Anda di halaman 1dari 2

SETITIS TINTA

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola
Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK
Cheras Perdana 2017. Penganjuran majlis seumpama ini sebenarnya adalah
bertujuan untuk memberi suntikan motivasi agar para pelajar dapat
meningkatkan kesediaan diri dari aspek psikologi serta kesediaan intelek supaya
menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

Namun begitu, faktor utama kejayaan terletak pada diri pelajar itu
sendiri agar sentiasa mempunyai motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin
mengecapi kecemerlangan. Sesungguhnya kita harus sedar, dalam usaha
menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuh. Oleh itu, besarlah
harapan saya agar Hari Kecemerlangan Akademik ini menjadi pemangkin
kepada para pelajar untuk terus berjaya.

Pada kesempatan ini juga saya ingin menyeru semua pihak agar
berganding bahu untuk memastikan pelajar-pelajar yang terpilih pada hari ini
menjadi sebahagian daripada warna kegembiraan negara pada masa hadapan.
Saya berharap agar Hari Kecemerlangan Akademik ini menjadi sesuatu yang
bermakna dalam diri setiap pelajar dan mampu melakarkan sejarah dalam
peperiksaan PT3 dan SPM nanti.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas kepada guru-
guru yang telah berusaha bersungguh-sungguh memberikan didikan yang
berguna kepada para graduan kita. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan
bagi memartabatkan mutu pendidikan negara kerana anak-anak pelajar hari
inilah yang bakal menjadi sandaran kemakmuran dan kesejahteraan negara
bagi menghadapi saingan dunia yang semakin mencabar.

Sekian, terima kasih.

YANG BERBAHAGIA
DATUK SERI CHEE HONG LEONG
Pengarah Eksekutif SYF Resources.

Anda mungkin juga menyukai