Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN KPF 6044

1. JELASKAN APAKAH CABARAN PENDIDIKAN ABAD KE -21?

BIL CABARAN
1. Lahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional
2. Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi
muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih. Generasi sekarang secara
semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul
maklumat. Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam
merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan
inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer
Collaboration). Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila
projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.
3. Lahirkan generasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang
bermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkini, serta
berupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.
4. Dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar
untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi
era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah
kepada pandangan jauh dan luar biasa.
5. Pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkan domain
teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara
developmental mengikut kadar pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai
kemahiran thoughtful learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk
disesuaikan dengan perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara,
perkembangan semasa dan kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal
melalui four pillars of learning iaitu:
@ learning to know ( belajar untuk menguasai ilmu)

@ learning to do (belajar untuk menguasai kemahiran)

@ learning to be (belajar untuk menjadi insan berguna)

@ learning to live together (belajar untuk harmoni dan bekerjasama)


6. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam
hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian negara.
7. Melahirkan generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar
Pembangunan Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan
sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh
dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di
dalam sistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik,
teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.

2. HURAIKAN BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYAHUT CABARAN INI JIKA ANDA ADALAH
SEORANG ;

Guru Pengetua/guru besar Ahli masyarakat


Menggunakan pendekatan, Menggerakkan orang Mempunyai akhlak yang
teknik dan kaedah yang bawahannya tinggi lagi terpuji kerana
terbaharu dalam sistem Menangani pelbagai isu manusia bermoral dan
pendidikan yang yang timbul selain berakhlak tinggi ialah ukuran
sebenar keperibadian
diperkenalkan menyahut cabaran untuk
manusia.
maju ke hadapan dengan
Lebih berani dalam
menggerakkan sesebuah
sekolah ke arah seko
Lah berprestasi tinggi
Menguasai kaedah pedagogi Memotivasikan guru - guru Disiplin diri yang mantap
yang sinonim dengan dalam meningkatkan merujuk kepada tingkah laku
pengetahuan sedia ada kecekapan mereka dan dan tabiat yang baik dan
murid yang bersifat Dalam menyampaikan positif yang diamalkan
sehingga menjadi masyarakat
homogenius, menggunakan Sesuatu idea baru dalam
yang boleh dipercayai,
bahan bantuan mengajar memberi bimbingan
diyakini dan dihormati.
yang sistematik kepada guru - guru dalam
aspek pembangunan
Profesionalisme

Pencapaian objektif mesti Mempengaruhi tingkah Sebagai warganegara,


berbentuk eksplisit yang laku orang lain untuk melaksanakan tugas dengan
mampu merangsang murid menggerakkan mereka penuh dedikasi dan
memahami isi komitmen yang tinggi kerana
inilah sumbangan kepada
pembelajaran. Penilaian Bekerja ke arah negara tumpah darah
secara formatif perlu pencapaian sesuatu Malaysia.
dilaksanakan matlamat yang ditentukan V Patuh pada undang-
undang.
Sistem penyampaian guru Bertanggungjawab dalam Bekerja bukan mengharapkan
dalam pembelajaran dan hal pengurusan, upah dan gaji semata-mata
pengajaran bukan lagi pentadbiran dan kewangan dan tidak bermewah-mewah
berbentuk stereotaip tetapi sekolah dan juga dalam hidupnya, sebaliknya
ingin keredaan dan
berbentuk proaktif. bertindak sebagai
keberkatan serta kebahagiaan
pengantara yang
dan keselamatan hingga ke
Mewujudkan hubungan akhirat.
dua hala dengan komuniti
dan agensi -
Agensi luar
Kesimpulannya: -

Perkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadi
indikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluan
tenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yang
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduan
rakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidik adalah
wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-
21.

Anda mungkin juga menyukai