Anda di halaman 1dari 3

Resepi Rendang Ayam Minang

Q22q1
Bahan-Bahan
1 ekor ayam
2 sudu besar kerisik
2 batang serai - titik
5 helai daun limau purut
1 asam keping
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 biji kelapa - santan pekat
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
18 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
4 hiris lengkuas
3 cm halia
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
Cara Memasak Redang Ayam Minang

#1: panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan tumis bahan kisar sampai keluar
minyak. selepas tu masukan jintan putih dan jintan manis. tumis kembali sampai naik bau.
kemudian masukan ayam.

#2: tunggu sampai ayam kecut dan bila telah mendidih kemudian masukan santan pekat dan
kacau rata sampai hampir pecah minyak.
#3: masukan limau purut dan kerisik dan terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa
dikacau untuk mengelakan bawahny hangus. kemudian masukan garam dan gula secukup
rasa dan juga asam keping.

#4: bila kuah dah nampak kering berarti dah masak bolehlah dingkat dan hidangkan bersama
nasi panas Mmmmm Sedaaappp!

Nota: bila anda ingin berkuah boleh biarkan ianya sedikit berkuah untuk dimakan bersmaa
nasi.

NASI MINYAK MAMI


(Puan AsmahLaili)

Bahan-Bahan
1 kilo beras basmati, cuci bersih dan toskan
Air mengikut paras beras dan lebihkan sedikit
1 cawan minyak sapi putih
1 sudu makan pes halia
1 sudu makan pes bawang putih
3 sudu makan pes bawang besar
cawan gajus, dikisar halus
2 sudu makan air mawar
tin susu cair/sejat (evaporated milk)
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
2 kuntum buah pek kak (star anise)
2 biji bawang besar, dihiris, untuk tumis
2 helai pandan
cawan daun pudina
garam secukup rasa
Bahan Tabur
cawan bawang goreng
cawan badam hiris, digoreng
cawan kismis, digoreng

Cara :
Panaskan minyak sapi. Tumis hirisan bawang besar sehingga wangi. Masukkan daun pandan,
bunga cengkih, pelaga, kayu manis dan pekak. Tumis sehingga naik aromanya. Masukkan
pula pes halia, pes bawang putih, pes bawang besar dan tumis lagi sehingga garing sedikit.
Curahkan air, susu, air mawar, gajus dan gaul rata. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih.
Masukkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan pula beras. Setelah kering taburkan
hirisan pudina, karih sedikit, tutup periuk dan biarkan sehingga nasinya tanak.
Semasa menghidang, taburkan bawang goreng, badam goreng dan kismis goreng. Enak
dimakan dengan apa sahaja jenis lauk.

1. Mula2, tumis bawang merah yg telah dimayang...sebelum tu masukkan kayu manis dan bunga
lawang....kalau nk sedap, potong bawang merah tu byk2 sikit.... Ibu tidak gunakan minyak
masak, tp ibu gunakan Minyak Sapi + Planta untuk menggoreng... (Kalau suka rasa nasi minyak
tu kuat, leh letak minyak sapi lebih sikit) 2. Bila dah berwarna keperang2an, masukkan dalam
periuk nasi yg sebelum tu, kita dh masukkan air mengikut sukatan yg betul ya......jgn lupa
hidupkan suis.... 3. Sukatan air = 1 pot nasi bersamaan 1 suku pot air..... 4. Basuh beras
bersih2.....rasanya ibu guna beras yg lembut sikit....bukan beras biasa....tp bukanlah beras Taj
Mahal... 5. Kemudian, kacau dan masukkan sedikit garam....utk melemakkan nasi minyak tu
sikit.... 6. Bila air dh mendidih, masukkan beras yg telah dicuci bersih..... 7. Masukkan
terus....kalau hari raya, masak byk sikit.... :D 8. Terus kacau beras di dalam periuk..... 9. Biarkan
seketika ok.... 10. Buat air perahan halia.....sagat halia, dan dapatkan jusnya....x pon, blend je
halia, kemudian tapiskan... 11. Masukan air halia ke dalam periuk nasi itu.... *Seterusnya,
masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick....tp sebab kat rmh xde haritu, x letak...mungkin boleh
diganti dengan perahan jus lemon.... 12. Kemudian, tutup periuk....bila nasi dh hampir kering,
masukkan susu cair ke dalam nasi.... 13. Susu pekat pon boleh digunakan jika susu cair tiada....
14. Gaulkan nasi hingga sebati.... 15. Kalau mahu ada sedikit color, sila letakkan perwarna di
atas nasi yg hampir masak.... 16. Jangan gaulkan nasi...tutup, dan bila nasi masak terus senduk
utk dihidang..... 17. Taarrraaa..............siaplah Nasi Minyak Ibunda untuk tetamu2 yg hadir........
*Enak dimakan bersama ayam masak merah, rendang ayam, kari ayam, ayam kurma, ayam
tomato, ayam kicap, ayam sambal, dan yg sewaktu dgnnya..... :D Contoh hidangan Nasi Minyak
Ibunda saya......lovelovelove~~

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Anda mungkin juga menyukai