Anda di halaman 1dari 4

CEE 568 PSYCHOLOGY OF PHYSICAL PERFORMANCE

ASSIGNMENT 13:

CARA DAN TEKNIK UNTUK MEMOTIVASI PELAJAR SUPAYA MELIBATKAN DIRI

DALAM AKTIVITI SUKAN DAN AKTIVITI FIZIKAL.

Segelintir pelajar tidak berminat atau kurang meminati aktiviti sukan dan aktiviti fizikal.

Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kurang galakan daripada guru mahupun ibu bapa,

faktor kebosanan, faktor anggapan latihan yang memenatkan dan sebagainya. Sebenarnya,

terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh diaplikasikan untuk menggalakkan dan memotivasi

pelajar supaya menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan aktiviti fizikal. Sebagai

seorang guru, antara cara yang pernah saya gunakan untuk memotivasikan pelajar saya supaya

berminat dalam aktiviti sukan dan aktiviti fizikal ialah:

a) Memberi motivasi

Tidak dinafikan ada pelajar yang mempunyai minat dalam aktiviti sukan dan aktiviti

fizikal tetapi minat mereka terpadam kerana kurangnya keyakinan diri. Pelajar mungkin tidak

yakin dengan sesuatu acara yang dipilihnya, atau tidak yakin dengan teknik/kemahiran yang

dilakukannya. Justeru, di sini guru perlu mengenal pasti dan memberi motivasi kepada pelajar

tersebut supaya minat mereka tidak terbiar begitu sahaja. Antara teknik motivasi yang pernah

saya lakukan ialah motivasi secara luaran dan dalaman. Contoh motivasi dalaman adalah

memberi kata-kata perangsang dan kata-kata semangat apabila pelajar berjaya menguasai sesuatu

kemahiran. Motivasi luaran pula adalah seperti memberi reward/hadiah atas usaha pelajar

dalam sesuatu aktiviti.


b) Bermain bersama pelajar

Cara yang kedua ialah bermain bersama pelajar. Kadang-kadang, ada pelajar yang lebih

selesa jika guru bermain bersamanya sewaktu berada di padang. Situasi ini kerap kali terjadi

kepada pelajar yang lemah, dan bimbang jika rakan-rakannya mengetahui lalu

mentertawakannya. Pelajar seperti ini beranggapan bermain dengan guru akan meningkatkan

keyakinan dan menyembunyikan kelemahan mereka. Lama kelamaan mereka akan semakin

selesa dan biasa lalu mula berani untuk bermain bersama rakan-rakan yang lain.

c) Membiarkan pelajar memilih kumpulannya sendiri.

Salah satu faktor pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan adalah kerana mereka ingin

bermain dan bergembira dengan rakan mereka. Justeru, memahami situasi ini saya selalu

membiarkan pelajar memilih sendiri rakan mereka untuk membentuk kumpulan. Dengan ini,

mereka akan berasa lebih selesa untuk berkomunikasi kerana mereka sudah biasa dengan rakan

mereka. Jika saya sendiri yang menetapkan kumpulan, pelajar akan cepat berasa bosan kerana

tidak sependapat dengan rakan tersebut.

Selain daripada cara di atas, terdapat beberapa cara lain yang saya ingin cuba aplikasikan

kepada para pelajar saya yang kurang berminat dalam aktiviti sukan. Antara caranya ialah:

a) Melonggarkan/memudahkan peraturan permainan

Pelajar adakalanya berasa terbeban atau tertekan dengan peraturan permainan yang

banyak. Minat mereka yang membara pada mulanya mungkin akan terkubur jika guru asyik

menekankan peraturan permainan. Oleh itu, sebagai guru, pada peringkat awal mungkin saya
akan melonggarkan atau memudahkan peraturan permainan untuk menarik minat pelajar.

Apabila pelajar dilihat semakin biasa dan mempunyai minat yang mendalam, barulah saya akan

menekankan tentang peraturan permainan yang betul.

b) Mengadakan minor game/mini game

Minor game atau mini game boleh diadakan selepas satu latihan skills and drills yang

panjang. Dalam sesuatu permainan, teknik skills and drills akan membantu pelajar menguasai

dan mahir dalam sesuatu kemahiran. Walau bagaimanapun, tempoh latihan skills and drills

yang terlalu lama akan membuatkan pelajar letih (burnout). Justeru, mini game atau minor

game akan menyegarkan kembali pelajar dan membuatkan mereka terus berminat dengan sukan

tersebut.

c) Membiarkan pelajar memilih sukan yang digemarinya

Setiap pelajar mempunyai minat yang berbeza-beza dalam sesuatu perkara, sama juga

seperti bidang sukan. Ada pelajar meminati sukan yang melibatkan bola seperti bola jaring,bola

sepak dan sebagainya. Ada pula yang meminati sukan melibatkan alatan seperti raket dan bet

contohnya badminton dan ping pong. Oleh itu, pada peringkat awal, guru tidak seharusnya

memaksa pelajar bermain permainan yang tidak digemarinya. Dalam usaha menggalakkan

pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan aktiviti fizikal, saya akan membiarkan pelajar

memilih sendiri sukan yang digemarinya supaya mereka tetap fokus dan aktif dalam sukan

tersebut.

Inilah antara cara yang saya sudah aplikasikan dan cara yang akan saya aplikasikan untuk

menarik minat pelajar dalam aktiviti sukan dan aktiviti fizikal.


ASSIGNMENT 14

Setelah mengikuti kursus International Diploma in Physical Education and Sports

Coaching (IDPESC) selama hampir dua bulan, banyak ilmu pengetahuan dan maklumat

berkaitan bidang sukan yang telah saya peroleh. Semua ilmu yang telah saya peroleh cuba

diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pada tahun ini. Antara ilmu yang saya

sudah aplikasikan ialah teknik memanaskan badan ( warm-up and stretching) seperti static

stretching dan dynamic stretching. Melalui kursus ini saya telah mempelajari teknik yang betul

dan pelbagai jenis aktiviti lain yang boleh dijalankan sewaktu aktiviti memanaskan badan.

Selain itu, di bawah modul strength and endurance, saya mengaplikasikan teknik-

teknik untuk meningkatkan kuasa (power), kelajuan (speed), fleksibiliti (flexibility) dan

sebagainya. Saya juga menggunakan ilmu Peridiozation dan goal setting untuk melatih

pelajar dan merangka matlamat kejayaan mereka dalam sesuatu pertandingan.

Sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga, saya mengaplikasikan

ilmu di bawah modul Play Practice dan Games Approach seperti Simplifying activities,

shaping play, focusing play and enhancing play experiences. Saya menggunakan semula idea-

idea mini game yang dipelajari sewaktu kursus tersebut dalam PdP kelas saya. Ilmu ini juga

sejajar dengan teknik psikologi yang dinyatakan di atas.

Sesungguhnya banyak lagi ilmu yang dipelajari sewaktu kursus tersebut, dan akan

diaplikasikan dari masa ke masa.

Anda mungkin juga menyukai