Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : Ke12

Minggu Praktikum : Minggu ke12

Tarikh Peristiwa/Kejadian : 18 September 2017

Tajuk Jurnal : Masalah murid bersikap malas

1.0 Masalah :

Masalah yang telah aya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid
menunjukkan sikap malas dan ini adalah berkait rapat dengan hal disiplin. Apabila
guru meminta murid untuk menyiapkan kerja sekolah atau meminta mereka untuk
terus menghantar sebelum tamat waktu pdp mereka tidak dapat menyiapkan tugasan
tersebut. Mereka memberi alasan yang pelbagai agar dapat mengelak daripada
penghantaran kerja sekolah.

2.0 Analisis :

Masalah timbul kerana murid telah mengambil masa yang lama semasa
membuat lembaran kerja di dalam kelas. Iaitu, dengan menggunting kertas yang telah
diberikan oleh guru dan melekat di dalam buku latihan. Ia menunjukkan bahawa murid
bersikap malas. Hal ini kerana, murid tidak berminat untuk belajar, kurang yakin dan
menganggap proses kerja melecehkan serta merumitkan.

3.0 Cadangan Tindakan Susulan :

Sebagai seorang guru, saya perlu berbincang dengan guru pembimbing.


Bertanyakan tips cara-cara untuk melaksanakan pdp dalam masa yang telah
ditetapkan serta cara untuk memberi kefahaman kepada murid bahawa dengan
menepati arahan guru akan menjadikan aktiviti bertambah senang dan pdp bertambah
menarik. Saya juga perlu menggalakkan murid melaksanakan kerja sebaik mungkin
dan untuk memupuk daya saing dalam menghasilkan karya yang terbaik . saya akan
menegur sikap mereka dengan cara yang lembut dalam tegas. Contohnya, dengan
menyatakan pada mereka bahawa mereka perlu membuat hasil karya yang terbaik
untuk kepuasan diri sendiri.
4.0 Tempoh Masa Tindakan Susulan:

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan


objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai, yang lebih terarah kepada pengenalan
teknik dan penghasilan tugasan serta menekankan aspek disiplin kerja pada murid-
murid seperti memupuk nilai menepati masa seperti yang telah diperuntukkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai