Anda di halaman 1dari 11

PSIKOLOGI SOSIOBUDAYA

17/10/2014

Persoalan.

Jika keagresifan merupakan naluri manusia, seperti yang didakwa oleh Freud, kenapa kadar keganasan
begitu berbeza antara satu negara dengan negara yang lain?

Kenapa masalah pemakanan seperti anoreksia nervosa cuma berlaku pada negara-negara seperti
Amerika Syarikat, di mana kurus adalah kecantikan yang ideal?

Jawapannya adalah berkisarkan kepada pengaruh sosiobudaya terhadap tingkah laku manusia. Dan ini
adalah premis asas aliran psikologi sosiobudaya. Bagi mereka, untuk memahami tingkah laku manusia,
kita mesti bermula dengan suasana budaya yang mewarnai persekitaran manusia itu. Teruskan
membaca

PSIKOLOGI BIOLOGIKAL

09/10/2014
Postpartum Dipression Gambar Hiasan

Kadangkala, seorang ibu yang telah melahirkan anak kira-kira empat hingga enam minggu akan
mengalami satu fasa gangguan emosi yang kita kenali sebagai meroyan. Meroyan ini berlaku kerana
perubahan hormon yang mendadak dalam tubuh badan, lalu mempengaruhi emosinya. Jika gangguan
emosi tersebut semakin teruk, biasanya ahli perubatan akan memberikan ubat anti depresi seperti
prozac dan seroxat, untuk meningkatkan jumlah hormon serotonin dalam badan si ibu, menjadikannya
lebih selesa, mudah tidur dan kurang rasa marah. Teruskan membaca

PSIKOLOGI EVOLUSIONARI

04/10/2014
Jika kita biasa dengan teori evolusi Charles Darwin, kita pasti pernah dengar idea pemilihan semula jadi
(natural selection) ataupun kelangsungan hidup makhluk hidup yang paling menyesuaikan diri (survival
of the fittest). Contohnya itik yang mempunyai paruh yang lebih luas boleh mendapatkan lebih banyak
makanan berbanding itik yang mempunyai paruh yang kecil. Kesannya, itik dengan paruh kecil tidak
mendapat makanan yang cukup dan mati seekor demi seekor dengan kadar yang lebih cepat berbanding
reproduksi spesiesnya, menyebabkan kepupusan spesies itik paruh kecil. Manakala itik paruh besar
terus melangsungkan kewujudan spesiesnya. Teruskan membaca

PSIKOLOGI KOGNITIF

01/10/2014
Max Wertheimer

Tokoh: Max Wertheimer, Kurt Koffka, Wolfgang Khler, dan Jean Piaget

Ingat lagi semasa kita di universiti atau kolej? Kelas jam 8 pagi, sebaik sahaja pensyarah kita masuk,
dengan tersenyum, dia berkata, hari ini kuiz.

Sebahagian daripada kita tersenyum tetapi kebanyakan kita mengeluh. (Dan tak dinafikan ada juga yang
masih tidur di bilik masing-masing, tak menjangkakan kuiz mengejut pada pagi itu).

Jika perilaku manusia dapat dibentuk semata-mata dengan persekitaran, seperti yang dicadangkan oleh
aliran Behaviourisme, kenapa kita berbeza-beza dalam memberi reaksi terhadap satu-satu persekitaran
yang sama? Inilah persoalan yang dibawa oleh aliran psikologi kognitif sebagai respons terhadap
sesetengah idea aliran behaviourisme yang terlalu meringkaskan realiti perilaku manusia dan
haiwan. Teruskan membaca

HUMANISME

27/09/2014
ABRAHAM MASLOW

Tokoh: Abraham Maslow, Carl Rogers dan Martin Seligman

Dalam nota sebelum ini, kita telah dijelaskan bahawa aliran Behaviourisme membawa perspektif tingkah
laku didorong oleh persekitaran dan perspektif aliran Psikonalisis pula menyatakan tingkah laku manusia
didorong oleh daya tidak sedar yang terbentuk dalam diri kita melalui beberapa siri konflik kehidupan
yang kita lalui. Jika perspektif daripada kedua-dua aliran ini tidak dikritik, kita akan akhirnya akan
dapati seolah-olah tingkah laku manusia sama seperti robot yang boleh dikawal dengan pembentukan
persekitaran ataupun tingkah laku manusia akan sentiasa dipengaruhi pengalaman silam yang
negatif. Teruskan membaca

PSIKOANALISIS

27/09/2014
Sigmund Freud

Tokoh: Sigmund Freud

Psikoanalisis adalah istilah yang digunakan oleh Sigmund Freud untuk menamakan teorinya berkenaan
personaliti manusia. Beliau juga menggunakan istilah yang sama untuk menamakan teknik terapi yang
diaplikasikan beliau untuk membuat rawatan terhadap gangguan psikologi.

Teori psikoanalisis Freud dibina berasaskan kajian kes pesakit mentalnya. Beliau membandingkan otak
manusia dengan bongkah ais. Bahagian kecil di atas bongkah ais yang terapung melepasi permukaan air
dan boleh dilihat mewakili pengalaman sedar mental manusia. Namun, di bawah permukaan, terlindung
daripada penglihatan adalah bongkah ais yang sangat besar mewakili minda tidak sedar, yang mana di
dalamnya terkandung: impuls, kehendak, perasaan, dan tingkah laku luar kawalan. Freud menyatakan
bahawa seseorang manusia sebenarnya tidak mengawal pemikiran, perasaan, dan tingkah laku mereka
secara sedar, sebaliknya ianya ditentukan oleh daya minda tidak sedar tersebut. Teruskan membaca

BEHAVIOURISME

19/09/2014

Tokoh: John B. Watson dan B. F. Skinner


J. B. Watson

Seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, John B. Watson, telah mengikuti perkembangan kajian psikologi
yang telah dipelopori aliran Strukturalisme dan aliran Fungsionalisme. Beliau dapati bahawa beliau tidak
bersetuju dengan hampir kesemua idea-idea yang dibawa oleh kedua-dua aliran tersebut. Kemudiannya,
dalam sebuah artikel yang bertajuk Psychology as the Behaviorist Views It (Psikologi pada Pandangan
Ahli Behaviourisme), Watson mencadangkan pendekatan baru yang sangat berbeza, iaitu satu
pendekatan yang menolak subjektiviti kajian proses mental oleh aliran Strukturalisme dan
Fungsionalisme. Aliran baru ini mentakrifkan semula psikologi sebagai sains tingkah laku. Diistilahkan
sebagai Behaviourisme oleh Watson, aliran psikologi ini meletakkan batas cakapan bidangnya hanya
kepada kajian tingkah laku (behaviour). Hal ini kerana berbeza dengan proses mental, tingkah laku boleh
diperhatikan dan diambil cerapan, menjadikannya kajian yang objektif dan saintifik. Behaviourisme
membawa idea bahawa tingkah laku manusia dan haiwan dipengaruhi sebahagian besarnya oleh faktor-
faktor persekitaran.

Teruskan membaca

FUNGSIONALISME

18/09/2014
William James

Tokoh: William James

Ketika aliran Strukturalisme mula kehilangan pengaruhnya di Amerika Syarikat pada awal abad ke-19,
aliran Fungsionalisme mula berkembang. Berlawanan dengan Strukturalisme, Fungsionalisme tidak
berminat untuk mengkaji struktur kesedaran, sebaliknya, kajian difokuskan kepada mengenal pasti
fungsi proses mental (mental process). Iaitu, mencari jawapan bagaimana manusia dan haiwan
menggunakan proses mental untuk mengadaptasikan diri dengan keadaan sekitar. Teruskan
membaca

STRUKTURALISME

17/09/2014
Wilhem Wundt

Tokoh: Wilhem Wundt dan Edward Bradford Titchener

Wilhem Wundt dan anak muridnya, Edward Bradford Titchener, mengasaskan aliran ini dengan
membandingkan psikologi kepada bidang kimia. Jika ahli kimia boleh mengklasifikasikan struktur sesuatu
jirim kepada elemen asasnya, (contoh, metanol terdiri daripada komposisi tertentu elemen karbon,
hidrogen, dan oksigen) mereka mahu melakukan perkara yang sama terhadap struktur pemikiran
manusia. Selepas mendapatkan ijazah kedoktoran beliau di Universiti Leipzig, Jerman, Titchener
berkhidmat di Amerika Syarikat dan mengembangkan idea Wundt menjadi satu aliran pemikiran yang
beliau namakan sebagai Strukturalisme. Teruskan membaca

APA ITU PSIKOLOGI?

17/09/2014
ETIMOLOGI DAN DEFINISI

Penggunaan terma psikologi mula dikesan sekitar abad ke-16. Psikologi berasal daripada perkataan
Latin, pskh /psix/ yang bermaksud roh dan lg /-lo.i.a/ yang kebanyakan kita tahu ianya
bermaksud kajian. Oleh itu, psikologi pada asalnya bermaksud kajian jiwa. Teruskan membaca

PENDAHULUAN

17/09/2014
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi tasik, kita nampak seorang lelaki cuba melemaskan seorang
wanita di tasik tersebut dengan menekan kepala wanita tersebut dalam air. Kita pun terus berlari ke
arah lelaki, menolaknya, dan terus menarik perempuan itu ke tempat yang selamat. Lelaki itu cuba
melarikan diri, tetapi orang ramai yang nampak peristiwa tersebut berjaya menangkapnya.

Anda mungkin juga menyukai