Anda di halaman 1dari 2

1.

Waktu Bekerja

Isnin & Rabu : 8.00 pagi 1.30 tengahari (5 1/2 jam)


Selasa, Khamis & Jumaat : 10.30 pagi 3.30 petang (5 jam)
Sabtu (Jika bekerja) : 9.00 pagi 1.00 petang (4 jam)

HARI WAKTU BEKERJA TUGASAN


Isnin 8.00 pagi 1.00 tengahari Mop Lantai Kolej - Kerja Hakiki
Selasa 10.30 pagi 3.30 petang Surau Lelaki & Perempuan - Kerja Hakiki
Rabu 8.00 pagi 1.00 tengahari Vakum Kolej - Kerja Hakiki
Khamis 10.30 pagi 3.30 petang Pembersihan Bilik Air & Sinki - Kerja Hakiki
Jumaat 10.30 pagi 3.30 petang Sawang dan - Kerja Hakiki
Sabtu 9.00 pagi 1 tengahari Pembersihan Pejabat - Kerha Hakiki

2. Tanggungjawab Pekerja

Harian

a) Lantai hendaklah disapu dan dimop setiap hari dan jika didapati kotor hendaklah bila-bila
dibersihkan.
b) Habuk di atas kerusi/meja/almari/telefon hendaklah dibersihkan setiap hari.
c) Sampah di dalam bakul sampah hendaklah dibuang 2 kali sehari (pagi dan petang).
d) Bilik air hendaklah dibersihkan setiap pagi dan petang bergantung kepada kekerapan
kegunaanya.
e) Lain-lain tugas yang bersangkutan dengan kebersihan yang diarahkan oleh pegawai yang
dipertanggungjawabkan hendaklah dilaksanakan.
f) Railing tangga juga dibersihkan daripada habuk.
g) Cermin-cermin pintu utama hendaklah dibersihkan setiap hari.

Mingguan

a) Tangga hendaklah dimop.


b) Tempat laluan (passage way) hendaklah dibasuh, dicuci dan dikeringkan.
c) Sawang labah-labah di siling dan dinding hendaklah dibuang setiap minggu dan sekiranya
terlihat hendaklah dibersihkan bila-bila masa.
d) Bilik-bilik yang mempunyai permaidani hendaklah divakumkan seminggu 2 kali.
e) Cemin-cermin tingkap dan bilik hendaklah dilap dan dikilatkan.
f) Telefon hendaklah sentiasa dilap dan disembur dengan pewanginya.

Kes Kecemasan

a) Sekiranya sesuatu kursus/mesyuarat hendak diadakan di bilik mesyuarat atau kelas,


perhatian hendaklah diberikan sebelum atau selepas kursus/mesyuarat terhadap
kebersihan lantai. Ini bergantung kepada arahan pegawai yang bertugas.

3. Syarat-Syarat Lain

a) Tuan/ Puan tidak layak menuntut apa-apa elaun dan kemudahan selain daripada yang
dinyatakan dalam syarat perkhidmatan Pekerja Sambilan Harian.
b) Tuan/ Puan tidak boleh menggunakan perkhidmatan Pekerja Sambilan Harian sebagai
asas untuk diserap secara tetap, sementara atau kontrak.

Anda mungkin juga menyukai