Anda di halaman 1dari 1

Komunikasi

Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Walau di mana kita sedang berada,
kepakaran dan pengetahuan bagaimana untuk berkomunikasi amat penting bagi menjamin
kesefahaman antara satu sama lain. Komunikasi berlaku apabila apa-apa maklumat yang penting
dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling kita yang menerima maklumat yang ingin
disampaikan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai kesefahaman agar maklumat tersebut dapat
dikongsi bersama. Asas perhubungan interpersonal adalah satu komunikasi untuk menghubungkan
antara seseorang individu dengan individu yang perlu maklumat tersebut.

Komunikasi 2 hala

Selain itu komunikasi juga boleh berlaku melalui dua hala yang memerlukan penerima memberi
maklum balas terhadap mesej yang diterima.

Mesej yang telah disampaikan itu boleh diperbaiki sekiranga mesej tidak tidak tepat atau kurang
infomasi perkara yang dibincangkan.

Ini bagi memastikan tindakan seterusnya dilakukan dengan betul.

Sesebuah keluarga perlu memastikan agar komunikasi berlaku dengan berkesan. Maklumat yang
disampaikan perlu mudah difahami, tepat dan jelas bagi memudahkan perkongsian maklumat
tersebut.

Setap perubahan yang perlu diperbaiki hendaklah sentiasa seiring dengan apa penghantar maklumat
kehendaki. Mesej yang disalurkan tidak dapat diterima dengan baik akan mengundang pelbagai
masalah dalam keluarga.

Kedua-dua pihak perlu tahu apa yang harus dilakukan bila menghadapi masalah seperti ini. Bahasa
yang tidak tepat dan kurang maklumat yang disampaikan menjadikan komunikasi tersebut tidak
berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai