Anda di halaman 1dari 20

FACULTY OF BUSINESS SCHOOL

ABPG 1103

INTRODUCTION TO PSYCHOLOGY

Name :

Matrix No :

Contact No :

Email :

SANDAKAN LEARNING CENTRE

SEMESTER JANUARI 2016


1
JADUAL KANDUNGAN

Muka Hadapan Muka Surat

1.0 PENGENALAN - 3

2.0 SENSASI DAN PERSEPSI - 4

2.1 Konsep Sensasi - 4


2.2 Konsep Persepsi - 6

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBOLEHKAN MANUSIA


MELIHAT DUNIA - 8

3.1 Struktur Organ Mata - 8


3.2 Sistem Saraf Pusat - 10
3.3 Faktor Warna (Hue) - 11
3.4 Kecerahan - 12
3.5 Ketajaman Penglihatan - 12

4.0 KAJIAN TEMU BUAL BAGAIMANA MEMBENTUK


KEGEMARAN - 13

4.1 Hasil Dapatan Daripada Temubual 3 Responden - 14

4.1.1 Faktor Umur - 14


4.1.2 Faktor Pengalaman - 15
4.1.3 Faktor Genetik - 15
4.1.4 Emosi - 16
4.1.5 Persekitaran - 16

5.0 KESIMPULAN - 18

RUJUKAN - 19

2
1.0 PENGENALAN

Definisi bagi psikologi mempunyai pengertian yang luas mengikut teori kajian tokoh
psikologi yang berbeza-beza. Secara amnya, perkataan psikologi ini berasal dari zaman yunani
iaitu “Psyche” (Jiwa) dan “Logia” (Ilmu), yang memberi maksud kajian atau ilmu mengenai
sikap atau kelakuan, jiwa dan pemikiran manusia dan binatang. Dalam sejarah dan
perkembangan psikologi ini, ia secara langsung telah memberi pelbagai pengertian dan
spekulasi oleh pakar ahli psikologi dengan konsep masing-masing mereka.
Dengan kajian saintifik, perkembangan psikologi ini bermula pada tahun 1879 oleh
Wilhelm Wund yang telah membuka makmal kajian psikologi yang pertama di Universiti
Leipzig, Jerman. Wund mengatakan bahawa psikologi adalah tentang disiplin, kajian sains dan
kesedaran terhadap persekitaran. Antara pelajar Wund pasa masa itu adalah Emil Kraepelin,
James McKeen Cattell and G. Stanley Hall yang telah menyumbang dan memperkembangkan
lagi kajian psikologi ini dengan lebih mendalam.
G.Stanley Hall iaitu pelajar Wund telah membuka makmal psikologi yang pertama di
Universiti John Hopkins Amerika, pada tahun 1883 dan manakala James McKeen Cattell,
beliau menjadi Professor Psikologi yang pertama dan bertugas di Universiti Pennsylvania dan
Universiti Columbia pada tahun 1886. Pada tahun 1890, William James telah memperkenalkan
Prinsip Psikologi yang menekankan maksud psikologi sebagai perlakuan dan fungsi pemikiran
atau dikenali sebagai „Functionalism‟ iaitu pendidikan awal dalam bidang psikologi.
Manakala pendekatan Sigmund Freud (1900), beliau menegaskan bahawa setiap individu di
motivasikan daripada pengaruh, tahap ketidaksedaran dan konflik dalam psikologi manusia
menurut teori psikoanalisis dalam buku “Interpretation of Dreams” yang diperkenalkan oleh
beliau. Bagi Alfred Binet (1905), beliau menggunakan ujian IQ sebagai konsep kepintaran akal
dan fizikal dalam kajian psikologi yang memberi kesan terhadap proses persepsi manusia.
Ringkasnya, pengertian psikologi ini mempunyai beberapa konsep utama iaitu
kesedaran menurut Wund dan Ebbinghaus yang mana bertentangan dengan pendapat Freud,
psikologi sebagai ketidaksedaran dan juga penyesuaian menurut James dan Spencer (Leahy,
1992) yang secara langsungnya berkaitan dengan fizikal, biological dan sains sosial manusia
serta binatang. Dengan itu, setiap konsep tersebut adalah berhubungkait dengan cara
bagaimana manusia memahami sensasi dan persepsi melalui deria bagi membentuk dan
menafsir pemilihan mereka.

3
2.0 SENSASI DAN PERSEPSI

Sensasi merupakan proses yang menangkap stimuli atau rangsangan di tahap paling
awal dalam penerimaan maklumat dan seterusnya proses penafsiran oleh otak yang akan
memberi makna kepada sensasi iaitu persepsi. Ia terjadi apabila saraf penerima daripada deria
organ manusia iaitu mata, telinga, hidung, sentuhan kulit dan deria rasa menjadi aktif dan
bertindakbalas menghantar isyarat ke otak untuk tafsiran terhadap rangsangan luar sehingga
manusia memperoleh pengetahuan dan mampu untuk berinteraksi dengan dunia luar. Dengan
kata lain adalah persepsi mengubah sensasi menjadi informasi kepada manusia.

2.1 KONSEP SENSASI

Terdapat 3 konsep dasar sensasi yang utama iaitu:-

i. Stimuli adalah setiap rangsangan dari luar yang mempengaruhi kesedaran manusia
secara langsung. Stimuli perlu mempunyai kekuatan tenaga yang cukup kuat untuk
mendapat respon dan di terima oleh individu dalam proses persepsi.

ii. Tranduksi merupakan proses perubahan sesuatu bentuk tenaga ke dalam bentuk tenaga
yang lain iaitu menghasilkan potensi aksi dan menghantar informasi mengenai
rangsangan yang di terima melalui sistem saraf ke otak. Semasa rangsangan itu sampai
ke otak, maklumat akan bergerak ke bahagian yang berhubung dengan otak serebrum
untuk penafsiran.

iii. Ambang merupakan tahap minimal rangsangan bagi membolehkan sensasi berlaku.
Ambang mempunyai 2 jenis iaitu ;-
a. Ambang mutlak (Absolute threshold) – Seberapa jumlah rangsangan (tenaga)
yang diperlukan agar dapat melihat, mendengar, mencium, menghidu dan
menyentuh untuk menghasilkan sensasi (Gescheider, 1997). Contohnya, jarak
posisi anda yang diperlukan untuk mendengar jam yang berdetik sama ada
menghilang apabila jarak posisi yang jauh atau sebaliknya bagi mencapai
ambangnya.
b. Ambang perbezaan (Difference threshold) – Ia adalah satu rangsangan yang
diperlukan untuk membezakan dengan rangsangan yang lain. Sebagai contoh,

4
muzik yang dimainkan dengan perlahan dan anda menyedari perubahan
kekuatan muzik tersebut apabila volume radio dinaikkan.

Dalam prinsip Weber’s Law, beliau mengatakan bahawa manusia dapat mengesan
setiap tahap ambang mutlak dan ambang perbezaan dengan jumlah 50% bagi setiap
masa.

2.1.1 Jenis-jenis Sensasi

Deria manusia memainkan fungsi yang penting untuk menerima pelbagai rangsangan sama
ada reseptor dari luar atau dalam diri individu. Berikut adalah deria utama manusia:-

i. Deria penglihatan (Mata)


Mata merupakan organ yang menghasilkan persepsi visual manusia dengan bergantung
kepada cahaya untuk berfungsi iaitu bentuk tenaga atau gelombang elektromagnetik.
Dalam struktur mata, terdapat bahagian-bahagian yang akan membantu mata untuk
membentuk visual dan menghantar imej ke otak sebagai persepsi – Kornea, Iris, Pupil,
Retina dan Fovea.

ii. Deria pendengaran (Telinga)


Deria telinga berfungsi sebagai pendengar dan alat keseimbangan yang terdiri daripada
3 bahagian iaitu telinga luar, telinga tengah dan rongga telinga dalam. Proses
pendengaran berlaku apabila gelombang bunyi memasuki telinga luar dan disalurkan
ke gegendang melalui saluran auditori dan akan menghasilkan getaran. Tulang kecil
yang terletak di telinga tengah akan membantu untuk menguatkan getaran dari
gegendang telinga sehingga ke bujur koklea yang berisi cecair. Sel-sel rerambut akan
membentuk impuls pada sel-sel saraf yang menghubungkan saraf auditori dan otak
untuk ditafsir sebagai bunyi.

iii. Deria sentuhan (Kulit)


Kulit adalah bahagian luar tubuh manusia yang terdiri daripada beberapa lapisan iaitu
lapisan dermis dan epidermis. Kulit bukan sahaja berfungsi untuk melindungi tubuh
daripada kecederaan, mengawal cecair dan suhu badan malah kulit juga mempunyai
saraf reseptor yang menghubungkan otak iaitu:-

5
 Monoreseptor – Bertindakbalas terhadap sentuhan, tekanan gerakan dan
kinetik.

 Thermoreseptor – Berada di bawah kulit dan bertindakbalas kepada
rangsangan panas dan sejuk.

 Kemoreseptor – Bertindakbalas terhadap rasa asam, basah dan garam.


iv. Deria Olfaktor (Hidung)
Sistem olfaktor amat sensitif terhadap rangsangan yang mengeluarkan bau atau sejenis
kimia berupa gas. Dalam sistem olfaktor, ia mempunyai 3 bahagian yang berfungsi
untuk mengesan molekul bau yang terletak pada epitelium olfaktor dalam rongga
hidung, kemudian mentol olfaktor yang berada di bawah lobus hadapan akan
menghantar maklumat ke otak dan akhirnya bahagian sistem Limbic akan menyimpan
memori dan memberi tindakbalas emosi di dalam otak (Thalamus) individu.

v. Deria rasa (Lidah)


Lidah merupakan reseptor yang memiliki banyak struktur tunas merasa. Reseptor lidah
hanya akan bertindakbalas dengan rangsangan kimia khususnya. Oleh kerana lidah
adalah otot organ yang tersusun maka ia mempunyai bahagian utama yang merasa
sesuatu rangsangan kimia seperti rasa masin, manis, pahit dan masam. Menurut Sekuler
dan Blake (1994), struktur lidah mempunyai 4 jenis Papila yang menghasilkan persepsi
rasa iaitu Filiform (seluruh lidah), Fungiform (sisi dan hujung lidah), Foliate (sisi lidah)
dan Circumvallate (belakang lidah).

2.2 KONSEP PERSEPSI

Persepsi adalah proses iaitu otak akan menangkap setiap pengalaman sensasi manusia
yang diberikan dan menginterprestasikan maksud mesej yang dialami. Persepsi juga
merupakan cara untuk kita mengorganisasikan dan menafsir pola stimulus dalam lingkungan
tertentu. Definisi persepsi bagi Leavitt (1978) pula, ia adalah salah satu cara bagaimana
seseorang memandang dan memberi pengertian terhadap sesuatu yang dilihatnya. Secara
keseluruhannya, persepsi banyak menggunakan penelitian yang berkaitan dengan alat
penglihatan.

6
2.2.1 Jenis-jenis Persepsi

Terdapat 2 jenis konsep persepsi berdasarkan penglihatan iaitu:-

a. Persepsi Visual
Ia adalah satu proses pengalaman individu yang dihubungkan dengan benda yang
sedang dilihat menurut teori Gestalt iaitu cara menyusun stimuli dengan keseluruhan
atau konfigurasi dengan prinsip seperti berikut:-


Figure-ground – Merujuk kepada kecenderungan untuk melihat objek atau
angka seperti yang sedia ada di latar belakang. Contohnya gambar 1
menunjukkan bahawa seolah-olah mempunyai keutamaan untuk memilih

sebagai keluar dari latar belakangnya apabila melihat ilusi itu.

Gambar 1: Ilusi Figure-ground


Proximity – Kecenderungan untuk melihat objek yang dekat di antara satu sama
 lain sebagai sebahagian daripada kelompok yang sama atau saling berdekatan.

Similarity – Sesuatu yang merujuk kepada melihat benda-benda yang kelihatan
sama dalam kumpulan contohnya melihat pasukan pemain bola yang memakai
 baju yang seragam.

Closure – Kecenderungan untuk melengkapkan atau membentuk objek yang
 tidak lengkap seperti memberi gambaran keseluruhan sesuatu benda.

Continuity – Suatu prinsip kesinambungan
 yang lebih mudah untuk melihat
 daripada menjelaskan ia secara verbal.

b. Persepsi Kedalaman

7
Persepsi kedalaman adalah kemampuan untuk menginterprestasikan objek secara tiga
dimensi, melihat sebahagian objek yang jauh dan lebih dekat serta pertindihan objek.
Terdapat 2 cara kaedah bagi persepsi kedalaman iaitu:-


Monocular cues – Ia merupakan isyarat kedalaman yang tersedia pada sesuatu
gambar dengan hanya satu mata sama ada kiri atau kanan. Isyarat tersebut sangat
kuat dalam situasi normal dan dapat memberikan kesan terhadap kedalaman

 yang kuat.

Binocular cues – Isyarat kedalaman bagi binocular adalah bergantung kepada
kombinasi gambar dengan menggunakan kedua-dua mata kita. Oleh itu, gambar

akan kelihatan berbeza kerana kedua mata kita berada pada posisi yang berbeza.

3.0 FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MEMBOLEHKAN MANUSIA MELIHAT


DUNIA

Biasanya, manusia menafsir sesuatu objek adalah melalui penglihatan atau lebih
dikenali sebagai sistem visual. Sistem visual mempunyai fungsi yang kompleks iaitu menerima
cahaya dan membentuk representasi, pembangunan sebuah persepsi binocular dengan
sepasang dua dimensi, mengidentifikasi sesuatu objek visual, menilai dan mengenalpasti jarak
antara objek dan membimbing gerakan tubuh objek visual sehingga kita dapat menerima
maklumat yang disampaikan melalui sistem visual.

3.1 Struktur Organ Mata


Merujuk pada gambar rajah 2, mata manusia mampu untuk menangkap gelombang
cahaya untuk berfungsi membawa maklumat ke otak melalui visual yang tercipta daripada saraf
optik. Struktur mata manusia mempunyai bahagian-bahagian penting yang akan menghasilkan
sistem visual iaitu:-

3.1.1 Kornea

Terletak di luar bola mata yang berfungsi untuk menerima cahaya dan memantulkan ke
bahagian retina.

3.1.2 Iris

8
Iris berfungsi sebagai diafragma dan merupakan bahagian yang berwarna pada mata.
Warna iris terhasil daripada melanin yang melindungi mata daripada kesan sinaran matahari
secara langsung. Umumnya, manusia memiliki lebih banyak melanin iris dan lebih gelap pada
orang yang tinggal di kawasan Khatulistiwa dan manakala yang tinggal di kawasan kutub
memiliki melanin iris yang lebih sedikit.

3.1.3 Pupil

Pupil akan mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke bahagian mata yang lebih dalam
iaitu retina. Pupil mata akan mengecil dan membesar apabila mata menangkap sesuatu
perubahan cahaya.

3.1.4 Retina

Retina merupakan bahagian mata yang paling peka terhadap cahaya atau disebut bintik
kuning. Retina mempunyai sel sebanyak 7 juta sel yang berfungsi untuk melihat warna dan 118
juta reseptor yang digunakan untuk melihat pada waktu malam atau gelap.

3.1.5 Saraf Optik

Saraf optik berfungsi untuk membenarkan rangsangan cahaya yang diterima.


Rangsangan cahaya tersebut akan terus ke saraf pusat yang berada di otak. Selain itu, saraf
optik juga berfungsi untuk menghantar informasi dalam bentuk gelombang cahaya dan kod
warna ke otak untuk ditafsir.

Gambar rajah 2: Struktur bahagian mata manusia

9
3.2 Sistem Saraf Pusat (Otak)
Otak manusia merupakan pusat yang terpenting dalam pengolahan dan penafsiran
sesuatu benda yang dilihat. Terdapat 100 juta sel saraf neuron di dalam otak yang saling
berinteraksi di antara satu sel dengan sel yang lain untuk menghubungkan kesemua saraf tubuh
manusia.
Sistem visual berhubung dengan otak melalui saraf optik apabila menerima rangsangan
daripada luar. Bahagian otak yang akan menerima rangsangan impuls saraf optik adalah
Thalamus atau korteks visual yang terletak di bahagian belakang otak. Pusat visual otak
terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti gambar rajah 3 iaitu Frontal Lobe, Parietal
Lobe, Temporal Lobe dan Occipita Lobe yang merangkumi bahagian otak terbesar. Bahagian
otak besar inilah yang akan berfungsi untuk menentukan warna, jarak, kecerahan, cahaya,
penilaian dan penafsiran sesuatu objek melalui penglihatan.

Gambar rajah 3: Sistem Saraf Otak

Sistem visual sering dikaitkan dengan gangguan penglihatan yang disebabkan


kerosakan korteks visual primer iaitu Scotoma dan Hemianopsic yang akan mengakibatkan
ketidakmampuan penglihatan mata untuk menangkap visual dengan sempurna.

Gambar rajah 4: Penglihatan seseorang yang menderita Scotoma

10
Seseorang yang mengalami penglihatan seperti Gambar rajah 4 adalah disebabkan kerosakan
dan kecederaan pada otak atau sum-sum tulang belakang sehingga memberi kesan terhadap
fungsi sistem visualnya.

Gambar rajah 5: Visual bagi penghidap Hemianopsic

Manakala gambar rajah 5 pula adalah visual bagi seseorang yang menghidap Hemianopsic iaitu
kehilangan separuh penglihatan yang boleh terjadi sama ada salah satu mata atau kedua-duanya
sekali. Kesan ini disebabkan oleh gangguan tumor otak, traumatic atau penyakit stroke. Oleh
itu, sistem visual utama, sistem saraf pusat (otak) dan tubuh manusia perlu berfungsi secara
optimum bagi membolehkan kita melihat dengan baik.

3.3 Faktor Warna (Hue)


Visual manusia juga dipengaruhi oleh faktor warna dengan bantuan cahaya yang
dipantulkan melalui gelombang spektrum elektromagnetik (X-rays, UV light, Infrared,
Microwaves dan Cosmic rays). Faktor warna mempunyai trikomatik teori yang terdiri daripada
tiga reseptor (Cone) warna yang berbeza seperti merah, hijau dan biru dengan pengesan yang
berlainan. Edward Hering (1878) mengatakan bahawa terdapat dua kumpulan sel yang berbeza
dalam sistem visual bagi mengkod warna dan mengkod tahap kecerahan atau lebih dikenali
sebagai Opponent-process theory iaitu sensasi warna dari sel-sel Bipolar seterusnya ke dalam
sistem visual.
Dengan gambar rajah 6, kita dapat melihat bahawa dalam spektrum yang sempit,
gelombang cahaya yang panjang akan menimbulkan sensasi warna yang berbeza sebagai
contoh kita melihat tomato adalah berwarna merah kerana ia memantulkan gelombang yang

11
lebih panjang. Manakala gelombang yang sederhana panjang akan menimbulkan sensasi warna
kuning dan hijau seperti kita melihat lemon dan limau. Bagi gelombang pendek akan
menimbulkan sensasi warna biru.

Gambar rajah 6: Spektrum Eletromagnetik

Dalam teori Retineks, warna sesuatu objek adalah ditentukan pantulan dan gelombang
cahaya yang dihasilkan. Visual terhadap warna, bentuk, kedudukan dan kedalaman sesuatu
benda adalah berdasarkan pemprosesan aliran maklumat deria visual di bahagian korteks
penglihatan.

3.4 Kecerahan
Kecerahan terhasil daripada pantulan cahaya terang (amplitude) yang akan menentukan
kuantiti cahaya untuk sampai ke retina. Faktor kecerahan membantu visual lebih jelas dengan
bantuan cahaya terang dari matahari yang memantulkan gelombang cahaya dan mewujudkan
aktiviti neural dalam retina. Proses perubahan cahaya menjadi isyarat neural pada bahagian
reseptor rod dan otak manusia akan menerima gambaran visual dalam bentuk warna hitam-
putih yang kabur. Apabila pigmen disinari oleh cahaya, ia akan kehilangan warna dan rod juga
kehilangan kemampuan untuk menyerap cahaya. Namun semasa rod dikembalikan ke bahagian
gelap, rod akan mendapat warna merah dan kapasitinya semula untuk menyerap cahaya.
Kesimpulannya, otak akan mengesan kecerahan dengan jumlah aktiviti neural yang diterima
daripada mata.

3.5 Ketajaman Penglihatan


Faktor melihat juga melibatkan proses pengecaman objek dan kemampuan melihat
sesuatu objek yang diukur secara terperinci atau disebut resolusi. Ketajaman penglihatan

12
manusia menerangkan tentang jarak antara dua objek yang terpisah tapi masih dapat dilihat
sebagai dua objek yang berbeza. Lazimnya, ujian pemeriksaan tajam penglihatan
menggunakan kad Snellen yang terdiri daripada barisan huruf-huruf yang semakin kecil
ukurannya ke bawah untuk menguji jarak bacaan. Bagi penglihatan normal, ia mempunyai
variasi ukuran antara 6/4 hingga 6/6 iaitu bersamaan dengan 20/15 atau 20/20 kaki seperti
dalam kriteria gambar rajah 7. Berbanding dengan penglihatan yang kurang tajam, ukuran
dapat ditentukan dengan kemampuan melihat jumlah jari atau proyeksi sinar. Antara faktor
penyebab ketajaman penglihatan berkurang adalah disebabkan katarak, glaucoma, dan miopia.

Gambar Rajah 7: Kriteria Ketajaman Penglihatan menurut WHO

4.0 KAJIAN TEMUBUAL BAGAIMANA MEMBENTUK RASA KEGEMARAN

Pernahkah anda sedar apabila anda mencium sesuatu wangian contohnya masakan
makanan dan ingin merasa makanan tersebut? Ini kerana deria hidung sedang bergabung
dengan deria rasa anda untuk bertindak ingin merasa makanan tersebut. Deria rasa dan deria
bau adalah berhubungkait antara satu sama lain untuk mempengaruhi pemilihan rasa manusia
untuk mewujudkan perasaan ingin merasa dan pandangan sama ada suka atau tidak terhadap
sesuatu makanan berdasarkan sifatnya yang tersendiri.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi ke atas makanan yang digemari
bagi membentuk pemilihan rasa dengan kaedah berbentuk soal selidik dan temubual
berdasarkan soalan-soalan berikut.

1) Apakah makanan dan minuman kegemaran anda?


2) Kenapa anda menyukai makanan/minuman tersebut? Adakah disebabkan
perisa, warna, wangian, cara masakan dan sebagainya.
3) Adakah anda pernah merasa makanan/masakan daripada budaya lain selain
budaya anda sendiri? Jika pernah, apakah perasaan/pendapat/pengalaman anda

13
terhadap rasa/perisa/bauan terhadap makanan/masakan yang anda rasa
daripada budaya lain?
4) Apakah makanan/masakan tradisi dalam keluarga turun temurun yang anda
gemari?
5) Antara manis, masam, pedas dan masin, yang manakah menjadi kegemaran
anda dalam makanan/masakan?

4.1 Hasil Dapatan Daripada Temubual 3 Responden


Kajian temubual telah dilakukan di kalangan sahabat-sahabat terdekat yang meliputi
jantina, umur dan bangsa yang berbeza untuk mengetahui bagaimana mereka membangun rasa
kegemaran mereka. Setelah data-data diperolehi melalui temubual, saya memilih 3 responden
yang terbaik untuk penganalisisan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan rasa kegemaran mereka.

4.1.1 Faktor Umur


Jadual 4.1.1
Kategori
Jantina Umur Makanan Kegemaran Minuman Kegemaran
Responden
Sup Ayam, Buah-buahan
A Perempuan 35 Jus Buah dan Teh
dan Sayuran hijau
Nasi Campur, Telur dan Air Kelapa dan minuman
B Lelaki 26
Ayam Goreng Isotonik
KFC, Coklat dan Nasi
C Perempuan 18 Milo dan Air Bandung
Beriani

Berdasarkan Jadual 4.1.1 iaitu pemilihan rasa bagi faktor umur, ia menunjukkan
bahawa umur mempengaruhi citarasa setiap individu. Bagi responden A, beliau lebih suka
makanan yang seimbang dan memberi banyak khasiat kerana faktor umur tersebut mendorong
beliau untuk menjaga kesihatan pada peringkat awal. Responden B pula gemar kepada
makanan dan minuman yang memberikan nutrient pembekal tenaga kerana beliau memerlukan
lebih tenaga untuk terus aktif pada tahap umurnya. Manakala Responden C, kegemaran beliau
bersesuaian dengan umur kerana ia menunjukkan bahawa remaja perlukan lebih protein dan
kalsium bagi mengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti.

14
4.1.2 Faktor Pengalaman
Ketiga-tiga responden mengatakan bahawa mereka mempunyai kegemaran makanan
yang kini menjadi makanan kebiasaan mereka berdasarkan faktor pengalaman sejak dari usia
remaja mereka.

Responden A
Bagi Responden A, beliau menyukai masakan Cina sejak dari alam persekolahannya kerana
dipengaruhi oleh kegemaran sahabat-sahabatnya yang berbangsa Cina. Sehingga kini, beliau
masih mengamalkan cara masakan bangsa Cina dan ini dapat dibuktikan berdasarkan Jadual
4.1.1 iaitu makanan kegemaran beliau lebih kepada Chinese Food.

Responden B
Bagi responden B pula, makanan kegemaran beliau sejak dulu adalah makanan Western seperti
dalam Jadual 4.1.1 kerana pengaruh daripada citarasa ahli keluarganya yang lain.

Responden C
Dalam Jadual 4.1.1, jelas menunjukkan beliau amat menggemari Nasi Beriani. Responden C
mengatakan walaupun beliau bukan keturunan India namun beliau menggemarinya kerana
majoriti sahabat di sekolahnya adalah berbangsa India dan banyak mempengaruhi citarasanya
sehingga sekarang.

4.1.3 Faktor Genetik


Bagi faktor genetik, ketiga-tiga reponden juga mempunyai citarasa yang tetap atau
kegemaran makanan yang menjadi tradisi mengikut budaya masing-masing. Berikut adalah
dapatan temu bual tentang pembentukan rasa dari segi genetik bagi tiga responden berikut.

Responden A
Menurut beliau, makanan yang paling digemarinya adalah makanan Ambuyat iaitu sejenis
makanan yang berasal daripada bahagian dalam pokok rumbia kemudian diproses menjadi
seperti kanji ubi kayu dan dimakan bersama ulam dan lauk. Responden A juga mengatakan
bahawa Ambuyat adalah makanan tradisi orang Dusun Tatana (Kuala Penyu, Sabah) yang
menjadi turun temurun dalam keluarganya.

Responden B

15
Bagi responden B, makanan yang menjadi kegemaran beliau dan seisi keluarga adalah
makanan Hinava yang diperbuat daripada ikan dan dicampur dengan jus limau, cili, bawang
merah dan halia hiris. Hinava atau Sambal Ikan adalah hidangan tradisional di kalangan orang
Kadazan-Dusun (Penampang, Sabah).

Responden C
Makanan yang menjadi kegemaran beliau sejak kecil adalah Burasa atau disebut lontong
bersantan yang diperbuat daripada beras dan dimasak bersama santan dan kemudian dibungkus
dengan daun pisang. Biasanya, Burasa akan dimakan bersama-sama dengan Coto Makassar
dan ia sangat digemari oleh masyarakat Bugis yang menetap di Malaysia.

4.1.4 Emosi
Faktor emosi seringkali mempengaruhi seseorang dalam aspek pemakanan. Begitu juga
ketiga-tiga responden yang memilih rasa makanan kegemaran mereka berdasarkan emosi dan
perasaan.

Responden A
Berdasarkan Jadual 4.1.1, responden memilih makanan kegemaran tersebut kerana faktor ingin
menjaga kesihatannya. Beliau yang menitikberatkan amalan pemakanan seimbang lebih
memilih citarasa yang ringkas kerana bimbang akan obesiti dan penyakit-penyakit yang lain.

Responden B
Bagi responden B pula, pemilihan citrasa makanan beliau disebabkan kesibukkan diantara
kerja dan aktiviti lasak. Oleh itu, beliau lebih memilih makanan yang membekalkan tenaga
sesuai dengan aktiviti hariannya.

Responden C
Dalam lingkungan umur responden, citarasa beliau berbeza dengan responden A dan B.
Pemilihan citarasanya lebih kepada makanan segera (fast food) seperti KFC kerana responden
mengatakan ia dapat menjimatkan masa memandangkan beliau sibuk dengan pelajarannya dan
menetap dalam hostel.

4.1.5 Persekitaran

16
Persekitaran merupakan faktor yang mampu mempengaruhi emosi seseorang untuk
membentuk citarasa kerana berdasarkan aspek penerimaan manusia terhadap persekitaran.
Berikut adalah justifikasi ketiga-tiga responden menurut faktor persekitaran.

Responden A
Responden mengatakan beliau lebih suka memasak di rumah dan makan bersama keluarga
kerana dapat mewujudkan silaturahim diantara ahli keluarga selain membuatnya gembira.
Selain itu, beliau juga dapat merasa masakan daripada budaya lain seperti masakan Sambal
Ikan (Hinava) kerana terdapat ahli keluarganya yang berasal dari daerah lain.

Responden B
Bagi responden B, beliau lebih suka persekitaran yang santai semasa menikmati makanannya
seperti air kelapa dan kadangkala memakan roti canai di Restoran India. Pemilihan citrasa
beliau juga bergantung kepada pengaruh citarasa kawan-kawannya yang menyukai makanan
India dan ini memberi beliau satu citarasa yang baru selain makanan kegemarannya seperti
dalam Jadual 4.1.1

Responden C
Beliau mengatakan bahawa persekitaran kondusif adalah tempat yang disukai untuk menikmati
makanan Western kerana ia dapat memberi ketenangan semasa makan bersama sahabat-
sahabatnya. Selain itu, beliau kerap makan di luar kerana jauh daripada keluarga dan ini
menyebabkan citarasanya kadangkala berubah mengikut keadaan persekitaraannya.

17
5.0 KESIMPULAN

Psikologi dapat ditakrifkan sebagai satu kajian atau ilmu mengenai sikap atau kelakuan,
jiwa dan pemikiran manusia dan binatang. Dalam psikologi juga merangkumi konsep sensasi
dan persepsi yang berhubungkait antara satu dengan lain untuk menghasilkan satu tafsiran yang
tepat. Bagi konsep sensasi, ia terdiri daripada deria utama manusia iaitu mata, hidung,
sentuhan, telinga dan deria rasa yang berfungsi untuk menangkap rangsangan awal dan
menerima maklumat sebagai persepsi dan seterusnya mengubah sensasi tersebut menjadi
maklumat kepada manusia.

Struktur sistem visual, saraf otak manusia, faktor warna, kecerahan dan ketajaman
penglihatan merupakan faktor-faktor yang membolehkan manusia dapat melihat sesuatu objek
itu dengan jelas. Namun penglihatan manusia juga boleh terjejas disebabkan faktor kesihatan
seperti katarak, rabun dan kecacatan lahiriah seperti buta sejak lahir.

Pemilihan makanan biasanya dipengaruhi oleh citarasa individu yang bergantung


kepada pelbagai faktor mempengaruhi seperti umur, jantina, emosi, persekitaran, budaya dan
sebagainya. Berdasarkan temu bual kepada tiga responden tersebut, jelas menunjukkan bahawa
setiap faktor mempunyai implikasi terhadap pemilihan dan perubahan citarasa mereka.
Kesimpulannya, setiap tafsiran, pemilihan dan tindakbalas manusia terhadap sesuatu adalah
disebabkan penerimaan deria-deria kita terhadap rangsangan daripada pelbagai faktor tertentu.

(Jumlah Patah Perkataan: 2956)

18
RUJUKAN

Henriques G.R (2004). Journal of Clinical Psychology, Psychology Defined, James Madison
University, Harrisonburg.

Euis Siti Fatimah, Fatia Rizky Prawitha, Imas K, Santy Mulyani, Vinky Nurlutfi (2013).
Penelitian Psikologi 1, Fakulti Psikologi, Universiti Borobudur Indonesia.

Utusan Online: Kesihatan Mata Dan Masalah Penglihatan, Arkib 23/3/2008

Nur Hidayat Binti Mohd Yunus (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Makanan
Sihat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Di Daerah Johor Bahru, Universiti
Teknologi Malaysia.

Buku Modul Introduction of Psychology, Open University Malaysia.

19

Anda mungkin juga menyukai