Anda di halaman 1dari 28

1.

0 Pendahuluan Statistik merupakan satu teknik matematik untuk memproses, menyusun, menganalisis dan membuat kesimpulan tentang data yang berbentuk kuantitatif. Data yang dipungut biasanya tidak disusun dengan teratur. Jadi, bagi memudahkan kita merujuk kepada data tersebut, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik. Data juga dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu data terkumpul dan data tidak terkumpul. Data terkumpul membawa maksud data yang telah berada dalam bentuk kekerapan manakala data tidak terkumpul pula ialah data yang diperoleh dalam bentuk yang asal. Subjek Asas Matematik merupakan salah satu subjek yang perlu diambil di semester tiga program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kami dikehendaki menjalankan satu kajian yang mengaplikasikan ilmu berkaitan statistik. Oleh itu kami telah memilih tajuk kajian kami tentang Amalan Menulis Novel Dalam Kalangan Pelajar IPGKTI. Kajian ini dijalankan ke atas lima puluh orang responden yang terdiri daripada siswa guru 4 PPISMP. Kami telah memilih tajuk ini adalah kerana kami berminat untuk mengetahui apakah pandangan siswa guru 4 PISMP terhadap amalan menulis novel. Dalam kerja kursus ini, kami telah menggunakan Carta Bar, Carta Pai, Graf Histogram dan Piktogram. Pada akhir kajian ini, kami juga membuat interpretasi dan kesimpulan berdasarkan borang soal selidik dalam kalangan siswa guru 4 PISMP. Setelah mengumpul, menganalisis serta menginterpretasikan data yang kami dapatkan, akhirnya kami telah berjaya melengkapkan tugasan kami. Melalui tugasan ini, kami dapat mengetahui setiap pandangan siswa guru 4 PISMP terhadap menulis novel, cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa menulis novel serta tujuan mereka dalam menulis novel. Setiap data kajian yang kami dapati ini amat penting bagi kami kerana kami dapat mengetahui betapa pentingnya menulis novel dan budaya menulis novel haruslah dipupuk dalam kalangan remaja sejak kecil lagi.

2.0 Objektif Kajian 2.1 Bagi mengaplikasikan kemahiran pengiraan secara statistik dalam sebuah kajian. 2.2 Bagi menganalisis, mentafsir dan menginterpretasikan data mentah dalam sebuah kajian. 2.3 Bagi memenuhi kehendak soalan kerja kursus Matematik Asas. 2.4 Bagi meningkatkan kemahiran dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. 2.5 Bagi meningkatkan kecekapan diri dalam memilih maklumat yang relevan dalam mengorganisasikan maklumat secara sistematik dan bermakna. 2.6 Bagi menggunakan statistic dalam kehidupan harian. 2.7 Mengenal pasti minat siswa dan siswi guru pelatih terhadap menulis novel. 2.8 Bagi mengenal pasti cara-cara yang dapat dilakukan untuk memupuk minat menulis novel dalam kalangan siswa dan siswi guru.

3.0 Soalan Kajian Antara soalan yang telah kami gunakan dalam kajian ini ialah: 1) Adakah anda minat menulis novel?

2) Berapakah masa yang anda gunakan untuk menulis sebuah novel?

3) Berapakah perbelanjaan bulanan anda dalam membeli sebuah novel?

4) Nyatakan bilangan novel yang pernah anda miliki.

5) Apakah jenis novel yang anda minati?

6) Siapakah tokoh penulis novel yang anda gemari?

7) Saya lebih berminat menulis novel dalam bahasa?

8) Apakah tujuan anda menulis novel?

9) Siapakah yang memberi motivasi kepada anda untuk menulis novel?

10) Pada pendapat anda, apakah cabaran yang anda hadapi dalam menulis novel?

4.0 METODOLOGI 4.1 LOKASI DAN SUBJEK KAJIAN Responden kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar 4 PISMP Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim yang merupakan pelajar ambilan Jun 2010. Mereka terdiri daripada 25 orang lelaki, 25 orang perempuan yang terdiri daripada etnik kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan kaum lain-lain. Kajian ini adalah terbatas terhadap faktor berikut: a) Kajian ini hanya dijalankan dalam kalangan pelajar 4 PISMP ambilan Jun 2010. Sehubungan itu, hasil kajian dapat dijalankan dengan lancar. b) Akibat jangkaan masa penyelidikan yang suntuk, kami hanya menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sahaja untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Kami memilih kaedah ini adalah kerana kaedah ini adalah jauh lebih sesuai berbanding dengan kaedah lain yang mengambil masa yang ramai dan sukar untuk mengingati data-data yang dikumpul. c) Bagi memastikan data yang diperoleh dengan tepat, kami juga menjalankan aktiviti seperti temu duga, pemerhatian dan semakan rekod aktiviti pelajar untuk melaksanakan kerja kursus ini. d) Kejujuran responden semasa menjawab soal selidik juga merupakan salah satu masalah semasa melaksanakan tugasan ini. menerangkan tentang tujuan Oleh itu, kami terpaksa

dan kepentingan kajian ini kepada responden

supaya responden mengetahui tentang kepentingan kajian ini dan memberikan respons yang ikhlas.

4.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan oleh penyelidik kepada pelajar-pelajar 4 PISMP TESL IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Kajian tinjauan secara deskriptif adalah kajian terhadap perkara yang sedang berlaku. Keadaan ini melibatkan pengumpulan data-data, membuat interpretasi, perbandingan dan merumus generalisasi. Bahagian demografi pelajar yang mengandungi item berkaitan, jantina dan minat mereka terhadap novel. Bahagian amalan menulis novel dalam kalangan pelajar juga mengandungi maklumat yang berkaitan bilangan novel yang dimiliki oleh pelajar, kekerapan masa yang digunakan untuk menulis sebuah novel dan cabaran yang dihadapi semasa menulis sebuah novel. 4.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik, yang akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklum balas yang merangkumi beberapa item. Soal selidik mempunyai beberapa kebaikan dibandingkan dengan cara-cara lain dalam usaha penyelidik mendapatkan maklumat kualitatif dan kuantitatif. Oleh itu, maklumat dan data-data dari responden dapat diperoleh secara terus daripada responden. Melalui cara ini, kami dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat tanpa membuang masa. Dengan itu, data-data akan mudah dikumpul, diatur dan dianalisis bagi menyenangkan kerja kursus. Seterusnya, keadaan ini juga menjimatkan perbelanjaan dan mudah untuk responden bagi memberi pendapat mereka tanpa sebarang gangguan.

4.4 ANALISIS KAJIAN Bagi menjayakan pelaksanaan laporan kajian ini kumpulan kami telah menjalankan dua kaedah matematik. Salah satu kaedah adalah kami telah melukis semua data yang kami dapati dalam bentuk jadual dan graf dalam sehelai kertas dan kemudian meminda semua maklumat dengan menggunakan program Excel untuk menghasilkan persembahan pictorial seperti carta palang, histogram, carta pai dan graf. Kumpulan kami telah memilih graf-graf tertentu untuk memudahkan pembaca untuk membaca dan menganalisis data. Hal ini demikian kerana kami telah banyak mengumpul dan memproses maklumat supaya data yang kami ingin persembahkan dalam bentuk yang jelas dan tepat. Selain itu, graf juga dapat memudahkan kami untuk membuat perbezaan antara data yang diperoleh serta dapat menunjukkan peratus keseluruhan data. Melalui cara ini, kami dapat mempersembahkan data tersebut dengan jelas. Di samping itu, kumpulan kami juga menggunakan kaedah pengiraan untuk mendapatkan suatu analisis yang tepat. Kami juga menggunakan beberapa formulaformula matematik yang tertentu seperti formula mod, min, median, varian dan sisihan piawai untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat daripada menggunakan graf ogif dan histogram. Oleh itu, data yang kami peroleh dapat mempersembahkan dengan jelas dalam dengan menggunakan formula matematik tertentu.

5.0 Hasil Kajian 5.1 Analisis Data 1.JANTINA PELAJAR DALAM KAlANGAN 4 PISMP TESL Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Pelajar Bilangan 25 25 50

2.MINAT MENULIS NOVEL Minat menulis novel Ya Tidak Bilangan 20 30

3.MASA YANG DIGUNAKAN UNTUK MENULIS SEBUAH NOVEL Masa 1 2 3 4 Lain-lain (>6 bulan) Lelaki 2 3 4 5 11 Perempuan 1 3 3 5 13

4.PERBELANJAAN BULANAN MEMBELI SEBUAH NOVEL Perbenjaaan 1-50 51-100 101-150 151-200 Lain-lain Bilangan 11 15 13 9 2

5.BILANGAN NOVEL YANG ANDA MILIKI Bilangan 5 10 20 30 Lain-lain 6. JENIS NOVEL YANG ANDA MILIKI Jenis Novel horor Novel komedi Novel misteri Novel romantis Lain-lain Lelaki 2 5 5 1 2 Perempuan 8 10 5 9 3 Lelaki 7 10 1 0 0 Perempuan 12 15 2 2 1

7. TOKOH PENULIS NOVEL YANG ANDA GEMARI Tokoh A.Samad Said J.K. Rowling Giddens Ko Stephenie Meyer Lain-lain Bilangan 1 25 3 20 1

8. MINAT MENULIS NOVEL DALAM BAHASA Bahasa Melayu Inggeris Cina Tamil Lain-lain Bilangan 25 15 8 1 1

9. TUJUAN MENULIS SEBUAH NOVEL Tujuan Minat diri sendiri Mengisi masa lapang Mengurangkan tekanan Menguasai bahasa secara mendalam Lain-lain 5 Bilangan 10 5 5 25

10. PENDORONG UNTUK MENULIS NOVEL Pendorong Ibu bapa Rakan Pensyarah Penulis novel yang terkenal Lain-lain 8 Bilangan 26 2 5 9

11. CABARAN YANG DIHADAPI SEMASA MENULIS SEBUAH NOVEL Cabaran Isi kandungan tidak menarik Masa tidak mencukupi Kekurangan pengalaman Tiada bimbingan Lain-lain Bilangan 3 20 15 10 2

5.2.1 Graf Piktograf Piktograf ini telah menunjukkan jumlah siswa guru 4 PISMP yang minat dalam menulis novel. Jantina Lelaki Bilangan

Perempuan

mewakili 5 orang Berdasarkan piktograf yang disenarikan di atas, kami mendapati kumpulan 4 PISMP TESL mempunyai 25 orang pelajar lelaki dan 25 orang perempuan. Kami telah memilih piktograf unutk mewakili maklumat-maklumat yang hendak disampaikan. Piktograf dapat menyampaikan informasi-informasi dengan cara yang cepat dan senang secara langsung. Dengan itu, kita dapat mengetahui bahawa kumpulan 4 PISMP TESL mempunyai beberapa orang pelajar lelaki dan perempuan.

5.2.2 Carta Pai Carta Pai ini telah menunjukkan peratusan siswa guru 4 PISMP yang minat dalam menulis novel.

Peratusan respoden yang minat dalam menulis novel

Ya

40% 60%

Tidak

Carta Pai di atas telah menunjukkan peratusan siswa guru 4 PISMP yang minat dalam menulis novel. Berdasarkan carta ini, kami telah mendapati bahawa terdapat enam puluh peratus daripada siswa guru 4 PISMP, iaitu sebanyak tiga puluh orang siswa guru adalah tidak berminat dalam menulis novel manakala empat puluh peratus daripada siswa guru 4 PISMP, iaitu sebanyak dua puluh orang siswa guru lebih berminat dalam menulis novel. Kebanyakan siswa guru tidak berminat dalam menulis novel adalah kerana mereka lebih tertarik kepada teknologi yang bercanggih. Secara ringkasnya, kami boleh menyimpulkan bahawa minat siswa guru 4 PISMP terhadap menulis novel adalah semakin kurang dan haruslah diberikan galakan kepada mereka supaya lebih melibatkan diri dalam menulis novel bagi memartabatkan bahasanya. 5.2.3 Carta Bar Carta Bar ini telah menunjukkan jumlah masa siswa guru lelaki dan perempuan 4 PISMP yang telah digunakan oleh mereka dalam menulis sebuah novel.

14

12

BIlangan Siswa Guru

10

8
Lelaki Perempuan

0 1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan Lain-lain ( >6 bulan)

Jumlah Masa

Berdasarkan Carta Bar ini, majoriti siswa guru lelaki dan perempuan, iaitu seramai dua puluh empat orang siswa guru telah menggunakan masa yang lebih daripada 6 bulan dalam menulis sebuah novel. Hal ini adalah kerana kebanyakan mereka dipengaruhi oleh jadual kelas dan tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam menulis sebuah novel. Kami juga mendapati hanya minoriti siswa guru lelaki dan perempuan mampu menulis sebuah novel dalam masa sebulan, iaitu seramai tiga orang siswa guru. Bagi yang menggunakan dua bulan dalam menulis sebuah novel pula, jumlah siswa guru lelaki dan perempuan adalah sama, iaitu seramai tiga orang siswa guru dan 3 orang siswi guru. Selain itu, kami telah mendapati seramai tujuh orang siswa guru yang menggunakan masa sebanyak tiga bulan dalam menulis sebuah novel dan sepuluh siswa guru telah menggunakan masa sebanyak empat bulan dalam menulis sebuah novel. Melalui Carta Bar ini, kami dapat simpulkan bahawa bilangan siswa guru semakin menambah apabila jumlah masa yang diberikan semakin panjang. 5.2.4 Histogram Histogram ini telah menunjukkan perbelanjaan bulanan siswa guru lelaki dan perempuan 4 PISMP yang telah digunakan oleh mereka.

Perberlanjaan Bulanan siswa guru lelaki dan perempuan 4 PISMP TSEL


16 14 12 Jumlah pelajar 10 8 6 4 2 0 Perbelanjaan 1-50 51-100 101-150 151-200 201-250

Sempadan Perbelanjaan (RM) bawah, Sempadan atas, Tanda kelas ( )

Bilangan pelajar IPGKTI (lelaki + perempuan) () 0 Kekerapan himpunan (cf)

1 50 51 100 101 150 151 200

0.5-50.5 50.5-100.5 100.5150.5 150.5200.5 200.5250.5

25.5 75.5 125.5

11 15 13

280.5 1132.5 1631.5

7152.75 85503.75 204753.25

11 26 39

175.5

1579.5

277202.25

48

201-250

225.5

2 = 50

451 f(x)= 5075

101700.5

50

Jumlah

676312.5

i.

Menggunakan formula

a) Cara pengiraan min,

Melalui data yang diperoleh dari jadual, Min, = = 101.5

Penerangan tentang pengaplikasian formula min:

Langkah 1: Kira tanda kelas,

bagi setiap selang kelas dengan sempadan atas, bagi

Kira hasil tambah antara sempadan bawah, setiap selang kelas.

Bahagikan hasil tambah yang diperoleh dengan 2 untuk memperoleh tanda kelas bagi selang kelas tersebut.

Tanda kelas ( ) = 25.5 = 75.5 = 125.5 = 175.5

= 225.5

Langkah 2: Cari hasil darab antara tanda kelas, IPGKTI), bagi setiap selang kelas Hasil darab antara tanda kelas,

dengan kekerapan (bilangan pelajar

dengan kekerapan, , [

11 25.5=280.5 15 75.5=1132.5 13 125.5 =1631.5 9 175.5=1579.5 2 225.5=451

Langkah 3: Tambahkan kesemua hasil darab antara tanda kelas, Jumlah kesemua hasil darab antara tanda kelas, = 280.5+1132.5+1631.5+1579.5+451=5075 Langkah 4: Kira jumlah kekerapan,

dengan kekerapan,

dengan kekerapan, ,

Bilangan pelajar lelaki dan perempuan IPGKTI bagi setiap selang kelas ditambah bersama.

Perbelanjaan (RM) 1 50 51 100 101 150 151 200 201--250

Jumlah (lelaki + perempuan) 11 15 13 9 2 =11+15+13+9+2=50

Langkah 5: Bahagikan jumlah hasil tambah antara kesemua tanda kelas, kekerapan, dengan jumlah kekerapan untuk memperoleh min

dengan

Min, =

= = 101.5
b) Cara pengiraan median Langkah 1: Mengenal pasti kelas median Untuk mencari kelas median, kedudukan median harus dikenal pasti terlebih dahulu. Kedudukan median = ( = = 25th Median berada di kedudukan ke-25. Median kelas ialah RM (51-100). th

Langkah 2: Mengira median menggunakan formula Melalui data yang diperoleh dari jadual, Kelas median 51-100 50.5 11 15 ,( -

100.5-50.5=50

Median, =

= 50.5 + ( )(50)

= 97.1667 c) Cara pengiraan mod Langkah 1: Mengenal pasti kelas mod Untuk mencari kelas mod, selang kelas yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi harus dikenal pasti dan dicari. (51-100) mempunyai kekerapan yang paling tinggi, iaitu 15 Kelas mod = 51-100 Langkah 2: Mengira mod menggunakan formula Melalui data yang diperoleh dari jadual, Kelas mod 51-100 L 50.5 15-11=4 15-13=2 ,( -

100.5-50.5=50

Mod =50.5 + ( = 50.5 + ( ) = 83.833

d) Cara pengiraan variasi dan sisihan piawai Melalui data yang diperoleh dari jadual, = 676312.5 , = 50,

Variasi,

=
=

=
=

Sisihan piawai,

= = = 56.78 5.2.5 Piktograf Piktograf ini menunjukkan bilangan novel yang pernah dimiliki oleh siswa guru lelaki dan perempuan 4 PISMP TESL. Bilangan 5 Lelaki Perempuan

10

20

30

Lain-lain

Lelaki

Mewakili 2 0rang Perempuan Berdasarkan piktograf ini, bilangan siswa guru lelaki iaitu 19 orang mempunyai bilangan novel kurang daripada siswa guru perempuan iaitu 31 orang mempunyai

bilangan novel yang banyak. Hal ini demikian kerana kebanyakan siswa lelaki kurang

membaca novel jika dibandingkan dengan siswa perempuan. Oleh itu, kebanyakan golongan lelaki kurang meminati membaca novel pada masa kini disebabkan perkembangan teknologi yang pesat dan menyebabkan pembacaan novel dalam

kalangan lelaki semakin berkurang. Seterusnya, kebanyakan siswa perempuan lebih gemar membaca novel kerana bilangan novel yang dimiliki dalam kalangan perempuan paling banyak. Jadi, kami mendapati seramai 15 orang perempuan memiliki 10 buah novel masing-masing. Kami juga mendapati minoriti siswa guru lelaki dan perempuan mempunyai 20 buah novel. Oleh itu, terdapat seramai 2 orang siswa guru perempuan yang mempunyai 30 buah novel. Hal ini menunjukkan bilangan siswa guru masih tidak aktif melibatkan diri dalam amalan membaca novel dalam kalangan mereka. Melalui piktograf ini, kami boleh simpulkan bahawa bilangan siswa tidak gemar membaca novel kerana jumlah novel yang dimiliki tidak banyak dalam kalangan mereka. 5.2.6 Piktograf Piktograf ini menunjukkan jenis novel yang diminati oleh siswa guru lelaki dan perempuan 4 PISMP TSEL. Jenis Novel horor Novel komedi Lelaki Perempuan

Novel misteri

Novel romantis

Lain-lain

Lelaki Mewakili 2 orang Perempuan

Berdasarkan piktograf di atas telah menunjukkan jumlah siswa guru 4 PISMP yang gemar membaca novel masing-masing. Berdasarkan piktograf ini, kami telah

mendapati bahawa majoriti siswa guru 4 PISMP, iaitu sebanyak 15 orang siswa guru adalah gemar membaca novel komedi manakala 30 orang siswa guru lebih minat membaca novel misteri, novel horror dan novel romantis. Hal ini demikian kerana kebanyakan responden pada masa kini gemar membaca komedi daripada novel lain. Kami mendapati responden mungkin gemar membaca komedi adalah untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi sekarang. Kebanyakan novel horror yang banyak digemari oleh golongan perempuan daripada golongan lelaki di kampus ini. Melalui piktograf ini, kami mendapati sebanyak sepuluh orang siswa guru perempuan 4 PISMP yang gemar membaca novel misteri manakala terdapat lima orang siswa guru lelaki 4PISMP yang gemar membaca novel misteri sahaja. Selain itu, kelihatan perubahan yang mendadak berlaku pada bahagian novel romantis, golongan lelaki cuma terdapat satu orang yang gemar membaca novel romantis manakala golongan perempuan iaitu sembilan orang yang gemar membaca novel romantis. Hal ini menunjukkan bahawa golongan perempuan lebih suka membaca novel romantis jika dibandingkan dengan golongan lelaki. Secara ringkasnya, kami boleh menyimpulkan bahawa siswa guru perempuan 4 PISMP lebih suka membaca novel komedi dan romantis. 5.2.7 Carta Bar Carta Pai ini telah menunjukkan tokoh penulis yang digemari dalam kalangan 4PISMP TESL .

Tokoh penulis yang digemari oleh pelajar 4 PISMP TSEL


11
A.Samad. Said J. K. Rowling Giddens Ko

20 3

25

Stephenie Meyer Lain-lain

Carta Pai di atas telah menunjukkan bilangan siswa guru yang meminati tokoh penulis dalam kalangan mereka. Berdasarkan carta ini, kami telah mendapati majoriti siswa guru 4PISMP iaitu sebanyak dua puluh lima orang siswa guru gemar membaca novel yang ditulis oleh J.K. Rowling. Hal ini demikian kerana tokoh penulis ini pernah menghasilkan sebuah novel yang terkenal iaitu Harry Potter yang dikenali di seluruh dunia. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakan siswa guru gemar membaca novel ini.

Selain itu, penulis novel yang kedua diminati dalam kalangan siswa guru 4 PISMP ialah Stephenie Meyer. Kebanyakan siswa guru perempuan lebih gemar membaca novel ini iaitu Twilight Light yang ditulis oleh Stephenie Meyer. Novel ini mengandungi unsur romantis dan perjuangan telah menarik minat siswa guru 4 PISMP. Jadi, kami mendapati siswa guru 4 PISMP lebih gemar membaca novel yang ditulis oleh tokoh penulis barat. Selain itu, kami juga mengetahui terdapat tiga orang yang gemar membaca novel yang ditulis oleh Giddens Ko yang datang dari Taiwan. Oleh itu, kami juga mendapati bilangan siswa guru 4 PISMP kurang meminati penulis novel seperti A. Samad Said. Secara ringkasnya, kami boleh menyimpulkan bahawa tokoh penulis iaitu J.K Rowling dan Stephenie Meyer mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan siswa guru 4 PISMP TESL. 5.2.8 Carta Pai Carta Pai ini telah menunjukkan jumlah siswa guru 4 PISMP yang menggunakan bahasa masing-masing dalam menulis sebuah novel.

Jumlah Responden
Melayu

1 8

1
Inggeris Cina Tamil Lain-lain

25 15

Carta Pai di atas telah menunjukkan jumlah siswa guru 4 PISMP yang menggunakan bahasa masing-masing dalam menulis sebuah novel. Berdasarkan carta ini, kami telah mendapati bahawa majoriti siswa guru 4 PISMP, iaitu sebanyak dua puluh lima orang siswa guru adalah menggunakan bahasa Melayu dalam menulis novel manakala lima belas orang daripada siswa guru 4 PISMP lebih berminat menulis novel dalam bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana kebanyakan responden yang kami temu duga adalah orang Melayu dan mereka akan lebih senang dalam menulis novel mengikut bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula merupakan subjek major mereka. Melalui carta Pai tersebut, kami juga mendapati sebanyak lapan orang siswa guru 4 PISMP yang berbangsa Cina suka menulis novel dalam bahasa ibunda mereka, iaitu bahasa Cina. Selain itu, kami telah mendapati bahawa minoriti siswa guru 4 PISMP telah menulis novelnya dalam bahasa Tamil dan bahasa lain-lain seperti bahasa Arab. Secara ringkasnya, kami boleh menyimpulkan bahawa siswa guru 4 PISMP lebih suka menulis novelnya dalam bahasa ibunda masing-masing dan akan memilih subjek major mereka sebagai pilihan kedua dalam menulis novel. 5.2.9 Carta Bar Carta Bar ini telah menunjukkan tujuan siswa guru 4 PISMP dalam menulis sebuah novel.

30 Bilangan Responden 25 20 15 10 5 0 Minat diri sendiri Mengisi masa lapang Mengurangkan tekanan Menguasai sesuatu bahasa secara mendalam Lain-lain

Tujuan Menulis Novel

Berdasarkan Carta Bar ini, majoriti siswa guru 4 PISMP, iaitu seramai dua puluh lima orang siswa guru menulis sebuah novel dengan tujuannya untuk menguasai sesuatu bahasa tersebut secara mendalam. Hal ini adalah kerana kebanyakan mereka ingin menguasai bahasanya dengan lebih baik dan mencapaikan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan melalui menulis novel. Kami juga mendapati bahawa hanya minoriti siswa guru, iaitu sebanyak lima orang bagi setiap tujuan masing-masing telah menganggapkan menulis sebuah novel adalah untuk mengisikan masa lapang mereka, mengurangkan tekanan dan tujuan-tujuan lain tertentu. Bagi siswa guru yang lain pula, iaitu sebanyak sepuluh orang siswa guru, mereka telah mengamalkan menulis novel sebagai minat diri sendiri. Melalui Carta Bar ini, kami dapat simpulkan bahawa kebanyakan siswa guru ingin menguasai kosa kata dan bahasanya agar dapat mengaplikasikannya semasa pengajaran di sekolah pada masa yang akan datang. 5.2.10 Carta Pai Carta Pai ini telah menunjukkan pihak-pihak tertentu yang memberi motivasi kepada siswa guru 4 PISMP dalam menulis novel.

Pihak-pihak Tertentu
Ibu bapa

8 9

Rakan Pensyarah

26
5 2

Penulis novel yang terkenal Lain-lain

Carta Pai di atas telah menunjukkan pihak yang tertentu yang memberi motivasi kepada siswa guru 4 PISMP dalam menulis sebuah novel. Berdasarkan carta ini, kami telah mendapati bahawa majoriti siswa guru 4 PISMP, iaitu sebanyak dua puluh enam orang siswa guru telah diberikan motivasi oleh ibu bapa mereka dalam menulis novel. Ini

adalah kerana mereka telah didorong oleh ibu bapa mereka sejak kecil lagi. Selain itu, penulis novel yang terkenal juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan motivasi kepada siswa guru 4 PISMP dan secara tidak langsung mendorongkan sembilan orang siswa guru 4 PISMP dalam menulis novel. Kami telah mendapati bahawa terdapat sebanyak lapan orang siswa guru 4 PISMP yang dipengaruhi oleh pihak-pihak yang lain seperti media massa dalam menulis novel manakala pensyarah juga merupakan salah satu pihak yang mempengaruhi mereka dalam menulis novel. Hal ini dapat dilihat melalui carta pai bahawa terdapat lima orang siswa guru 4 PISMP didorong oleh pensyarah mereka dalam menulis novel. Kami telah mendapati bahawa minoriti siswa guru 4 PISMP, iaitu sebanyak 2 orang siswa guru telah menulis novelnya akibat dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Secara ringkasnya, kami boleh menyimpulkan bahawa ibu bapa sangat memainkan peranan penting dalam mendorong anaknya dalam memupuk minat mereka untuk menulis novel.

5.2.11 Carta Bar Carta Bar ini telah menunjukkan cabaran yang dihadapi oleh siswa guru 4 PISMP dalam menulis sebuah novel.
20 18

Jumlah siswa guru

16 14 12 10 8 6 4 2 0 Isi kandungan yang tidak menarik Masa tidak mencukupi Kekurangan pengalaman Tiada bimbingan yang mencukupi Lain-lain

Cabaran yang dihadapi

Berdasarkan Carta Bar ini, majoriti siswa guru 4 PISMP, iaitu seramai dua puluh orang siswa guru telah menghadapi cabaran yang amat umum apabila menulis novel, iaitu masa yang diperlukan tidak mencukupi semasa menulis novel. Hal ini adalah kerana kebanyakan jadual kelas mereka amat penuh dan tiada masa lapang bagi mereka menulis novel. Kami juga mendapati bahawa minoriti siswa guru, iaitu sebanyak dua orang siswa guru 4 PISMP telah menghadapi cabaran lain seperti kekurangan galakan dalam menulis sebuah novel. Selain itu, sebanyak lima belas orang siswa guru, mereka telah mengalami kekurangan pengalaman dalam menulis novel dan ini akan mengakibatkan mereka menghentikan menulis novel. Bagi siswa guru yang lain pula, iaitu sebanyak sepuluh orang siswa guru 4 PISMP telah menghadapi cabaran semasa menulis novel, iaitu tiada bimbingan yang mencukupi semasa menulis novel. Melalui Carta Bar ini, kami dapat simpulkan bahawa kebanyakan siswa guru memerlukan masa yang lebih banyak supaya mereka dapat menghasilkan sebuah novel yang mantap dan tanpa membebankan mereka dalam pembelajarannya.

6.0 Kesimpulan Kajian Dalam melaksanakan tugasan kami yang bertajuk Amalan Menulis Novel Dalam Kalangan Pelajar IPGKTI, kami telah menggunakan kaedah soal selidik dan kami dikehendaki untuk mengedarkan borang soal selidik kami kepada lima puluh orang siswa guru IPGKTI. Kami telah memilih kaedah tersebut adalah kerana kaedah soal selidik tersebut mudah untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci dan senang untuk dibuat analisis data kajian. Melalui kaedah ini, kami telah mendapati bahawa masa yang digunakan untuk mengumpul maklumat telah disingkatkan kerana segala soalan yang kami perlukan telah dicatat pada borang soal selidik dan mereka dikehendaki untuk menjawab soalansoalan tersebut. Sekiranya kami menggunakan kaedah temu bual, masa yang digunakan mestilah lebih lama dan responden mungkin memerlukan masa yang lama untuk memikirkan jawapannya. Oleh itu, kaedah soal selidik merupakan satu kaedah yang sangat sesuai sekiranya melibatkan jumlah responden yang ramai kerana kaedah tersebut dapat menjimatkan penggunaan masa dan memudahkan pengumpulan data kajian. Berdasarkan data kajian yang telah kami kumpulkan, kami mendapati kebanyakan siswa guru, iaitu sebanyak tiga puluh orang siswa guru tidak berminat dalam menulis novel. Ini adalah kerana mereka masih belum menyedari tentang kepentingan dan kebaikan dalam menulis novel. Selain itu, majoriti siswa guru 4 PISMP memerlukan masa yang lama dalam menghasilkan sebuah novel, iaitu lebih daripada enam bulan. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi dalam menulis sebuah novel memandangkan jadual kelas mereka amat penuh dan kebanyakan kelas mereka adalah tamat pada pukul 4 petang. Bukan itu sahaja, melalui analisis yang kami buat, kami telah mendapati bahawa kebanyakan siswa guru 4 PISMP lebih suka menulis novelnya mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebagai contoh, sebanyak dua puluh lima orang siswa guru adalah menggunakan bahasa Melayu dalam menulis novel. Hal ini adalah kerana kebanyakan responden yang kami temu duga adalah orang Melayu dan mereka akan lebih senang dalam menulis novel dan akan memilih subjek major mereka sebagai pilihan kedua dalam menulis novel.

Di samping itu, kami juga mendapati bahawa kebanyakan siswa guru 4 PISMP menulis novelnya dengan tujuannya untuk menguasai sesuatu bahasa tersebut secara mendalam serta mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya. Melalui analisis kami, kami dapat mengetahui bahawa kebanyakan siswa guru, iaitu sebanyak dua puluh enam orang adalah digalakkan oleh ibu bapa mereka dalam menulis sebuah novel sejak bangku sekolah. Hanya minority siswa guru, iaitu sebanyak dua orang responden telah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka dalam menulis novel. Kebanyakan mereka, iaitu sebanyak dua puluh orang siswa guru juga menghadapi masa yang tidak mencukupi dalam menulis sebuah novel.

7.0 Perbincangan dan Cadangan Melalui data kajian yang telah kami kumpulkan dan analisiskan, kami mendapati bahawa kebanyakan siswa guru IPGKTI masih belum didedahkan dengan secara dalam terhadap amalan menulis novel. Hal ini dapat dilihat apabila kami membuat Carta 2 dan menganalisis datanya, kesimpulan yang kami dapati ialah sebanyak tiga puluh orang siswa guru tidak berminat dalam menulis novel dan hanya dua puluh orang siswa guru telah menunjukkan keminatan mereka dalam menulis novel. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak akademik IPGKTI haruslah mengadakan aktiviti seperti Bulan Bahasa yang akan melibatkan semua siswa guru bagi menggalakkan mereka dalam menulis novel. Dengan ini, mereka akan lebih terdedah tentang kebaikan dalam menulis novel dan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat mereka untuk menulis novel. Pihak IPGKTI juga boleh menganjurkan pertandingan menulis novel dalam kalangan siswa guru sempena Bulan Bahasa bagi menggalakkan mereka dalam menulis novel. Selain itu, pensyarah Jabatan Bahasa juga memainkan peranan dalam menggalakkan siswa guru dalam menulis novel. Pensyarah-pensyarah boleh

memberikan bimbingan dan bantuan kepada siswa guru dalam menulis novelnya. Contohnya, pensyarah boleh menunjukkan kesilapan mereka semasa menyemak novel yang ditulis oleh mereka serta memberi pandangan dan ideanya kepada mereka bagi merangsangkan minda siswa guru dalam menulis novel. Hal ini dapat mendorong siswa guru IPGKTI agar mereka akan lebih bergiat dalam menulis novel. Di samping itu, pihak IPGKTI boleh menjemput penulis novel yang terkenal untuk memberikan pendapat dan pandangan beliau semasa menulis novel. Ini dapat memberi kesedaran kepada siswa guru IPGKTI dan mampu membangkitkan minat mereka dalam menulis novel. Siswa guru juga boleh mengambil peluang tersebut untuk bertanya kepada penulis novel tentang teknik-teknik semasa menulis novelnya. Kesimpulannya, pihak IPGKTI perlulah mengambil berat tentang perkara tersebut bagi mewujudkan minat menulis novel dalam kalangan siswa guru. Mereka haruslah bekerjasama dalam memupuk minat siswa guru dalam menulis novel kerana mereka merupakan bakal pendidik yang akan datang.

8.0 Penutup Menurut Websters Third New International Dictionary, statistik ialah satu sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik. Statistik juga bermaksud satu set teori dan kaedah yang boleh digunakan untuk memahami data. Terdapat dua cara yang boleh digunakan dalam penyataan statistic. Contohnya, statistik merupakan pengukuran perihalan yang dikira daripada sampel dan digunakan untuk membuat penerangan terhadap populasi dan penggunaan ini akan dibincangkan selepas itu. Kedua, statistik juga digunakan dalam analisis data. Statistik bertujuan untuk merumuskan data yang banyak kepada bentuk yang lain agar mudah difahami, seperti grafik atau angka rumusan. Sepanjang tugasan ini dijalankan, kami telah mengetahui dengan lebih dalam terhadap statistik. Bagi memudahkan tugas untuk pengumpulan data, kami telah mengedarkan borang soal selidik kami kepada siswa guru 4 PISMP IPGKTI dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan Amalan Menulis Novel. Kami juga memahami bahawa memaparkan data kajian kami dalam bentuk graf dan carta adalah lebih senang difahami dan dianalisiskan. Hal ini adalah kerana setiap data kajian telah disusun dengan teratur dan tidak akan berlaku sebarang kekeliruan semasa membuat analisis kajian. Selain itu, kami juga dapat mengaplikasikan kemahiran pengiraan secara statistik melalui data kajian kami. Ini dapat dilihat apabila kami dikehendaki untuk mencari nilai dan mengira nilai median, mod, varian, min dan sisihan piawaian dengan graf atau carta yang kami hasilkan. Dengan ini, kami mampu membuat kesimpulan bagi setiap graf dan carta yang telah kami hasilkan dan memberikan penjelasan tentang kemungkinan-kemungkinan yang releven terhadap data kajian kami. Oleh itu, kami telah mendapati bahawa minat siswa guru IPGKTI terhadap menulis novel masih tidak meriah dan mereka memerlukan dorongan, bimbingan serta masa yang mencukupi bagi menghasilkan sebuah novel yang berkualiti dan bermutu tinggi. Justeru, semua pihak perlulah memberi kerjasama dalam memupuk amalan menulis novel dalam kalangan siswa guru IPGKTI.

Anda mungkin juga menyukai