Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN MODUL 3

Soalan:
Sebagai pemimpin sekolah, kita hendaklah sentiasa peka serta mencari ruang dan peluang untuk
melakukan penambahbaikan agar prestasi pencapaian murid terus meningkat sama ada daripada segi
kuantiti mahu pun kualiti. Sebarang kelemahan atau kekurangan yang dikenal pasti perlu ditangani
segera melalui tindakan-tindakan penambahbaikan yang kreatif dan inovatif. Tindakan-tindakan
penambahbaikan berkenaan perlu dirancang dengan rapi serta diterima dengan baik oleh semua warga
dalam organisasi.

Arahan kepada peserta:


Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan cadangan penambahbaikan sekolah yang
panjangnya tidak kurang daripada 350 patah perkataan dengan menggunakan font Arial atau Times
New Roman bersaiz 12 dalam bentuk esei. Cadangan penambahbaikan anda
mestilah mengaplikasikan elemen kreativiti dan inovasi dalam proses penyelesaian masalah,
membuat keputusan dan mengurus perubahan. Anda harus menggunakan mana-mana model dan
alat yang telah dipelajari dalam Modul 3: Mengurus Perubahan dan Inovasi.
Panduan penulisan adalah seperti berikut:
1. Pendahuluan
2. Mengenal pasti masalah dan membuat keputusan
3. Pelaksanaan dan mengurus perubahan
4. Rumusan

PENGUMUMAN PENTING:
1. Panduan Pemarkahan:
Markah akan diberi berdasarkan perkara-perkara berikut (wajib ada):

1. Kreativiti dan Inovasi


2. Proses penyelesaian masalah
3. Proses membuat keputusan
4. Proses membuat penambahbaikan
5. Proses mengurus perubahan.

1. Anda diingatkan supaya TIDAK mengambil keseluruhan program/projek yang telah dijalankan di
sekolah tuan/puan (termasuk program sandaran) secara cut & paste atau menghantar kertas kerja
program berkenaan tanpa sebarang modifikasi.
2. Penulisan plagiarisme adalah dilarang sama sekali. Penulisan bagi kedua-dua peniru dan
pemberi tiru akan diberi markah kosong.
3. Anda dibenarkan menghantar SATU sahaja fail dalam bentuk Word atau PDF sebelum tarikh
tutup. Sebarang pindaan jawapan boleh dimuat naik sebelum tarikh akhir penghantaran yang
ditetapkan.
SUBMODUL 5.2 - KOMUNIKASI

Arahan

Sila jawab soalan di bawah dengan dengan mengambil kira keadaan sebenar yang berlaku di tempat
anda bertugas. Jawaban yang diberikan hendaklah tidak melebihi ruangan yang disediakan.

Soalan

Telah timbul pelbagai isu kesan daripada kelemahan berkomunikasi dalam kalangan warga sekolah.
Terdapat juga isu-isu yang jika tidak dikawal boleh memudaratkan sekolah. Sebagai seorang
pengetua/guru besar, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengenal pasti dan menangani isu-
isu yang timbul supaya tidak mengganggu perjalanan sekolah. Dengan menggunakan pengetahuan
dan kemahiran berkomunikasi yang sedia ada dan yang telah dipelajari semasa kursus NPQEL,
bincangkan secara kritis isu tersebut. Jawaban anda hendaklah meliputi aspek-aspek berikut:

i) Pendahuluan

ii) Isu-isu kesan daripada kelemahan berkomunikasi yang dikenal pasti di sekolah.

iii) Pilih salah satu isu dan bincangkan.

- Cara isu tersebut dikenal pasti

- Punca tercetusnya isu tersebut

- Kesan terhadap sekolah sekiranya isu tersebut tidak dikawal

- Langkah-langkah menangani isu tersebut

- Kebaikan kepada sekolah setelah isu tersebut dapat diselesaikan

iv) Kesimpulan

SUBMODUL 5.3 - MENJALIN HUBUNGAN DENGAN PIHAK LUAR

Huraikan enam (6) jenis penglibatan ibubapa menurut model Epstein dan diikuti dengan contoh yang
relevan dan berkaitan dalam menjalin hubungan sekolah dengan ibubapa dan komuniti.

SUBMODUL 5.4 - KERJA SEPASUKAN

Pasukan kerja yang cemerlang merupakan salah satu faktor penting kepada kecemerlangan
organisasi. Huraikan peranan pemimpin sekolah dalam membentuk sebuah pasukan kerja yang
cemerlang.

SUBMODUL 5.5 - PROTOKOL DAN ETIKET

Jelaskan kepentingan pengetahuan dan kemahiran tentang protokol dan etiket sosial apabila
berhubung dengan pihak luar terhadap kecemerlangan sekolah.
KUIZ MODUL 6
1. Fitrah ialah sesuatu yang serasi dengan diri atau cita rasa insan. Unsur fitrah yang paling
utama bagi setiap pemimpin sekolah adalah:
Select one:
A. Bertanggungjawab
B. Bercakap benar
C. Menepati janji

2. Amalan positif yang utama perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin sekolah adalah
Select one:
A. Sabar
B. Menghargai masa
C. Bersederhana

3. Manusia memerlukan kepercayaan kepada yang ghaib atau kuasa luar biasa (the great
thought) atau pencipta kerana
Select one:
A. manusia merasa dirinya lemah
B. menjadi tempat hatinya berpaut
C. mendapat pertolongan terutama semasa susah

4. Berdasarkan Rajah 1, Integriti mengandungi unsur

Select one:
A. Ikhlas, jujur, bermaruah dan berhemah
B. Pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sIstem, proses kerja serta pematuhan
kepada amalan terbaik.
C. Kejujuran, prinsip moral yang kukuh, keperibadian yang utuh dan tidak mudah
terpengaruh dengan anasir negative
5. Menurut Baharom dan Ilyas (2009), motivasi dalam pendidikan spiritual adalah

Select one:
A. Panduan kepada manusia untuk bangkit dari kegagalan.
B. Meneguhkan ketahanan dalaman diri insan untuk berhadapan dengan cabaran hidup.
C. Dorongan untuk menjadi orang yang berjaya dalam pelbagai bidang.

Anda mungkin juga menyukai