Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS PERSARAAN / PERPINDAHAN

,
.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, di MAJLIS SEMPENA
PERSARAAN EN NGADIMIN BIN SEWITO, Kami merafakan kesyukuran
dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan memohon
keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru kami
berhimpun di sini pada petang ini, bagi menyatakan penghargaan dan
pengiktirafan kami, sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan,
untuk Dunia Pendidikan khususnya di SK LKTP MAOKIL 2.
Allahumma Ya Mudabbiral amri Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa
penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala bakti yang
disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang
Engkau redhai. Seperti mana lafaz yang sama-sama kita ungkapkan

Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang
Engkau berkati Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran
rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang tercinta, jua dalam
kehidupan kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik
persaraan / beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi
dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.
Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram
Kurniakanlah apakiranya kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus
menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki,
ke dalam diri kami. Kami pohon padaMu Ya Allah Kurniakanlah kepada kami
kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni dan
sejati.

Anda mungkin juga menyukai