Anda di halaman 1dari 11

NAMA : VIKNESWARI A/P PERUMAL

NO. K/P : 881022-05-5508

NO MATRIK : M20151000219

FAKULTI : FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

PROFESOR : DR.ABDUL KADIR


TAJUK TUGASAN 1 :

Contoh Pembinaan panduan pembinaan kualiti


ertika kerja bagi menyemarakan, peningkatan

1. Penyelidikan
2. Penerbitan
3. Perundingan
4. Pengkomersialan
Penyelidikan

Satu proses sistematik untuk mengkaji dan menganalisis maklumat bagi mengenal
pasti dan menyelesaikan masalah pendidikan untuk memperoleh atau menjana
pengetahuan baharu. Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara yang
hendak dikaji. Penyelidikan melibatkan pelbagai bentuk merentasi disiplin, termasuk
penemuan penyelidikan saintifik dan sosial, penciptaan atau pembaikan konsep dan teori, teknik
atau komposisi, atau memperluaskan pemahaman semasa melalui analisis kritikal. Ciri-ciri
umum penyelidikan merangkumi metodologi yang sistematik dan berdisiplin, komitmen terhadap
penerbitan hasil daripada penemuan dan ulasan kesepakaran yang setanding.

Definisi penyelidikan
Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan
mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima didalam
penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru
atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975)

Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu


persoalan atau permasalaha. (Tuckman, 1999).

Tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu
pengetahuan baru, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau
spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas
untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

Ciri-ciri penyelidikan
Ia bermula dengan satu persoalan didalam pemikiran seorang penyelidik
Ia memerlukan satu perancangan
Ia menuntut kenyataan yang jelas mengenai sesuatu masaalah
Ia melibatkan permasaalahan utama dengan permasalaahan berkaitan
Ia mencari tuju arah melalui hipotesis berkenaan
Ia melibatkan fakta dan makna fakta
Ia adalah berhubungkait Menghimpun dan Menganalisa Data (Prinsip 4A)
Availability (Sumber Tersedia) ia adalah agak sukar untuk mendapatkan data dari
menentukan jenis data yang diperlukan
Authenticity (Perakuan) penyelidik mestilah memastikan ketepatan data
Adequacy (Mencukupi) merujuk kepada perolehan data samada mencukupi bagi
membolehkan kesimpulan sah dinyatakan
Validity (Kesahan) penyelidik hendaklah memastikan data dan maklumat adalah
tepat dan sah

Etika penyelidikan
1.Mendapat kebenaran (informed consent)
Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks. Informed
Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden setelah memahami
beberapa perkara berikut :
Matlamat dan tujuan kajian
Apa yang dikehendaki oleh responden
Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan / tidak dalam penyelidikan
Sekiranya fokus atau sampel berubah, perundingan semula perlu dibuat.
Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk memberi
kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak, cadangan kajian mesti
diterangkan dan justifikasi prosedur untuk melindungi hak responden.

2.Penglibatan (Participation)
Bakal responden perlu diberitahu tentang matlamat, kaedah, faedah dan masalah
yang mungkin timbul dalam kajian.
Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam penyelidikan
tersebut.
Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apa-apa kesan
negatif.
Merka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan mengikut
prosedur tertentu.
3. Kerahsiaan (Confidentiality)
Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsiaan maklumat
dijamin berkesan.
Perlindungan hak responden diutamakan
Prosedur tidak terlalu rigid dan mengongkong responden.
Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan dalam komuniti
penyelidikan.

4.Anomiti
Penyelidikan mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti responden.

5. Rundingan (Negotiation)
Mendapat kebenaran dari institut
Mendapat kebenaran untuk akses data
Penggunaan data
Penulisan laporan
Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

Prosedur Penyelidikan Pendidikan


1. Menyatakan masalah kajian.
Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujukan kepada isu atau
persoalan pokok yang kita akan kaji.

2. Menetapkan objektif kajian


Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin diselidik
dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan.

3. Membentuk soalan kajian


Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas,
tepat dan berfokus.

4. Menghasilkan hipotesis kajian


Bagi kajian kuantitatif, hipotesis digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu yang
dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dan sebagainya. (Kajian
Eksperimental, kuasi-eksperimental, korelasi).

5. Melakukan tinjauan literatur


Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui senario,
perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan.

6. Merancang kaedah kajian


Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian.

7. Mereka bentuk kajian


Penyelidikan perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekatan kuantitatif yang
akan digunakan, bentuk instrumen dsan penyelidik juga menentukan apakah teknik
pengumpulan data serta data akan dianalisis nanti.

8. Menentukan prosedur persampelan


Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan.

9. Membina instrumen kajian


Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidikan membuat pengukuran atau
membuat pengumpulan data.

10. Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian


Instrumen yang akan digunakan perulah ditentukan kesahannya.

11. Menentukan prosedur pengumpulan data.


Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang
dikumpulan adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar
persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.
12. Mengumpulan data
Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu dikutip.
Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber.

13. Menganalisis data


Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu dengan
menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan persoalan kajian atau
hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dibuktikan kebenarannya.

14. Membincang hasil kajian


Dapatan kajian haruslah dibincangan, berdasarkan perbandingan dengan teori dan
dapatan kajian-kajian yang lepas.

15. Melaporkan kajian


Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis laporan
tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.

Penerbitan

Penerbitan merupakan mana-mana hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam


bentuk buku, jurnal, artikel, modul dan sebagainya adalah berpandukan peraturan dan
garis panduan yang ditetapkan.
Ia boleh dikatakan sebagai suatu usaha atau kegiatan yang berkaitan dengan
proses editorial, produksi dan pemasaran barang-barang, naskah tercetak yang
diedarkan kepada pembaca. Berdasarkan kenyataan di atas dapat isimpulkan bahawa,
penerbitan merangkumi tiga bidang iaitu bidang editorial, bidang produksi dan bidang
pemasaran.

Ia merupakan suatu pengiktirafan yang diterima bagi hasil penyelidikan.


Laporan kajian atau projek perundingan yang disediakan memenuhi terma rujukan
dan diperakukan oleh penyelidik.
Penerbitan yang berwasit dalam bentuk jurnal, monograf, buku (karya asli), bab
dalam buku dan prosiding.
Hak harta intelek dan dokumentasi dalam bentuk paten, sijil hakcipta (copyright),
rekabentuk industri, dan sebagainya.
Karya kreatif asli seperti dokumentari, skor muzik, persembahan artistik, video, dan
sebagainya.
Dana penyelidikan dari sumber awam, swasta dan luar negara yang diperolehi
dalam jumlah mengikut sasaran semasa.
Hasil penyelidikan yang digunakan bagi pembangunan Negara.
Pengiktirafan kepakaran penyelidik seperti pelantikan sebagai penyunting jurnal,
pemeriksa luar, panel pakar dan perunding.
Penerbitan berfungsi sebagai hasil penyelidikan yang mendapat liputan media
masa.

Etika Penerbitan

Dalam penerbitan, penulis hendaklah:


berkata benar dari segi bahan yang ditulis, tidak direka-reka atau dimanupulasi dari
segi data dan dapatan

menulis menurut etika penulisan akademik dengan menyatakan metodologi


penyelidikan, memaparkan teori dan kaedah menganalisis data.
membuat rujukan dan memberi penghargaan yang sewajarnya kepada penerbitan
dan hasil penyelidikan terdahulu, dan kepada mereka yang telah memberi apa juga
sumbangan ke arah menjayakan penyelidikan.
menghindari penciplakan (plagiarism)
menghindarkan sikap membesar-besarkan diri yang tidak pada tempatnya.
menghormati kerahsiaan orang yang memberi maklumat, seperti halnya dalam
penyelidikan, dengan tidak mendedahkan nama individu atau institusi yang terlibat,
jika diminta oleh mereka.

Perundingan

Perundingan merupakan aplikasi strategi dan taktik untuk mengendalikan konflik


secara produktif. Suatu kegiatan yang melibatkan seseorang atau sekumpulan orang
untuk memberi perkhidmatan kepakaran atau kemahiran kepada pihak yang
memerlukan, sama ada dengan mendapat bayaran atau tanpa bayaran.

Perundingan berasaskan kepakaran ditakrifkan sebagai kegiatan seseorang atau


sekumpulan orang untuk memberi perkhidmatan kepakaran atau kemahiran kepada
pihak yang memerlukan. Kerja-kerja sedemikian mungkin berbentuk lisan atau
berbentuk laporan bertulis sebagai hasilnya.

Ciri-ciri perundingan
Melibatkan dua atau sekumpulan orang.
Kedua-dua pihak mempunyai pendapat atau kemahuan yang berbeza.
Semua pihak mahukan ganjaran atau sesuatu yang lebih baik atau lebih
menguntungkan daripada menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh pihak lawan.
Kedua-dua pihak buat seketika bercadang mencapai suatu persetujuan bersama
tanpa perlu bergaduh, berpisah atau menggunakan orang tengah.
Terdapat sifat bertolak ansur.
Melibatkan pengurusan intangibles dan juga tangibles.
Tidak terdapat suatu sistem atau kaedah yang tetap sebagai jalan penyelesaian

Etika Perundingan

Dalam perundingan, penyelidik hendaklah:


mendapat izin Universiti dan mematuhi peraturan-peraturan perundingan yang
ditetapkan, sebelum menjalankan kerja perundingan
memastikan kerja perundingan tidak menggangu tugas-tugas lain di Universiti.
memaklumkan kepada Universiti, pendapatan yang diperolehi dari kerja
perundingan dan menyerahkan kepada budi bicara Universiti untuk mengambil atau
tidak sebahagian dari pendapatan itu.
berusaha mendapatkan kerja perundingan berdasarkan kepakaran sendiri atau
kepakaran bersama rakan sejawat.

Prosedur Perundingan

Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk menjalankan


kajian.
Memberi rangka projek, cadangan atau pelan kepada guru besar atau pengetua
sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.
Rangka atau cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang akan
diikuti untuk memudahkan data dibaca berkait dengan peserta seperti transkrip,
nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam laporan akhir
atau teks umum.
Terangkan makna anomiti dan kerahsiaan kepada peserta kajian.
Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan atau draf laporan
atau transkrip temu bual.
Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan/
Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.

Kepentingan Perundingan

Perundingan adalah salah satu fungsi asas yang iaitu memberi perkhidmatan
kepada para penyelidik.
Kegiatan perundingan merupakan satu aspek yang dinilai dalam hasil penyelidikan
untuk tujuan membentuk hasil penyelidikan yang berkualiti.
Memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengaplikasikan ilmu dan
kepakaran mereka.
Merupakan salah satu aspek meningkatkan semangat penyelidik.
Menggalakkan perkembangan kendiri
Menggalakkan perkembangan psikologikal
Pengkomersialan

Pengkomersilan ialah penterjemahan idea menjadi sesuatu yang berupa produk,


perkhidmatan, proses atau sistem teratur yang boleh dipasarkan melalui kaedah perlesenan,
penjualan, spin-off, atau syarikat usahasama.

Aspek Pengkomersialan

Penyelidik mengkomersilkan produk atau hasil penyelidikan dan teknologi yang


dibangunkan di Universiti.
mempromosi interaksi dalam bidang perundingan dengan industri dan badan-badan
profesional.
membuat pelan strategik bertujuan memantapkan rundingan dengan pelbagai
jabatan kerajaan, industri dan badan-badan profesional.
membentuk jaringan dengan pihak awam dan industri bagi tujuan perundingan dan
komersilisasi.
menyokong usaha untuk mempromosikan aktiviti penyelidikan melalui perundingan.
menggalakkan hasil penyelidikan diterjemahkan kepada polisi, industri dan
masyarakat sebagai satu tanggungjawab sosial penyelidik.

Proses Pengkomersialan
Fasa 1: Permohonan Pengkomersialan Produk

a.Penyelidik membuat permohonan untuk mengkomersialkan produk kepada


Jawatankuasa Inovasi dan Pengkomersialan Universiti (JIPU) melalui Fakulti masing-
masing.
b. Penyelidik kemudiannya perlu untuk membuat pembentangan sekiranya diperlukan.
c. Sekiranya permohonan tersebut memerlukan pembetulan ia perlu diperbetulkan
sebelum ke proses seterusnya dan jika permohonan tersebut diluluskan tanpa
pembetulan, permohonan tersebut akan diteruskan ke fasa kedua bagi proses
pengkomersialan produk.

Fasa 2: Pemilihan Rakan Niaga


a. Penyelidik perlu mencari rakan niaga bagi tujuan pengkomersialan produk setelah
produk tersebut mendapat perlindungan harta intelek (jika perlu).
b. Penyelidik perlu bermesyuarat untuk meneliti potensi produk tersebut untuk
dikomersialkan.
c. JIPU dan pemohon akan memilih rakan kongsi yang sesuai dan memperakukannya.
Jika tidak ada rakan kongsi yang sesuai, permohonan atau proses ini akan
direkodkan.

Fasa 3 : Penamatan Dan Penilaian Pengkomersialan Produk


a. Rakan niaga perlu menghantar laporan pengkomersialan produk mengikut tempoh
yang telah dipersetujui.
b. berlaku penyemakan dan penyerahkan laporan pengkomersialan tersebut kepada
Juruaudit.

Anda mungkin juga menyukai