Anda di halaman 1dari 2

CIRI - CIRI GURU ALAF 21

(VISHAALANI SUBRAMANIAM ( L4)

Seorang guru merupakan peneraju masa depan yang mampu mewujudkan pelajar -
pelajar yang cemerlang dari segi kurikulum , kokurikulum serta sahsiah. Kerjaya guru
merupakan suatu perkara yang dipandang mulia dalam masyarakat kita. Seorang guru
yang memikul pelbagai tanggungjawab dalam melahirkan pelajar - pelajar yang
cemerlang. Hal ini kerana profesion ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam
menjaga, mendidik atau membimbing pelajar sehingga mereka mencapai kejayaan dan
bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Seorang guru yang efektif
memerlukan pelbagai ciri - ciri keperibadian yang mulia. Kualiti peribadi merujuk kepada
seorang guru yang begitu proaktif, yakin dan sentiasa bersemangat sehingga mampu
memotivasikan muridnya untuk belajar.

Guru harus peka dan sensitif akan keperluan muridnya, iaitu terhadap perbezaan
cara atau gaya pembelajaran mereka. Hal ini kerana tidak semua murid mampu
menguasai pembelajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, guru berperanan mengubah suai
cara pengajaran mengikut kesesuaian pelajar agar peluang belajar adalah untuk semua
murid. Seorang guru alaf 21 juga harus peramah dan bersikap mesra dan juga mampu
mengenali muridnya. Sesungguhnya, murid yang berasa dirinya dikenali guru, akan
menunjukkan tingkah laku yang positif. Hal ini disebabkan mereka berasa dihargai oleh
guru dan sebahagian daripada komuniti dalam bilik darjah. Guru juga harus memiliki
sifat kasih-sayang, hormat-menghormati dan juga sikap kemanusiaan yang tinggi. Pelajar
juga akan lebih bermotivasi untuk mendapatkan pengajaran dan pembelajaran daripada
guru yang bersikap peramah dan juga proaktif.

Seorang guru alaf 21 juga harus dapat menghadapi pelajar - pelajar yang
menunjukkan pelbagai karenah dalam bilik darjah. Guru juga harus berpengetahuan
tinggi daripada murid dan sentiasa mengenali isu - isu semasa. Guru juga harus sentiasa
berusaha mempelajari perkara-perkara baharu melalui pembacaan, menghadiri seminar,
bengkel atau kursus yang diadakan. Guru juga harus berkebolehan untuk mengendalikan
bilik darjah dengan lancar iaitu dari segi segi transisi satu aktiviti ke aktiviti lain tanpa
gangguan. Hal sebegini akan membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
secara lancar dan teratur.

Seorang guru juga harus berkemahiran dalam pedagogi, iaitu dalam menerapkan
nilai-nilai seperti bekerjasama, belajar mendengar dan menerima pendapat dan
pandanagn orang lain. Pertama sekali guru harus berusaha untuk menunjukkan sikap
hormati dalam kalangan rakan sejawat mereka .Guru juga harus menghormati pelajar -
pelajar dengan memberikan layanan yang sopan kepada mereka. Guru juga harus
mengawal kemarahan mereka. Pada masa kini kita sering mendengar isu - isu merotan
pelajar sekolah. Terdapat beberapa guru yang bertindak mengikut emosi mereka dengan
memberikan dendaan yang menyakiti pelajar - pelajar. Dengan ini pelajar mengalami
masalah dari segi mental dan mereka juga tidak dapat menumpukan perhatian dalam
pelajaran mereka. Guru harus berusaha untuk berkelakuan baik terhadap pelajar. Seorang
guru alaf 21 haruslah berfikiran terbuka dan juga dapat menangani sesuatu masalah
dengan baik . Seorang guru yang baik harus memberikan gairah mengajar terbaik kepada
para pelajar. Seorang guru alaf 21 harus mempunyai sikap - sikap mulia yang dapat
dicontohi oleh para pelajar.

Anda mungkin juga menyukai