Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan
emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini
kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya
secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara
langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti
berikut:

1. Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik


Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi
dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan
murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau
mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid
berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan


Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu
sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan
untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi
buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid
untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka
diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang
terpendam dalam diri mereka.

3. Menggunakan Percakapan Yang Sesuai


Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan
interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak
langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah
menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau
memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang
bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku
yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian.
Guru membantu murid yang bermasalah Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah
peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling
untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka
menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong
murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam
kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat
mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

4. Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling


Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang
berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-
program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk
meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran
dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.
5. Murid bersifat self-efficacy
Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar
daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana membaikinya
demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbangi atau menyedih kerana kekalahan.
Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang
paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang mengalami
gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat
khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah.
Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada
ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu
diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk
menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibubapa juga
membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan
menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan
beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini
seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang
untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk
memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut
wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan
memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.
Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya.

Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. Langkah-langkah
diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi
,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang
mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan
dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Anda mungkin juga menyukai