Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA KLINIK ASAS PETANQUE

TAHUN 2015

1.0 PENDAHULUAN
Kokurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Kertas kerja ini dirangka bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru, murid
dan masyarakat setempat tentang asas permainan petanque yang juga merupakan salah satu
daripada permainan yang dipertandingkan dalam karnival sukan dan permainan pendidikan khas
sehingga ke peringkat kebangsaan. Permainan ini juga dilihat semakin popular dalam kalangan
murid sekolah seterusnya masyarakat felda terutamanya. Permainan petanque ini juga di lihat
mampu meningkatkan daya penggunaan motor kasar bagi murid pendidikan khas selain melatih
mengekalkan konsentrasi dan fokus murid di dalam permainan. Bukan sahaja dapat diterapkan
kepada golongan murid pendidikan khas tetapi juga dapat diterapkan terhadap murid di aliran
perdana dan masyarakat luar.

Selain itu, penyertaan guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam dalam
mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Justeru itu
penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak
kerja kokurikulum di sekolah.

2.0 MATLAMAT
2.1 Menjalinkan hubungan koloborasi antara pihak masyarakat setempat dengan warga
sekolah
2.2 Memperkenalkan sukan petanque kepada masyarakat setempat
2.2 Mengembangkan pengetahuan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.
2.3 Guru dapat mendalami dan mengetahui cara permainan petanque dijalankan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menjalinkan koloborasi antara pihak masyarakat setempat dengan warga sekolah melalui
permainan petanque
3.2 Melahirkan guru penasihat atau guru pembimbing permainan yang efisien dan
berpengetahuan
3.3 Melahirkan pelajar yang berdaya saing dan mengetahui kemahiran asas petanque seperti
jenis bola yang sesuai serta cara pengiraan markah permainan ini.
3.4 Murid dapat kemahiran pergerakan motor kasar dengan menggunakan kaedah
permainan.
3.4 Masyarakat dan pihak NGO dapat menjalinkan hubungan mesra bersama murid
pendidikan khas melalui aktiviti sukan petanque.

4.0 CADANGAN TARIKH/ MASA :

Tarikh : 9 Mei 2015

Hari : Sabtu

Tempat : Bilik Aktiviti PPKI SMK Jelai Felda

Padang Petanque PPKI SMK Jelai Felda

5.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum PPKI SMK Jelai Felda

6.0 SASARAN
Guru program Integrasi Pendidikan Khas SMK Jelai Felda
Guru PJK aliran perdana/ guru penasihat kelab petanque
Murid pendidikan khas dan perdana
Persatuan Belia Jelai 2
JKKK Kampung Pasir Besar
Kelab My Alza Owners Club cawangan Gemas
Ibu Bapa
7.0 BILANGAN PESERTA
65 orang

8.0 PENDEKATAN & PENGISIAN

Latihan dan kursus oleh penceramah kepada sasaran yang terlibat

Permainan kecil dalam kumpulan

Penyerahan anak angkat

Pergerakan konvoi bersama murid pendidikan khas

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KUANTITI JUMLAH

1 MINUM PAGI RM 4 X 25 ORANG RM 100.00

2 AIR MINERAL (KOTAK RM 10 X 4 KOTAK RM 40.00


BESAR)

JUMLAH RM 140.00

10. KOS SUMBER

PCG Pendidikan Khas


11.0 JAWATANKUASA KERJA

Penasihat : Dr Nor Shidah Bt Mohd Salleh


(Universiti Kebangsaan Malaysia)

Pengerusi :Pn. Hajah Maizun Bt Jaafar


(Pengetua SMK Jelai Felda)

Naib Pengerusi 1 :Pn. Saniah Bt Mamat


(GPK Pendidikan Khas SMK Jelai Felda)

Naib Pengerusi 2 :En. Khairuddin Bin Abdullah


(GPK Kokurikulum SMK Jelai Felda)

Timb. Pengerusi 3 :Pn Noridah B Abd Samad


(GPK Pentadbiran SMK Jelai Felda)

Timb. Pengerusi 4 :Tn. Syed Nassir B Syed Mohiden


(GPK HEM SMK Jelai Felda)

Pengarah Program: En Abdul Halim Bin Mohd Nasa

Bendahari : Siti Rohayu Bt Che Mansor

AJK Pamplet: Noor Shahrina Bt Zainal Abidin

AJK Jamuan: Haslinatul Erma Bt Chik Aik

AJK Persiapan Tempat Dan Alatan: Mohd Hairi B Sapuan

AJK Hadiah: Masdiana Bt Salim & Rosmawati Bt Sidek

AJK Jemputan: Masdiana Bt Salim

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan melalui program yang akan dijalankan ini mampu membina satu jambatan yang
kukuh antara pihak sekolah, masyarakat dan pihak NGO di kawasan ini. Hubungan yang bakal dibina ini juga
diharap dapat berkekalan sehingga ke akhirnya. Walaupun program ini dijalankan dalam masa sehari, diharap
ianya mampu memberi impak yang besar kepada peserta sasaran nanti.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.. ...........................................
(ABDUL HALIM BIN MOHD NASA) (PN. SANIAH BT MAMAT)
GPK Pendidikan Khas
SMK Jelai Felda
73480, Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Disahkan oleh :

...........................................
(PN. HAJAH MAIZUN BT JAAFAR)
Pengetua
SMK Jelai Felda
73480, Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus

Anda mungkin juga menyukai