Anda di halaman 1dari 15

Isu Global: Krisis Kewangan Asia Tenggara 1997

1.0 Pengenalan

Menurut Gerbang Kata oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, global memberi maksud
meliputi,mempengaruhi atau mengenali seluruh dunia,sejagat,masalah alam sekitar.Ia juga
membawa maksud merangkumi seluruh kumpulan perkara dan menyeluruh.Isu global pula
bermaksud persoalan lintas budaya dan bangsa yang sedang hangat dibicarakan oleh
masyarakat di dunia. Isu ini bukan sahaja dihadapi oleh satu negara saja, melainkan ia
dihadapi oleh pelbagai negara di belahan dunia.Dengan keadaan dunia yang pesat
membangun,tanpa kita sedari,semakin hari semakin banyak isu global yang berlaku sama
ada melibatkan negara kita mahupun negara luar.

Antara isu global yang kerap kali menitir di bibir masyarakat kita ialah isu krisis kewangan
global yang mana sangat berkait rapat dengan ekonomi sesebuah negara dan hal ini sangat
memberi impak kepada negara yang mengalami krisis tersebut.Hal ini demikian
kerana,pasang surut ekonomi sesebuah negara amatlah memberi kesan kepada kemajuan
dan pembangunan negara tersebut.Sesebuah negara sudah pasti mampu membangun
dengan pesat dan maju jika ekonomi negaranya ibarat cendawan tumbuh selepas
hujan.Umumnya,kejatuhan sesebuah negara juga boleh berlaku jika ekonominya merudum
ataupun kurang stabil.

Terdapat banyak isu krisis kewangan yang berlaku di dunia sekeliling kita lebih-lebih lagi
pada era globalisasi ini yang mana masing-masing sibuk berlumba-lumba untuk mengejar dan
mengumpul kekayaan demi memastikan kestabilan ekonomi negara mereka.Antara contoh
krisis kewangnan yang berlaku ialah Krisis Kewangan Asia yang bermula pada Julai 1997 di
Thailand yang mana ia mempengaruhi mata wang,bursa saham dan harga aset yang lain di
beberapa negara Asia.Krisis ini juga turut disebut sebagai Krisis Mata Wang Asia.Secara
kasarnya,Indonesia,Korea Selatan dan Thailand merupakan negara yang paling banyak
terjejas akibat daripada krisis tersebut.Hong Kong,Malaysia dan Filipina turut merasa
tempiasnya.Manakala, bagi China,Taiwan dan Singapura hampir tidak terkesan.Bagi negara
Jepun pula,negara tersebut tidak banyak terjejas tetapi Jepun mengalami kesulitan ekonomi
jangka masa panjang.Tetapi penulisan saya akan lebih memfokuskan negara Malaysia dan
beberapa buah negara yang lain seperti Thailand dan Indonesia.
Antara negara yang terlibat dengan krisis kewangan Asia

2.0 Krisis Kewangan di Thailand

Dari 1895 hingga 1997, ekonomi Thailand mengalami pertumbuhan dengan purata 9%
setahun.Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997,mata wang baht mengalami serangan spekulasi
besar.Pada 30 Jun, Perdana Menteri Thailand Chavalit Yonchaiyudh mengatakan bahawa
beliau tidak akan menurunkan nilai bath tetapi akhirnya beliau terpaksa menurunkan nilai bath
pada 2 Julai.Pada 1996, Hedge Fund Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thailand
dan menyebabkan nilai bath jatuh menjunam dan hilang setengah harganya.Bursa saham
Thailand jatuh 75% pada 1997.Finance One,perusahaan kewangan Thailand yang terbesar
menjadi muflis.Penurunan mata wang bath berlaku dalam tempoh masa yang agak lama
sehingga menyebabkan kebimbangan negara-negara sekitarnya.Penurunan nilai mata wang
bath telah memberikan kesan kepada nilai mata wang negara lain termasuk won bagi Korea
Selatan, dollar bagi Singapura dan Hong Kong,ringgit bag Malaysia,peso bagi Filipina dan
rupiah bagi Indonesia.

Untuk mengatasi krisis kewangan tersebut,Thailand telah berusaha untuk memulihkan


keyakinan pelabur-pelabur asing dengan harapan pelabur asing akan membawa kembali
modal mereka ke Thailand.Perdana Menteri pada masa itu Chuan Leekpai telah meminta
bantuan daripada Internatioal Monetary Fund (IMF). Disebabkan oleh dana daripada IMF
masih tidak mampu menampung beban krisis kewangan maka bantuan kewangan daripada
Jepun, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan beberapa bank negara jiran turut
disalurkan kepada Thailand.Jumlah bantuan yang diterima oleh Thailand daripada pelbagai
pihak tersebut mencapai US$ 17.2 billion.Tetapi malangnya,dana tersebut masih lagi tidak
mampu untuk meninggikan semula nilai mata wang baht.Daripada kajian yang telah
dijalankan, ada kemungkinan bahawa kegagalan tersebut mungkin berpunca daripada
adanya pesimisme dalam kalangan pasaran domestik Thailand yang mempersoalkan
kredibliti IMF dalam usaha untuk menstabilkan kembali ekonomi.

Mata wang bath Thailand

Di samping itu,Thailand turut melakukan pembaharuan dalam sistem kewangannya.


Pembaharuan ini telah dilaksanakan oleh Chuan Leekpai. Antara pembaharuan yang
dilakukan ialah pengurusan semua aset daripada 56 syarikat kewangan yang ditutup dari 31
Disember 1998 melalui Agensi Penyusunan Kewangan (FRA) dan Perbadanan Pengurusan
Perbadanan Aset (AMC). Syarikat-syarikat kewangan ini akan meningkatkan kembali
permodalan bank sehingga mencapai jumlah minimum yang telah ditetapkan dengan
peraturan yang ketat dan meminda undang-undang muflis. Kerajaan juga memberi jaminan
bahawa mereka tidak akan menutup syarikat kewangan yang lain.

Seterusnya,kerajaan Thailand turut mengenakan kawalan perdagangan mata wang bath


melalui sistem mekanisme sistem dua tingkat.Dasar ini akan dapat mengekalkan kestabilan
kadar pertukaran kepada tahap yang lebih rendah.Hal ini akan menyebabkan industri-industri
dapat beroperasi seperti biasa.Dasar ini juga akan dapat mengekalkan rizab pertukaran asing
negara.

Antara lain, kerajaan Thailand juga telah membuat dasar untuk meningkatkan
pengeluaran dan kos eksport. Dasar ini dilaksanakan untuk membangunkan projek-projek
pelaburan intensif buruh yang dibiayai oleh pinjaman Bank Dunia dan Miyazawa Iniatiative,
Jepun. Dasar ini diharapkan dapat meningkatkan daya beli masyarakat dan merangsang
kegiatan penghasilan produk. Dasar kerajaan ini termasuklah (Pakej 30 Mac 1999) yang
mengandungi program pembiayaan sehingga 53 bilion baht, pengurangan cukai sebanyak
54.7 bilion baht setahun, dan pengurangan harga tenaga kerja sebanyak 23.8 bilion baht
setahun.

Akhirnya,ekonomi Thailand beransur-ansur pulih. Perkara ini boleh dilihat daripada


indikator-indikator ekonomi pada pertengahan 1999. Misalnya, mata wang Bath mulai stabil,
nilai indeks harga saham SET hampir meningkat dua kali ganda, rizab pertukaran asing
mengalami peningkatan dengan pesat, hutang luar negara menurun, dan kadar inflasi turut
mengalami penurunan

3.0 Krisis Kewangan di Indonesia

Pada Jun 1997, Indonesia tidak begitu menerima impak krisis kewangan yang berlaku di
Asia.Tidak seperti di Thailand, Indonesia memiliki infalsi yang rendah, lebihan dagangan
sehingga 900 juta dolar, persediaaan mata wang luar yang besar yang lebih daripada 20
bilion dolar dan sektor perbankan yang baik. Menurut catatan Bank Dunia, angka kemiskinan
di Indonesia menurun dari tahun ke tahun, hingga mencapai 11% dari jumlah penduduk pada
masa itu.Boleh dikatakan sebelum krisis kewangan berlaku, ekonomi dan politik Indonesia
berada dalam keadaan yang sangat stabil.Tetapi malangnya, banyak syarikat di Indonesia
membuat pinjaman menggunakan dollar Amerika Syarikat. Pada tahun seterusnya, apabila
nilai mata wang rupiah menjadi lebih kukuh daripada dolar dan pengusaha-pengusaha juga
telah bekerja dengan baik untuk syarikat mereka, akhirnya hutang mereka telah berjaya
dikurangkan apabila nilai mata wang tempatan mereka mengalami kenaikan.

Pada Julai pula,apabila Thailand telah menurunkan nilai bath, pihak kewangan
Indonesia telah meluaskan jalur perdagangan dari 8% ke 12%. Tetapi malangnya, mata wang
rupiah mula jatuh pada Ogos. Pada 14 Ogos 1997, pertukaran floating teratur ditukar kepada
pertukaran floating bebas.Tetapi nilai rupiah semakin jatuh. IMF datang menghulurkan
bantuan berjumlah 23 bilion dolar, tetapi bertambah malang apabila nilai mata wang rupiah
bahkan semain jatuh disebabkan oleh hutang-hutang syarikat perusahaan,penjualan mata
wang rupiah dan permintaan dolar yang tinggi. IMF telah mengemukakan beberapa syarat
termasuklah pemansuhan perdagangan dan monopoli industri Di samping itu, IMF turut
meminta kerajaan menghapuskan subsidi bagi komoditi tertentu.Akibat daripda kejadian
itu,16 bank nasional telah ditutup yang telah menyebabkan kebimbangan para penduduk
tempatan untuk mengambil simpanan mereka di bank.Bank negara tersebut akhirnya tidak
mampu untuk membayar hutang dengan menggunakan aset yang mereka ada.Indonesia
telah menyalahkan IMF dengan mengatakan bahawa IMF telah melakukan kesalahan dalam
menganalisis punca krisis kewangan yang berlaku sehingga mereka gagal menangani krisis
tersebut.Hal ini menyebabkan hubungan Indonesia dan IMF menjadi renggang.Keadaan
menjadi lebih parah apabila kerajaan Indonesia ingin melaksanakan sistem tukaran mata
wang asing tetap atau dengan kata lain menaikkan rupiah kepada dolar AS.

Mata wang rupiah Indonesia


Selain itu, data menyatakan bahawa 260 syarikat yang tersenarai di Bursa Saham
Jakarta (yang kini dikenali sebagai Bursa Saham Indonesia) menjadi bankrap. Oleh itu, hutang
Indonesia naik dari AS $ 83 bilion pada 1994 kepada US $ 136 bilion. Sementara itu, dalam
tempoh tiga bulan sejak Mac 1997, rizab tukaran asing kerajaan menyusut dari AS $ 20 bilion
kepada US $ 16.3 bilion .Rupiah dan Bursa Saham Jakarta jatuh pada titik terendah pada
September 1997.Moodys Corporation iaitu syarikat yang menyediakan perkhidmatan analisis
kewangan kepada agensi kerajaan dan entiti perniagaan menurunkan hutang jangka panjang
Indonesia menjadi junk bond iaitu keselamatan yang mempunyai risiko yang tinggi.
Krisis ini semakin menjadi-jadi pada November 1997 akibat kesan daripada penurunan
nilai mata wang domestik iaitu rupiah Syarikat-syarikat yang meminjam wang dalam bentuk
dolar terpaksa menanggung beban hutang yang lebih besar dan banyak disebabkan oleh
penurunan nilai mata wang rupiah. Infalsi mata wang rupiah dan kenaikkan harga bahan
makanan menimbulkan kekacauan di negara tersebut.Pada Februari 1998, Presiden Suharto
telah memecat Gabenor Bank Indonesia tetapi hal itu masih tidak mampu menyelesaikan
masalah negara tersebut.Akhirnya Suharto terpaksa menarik diri pada pertengahan 1998 dan
B.J Habibie menggantikan Suharto.
4.0 Krisis Kewangan di Malaysia

Selepas serangan mata wang di Thailand, pada 8 Julai 1997, Malaysia pula diserang oleh
penyangak mata wang yang membawa kepada jualan menyeluruh di pasaran saham dan
pasaran tukaran wang. Nilai ringgit merosot sebanyak 50% daripada RM 2.50 kepada RM
4.10 bagi setiap dolar.Pada 2 September 1997, Perdana Menteri telah mengadakan kawalan
modal dan menetapkan nilai ringgit pada RM 3.80 bagi setiap dolar Amerika Syarikat. Langkah
ini merupakan langkah yang berisiko dan banyak mendapat kritikan pemimpin dunia.

Walaubagaimanapun, dalam tempoh krisis kewangan yang berlaku ini, keadaan ekonomi
negara Malaysia tidaklah seburuk ekonomi negara-negara jiran kerana kerajaan telah
mengambil langkah menghadkan pinjaman asing dan mengadakan peraturan dan
pengawalan yang ketat ke atas sektor perbankan menyebabkan sektor perbankan negara
tidak terjejas teruk dengan krisis tersebut. Kerajaan Maaysia juga telah menolak bantuan
kewangan daripada IMF untuk mengatasi krisis tersebut. Malaysia merupakan antara negara
yang terpantas yang pulih daripada krisis tersebut tanpa meminta bantuan IMF. Langkah
kawalan modal yang diambil oleh Malaysia akhirnya mendapat pujian daripada IMF dan
pemimpin dunia yang lain.

Di samping langkah tersebut, Kerajaan juga telah menbuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 untuk membuat cadangan konkrit kepada kerajaan bagi
mengekang kemerosotan ekonomi. MTEN kemudiannya telah mengemukakan satu kertas
kerja iaitu Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara yang bertujuan untuk menstabilkan nilai
ringgit, memulihkan keyakinan pasaran, menjaga kestabilan pasaran kawangan,
memperkukuh asas ekonomi, meneruskan agenda ekuiti dan menghidupkan semula sektor
yang terjejas teruk akibat krisis ekonomi . Antara tindakan yang diambil ialah dengan
menubuhkan Syarikat Pengurusan Dana Harta Nasional Bhd, syarikat pengurusan aset
negara, Dana Modal Nasional Bhd. dan Jawatankuasa Penstrukturan Hutang Korporat
(CDRC).Penggabungan bank-bank pula telah berjaya mengukuhkan modal dan
meningkatkan daya saing bank di Malaysia. Kaedah penyelesaian yang diambil oleh Malaysia
bagi mengatasi krisis ekonomi dan mata wang ini telah mendapat pujian banyak pihak. Ia
dianggap sebagai satu langkah penyelesaian yang inovatif, efektif dan pemikiran di luar kotak.
IMF yang pada mulanya ragu-ragu dengan langkah yang diambil oleh Malaysia mula
mengiktiraf langkah tersebut dan menganggapnya sebagai satu kaedah yang perlu dicontohi.
Mata wang ringgit Malaysia Akhbar Singapura

5.0 Impak Terhadap Peluang Pendidikan di Malaysia

Krisis kewangan yang berlaku sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada peluang
pendidikan di negara kita. Antaranya ialah bajet untuk pendidikan negara kita terpaksa
dikurangkan.Hal ini demikian kerana untuk menampung krisis kewangan yang berlaku,
kerajaan terpaksa melakukan penjimatan demi memulihkan semula ekonomi negara
kita.Misalnya, perancangan untuk membina bangunan sekolah-sekolah baharu dan
pemulihan semula bangunan sekolah yang rosak terpaksa ditangguhkan untuk menjimatkan
kos kerajaan.Selain itu, prasarana dan infarstruktur di sekolah-sekolah dan di pusat
pendidikan tinggi yang rosak juga tidak dapat diselenggara dengan baik dan hal ini boleh
menganggu keselesaan para murid dan pelajar untuk belajar.Contohnya, komputer-komputer
yang rosak tidak mampu dibaiki dan akan menyebabkan para pelajar mempunyai masalah
untuk mengakses maklumat secara online.

Di samping itu, kerajaan juga terpaksa mengehadkan pertukaran pelajar ke negara-


negara luar.Perkara ini sangatlah merugikan para pelajar kerana seperti yang kita tahu,para
pelajar boleh berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pandangan dengan para pelajar
antarabangsa dan berkongsi ilmu yang mereka perolehi dengan rakan-rakan mereka yang
lain.Hal ini juga akan menyebabkan perkembangan dan pertukaran ilmu di negara kita
menjadi semakin terbantut sedangkan sesebuah negara memerlukan penduduk dan pelajar
yang mempunyai ilmu pengetahuan yang pelbagai untuk menyumbang ke arah kemajuan
sesebuah negara tersebut.

Antara lain, para cerdik pandai negara kita juga tidak dapat berbincang bersama dengan
cerdik pandai negara luar.Hal ini dikatakan kerana untuk menghantar para cerdik pandai ke
luar negara, kerajaan memerlukan wang yang agak besar untuk menampung perbelanjaan
mereka.Oleh itu, untuk menjimatkan perbelanjaan negara yang sedang mengalami krisis,
kerajaan terpaksa berkira-kira untuk menghantar cendiakawan negara kita untuk pertemuan
dengan cendekiawan di negara luar dan menggunakan wang tersebut untuk perkara yang
lebih penting.Pada pandangan saya, untuk menjimatkan kos, pihak kerajaan boleh memanggil
para cerdik pandai negara luar ke negara kita untuk berkongsi ilmu bersama para cerdik
pandai negara kita.

6.0 Kesimpulan

Krisis kewangan Asia yang turut melibatkan negara kita telah banyak memberi kesan
kepada rakyat dan penduduk di negara kita terutamanya kesan dalam bidang pendidikan.Oleh
itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa mendokong negara tercinta, mestilah sentiasa
peka dengan keadaan negara kita dan memberikan sokongan sepenuhnya terhadap setiap
tindakan yang diambil oleh kerajaan. Hal ini demikian kerana setiap keputusan yang diambil
oleh kerajaan sudah pasti mempunyai kebaikan untuk jangka masa yang panjang.Kita juga
mestilah mengambil iktibar di atas krisis kewangan yang pernah berlaku di negara kita kerana
jika peristiwa ini kembali berulang setidak-tidaknya kita mempunyai persediaan dan bersedia
melakukan tindakan pantas untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.
7.0 Lampiran

Krisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah Penyelesaian Oleh: ABDUL
AZIZ AWANG

Pada pertengahan tahun 1997 berlaku pula krisis kewangan Asia yangbermula di Thailand
dan merebak ke hampir semua negara ASEAN termasukMalaysia, Indonesia, Jepun dan
Republik Korea. Semasa krisis memuncak,semua negara yang dilanda krisis mengalami
kejatuhan nilai matawang, nilaipasaran saham dan kejatuhan nilai aset. Selepas serangan
matawang di Thailand, pada 8 Julai 1997, Malaysia pula diserang oleh penyangak matawang
yang membawa kepada jualan menyeluruh di pasaran saham danpasaran tukaran wang.
Indeks KLSE menjunam dari 1,200 mata kepada paras di bawah 600 mata, nilai ringgit
merosot sebanyak 50% daripadaRM2.50 kepada RM4.10 bagi setiap dollar. Perdana Menteri
pada 2 September, 1998 mengambil keputusan mengadakan kawalan modal danmenetapkan
nilai ringgit pada RM3.80 bagi setiap dollar Amerika Syarikat. Ini merupakan satu langkah
yang berisiko dan menerima kritikan dari pemimpin-pemimpin dunia.

Walau apa pun, dalam tempoh krisis 1997-1998, keadaan ekonomi Malaysia tidaklah
seburuk ekonomi negara-negara jiran kerana Kerajaan telah mengambil langkah
menghadkan pinjaman asing dan mengadakan peraturan dan pengawalan yang ketat ke atas
sektor perbankan menyebabkan sektor perbankan negara tidak terjejas teruk dengan krisis
tersebut. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memerlukan bantuan IMF bagi mengatasi krisis
tersebut. Di kalangan negara yang dilanda krisis, Malaysia merupakan negara yang terpantas
pulih daripada krisis tanpa bantuan IMF. Langkah kawalan modal yang diambil oleh Malaysia
akhirnya menerima pujian MF dan pemimpin dunia.

Di samping langkah tersebut, Kerajaan juga telah menubuhkan MajlisTindakan Ekonomi


Negara (MTEN) pada 7 Januari, 1998 untuk membuatcadangan konkrit kepada Kerajaan bagi
mengekang kemerosotan ekonomi.MTEN kemudiannya telah menyediakan satu kertas kerja
iaitu RancanganPemulihan Ekonomi Negara bertujuan menstabilkan ringgit,
memulihkankeyakinan pasaran, menjaga kestabilan pasaran kewangan,memperkukuhkan
asas ekonomi, meneruskan agenda ekuiti dan menghidupakan semula sektor yang terjejas
teruk akibat krisis ekonomi. Diantara tindakan yang ialah penubuhan Syarikat Pengurusan
Dana hartaNasional Bhd. (Danaharta), syarikat pengurusan aset negara, DanamodalNasional
Bhd.(Danamodal) dan Jawatankuasa Penstruktruran HutangKorporat (CDRC). Peranan
Danaharta dan Danamodal telah membantumeningkatkan kecairan dalam sistem perbankan.
Penggabungan bank-bankpula telah berjaya mengukuhkan modal dan meningkatkan daya
saing bank di Malaysia. Kaedah penyelesaian yang di ambil oleh Malaysia bagi
mengatasikrisis ekonomi dan mata wang pada tahun 1998 telah mendapat pujian
banyakpihak. Ia dianggap sebagai suatu langkah penyelesaian yang inovatif, efektif dan
pemikiran di luar kotak. IMF yang pada mulanya sangsi ke atas langkah yang diambil oleh
Malaysia kemudiannya telah mengiktiraf langkah tersebutdan menggangapnya sebagai suatu
kaedah yang perlu dicontohi.

Sumber:
https://www.academia.edu/4439576/Krisis_Ekonomi_Malaysia_Punca_Implikasi_dan_Langk
ah_Penyelesaian_Oleh_ABDUL_AZIZ_AWANG

Mengenang Kembali Krisis Ekonomi Asia 1997-1998

Bermacam pemikiran mengemuka mengenai penyebab munculnya krisis yang terjadi


kala itu. Salah satu yang sering disebut adalah adanya ulah spekulan, khususnya menunjuk
kepada George Soros, yang bermain di pasar finansial Asia. George Soros sendiri merupakan
seorang multi jutawan, investor, sekaligus pendiri perusahaan dibidang keuangan bernama
Soros Fund Management LLC (www.georgesoros.com).

Selanjutnya, jika dilihat dari kronologi waktunya, penelitian menunjukkan bahwa krisis
ekonomi Asia dimulai dari terdepresiasinya nilai mata uang baht Thailand pada pertengahan
1997. Penurunan bahtterjadi dalam rentang periode yang cukup lama. Hal ini lantas memicu
kekhawatiran negara-negara satu kawasan, dan memang terbukti bahwa
depresiasi bath turut menyeret nilai mata uang lain, termasuk won Korea
Selatan, dollar Singapura, dollar Hongkong, ringgit Malaysia, peso Philipina, dan rupiah
Indonesia. Dua negara terdampak paling besar adalah Malaysia dan Indonesia. Oleh
karenanya, fokus tulisan ini akan tertuju ke Thailand, Malaysia, dan Indonesia.

Thailand mengalami krisis pertama kali di pertengahan 1997. Pemerintah setempat


mengklaim bahwa terpuruknya kondisi moneter diakibatkan oleh ulah spekulan yang bermain
di pasar keuangan di kawasan Asia Tenggara. Tidak lama setelah itu, pemerintah Thailand
meminta bantuan kepada the International Monetary Fund (IMF). Karena dana IMF tidak
mencukupi untuk penanggulangan krisis, maka bantuan juga diberikan oleh Jepang, Bank
Dunia (the World Bank), Bank Pembangunan Asia (the Asian Development Bank), dan
beberapa negara tetangga

Total bantuan yang diterima Thailand dari berbagai pihak tersebut mencapai US$ 17.2
milliar. Sayangnya, gelontoran dana bantuan sebesar itu tidak mampu mengangkat mata
uang baht. Dari studi-studi yang ada, diduga kegagalan itu disebabkan adanya pesimisme
dari kalangan pelaku pasar dalam negeri terhadap program IMF. Dengan kata lain, pasar
domestik Thailand mempertanyakan kredibilitas IMF dalam upaya membangkitkan stabilitas
perekonomian negara (Takatoshi, Ito, Asian Currency Crisis and the International Monetary
Fund, 10 Years Later: Overview, Asian Economic Policy Review, 2007).

Disisi lain, Malaysia juga mengalami dampak krisis yang cukup parah, ditandai dengan
menurunnya mata uang ringgit dari RM 2.4/US$ menjadi RM 4.9/US$ atau mengalami
depresiasi lebih dari 100% pada 1997. Penurunan ringgit diikuti pula dengan anjloknya nilai
investasi senilai RM 22 milliar.

Namun demikian, belajar dari apa yang menimpa Thailand, pemerintah Malaysia tidak
mengajukan pinjaman kepada IMF, melainkan hanya meminta pendapat dan konsultasi atas
langkah-langkah penyelesaian krisis. Dikemudian hari, melalui program the National
Economic Recovery Plan, pemerintah Malaysia berusaha keras menjaga stabilitas keuangan
nasional, mengembalikan kepercayaan pasar, serta melakukan restrukturisasi atas utang
korporasi.

Selain itu, untuk meningkatkan geliat perekonomian disektor riil, otoritas moneter
setempat menurunkan suku bunga secara bertahap serta melakukan pelonggaran kebijakan
moneter yang dimulai pada pertengahan 1998 hingga 1999. Pemerintah Malaysia juga
memberlakukan stimulus fiskal. Dengan upaya-upaya tersebut, Malaysia mulai bangkit dan
secara bertahap keluar dari krisis ( Hui Lim and Khoon Goh, How Malaysia Weathered The
Financial Crisis: Policies and Possible Lessons, 2002).

Akan halnya di Indonesia, sebelum terjadi krisis di pertengahan 1997, Indonesia


mencatatkan pertumbuhan ekonomi rata-rata 7% per tahun. Menurut catatan Bank Dunia,
angka kemiskinan di Indonesia menurun dari tahun ke tahun, hingga mencapai 11% dari total
penduduk saat itu atau sekitar 11 juta jiwa (Weber, E.J, The IMF and Indonesia: Two Equal
Partners, 1998).

Disamping itu, Program Keluarga Berencana juga dinyatakan berhasil mengurangi


angka kematian bayi, dari sebelumnya 118 kematian per 1,000 kelahiran, menjadi hanya 52
kasus. Keberhasilan pembangunan juga ditandai dengan peningkatan usia harapan hidup dari
yang semula dikisaran 48 tahun menjadi 64 tahun.
Intinya, sebelum krisis terjadi, Indonesia berada dalam kondisi stabil secara ekonomi
dan politik (Sebagai catatan: dikemudian hari, stabilitas ekonomi dan politik dibawah
pemerintahan saat itu menjadi perdebatan tersendiri, terutama bila dikaitkan dengan isu
korupsi-kolusi-nepotisme (KKN), kebebasan berserikat dan berpendapat, serta penggunaan
perangkat militer untuk menekan masyarakat sipil).

Tidak lama setelah depresiasi menimpa baht Thailand, mata uang rupiah ikut
tersungkur dalam. Tercatat diawal tahun 1997 nilai rupiah stabil dikisaran Rp 2,000-2,300/US$
lalu menukik tajam hingga lebih dari Rp 10,000/US$ dalam waktu satu tahun. Dari situ
diketahui pula bahwa ternyata utang korporasi swasta di Indonesia mencapai US$ 75 milliar.
Selain itu, sistem perbankan nasional Indonesia juga dinyatakan gagal karena banyak
diintervensi oleh kepentingan politik.

Setelah gagal menangani krisis melalui penerapan kebijakan mata uang mengambang
(floating rate), yang menyebabkan nilai tukar rupiah justru semakin anjlok, Indonesia meminta
bantuan IMF senilai tak kurang dari US$ 23 milliar; dan seperti yang pernah kita bahas pada
topik mengenai the International Monetary Fund, dalam memberikan bantuan, IMF
menerapkan syarat-syarat tertentu, diantaranya penghapusan monopoli perdagangan dan
industri (Perlu diketahui bahwa beberapa korporasi besar di Indonesia pada saat itu dikuasai
oleh orang-orang yang dekat dengan pemerintah). Selain itu IMF meminta penghapusan
subsidi pemerintah terhadap beberapa jenis komoditas.

Hal ini kemudian ditindaklanjuti dengan penutupan 16 bank nasional, yang kemudian
justru menimbulkan terjadinya rush atau kepanikan nasabah sehingga mengambil simpanan
mereka pada bank. Akibatnya bisa ditebak, perbankan nasional mengalami kekurangan
likuiditas.

Lebih lanjut, data menyebutkan bahwa 260 perusahan yang terdaftar di Bursa Efek
Jakarta (saat ini bernama Bursa Efek Indonesia) mengalami kebangkrutan. Lantas, utang luar
negeri Indonesia membengkak dari US$ 83 milliar di 1994 menjadi US$ 136 milliar.
Sementara itu, dalam kurun tiga bulan semenjak Maret 1997, cadangan devisa pemerintah
menyusut dari US$ 20 milliar menjadi US$ 16.3 milliar (Baker, R, Indonesia In Crisis, Asia-
Pacific Isues, Analysis from the East-West Center No. 36, May 1998).

Atas kegagalan-kegagalan ini, pemerintah Indonesia menyebut bahwa IMF telah salah
mendiagnosa penyebab krisis, sehingga tidak tepat dalam penanganannya. Hal ini kemudian
merenggangkan hubungan antara Indonesia dengan IMF (termasuk Amerika Serikat sebagai
pendonor utama). Hal tersebut semakin diperparah dengan keinginan pemerintah Indonesia
untuk melakukan sistem fixed exchange rate(dollar pegging), atau mematok nilai rupiah
terhadap dollar Amerika Serikat.

Pada akhirnya, kondisi perekonomian menjadi semakin tidak terkendali, sehingga


membuat masyarakat sipil beserta para mahasiswa menuntut tanggungjawab pemerintah,
yang dikemudian hari berujung pada tumbangnya rezim Orde Baru di bawah kepemimpinan
Soeharto.
Sumber:http://www.ajarekonomi.com/2016/04/mengenang-kembali-krisis-ekonomi-
asia.html

Strategi Pemerintahan Thailand Dalam Mengatasi Krisis Thailand Tahun 1997

Untuk mengatasi krisis ekonomi di Thailand, pemerintah Thailand mengeluarkan


berbagai kebijakan. Pertama, berusaha mengembalikan kepercayaan para investor asing.
Diharapkan para investor asing bersedia membawa modalnya masuk kembali ke Thailand.
Dengan memperbaiki kepercayaan investor asing terutama maka masalah krisis likiuditas
dalam cadangan devisa Thailand dapat semakin teratasi. Pemerintah PM Chuan tetap
mempertahankan kerja sama dengan IMF. Pemerintah PM Chuan mendapatkan kesempatan
besar untuk memperbaiki keadaan ekonomi domestik Thailand dari IMF yakni melalui bantuan
bersifat finansial dan teknis. PM Thailand,Chuan, berusaha mendesak AS supaya bisa
memberi bantuan finansial secara terpisah dari bantuan multilateral IMF.

Sikap yang mendukung dari Presiden AS, Bill Clinton, digunakan sebagai jaminan atas
keseriusan Thailand dalam melakasanakan program reformasi ekonomi dari lembaga
keuangan internasional, IMF. Akhirnya, dukungan tersebut akan memperbaiki dan
meningkatkan kepercayaan lembaga-lembaga internasional dan negara-negara lain terhadap
Thailand. Namun sikap PM Chuan yang begitu patuh terhadap program perbaikan ekonomi
IMF melahirkan opini bahwa PM Chuan adalah a good student of the IMF[1]. Opini tersebut
mempunyai arti positif bagi pemerintahan PM Chuan. Karena melakukan pinjaman dari IMF
maka PM Chuan harus menanggung konsekuensi yakni tidak bisa bersikap lain di luar
program ekonomi IMF. Pendirian ini melahirkan reaksi positif yakni meningkatnya
kepercayaan rakyat Thailand terhadap perkembangan ekonomi domestik negara Thailand.

Kedua, mengadakan reformasi finansial atau keuangan. Reformasi finansial dilakukan


oleh pemerintahan PM Chuan. Di antara reformasi keuangan tersebut adalah penyelesaian
semua aset milik ke-56 perusahaan-perusahaan keuangan yang ditutup itu hingga 31
Desember 1998 melalui the Financial Restructuating Agency (FRA) dan the Asset
Management Corporation (AMC), perusahaan-perusahaan keuangan akan direkapitalisasi
pada 1998 seiring dengan peraturan yang ketat, memperbaiki undang-undang kepailitan
(bankruptcy law), dan pemerintah menjamin tidak akan melakukan penutupan terhadap
perusahaan-perusahaan keuangan lain[2].

Ketiga, pemerintahan Thailand, PM Chuan memberlakukan pengontrolan lalu lintas


dan perdagangan bath melalui mekanisme two-tier system. Kebijakan ini diharapkan
mampu menjaga terjadinya stabilitas nilai tukar pada level yang lebih rendah. Hal tesebut
dapat menyebabkan industri dapat kembali beroperasi secara normal dan baik. Misalnya,
ekspor produk agroindustri lebih mampu bersaing serta bahan baku industri dapat diimpor
dengan harga lebih murah. Selain itu, diharapkan adanya kebijakan ini mampu
mempertahankan cadangan devisa negara.

Keempat, pemerintah Thailand membuat kebijakan untuk mendorong biaya produksi


dan ekspor. Pelaksanaan kebijakan ini dilaksanakan dalam rangka untuk mengembangkan
proyek-proyek investasi padat karya yang didanai dari pinjaman Bank Dunia dan Miyazawa
Iniatiative, Jepang. Dari kebijakan ini maka diharapkan adanya peningkatan daya beli rakyat
dan merangsang kegiatan produksi. Kebijakan yang dikeluarkan pemerintah (Paket 30 Maret
1999) itu berisi program pembiayaan sebesar 53 milyar bath, pengurangan pajak sebesar
54,7 milyar bath per tahun, serta pengurangan harga energi sebesar 23,8 milyar bath per
tahun.

Kelima, dalam sektor-sektor industri yang selama ini sangat terbatas bagi penanaman
modal asing akhirnya disetujui oleh Parlemen Thailand di akhir 1998. Contohnya, produsen
mobil asal Jepang mulai memiliki 100% industri mobil. Tetapi sektor-sektor industri tersebut
tidak termasuk bagian sektor ekspor dan jasa turisme.Thailand tidak hanya mengandalkan
sektor industri namun juga sektor pertanian khususnya teknologi pertanian. Sektor teknologi
pertanian ini sudah lama ditinggalkan oleh sebagian besar rakyat Thailand sewaktu
perekonomian sedang mengalami peningkatan yang besar.

Akhirnya, perekonomian Thailand berangsur-angsur pulih. Hal ini bisa dilihat dari
indikator-indikator ekonomi pada pertengahan 1999. Misalanya, mata uang Bath mulai terlihat
stabil, nilai indeks harga saham SET hampir meningkat dua kali lipat, cadangan devisa
mengalami kenaikan pesat, hutang luar negeri turun, dan angka inflasi mengalami penurunan

Sumber: https://zahidiyahela.wordpress.com/2012/11/28/strategi-pemerintah-thailand-
dalam-mengatasi-krisis-thailand-tahun-1997
Bibiliografi

1.Abdul Aziz Awang. (t.t). Krisis Ekonomi Malaysia: Punca, Implikasi dan Langkah
Penyelesaian Oleh:ABDUL AZIZ AWANG. Dicapai pada 28 Ogos 2017 daripada
https://www.academia.edu/4439576/Krisis_Ekonomi_Malaysia_Punca_Implikasi_dan_Langk
ah_Penyelesaian_Oleh_ABDUL_AZIZ_AWANG dw pada 28/8

2. Hasbie Muda (2013). Kejatuhan Mata Wang 1997 (Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad).
Dicapai pada 30 Ogos 2017 daripada https://hasbiemuda.wordpress.com/2013/02/04/
kejatuhan -mata-wang- 1997-memoir-tun-dr-mahathir-mohamad/

3. KRISIS KEWANGAN MALAYSIA: Bagaimana Terjadinya Krisis Kewangan Di Asia Pada


Julai 1997. ( t.t & t.p) .Dicapai pada 31 Ogos 2017 daripada http://pangurusan-islam.tripod.
com/krisiskewanganmalaysia.htm

4. Mengenang Kembali Krisis Ekonomi Asia 1997-1998. ( t.t & t.p). Dicapai pada 28 Ogos
2017 daripada http://www.ajarekonomi.com/2016/04/mengenang-kembali-krisis-ekonomi-
asia.html

5. Penyebab Krisis Di Asia 1997. (t.t & t.p). Dicapai pada 29 Ogos 2017 daripada
http://dellandini.blogspot.my/2016/01/penyebab-krisis-di-asia-1997.html

6. Ringgit Jatuh Teruk, Terburuk Sejak Krisis Kewangan Asia 1997. (t.t & t.p). Dicapai pada
29 Ogos 2017 daripapada http://diytermites.blogspot.my/2015/01/ringgit-jatuh-teruk-
terburuk-sejak.html
7. Rohami Shafie (2017). Mengimbau Krisis Kewangan Asia 1997. Dicapai pada 29 Ogos
2017 daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/mengimbau-krisis-kewangan-asia-
1997-1.501605

8. Zahidiyah Ela Tursina (2012). Strategi Pemerintah Thailand Dalam Mengatasi Krisis
Thailand Tahun 1997. Dicapai pada 1 Sepetember 2017 daripada https://zahidiyahela
.wordpress.com/2012/11/28/strategi-pemerintah-thailand-dalam-mengatasi-krisis- thailand-
tahun-1997/

Anda mungkin juga menyukai