Anda di halaman 1dari 3

SIFIR BERIRAMA

Selamat pagi semua guru2 dan rakan


Pagi ini kami akan mempersembahkan sifir berirama
Kuatkan radio kuatkan radio anda
Ku akan nyanyikan lagu sifir

1x6 1x6 menjadilah 6


2x6 2x6 12 jawapannya
12 hei 12 hei 12 hei 12
12 hei 12 hei 12 12..

LIRIK LAGU BONGKAH


Mengenal sifat-sifat bongkah
Kamilah bongkah pelbagai rupa
Ada yang bulat permukaan rata
Kubus, kuboid, Sfera, kon, piramid, silinder
Bersisi tegak melengkung pun ada.
Bersisi empat sama kubus namanya
Berbucu lapan duabelas sisinya
Enam permukaan yang sama rata
Buahlah dadu itulah contohnya.
Kuboidlah pula segiempat tepat
Ibarat kotak tiada bezanya
Bersifat sama kubus bersaudara
Cuma panjang sisi saja yang berbeza
Beralih pula kepada sfera
Tidak bersisi tiada bucunya
Satu permukaan itulah sahaja
Seperti bola bumilah contohnya
Piramid pula dua bentuknya
Tapak segiempat tepat dan juga sama
Berlima bucu juga permukaan
Kedua-duanya bersisi lapan
Tin minuman boleh diibaratkan
Dua sisinya tiga permukaan
Silinder pula mengambil giliran
Tidak berbucu dan bersempadan
Bongkah terakhir kon dikenali
Merata tempat aiskrim diisi
Satulah bucu dan satulah sisi
Dua permukaan boleh didapati

Lirik:

Papaku pulang dari kota,


Papaku belikan kotak besar,
Panjang darab lebar itu luasnya,
Panjang darab lebar darab tinggi isipadunya,

1/2 darab tapak darab tinggi,


formula luas segi tiga,
Tambah semua ukuran sisinya,
Formula untuk perimeter,

Ada dua bentuk segi empat,


Segi empat sama segi empat tepat,
Ada tiga bentuk segi tiga,
Sama sisi, sama kaki, segi tiga tepat,

Jumlah bahagikan bilangan,


Itu formula mencari purata,
Purata darabkan bilangan,
Itu formula mencari jumlah,
Jumlah bahagikan purata,
Itu formula mencari bilangan,

Marilah kawan, marilah teman,


Hafalkan untuk UPSR

Anda mungkin juga menyukai