Anda di halaman 1dari 9

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Bab ini memberi tumpuan terhadap metodologi kajian dengan membincangkan aspek-aspek
berikut :
i. Reka Bentuk Kajian.
ii. Populasi / Sampel Kajian.
iii. Instrumen kajian.
iv. Cara Pengumpulan Data.
v. Cara Analisis Data

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan ujian penulisan
karangan sebagai instrumen utama. Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan set borang
soal selidik dan borang profil responden serta temuduga tanpa standard untuk memperoleh
data sebagai tambahan dari ujian penulisan. Borang soal selidik dan borang profil responden
diedar kepada responden yang terlibat. Begitu juga dengan temuduga tanpa standard telah
dijalankan ke atas guru bahasa Melayu yang mengajar dalam kelas berkenaan. Semua
instrumen yang berkaitan telah dilengkap dan dikembalikan kepada penyelidik. Para
responden telah dimaklumkan awal tentang kajian dan ujian penulisan supaya mereka dapat
membuat persediaan. Ini adalah kerana jawapan-jawapan yang diberikan merupakan persepsi
sebenar responen dan merupakan data penting untuk dianalisis.

3.3 Populasi / Sampel Kajian

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bengoh, Padawan. Pemilihan


sampel berdasarkan kepada kumpulan sasaran di kelas tahun enam. Melalui persampelan ini,
sebuah kelas telah dijadikan sebagai sampel kajian. Sebanyak dua belas orang murid yang
berumur dua belas tahun telah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini juga telah melibatkan
seorang orang guru yang mengajar bahasa Melayu di kelas-kelas tersebut. Sila rujuk jadual di
bawah.

Jumlah
Jantina Kelas Tahun 6 Jumlah
Bil
Keseluruhan
1 Murid Lelaki 4
Murid
2 8 12
Perempuan
Jumlah 12
Jadual 3.3.1 : Jumlah Responden Mengikut Jantina

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang telah digunakan adalah ujian penulisan, soal selidik dan borang
profil responden serta temuduga tanpa standard (secara verbal). Ujian penulisan, soal selidik
dan borang profil responden tersebut dijawab oleh responden yang terdiri daripada dua belas
orang murid yang telah disemak, dinilai dan dianalisis. Borang profil responden digunakan
bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi responden. Temuduga dijalankan bagi
mendapatkan pandangan guru yang mengajar bahasa Melayu di kelas terlibat berkenaan
dengan penggunaan i-think dalam meningkatkan pencapaian murid dalam penulisan.

Ujian penulisan karangan dan item-item soal selidik serta borang profil responden
yang digunakan telah dibina oleh penyelidik sendiri berdasarkan tinjauan literatur. Manakala
bagi temuduga dibuat secara tidak formal dan verbal sahaja. Maklumat daripada borang profil
responden digunakan untuk menyokong data daripada soal selidik selain untuk mendapatkan
maklumat tambahan.

3.4.1 Jadual Pelaksanaan


Jadual 3.4.1 : Perancangan Kajian Yang Telah Dilaksanakan
Mei Ogos September Oktobe November
Aktiviti
2015 2015 2015 r 2015 2015
Menulis cadangan kajian x
Membina dan menguji alat kajian x
Mendapatkan kebenaran
x
menjalankan kajian di sekolah.
Membuat ujian penulisan soal
selidik, temuramah dan mengutip x x x
data
Analisis data xx
Menulis dan menghantar laporan xx x

3.5 Cara Pengumpulan Data

3.5.1 Ujian Karangan

Soalan ujian karangan telah dijawab oleh dua belas orang responden di sekolah
tempat kajian dilakukan. Responden (murid-murid) telah menjawab soalan karangan yang
diberi iaitu dalam masa 40 minit. Kertas ujian tersebut telah diperiksa oleh pengkaji dan
dibantu oleh guru yang mengajar bahasa Melayu di kelas terbabit. Semua markah telah
dikumpul berserta dengan semua kesilapan yang dilakukan murid ketika menulis karangan
untuk dianalisis.
Ujian yang kedua selepas program i-think dilaksanakan akan di adakan selepas
sebulan daripada tarikh ujian yang pertama. Ini untuk membezakan peningkatan pencapaian
murid dalam menggunakan i-think untuk menjawab soalan penulisan. Ujian yang kedua ini
juga menggunakan soalan yang sama.
Soalan ujian karangan bahasa Melayu (penulisan) yang telah digunakan sebagai alat
ukur untuk mengesan kelemahan dalam kemahiran menulis karangan adalah seperti di dalam
jadual bawah:

Arahan : Tulis sebuah karangan berdasarkan tajuk di bawah yang panjangnya


tidak kurang daripada 80 patah perkataan.
1. Pada cuti akhir tahun, anda telah balik ke kampung untuk menghadiri
majlis perkahwinan adik bongsu ayah anda. Ceritakan suasana di majlis
perkahwinan itu.
ATAU

2. Kamu telah menghilangkan sebuah buku cerita yang dipinjam dari


perpustakaan. Tulis sepucuk surat kepada guru perpustakaan untuk
meminta maaf. Sediakan surat itu selengkapnya.

ATAU

3. Sebagai seorang murid, anda perlu menghormati guru. Tulis karangan tentang
cara-cara menghormati guru.

Jadual 3.5.1 : Soalan Ujian Karangan Bahasa Melayu

3.5.2 Soal Selidik

Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan,
perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan
untuk populasi yang besar. Sekiranya kaedah persampelan digunakan untuk mengkaji
populasi, soal selidik dapat mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang hendak diukur
daripada saiz sampel yang banyak. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerak balas subjek terhadap rangsangan soalan yang diberi.

Tujuan soal selidik ini adalah untuk meninjau persepsi murid terhadap pengajaran-
pembelajaran kemahiran menulis karangan dan amalan yang dipraktikkan oleh guru bagi
tujuan untuk mempertingkatkan kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid. Semua
soal selidik telah dilengkapisi oleh duabelas orang responden. Borang ini juga telah disemak
dan dianalisis.
Soal selidik ini bertajuk ‘Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis Karangan’ dan hanya mengandungi 19 item sahaja. Soal selidik ini tidak
ada jawapan betul dan hanya memerlukan kejujuran responden untuk menjawabnya.

3.5.3 Borang Profil Responden

Borang profil responden yang diedar telah diisi oleh ibubapa atau penjaga responden.
Maklumat ringkas peribadi dan keluarga responden amat diperlukan untuk tujuan meninjau
latar belakang keluarga responden terutamanya dari sudut sosio ekonomi dan pendidikan.

Borang ini mengandungi tiga bahagian iaitu :


a. Bahagian 1 : Butir Murid (Responden)
i. Nama
ii. Jantina
iii. Kaum
iv. Alamat

b. Bahagian 2 : Butir Bapa / Penjaga


i. Nama
ii. Nombor Kad Pengenalan Terkini Bapa / Penjaga
iii. Pekerjaan Bapa / Penjaga
iv. Pendapatan Bapa / Penjaga (sebulan)

c. Bahagian 3 : Butir Ibu / Penjaga


i. Nama
ii. Nombor Kad Pengenalan Terkini Ibu / Penjaga
iii. Pekerjaan Ibu/ Penjaga
iv. Pendapatan Ibu / Penjaga (sebulan)

3.5.4 Temuduga Tanpa-Berstruktur Atau Temuduga Tanpa Standard Terhadap


Guru-Guru
Temuduga ini dijalankan secara verbal dan terbuka bertujuan untuk mendapatkan
pandangan guru-guru yang mengajar di kelas terlibat. Secara spesifik, tujuan temuduga ini
adalah untuk mengutip maklumat tentang kelemahan murid-murid menguasai kemahiran
menulis karangan.

3.6 Cara Analisis Data

Untuk menganalisis data, cara yang digunakan adalah seperti berikut :

3.6.1 Ujian Karangan (Jadual 3.6.1)

Data daripada keputusan ujian karangan telah dianalisis dengan pengiraan kekerapan dan
peratusan melakukan kesalahan daripada aspek :
a. kelemahan memilih tajuk;
b. kekurangan isi;
c. pembahagian perenggan;
d. tidak merangka karangan;
e. kesalahan tatabahasa,
f. kesuntukan masa;
g. kesalahan-kesalahan lain.

Hasil daripada analisis kandungan akan digunakan untuk mendalami data daripada
soalan ujian karangan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik diskriptif iaitu
kekerapan dan peratusan seperti jadual di bawah.

Jadual 3.6.1 : Kelemahan Responden Menulis Karangan Mengikut Pembolehubah


Pembolehubah Kekerapan Peratus
Kelemahan memilih tajuk
Isi Cukup
Kurang
Pembahagian peranggan Ada
Tiada
Tidak merangka karangan Ada
Tiada
Kesalahan Tatabahasa Perkataan berulang
Salah menggunakan
perkataan
Kata Ganti nama
Penjodoh bilangan
Struktur ayat
Tanda baca
Imbuhan
Kesuntukan masa
Kesalahan lain
Tidak mengikut jumlah Cukup
perkataan yang ditetapkan Kurang

Tidak dapat mengenalpasti Betul


format yang diperlukan Salah
Menggunakan bahasa dialek
daerah (bahasa ibunda)

3.6.2 Item Soal Selidik (Jadual 3.6.2)


Jadual 3.6.2 : Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis Karangan

1 = Sangat Setuju 2 = Setuju 3 = Kurang Setuju


4 = Tidak Setuju 5 = Sangat Tidak Setuju

Bil Item 1 2 3 4 5
1 Semua jenis karangan perlu diajar dan
diterangkan secara mendalam.
2 Karangan jenis berformat dan tidak berformat
perlu diterangkan dengan terperinci.
3 Latihan menulis karangan perlu
diperbanyakkan.
4 Pembahagian masa yang betul dalam
menghasilkan karangan amat penting.
5 Membuat rangka karangan sebelum menulis
amat penting.
6 Isi karangan hendaklah mengikut kehendak
sesuatu soalan.
7 Menyemak semula karangan yang ditulis dan
membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.
8 Memilih dan memahami tajuk atau kehendak
sesuatu soalan sebelum menulis karangan adalah
perkara paling penting .
9 Tiap-tiap perenggan tidak semestinya sama
panjangnya
10 Semua isi penting perlu disenaraikan dengan
ringkas, disusun mengikut urutan dan keutamaan
agar pengulangan isi utama tidak berlaku.
11 Membaca bahan bacaan tambahan berfaedah
seperti akhbar, majalah dan buku cerita yang
bersesuaian dapat menambahkan kosa kata.
12 Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti
penjelasan atau keterangan lanjut serta
contohnya.
13 Membaca dan menyemak semula penulisan yang
telah ditanda oleh guru amat perlu.
14 Menggunakan bahasa Melayu ketika berbual
dengan rakan-rakan atau guru-guru perlu
diamalkan.
15 Aktiviti dijalankan perlu bersesuaian dengan
kebolehan individu.
16 Penggunaan alatan visual ketika mengajar
karangan dapat meningkatkan motivasi.
17 Penutup hendaklah ringkas yang menunjukkan
rumusan atau kesimpulan karangan.
18 Meneliti pengajaran guru berdasarkan
pengolahan karangan yang tepat dan kemas.
19 Sentiasa merujuk kepada kamus untuk
mengetahui erti perkataan atau kosa kata baharu
bagi penulisan.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik diskriptif iaitu kekerapan, peratusan,
min dan sisihan piawaian seperti jadual di bawah.

Jadual 3.6.3 : Peratus Kekerapan, Min Dan Sisihan Piawai


Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Kemahiran Menulis Karangan

% Kekerapan Skor Sisihan


Item N Min
Piwaian
SS S KS TS STS
Soalan 1
Hingga
Soalan 19

Anda mungkin juga menyukai