Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN
Sejarah adalah satu disiplin ilmu yang mempunyai fungsi yang sangat penting
terutamanya kepada negara kita yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang keturunan.
Berdasarkan pengetahuan sejarah membolehkan kita mengetahui latar belakang kepada
sesuatu masalah, tindakan dan isu dengan tepat dan benar. Melalui sejarah kita akan dapat
mengetahui dan memahami latar belakang negara Malaysia dan sentiasa mengambil iktibar
daripada peristiwa yang pernah terjadi di negara kita. Sejarah boleh mengelakkan sikap
melampau, dengan kata lain sejarah dapat memberi panduan dan menjadi guru yang
memungkinkan kita terlepas daripada mengulangi kesilapan yang sama. Zainal Abidin,
mengatakan bahawa sejarah dapat memberi teladan, iktibar, menunjukkan batasan-batasan
kerana melalui sejarah kita belajar daripada contoh-contoh yang pernah berlaku pada zaman
lalu.

Menurut pandangan Muhd. Yusof Ibrahim pula, pensejarahan dapat ditakrifkan sebagai
hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan. Sejarawan akan
mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan
menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian dalam bidang
atau mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan
sosial. Pendapat ini adalah selari dengan Khoo Kay Kim yang menyatakan pensejarahan
merujuk kepada penulisan sejarah atau karya sejarah, yang dihasilkan oleh sejarawan.
Walaupun pada zaman sekarang memang menjadi tugas ahli sejarah untuk menulis seberapa
yang boleh berhampiran dengan kebenaran, tetapi pensejarahan merupakan tafsiran
seseorang ahli sejarah tentang masa yang lepas, maka sejarah keseluruhan masa yang telah
berlalu adalah bersifat objektif, manakala pensejarahan pula bersifat subjektif.

Bidang penulisan merupakan salah satu bidang yang penting dalam disiplin sejarah.
Sejak zaman-berzaman, manusia daripada pelbagai tamadun yang terbesar seperti Islam,
China dan Eropah telah menghasilkan penulisan daripada pelbagai sudut. Orang yang menulis
mengenai pensejarahan digelar sejarawan. Sebagai contoh, sejarawan dalam bidang politik,
ekonomi, ketenteraan atau sosial. Demikian juga bentuk atau hasil penulisan mereka ada yang
berupa sejarah politik, ekonomi, sosial atau ketenteraan. Menurut Mohd. Yusof(1988)
penulisan karya sejarah dihasilkan mengikut bidang dan kepakaran penyelidik masing-masing.

Kedatangan imperialis Barat telah turut memberi kesan kepada perkembangan


pensejarahan yang berjaya memupuk minat kepada masyarakat Melayu untuk meminati dan
menyedari kepentingan sejarah. Ini bermakna bidang penulisan sejarah telah mengalami satu
perubahan dan mendapat satu suntikan baru dengan dapat mempelajari kaedah dan cara
penulisan yang lebih baik. Bermula dari tempoh tersebut telah banyak berlaku perubahan

1
dalam perkembangan sejarah sebagai satu disiplin ilmu. Realitinya kebanyakan karya
mengenai Malaysia sama ada budaya atau masyarakat-masyarakat ditulis oleh penulis-
penulis Barat.Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan tujuan dan corak
penulisan pensejarahan Malaysia daripada perspektif penulisan kolonial serta faktor-faktor
perubahan penulisan sejarah Malaysia daripada sentrik Eropah kepada sentri Malaysia. Akhir
sekali membuat cadangan serta rumusan atau refleksi secara keseluruhan terhadap tugasan
ini.

Sejarah Malaysia, khususnya sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau
ini, kebanyakkannya ditulis dengan menggunakan pendekatan Rangkakerja Imperialis. Dalam
istilah lain, pendekatan yang tersebut diatas juga dikenali sebagai "European Centric". Pada
umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu
pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. la merupakan satu
unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang
diutamakan di dalam penulisan sejarah. Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan
sebagai bersentrik subjek sebagai politik, ekonomi dan sosial. Terdapat pula penulisan yang
bersentrikkan negeri atau kaum seperti Barat sentrik, Malaysia sentrik dan sebagainya.
Misalnya, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik Malaysia, ia
membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan memberikan
penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri. Pendekatan di atas adalah sama-sekali
berlawanan dengan penulisan sejarah Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada Barat
Sentrik. Kerana pendekatan Barat sentrik lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala
kepentingan pihak Barat. Konsep penulis kolonial banyak memaparkan mengenai sumbangan
positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang mengunakan
falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional.

2
2.0 ESEI
Pensejarahan didefinisikan sebagai karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,
sumber sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun
bercatak. Pensejarahan Barat merujuk kepada penulisan sejarah negara yang dilakukan oleh
penulis barat berdasarkan konteks pensejarahan Malaysia. Manakala penulis barat pula
merupakan pengawai-pengawai berbangsa Eropah dalam kalangan negara yang pernah
menakluki Tanah Melayu seperti Portugis, Belanda dan British. Para pengawai kolonial barat
bertindak sebagai orientalis selain menjadi pentadbir di Tanah Melayu. Minda Orientalis dalam
masyarakat berkulit putih Eropah dan Amerika Utara dibentuk oleh sistem pemikiran,
kepercayaan dan ideologi barat ketika mereka menjajah kawasan oriental.

Berbanding dengan hasil pensejarahan tradisional Melayu seperti Hikayat Raja-


rajaPasai, Sejarah Melayu dan lain-lain yang dilihat menyimpang daripada penulisansejarah
yang berbentuk ilmiah, penulisan pensejarahan Barat di Tanah Melayu lebih penting. Hal ini
kerana, zaman Rennaisance di Eropah telah banyak membantuperkembangan ilmu
pengetahuan termasuklah dalam bidang sejarah. Disebabkan konsep pensejarahan Barat
yang dilihat mementingkan sumber danfakta dalam pensejarahan, para pegawai British yang
melakukan kajian danpenulisan ke atas pensejarahan Malaysia telah menulis berdasarkan
kaedahpensejarahan moden yang dikemukakan oleh Leopold Von Ranke. Kepentingan fakta
dalam penulisan dapat dilihat melalui R.O Winstedt. Contohnya, beliau telah membaca dan
mengkaji teks Hikayat Hang Tuah sebelum beliau memuatkan analisisnya mengenai hikayat
tersebut dalam bukunya.

Tujuan seterusnya ialah mengangkat martabat penjajahan kolonial di Tanah Melayu.


Semasa penjejahan Eropah ke Timur, mereka sering mengambil mentamadunkan manusia di
Timur sebagai alasan mereka untuk menjajah ke arah Timur. Dengan itu, membawa
kemodenan dan ketamadunan di Tanah Melayu dari aspek kemajuan ekonomi, pendidikan,
infrastruktur dan lain-lain adalah untuk membuktikan kehebatan pentadbiran penjajah kolonial.
Seterusnya, mereka akan mencatat setiap kejayaan dan pencapaian yang telah berjaya
dilaksanakan oleh pentadbiran mereka dalam penulisan sejarah secara terperinci supaya
dapat mengangkat martabat bangsa Inggeris sebagai bangsa paling bertamadun dan
berkuasa di dunia pada ketika itu. Penulisan sejarah adalah penting bagi membuktikan
kejayaan pentadbiran mereka. Buktinya dapat dilihat melalui penulisan Frank Swettenham
(1907) dalam buku British Malaya yang menggambarkan cara dan tindakan beliau cuba
menunjukkan kemampuan pentadbiran kolonial di bawah beliau sebagai Gabenor di Negeri-
negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada waktu tersebut (Hazman, 2013).

3
Selain itu, tujuan penulisan kolonial tentang penulisan sejarah Malaysia adalah sebagai
laporan dan utusan rasmi. Hal ini kerana setiap perkara atau peristiwa yang berlaku di Tanah
Melayu akan dilaporkan kepada pihak pentadbiran kolonial British. Pejabat Tanah Jajahan
yang terletak di London memerlukan beberapa pegawai kolonial yang bertugas untuk
melaporkan sesuatu peristiwa dan keadaan di Tanah Melayu kepada pegawai atasan.
Misalnya, Tok Janggut di Kelantan dianggap sebagai seorang penderhaka kerana menentang
sistem pentadbiran British dan beberapa tokoh tempatan yang menentang British seperti Dato
Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, Mat Salleh di Sabah serta Rentap di Sarawak.

Penulisan pensejarahan kolonial juga bertujuan ilmiah. Banyak universiti-universiti di


Eropah telah menggalakkan lagi kegiatan keilmuan sejak era Rennaisance. Kemunculan
Univerisiti dengan keilmuan moden menyebabkan masyarakat Eropah menjadi sebuah
masyarakat yang berilmu. Sebahagian tokoh kolonial di Tanah Melayu membuat penulisan
dengan niat untuk memenuhi keperluan ilmiah di negara mereka. . Penulisan pensejarahan
kolonial oleh para pegawai kolonial adalah untuk mengkaji dan menulis berkaitan dengan
penduduk tempatan adalah disebabkan keinginan mereka untuk lebih memahaimi tentang
masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada ketika itu. Contohnya, R.O Winstedt telah
melakukan pelbagai kajian sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang pegawai
pendidikan di Tanah Melayu dan beliau telah mengaji tentang kebudayaan dan adat resam
masyarakat Melayu.

Corak penulisan kolonial di Tanah Melayu adalah bersifat euro-centric. Sentrik,


didefinisikan sebagai satu kecederungan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada
sesuatu perkara. Sentrik juga merupakan satu unusur yang boleh muncul dalam bentuk
pendekatan yang digunakan atau tema yang diutamakan di dalam penulisan sejarah.
Pendekatan euro-centtic lebih mengutamakan seseorang tokoh. Konsep penulisan sejarah
euro-centric banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak kolonial kepada
masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat
ini sering sahaja merendahkan ketepatan sejarah tradisional. Penulisan yang bercorak euro-
centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu juga dilihat melalui penulisan para
pegawai British yang mengagung-agungkan kejayaan pentadbiran kolonial di Tanah Melayu.
Penulis yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial juga memandang rendah
terhadap penduduk tempatan. Para pegawai yang menulis pensejarahan kolonial di Tanah
Melayu cenderung untuk melakukan penulisan yang dilihat bias terhadap pentadbiran kolonial
yang dianggap sebagai membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu. Hal ini kerana
kebanyakan penyelidik dan penulis kepada pensejarahan kolonial di Tanah Melayu adalah
terdiri daripada pegawai British. Unsur ini juga dapat dilihat melalui pengadilan moral ke atas
tokoh-tokoh pejuang tempatan dalam penulisan pensejarahan kolonial.

4
Menurut Kamaruddin (2007), pegawai-pegawai British di Tanah Melayu telah
didoktrinkan dengan satu bentuk pemikiran, pandangan, penulisan, pemikiran dan penelitian
yang direka bentuk oleh pelbagai institusi pendidikan dan latihan bagi pegawai awam dan
swasta kolonial. Tanggapan rasmi, formal dan peribadi tentang betapa rendahnya martabat
masyarakat dan budaya peribumi berbanding ketinggian dan martabat masyarakat dan
budaya Barat adalah prinsip yang dipegang oleh setiap pegawai kolonial di Tanah Melayu.
Selain itu, penulisan yang bercorak euro-centric dalam pensejarahan kolonial di Tanah Melayu
juga dapat dilihat melalui penulisan para pegawai British yang dilihat mengangkat kejayaan
pentadbiran kolonial di Tanah Melayu. Sebagai contohnya, Frank Swettenham (1907) dalam
bukunya British Malaya secara jelas menceritakan sebahagian pengalamannya sebagai
pegawai dan Gabenor di NNMB serta kejayaan campur tangan British di negeri-negeri Melayu.
Penulisan euro-centric dalam kalangan pegawai British dapat dilihat melalui ulasan R.O
Winstedt terhadap Hikayat Hang Tuah.

Kebolehpercayaan terhadap pensejarahan kolonial bergantung kepada cara penulisan


seseorang penulis kolonial itu supaya tidak terlalu berat sebelah. Kebolehpercayaan terhadap
penulisan kolonial ini boleh dinilai melalui tujuan penulisan mereka dan dilihat melalui
beberapa sudut pandangan setelah membandingkankannya dengan penulisan sejarawan
tempatan. Mitos-legenda merupakan suatu aspek perbandingan penulisan kolonial. Menurut
R.Roolvink, pensejarahan tradisional Melayu terpecah kepada dua bahagian iaitu bahagian
pertama yang penuh dengan mitis-legendaris dan bahagian kedua yang lebih bersifat sejarah.
pensejarahan tradisional Melayu dilihat bercampur di antara perkara mitos dan lagenda yang
tidak diterima dalam sejarah. Manakala penulisan pensejarahan barat pula berfokus dan
berpandu kepada fakta sejarah dan pembuktian yang dikemukakannya. Pensejarahan barat
menolak penulisan yang berbentuk legenda dan mitos. Aspek seterusnya ialah Genre
Penulisan. Pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karya kesusasteraan Melayu
tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan seperti sastera kitab, undang-undang
Melayu lama dan epik. Seterusnya, tema penulisan dalam penulisan pensejarahan tradisional
Melayu tidak lari daripadamembicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan
dengan jatuhbangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan.
Tema penulisan sejarah kolonial mula meluas apabila pengaruh kolonial inggeris menguasai
Tanah Melayu. Aspek penggunaan tarikh dan kronologi tidak penting dalam pensejarahan
tradisional Melayu. Hanya karya pensejarahan melayu seperti Tuhfat al-nafis sahaja
mencatatkan penggunaan tarikh dalam penulisan mereka.

Penggunaan tarikh adalah amat penting dan tarikhadalah merupakan sebahagian


daripada fakta sejarah dalampenulisan kolonial. Karya-karya pensejarahan tradisional Melayu
dibuat tanpa kajian dan berasaskan kepada pemikiran dan intelek para penulisnya. Walaupun,

5
sebahagian penulisan pensejarahan Melayu dilihat mengambil sumber-sumber daripada
penulisan lain untuk dimuatkan dalam penulisan mereka,pernyataan sumber tidak dinyatakan
dalam penulisan mereka. Para penulis kolonial mendapat bantuan daripada para pemikir
tempatan bagi memahami budaya dan bahasa masyarakat tempatan. Dalam pensejarahan
Melayu tradisional, kecenderungan penulisannya dilihatberlegar ke arah golongan pemerintah
dan istana. Kecenderungan ini berlaku disebabkan oleh keterikatan para penulis dan
pujanggaistana terhadap titah dan perintah diraja ke atas mereka yang dititahkan
untukmenulis kitab-kitab sejarah tersebut. Euro-centric merujuk kepada perspektif dan
pemikiran yang melihat semua perkara di dalam dunia ini. Kecenderungan penulis kolonial
pula dapat dilihat melalui penulisan yang bersifat euro centric. Euro-centric dalam kalangan
pegawai kolonial adalah disebabkan oleh sistem latihan pegawai.

Sebagai kesimpulannya, kita dapat nampak betapa pentingnya peranan seseorang


tokoh sejarahwan dalam penulisan sejarah. Walaupun mereka tidak semestinya mencatat
sesuatu peristiwa dengan betul dan tepat sekali, tetapi mereka telah meninggalkan rujukan
bagi sejarahwan yang selepas mereka. Antara tujuan penulisan kolonial adalah untuk
mengangkat Martabat Penjajahan Kolonial di Tanah Melayu, menjadikan laporan atau tujuan
rasmi, sebagai satu kajian terhadap masyarakat tempatan. Penulisan sejarah negara dari
perspektif kolonial banyak memaparkan kehebatan yang dimiliki oleh pihak kolonial dari segi
pentadbiran. Kehebatan yang ditonjolkan oleh pihak kolonial akan mengukuhkan dan
mengagungkan martabat orang Eropah di mata dunia. Justeru, martabat masyarakat Timur
khususnya di Tanah Melayu akan dipandang rendah oleh masyarakat lain.

Oleh yang demikian, penulis sejarah tempatan berbangkit untuk mengubah dan
menulis semula sejarah negara mengikut perspektif sentrik Malaysia. Terdapat beberapa
faktor seperti timbul kesedaran, kebangkitan semangat nasionalisme, kesediaan bahan
rujukan dan lain-lain telah mempengaruhi perubahan pensejarahan Malaysia daripada konsep
sentrik Eropah kepada sentrik Malaysia.

6
3.0 ULASAN KRITIS

Jurnal ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Dr. Arbaiyah Mohd Noor
daripada jabatan sejarah dari Universiti Malaya. Beliau telah menulis sebanyak tujuh jurnal
mengenai sejarah. Dalam jurnal ini beliau menulis tentang nilai-nilai yang terdapat dalam
sistem pemerintahan dalam karya sastera agung. Tajuk jurnal ini adalah Paparan nilai dalam
sistem pemerintahan melayu menerusi Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis. Jurnal ini
mempunyai sebanyak 24 muka surat bercetak. Dalam penulisan ini, penulis jurnal telah
menjelaskan contoh nilai-nilai yang telah diamalkan oleh pembesar dalam karya sastera
agung.

Dari pengamatan penulis, jurnal ini adalah suatu jurnal yang menarik kerana ia telah
memberi ruang kepada penulis jurnal yang juga merupakan pensyarah sejarah, Universiti
Malaya untuk mengemukakan pendapat beliau berkaitan karya agung yang dibincangkan.
Selain itu, jurnal ini dapat membuka minda pembaca tentang nilai-nilai yang terkandung dalam
sistem pemerintahan karya agung. Para pembaca juga dapat mengetahui tentang sistem
pemerintahan dan langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah untuk menyelesaikan
kemelut yang telah timbul pada masa itu dari kaca mata penulis jurnal. Pada pendapat
pembaca, penulis jurnal mempunyai pendapat dan idea yang hebat dan kritikal. Kaedah yang
digunakan oleh beliau untuk menerangkan cara pengolahan isi, penyusunan isi dan contoh
adalah lebih jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Pada pendapat saya, penulis jurnal
bolehlah menulis dengan menggunakan tajuk-tajuk kecil bagi memisahkan satu isi dengan isi
yang lain. Dengan ini pembaca tidak akan keliru semasa membaca jurnal ini. Penulis jurnal ini
telah menggunakan lebih banyak rujukan autentik yang sesuai bagi menyokong pendapat
beliau. Hal ini menjadi satu kelebihan bagi meningkatkan kekuatan jurnal ini. Penulis juga
menyelitkan unsur-unsur mitos dalam penulisannya. Penggunaan unsur mitos ini kadangkala
merupakan gaya yang digunakan oleh pengarang untuk menarik minat pembaca mendekati
dengan lebih dekat naratif yang dibaca.

Jurnal ini membincangkan tentang nilai-nilai yang diamalkan oleh pemerintah dalam
sistem pemerintahan mereka. Aspek nilai yang merangkumi ialah akhlak dan adab yang
merupakan antara aspek utama yang dapat dilihat dalam penulisan ini. Aspek nilai begitu
ketara dipertekankan dengan motif agar dijadikan pedoman oleh generasi pemerintah akan
datang. Menurut penulis jurnal ini, beliau menyatakan bahawa pengarang Sejarah Melayu
telah memfokuskan bagaimana dengan akhlak baik seseorang pemerintah telah dapat
membawa kepada kemakmuran kerajaan.

7
Sebagai Contohnya,

Pengarang karya Sejarah Melayu telah menggambarkan sifat sultan Muzaffar Shah
yang bukan sahaja sebagai seorang sultan baik budi pekerti, bersifat pemurah, pengampun,
adil lagi bijaksana, sentiasa bertanggungjawab terhadap kerajaannya tetapi juga bijaksana
sehingga dikasihi oleh rakyat jelata.

Petikan diatas merupakan sebahagian daripada teks jurnal tersebut. Berdasarkan


petikan di atas penulis jurnal ini dapat memberi contoh yang relevan serta membantu para
pembaca untuk menggambarkan situasi sebenar yang telah berlaku pada masa itu. Dengan
menggunakan sikap bijaksana, Sultan Muzaffar Shah dapat menyelesaikan kemelut
perpecahan yang timbul di antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja.

Selain itu, nilai yang baik turut dipraktikkan dalam pemerinthan Sultan Mansur Shah. Beliau
merupakan seorang sultan pemurah, mencintai dan mementingkan ilmu pengetahuan serta
bijaksana. Baginda tidak memutuskan sesuatu keputusan dengan sendiri sebaliknya sentiasa
mendapatkan nasihat daripada Bendahara Tun Perak yang juga merupakan seorang
Bendahara yang bijaksana dan paling rapat dengan baginda. Di samping itu, Sultan Mansur
Shah juga digambarkan oleh Sejarah Melayu sebagai seorang sultan yang minat terhadap
ilmu pengetahuan, bijaksana dan berpegang kuat kepada ajaran agama islam

Penulis juga membincangkan tentang gambaran pemerintahan yang telah berlaku


semasa penjajahan British. Contoh-contoh yang dinyatakan oleh penulis adalah sangat sesuai
dan munasabah. Pemerintah-pemerintah pada masa itu telah mengamal nilai-nilai baik dalam
pentadbiran mereka bagi mewujudkan satu pentadbiran yang sismatik dan teratur. Antara
nilai-nilai yang disentuh oleh penulis ialah tegas, tanggungjawab, bijaksana dan keadilan.

Penulis menyatakan bahawa pendidikan agama yang banyak membantu seseorang


untuk menjadi seorang insan yang mulia. Penulis juga menekankan bahawa orang yang
berpegang kepada agama akan sentiasa direstui oleh Tuhan. Tambahan pula, penulis jurnal
ada menyatakan bahawa Raja Ali Haji dianggap lebih mendahului sejarawan lain dalam
memberi keterangan dari segi pernyataan terhadap hukum sejarah. Jurnal ini juga menjadi
panduan utama untuk menerajui sesebuah kerajaan dan mendirikan sebuah kerajaan yang
berbudi pekerti mulia. Penulis juga menekankan sikap yang harus ada pada seorang
pemimpin dalam menjalankan tugasnya. Sikap kurang berwibawa seseorang pemimpin akan
membawa kepada kemerosotan sesuatu pemerintahan. Hal ini dapat dilihat melalui sikap
Sultan Mahmud Shah III yang kurang berwibawa dalam pemerintahannya dimana beliau tidak

8
dapat menyelesaikan perselisihan faham yang berlaku di antara suku Bugis dengan Melayu.
Di sini, boleh disimpulkan bahawa penulis membuat kajian yang mendalam mengenai nilai dan
sikap yang diamalkan oleh pembesar-pembesar pada masa itu.

Sebagai seorang pembaca jurnal ini saya sangat setuju dengan isi kandungan kajian
yang telah disampaikan oleh penulis. Nilai dan contoh yang diberikan oleh penulis adalah
wajar dan tepat. Penulis jurnal ini telah melakukan banyak rujukan sebelum memulakan kajian
beliau. Terdapat bahagian rujukan dalam setiap halaman muka surat. Hal ini membantu
pembaca untuk mencari maklumat yang lebih lanjut tentang karya-karya agung dan
memudahkan kefahaman pembaca. Penulis jurnal ini sangat teliti dalam menyatakan tarikh
dan tempat sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

Maklumat yang dinyatakan dalam jurnal ini sangat membantu kepada para guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah abad ke 21 ini. Guru harus mempunyai
sikap kepimpinan yang baik. Guru haruslah berpotensi untuk memimpin para pelajar dan
menjadi contoh dan pedoman yang baik kepada murid. Pada masa kini, guru harus menjadi
sebagai seorang fasilitator manakala pelajar haruslah berupaya untuk menghayati
pembelajaran dan juga aktiviti yang dilaksanakan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga harus mempunyai sikap- sikap yang positif dan memberikan layanan
yang sama rata kepada semua murid tanpa kira bangsa dan kaum. Guru pada masa kini juga
tidak seharusnya menimbulkan isu-isu perkauman dalam bilik darjah. Hal ini akan menjejaskan
keamanan dan keharmonian dalam bilik darjah.

Berdasarkan jurnai ini dapatlah difahami bahawa pemerintah pada masa itu telah
menjalankan pentadbiran mereka dengan berpegang kepada nilai murni dan sikap yang
positif. Pemerintah yang berkelakuan negatif telah mendapat keputusan yang tidak baik dalam
pentadbiran mereka. Pemerintah-pemerintah yang mematuhi tuntutan agama dan
mengamalkan prinsip baik dalam pemerintahan mereka telah berjaya membangkitkan
kerajaan mereka. Oleh itu, generasi pada masa kini haruslah mengamalkan nilai- nilai yang
baik dalam kehidupan untuk menjadi insan yang mulia.

9
Rujukan

10
Rujukan

Dr. Syed Ismail Syed Mustapa(2013). Pensejarahan Malaysia . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ismail bin Said,( 2015). Pentaksiran dalam Pembelajaran Sejarah.Kuala Lumpur: Multimedia.

Khoo Kay Kim.Kuala Lumpur The Formative Years. Kuala Lumpur: Berita Publishin Sdn.
Bhd., 1996.
Mohammad Daud, Nor Aslina Mamat, Siti Nurhajar Hashim. (2014). Sejarah Malaysia.
Selangor:PNI Neuron.

Siti Fironika.( 2014,Mei 24). Corak penulisan colonial. Retrieved March 13 ,2015 from
https://www.slideshare.net/alifakram1/corak-pensejarahan-kolonial

Syed Mahadzir Ibrahim. (2009 Mei 9). Pendidikan Sejarah. Retrieved March,25,2010 from
http://sejarahppismp.blogspot.my/2013/05/nota-sjh3102-pensejarahan-malaysia.html

Mohd Fauzi Yaacob.(2010 June 12). Karya-karya Agung Malaysia . Retrieved March 24,2015
from http://bms3022karyaagung.blogspot.my/p/karya-karya-agung_16.html

11
Lampiran

12

Anda mungkin juga menyukai