Anda di halaman 1dari 2

Huraikan bagaimanakah sastera tradisional memainkan peranannya dalam

masyarakat.

Antara fungsi sastera tradisional adalah membekalkan ilmu kepada masyarakat.


Sastera tradisional mengandungi banyak unsur pendidikan atau pengajaran
berdasarkan pengalaman yang ditimba oleh pengarangnya yang hidup pada zaman
silam. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini diterjemahkan melalui kisah-
kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum di dalamnya pelbagai bidang ilmu
seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Apabila khalayak menikmati karya-karya
mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau ilmu pengetahuan itu diserap
oleh pembaca dan boleh membentuk personaliti pembaca ke arah kebaikan.

Selain itu, sastera tradisional juga dapat memperluas perbendaharaan kata


pembacanya terutamanya dalam kalangan murid dan pelajar. Hal ini dapat dilihat
daripada puisi-puisi klasik yang kini diaplikasikan dalam sukatan pelajaran Bahasa
Melayu seperti Syair Siti Sianah, Seloka Si Luncai, dan lain-lain lagi. Pelbagai
perkataan-perkataan baru akan dapat diteroka oleh para pelajar daripada karya-karya
ini dah dapat digunakan apabila menyertai pertandingan-pertandingan anjuran Panitia
Bahasa dan Sastera sempena Minggu Bahasa yang akan dianjurkan oleh setiap
sekolah di seluruh Negara. Pembacaan prosa tradisional juga novel akan
menambahkan perbendaharaan kata kita selain puisi. Oleh itu, benarlah bahawa
membaca karya sastera memberi faedah yang baik.

Malah, pembacaan sastera tradisional juga akan dapat melahirkan generasi


yang bersemangat dan berani. Hal ini dapat dibuktikan apabila kita membaca drama
Gelanggang Tuk Wali. Dalam drama ini, seni silat merupakan tradisi orang Melayu
yang menjadi topik utama dalam perjalanan drama ini. Semangat anak muda dalam
mendalami ilmu seni silat ini, menggambarkan betapa kukuh dan ampuhnya kekuatan
seni ini sehingga dapat mengawal emosi dan pergerakan seorang pesilat meskipun
dia telah dituduh membunuh dan kehilangan orang yang menjadi idolanya selama ini.
Peristiwa ini dapat mewujudkan perasaan semangat dan berani dalam terus menjalani
kehidupan yang penuh pancaroba meskipun pelbagai halangan dan rintangan terus
kita hadapi.

Seterusnya, sastera tradisional juga berfungsi memberi kesedaran kepada


masyarakat tentang sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. Melalui sastera
tradisional seperti Hang Tuah, pengarang menceritakan tentang kisah sosial
masyarakat dan golongan istana pada masa itu serta menyindir kepincangan sosial
yang berlaku dalam masyarakat. Apabila pembaca membaca sastera tradisional ini,
idea-idea dan buah fikiran pengarang dapat disalurkan kepada pembaca dan sekali
gus memberikan kesedaran kepada mereka untuk bertindak dengan bijak.

Akhirnya, sastera tradisional juga memainkan peranan untuk menghiburkan


masyarakat. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau
rentak yang yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi
pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi
hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh
masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyakarakat pada suatu ketika.
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkan.

KHOO PHAU LIANG

Anda mungkin juga menyukai