atau etnik dapat menikmati
kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau
di luar bandar. Pelancaran penggunaan alat dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi
juga sama dijalankan. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari
adalah seragam di semua sekolah.
Sekolah khas juga diwujudkan supaya golongan istimewa atau kanak-kanak yang cacat
mendapat hak menerima pendidikan seperti sekolah seperti SKPK Muar dan SKPK
Perlis.Pendidikan khas juga dapat menwujukan integrasi nasional kerana kanak-kanak ini tidak
lagi terasing berkomunikasi ataupun berhadapi dengan orang.Pendidikan khas mendidik
mereka berdikari supaya tidak terasa rendah diri dari segi kecacatan mereka.
LOW JIA MIN PISMP PSV
Rujukan :
Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa. (n.d.). Retrieved Julai 9, 2017, from
http://muslina6155.blogspot.my/2015/03/isu-dan-cabaran-pendidikan-semasa.html