Anda di halaman 1dari 5

Kes dera anak sekali lagi menjadi hangat apabila seorang bapa tiri

dan isterinya direman bagi membantu siasatan kes dera anak lelaki
mereka yang ditemui dirantai pada tong gas kerana dikatakan tidak
mahu pergi ke sekolah. Mangsa yang berusia 10 tahun hanya
memakai seluar diikat lehernya pada tong gas menggunakan rantai
besi dan kunci mangga.

Kes penderaan kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirantai dileher


pada sebuah tong gas seberat kira-kira 25 kilogram di rumahnya di
Indera Mahkota, Pahang.
Nasib baik mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta
mengalami kecederaan dileher. Bayangkan kalau tidak ada siapa
yang menemui mangsa, pasti akan berlaku satu lagi targedi.

Kes terbaru di Indera Mahkota ini hanyalah lambakan kes-kes


penderaan anak yang semakin berleluasa di negara kita.

Perbuatan yang di luar batas perikemanusiaan dilakukan oleh bapa,


ibu dan penjaga seolah-olah kanak-kanak itu boleh diperlakukan apa
sahaja tanpa ada undang-undang yang melindungi mereka.
Realitinya, mereka yang mendera kanak-kanak sama ada secara
fizikal dan mental boleh disiasat mengikut seksyen 31(1)(a) Akta
Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara
maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi

RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Namun begitu, dalam seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan)


2016, hukuman denda ini dinaikkan kepada RM50,000 dan hukuman
20 tahun penjara bagi kesalahan mendera, mengabaikan dan
menganiaya kanak-kanak.

Dalam Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 terdapat empat perkara


utama dimasukkan ke dalamnya iaitu Daftar Kanak-kanak, Perintah
Khidmat Masyarakat (CSO), penjagaan berasaskan keluarga dan
kenaikan penalti.

Penambahbaikan ke atas Akta Kanak-Kanak 2001 ini dibuat setelah


mengambil kira isu-isu semasa termasuk peningkatan kes
membabitkan kecuaian ibu bapa dalam hal penjagaan kanak-kanak.

Di samping itu, cadangan oleh Menteri Pembangunan Wanita,


Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim juga perlu
dipertimbangkan untuk mewajibkan ibu bapa yang mendera anak
menjalani sesi kaunseling dan kursus keibubapaan selepas mereka
menjalani hukuman mahkamah.

Langkah itu bertujuan memastikan kes penderaan kanak-kanak tidak


berulang dan menjadi pengajaran kepada ibu bapa lain. Kempen
kesedaran juga sangat perlu bagi memastikan masyarakat sedar dan
insaf akan perbuatan penderaan yang salah bukan sahaja dari sudut
undang-undang malah juga dari sifat kemanusiaan.

Bimbingan agama patut menjadi benteng bagi mengukuhkan aqidah


dan menjauhi perbuatan mungkar. Kemungkinankah hukuman yang
sedia ada tidak begitu berkesan?

Ini memandangkan kes-kes penderaan anak kandung, anak tiri atau


anak angkat semakin meningkat.

Terdahulu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun


ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di badan dan kepala di
bilik sewa keluarganya di Segamat pada Julai 2017.
Ibu mangsa dan anak lelakinya berusia 22 tahun yang berstatus
lembam ditahan bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak perempuan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya


di bilik sewa tingkat tiga premis rumah kedai yang didiami mereka.

Malangnya dia meninggal dunia sebelum sempat diberi rawatan


ketika dibawa ke wad kecemasan.

Mei 2017 menyaksikan sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki


menyebabkan kematian anak lelaki mereka yang berusia sembilan
tahun di Subang Jaya.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan kecederaan


lebam di muka, tangan, kaki serta punggung mangsa yang
dipercayai akibat didera.

Manakala hasil bedah siasat pula mengesahkan mangsa meninggal


dunia akibat pendarahan dalaman dipercayai ditumbuk dan dipukul
dengan rotan di seluruh badan yang dipercayai dilakukan ibu
bapanya sendiri.

Semakan polis mendapati bapa mangsa mempunyai rekod jenayah


melibatkan kes memiliki dadah, manakala ibunya pula terlibat dalam
kes penipuan dan pecah rumah.

Kes yang lebih sadis ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh. Kes yang sama berlaku dalam bulan
Januari 2017 di Kuwait di mana pasangan suami isteri di dijatuhi
hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah
menyebabkan kematian anak perempuan mereka yang berusia tiga
tahun.

Mereka didapati telah memukul dan mendera anak mereka sehingga


meninggal dunia dan menyimpan mayatnya di dalam peti sejuk
selama seminggu.

Tindakan kejam mereka itu didakwa kerana tidak tahan mendengar


suara anak perempuan mereka yang tidak berhenti menangis.

Kejadian menyayat hati berlaku di Hulu Besut pada Jun 2017.


Muhammad Hairi Amsyar Abdul Rahman, 5, meninggal dunia
dipercayai didera bapa tirinya berpunca daripada hentakan kuat yang
dikesan di bahagian bawah belakang kanak-kanak itu
sehingga menyebabkan koyakan pada usus kecil yang
menyebabkan peritonitis atau keradangan.

Dalam kes yang lain pula, seorang bapa didakwa telah menganiaya
anak kandungnya pada Februari 2017 dengan cara menumbuk pada
bahagian mulut, memijak bahagian paha sebelah kiri dan memukul
bahagian kepala serta pinggang sehingga

berdarah.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.


Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mencadangkan mahkamah
untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan khuatir
tertuduh akan mengancam mangsa yang merupakan anak
kandungnya yang masih lagi tinggal serumah dengannya.

Namun begitu, memandangkan dia hanya bekerja sebagai penoreh


getah dengan pendapatan yang rendah, mahkamah menerima
rayuan untuk membenarkan tertuduh diikat jamin dengan seorang
penjamin sementara menunggu sebutan semula kes.

Keadaan ini sudah tentunya mewujudkan suasana yang tidak aman


kepada mangsa serta pihak yang melaporkan kejadian dera tersebut.

Ini juga salah satu faktor yang menyukarkan penyekatan kes dera
terhadap ahli keluarga yang tinggal bersama.

Kemungkinan juga begitulah keadaannya dalam kejadian di Sungai


Petani di mana seorang ibu melihat sendiri teman lelakinya
membungkus dan meletak anaknya dalam tong ikan serta membalut
dengan pita pelekat.

Namun dia mendakwa tidak berdaya berbuat apa-apa


memandangkan mereka tinggal bersama dan takut dia dan anak-
anaknya dipukul, ditumbuk, diterajang dan dipijak seperti yang kerap
berlaku.

Peristiwa ini diketahui berikutan penemuan mayat seorang kanak-


kanak lelaki berusia dua tahun yang reput selepas dipercayai
menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya.

Lebih menyayat hati, mangsa dipercayai telah dua minggu


meninggal dunia dan mayatnya disembunyikan di dalam tong yang
disimpan di sebuah bilik di rumah berkenaan.
Kakak mangsa yang berusia empat tahun pula ditemukan dengan
pelbagai kecederaan dan lebam dipercayai turut menjadi mangsa
dera.

Kes seumpama ini disiasat mengikut seksyen 302 dan 325 Kanun
Keseksaan. Ibu mangsa pula boleh dikenakan tuduhan bersubahat
manakala teman lelakinya hukuman membunuh. Seksyen 325
digunapakai jika dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan boleh digunakan jika


mendatangkan kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah.
Kes bunuh disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang
membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan
membunuh mengikut seksyen 307 membawa hukuman penjara
maksimum 20 tahun.

Terdapat banyak peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi


mengawal perbuatan dera namun tidak digeruni oleh mereka yang
melakukannya. Terlalu murah harga nyawa anak-anak yang tidak
berdosa dan tidak berdaya melindungi diri mereka sendiri.

Terlalu angkuh pula mereka yang lebih kuat dan menjadikan anak-
anak ini tempat melepaskan tekanan tanpa rasa belas kasihan.

Walaupun hukuman berat seperti dipenjarakan, denda atau hukuman


mati dikenakan kepada pesalah, kejadian penderaan ke atas anak-
anak masih berterusan. Di mana silapnya?

Dalam hal ini, masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan


melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terlihat unsur-unsur yang
mencurigakan yang membabitkan kanak-kanak.

Sikap anggota masyarakat yang berdiam diri dengan alasan tidak


mahu campur urusan orang lain menyebabkan makin ramai kanak-
kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Anda mungkin juga menyukai