Anda di halaman 1dari 2

BAB DUA

2.1 KEMAJUAN KERJA

Sepanjang saya mengikuti latihan industri di Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah
(IPDAS), pelbagai pengetahuan baru serta kemahiran yang telah diperoleh. Pengetahuan dan
kemahiran ini adalah sebagai lanjutan daripada sesi pembelajaran secara teori semasa di
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Secara tidak langsung, kemahiran yang
diperolehi dapat memantapkan lagi kemahiran yang sedia ada sebagai bekalan untuk
menghadapi alam pekerjaan pada masa akan datang.

Sepertimana jabatan dan organisasi ditempat lain, waktu bekerja bagi IPDAS adalah
setiap hari Isnin sehingga hari Jumaat dan mengikut waktu pejabat seperti biasa iaitu 8.00pagi
sehingga pukul 5.00 petang. Saya telah ditempatkan di bahagian pengurusan dan
pentadbiran untuk membantu dan mempelajari gerak kerja di Pentadbiran IPDAS.

2.2 RINGKASAN KERJA SEPANJANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri ini telah mengambil masa selama 9 minggu. Tempoh masa yang diberikan
adalah memadai bagi memantapkan beberapa kemahiran lanjutan daripada pembelajaran
secara teori di dalam kelas.

2.2.1 Minggu Pertama (10.07.2017-14.07.2017)

Hari pertama saya berada di IPDAS sebagai pelajar praktikal merupakan hari yang sangat
mendebarkan. Namun begitu, setelah saya bertemu dengan ustazah Halifah selaku penyelia
saya di sana, saya berasa sangat lega kerana beliau seorang yang periang dan baik hati.
Saya diarahkan untuk lapor diri kepada ustazah Halifah buat sementara waktu kerana
Pengetua IPDAS sedang bermesyuarat di IKMAS Kuching Sarawak. Saya dimaklumkan
bahawa IPDAS mengamalkan amalan morning prayer pada setiap pagi kecuali hari cuti dan
semua pensyarah serta kakitangan IPDAS adalah diwajibkan untuk hadir. pada hari pertama
saya tidak diberi tugasan lagi kerana mereka ingin saya untuk menyesuaikan diri di pejabat
itu terlebih dahulu. Tugasan saya yang pertama ialah menyiapkan slip keputusan peperiksaan
bagi pelajar persijilan dan saya mengambil masa selama 3 hari untuk menyiapkan slip
tersebut menggunakan aplikasi excel. Saya juga dapat menambah ilmu baru dengan
menggunakan aplikasi tersebut. pada hari Khamis saya juga terlibat dengan Mesyuarat
Penyelarasan Kurikulum Program Sijil dan saya diarahkan untuk mencatat minit mesyuarat.
Seterusnya saya juga terlibat dengan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat warga IPDAS
yang dianjurkan oleh BAKTI. Dengan adanya majlis ini dapat merapatkan lagi hubungan saya
dengan staf-staf yang lain. Dan tugasan terakhir saya pada minggu pertama ialah membantu
mengendalikan ujian pertengahan semester bahasa Mandarin bagi semester 3 dan 5
Diploma.

2.2.1 Minggu Kedua (17.07.2017-21.07.2017)

Pada minggu kedua, terdapat beberapa tugasan yang saya perlu lakukan. Ada hari Isnin saya
telah menyertai perhimpunan rasmi bersama pelajar IPDAS yang bertempat di Dewan Utama
IPDAS. Tugasan saya yang pertama pada minggu ini ialah melengkapkan maklumat senarai
graduan Konvokesyen IPDAS kali ke 13. Pada minggu kedua ini, saya banyak terlibat dengan
aktiviti persiapan bagi sambutan hari raya peringkat IPDAS seperti membeli barangan,
membantu Unit UPI dalam menyiapkan juadah dan banyak lagi. Saya juga membantu
menyiapkan hiasa gerai bafi Sambutan Hari Raya Peringkat Persekutuan. Pada hari Rabu
saya diarahkan untuk mengendalikan ujian pertengahan semester bagi kelas semester 5
Diploma dan pada hari Jumaat merupakan hari Sambutan MajlisHari Raya IPDAS dengan
meriahnya.

2.2.1 Minggu Ketiga (24.07.2017-28.07.2017)

Minggu ketiga Latihan Industri saya berjalan dengan lancar. Saya menghadiri morning prayer
pada setiap pagi dan mendapat banyak maklumat dalam perkongsian ketika itu.

Anda mungkin juga menyukai