Anda di halaman 1dari 27

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

Pengenalan:

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan
dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16
Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Matlamat PIPP adalah untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Dua pendekatan
utama yang dikenal pasti iaitu:

Menyelesaikan tugas yang masih belum selesai dan kesamarataan peluang pendidikan
- Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum, kelompok kurang upaya,orang asli dan suku minority lain.
- Memastikan semua pelajar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M)
Kecemerlangan institusi pendidikan
- KPM akan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap
cemerlang.
- KPM akan mengenal pasti sekolah-sekolah dalam kluster (SK), (SJK), (SBP), (SMT),
(SMKA), Sekolah Bestari serta sekolah-sekolah Putrajayadan Cyberjaya.

1
6 TERAS PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Membina negara bangsa


- Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan integrasi
nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Membangunkan modal insan


- Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk pelajar
memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


- Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru besar dan
kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.

Merapatkan jurang pendidikan


- Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar, mengurangkan
keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.

Memartabatkan profesion keguruan


- Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru, memantapkan latihan
perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.

2
Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
- Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan sekolah
kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)

Latar belakang
Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan kajian semula sistem
pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu. Tujuan utama kajian semula ini dibuat dalam konteks
standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara
dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan
peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.
Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi
tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan
jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta
mengoptimumkan kecekapan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan
secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan
tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Aspirasi Sistem Pendidikan


1. Akses100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah
hingga menengah atas menjelang 2020.
2. KualitiNegara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dan
PISA dalam tempoh 15 tahun.
3. Ekuiti50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi,
gender) menjelang 2020.
4. Perpaduan sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian
5. Kecekapan sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan
sedia ada.
Aspirasi terhadap Murid

3
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi alsafah
Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid.
Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada sistem pendidikan yang berprestasi tinggi
bagi membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid sebagai persediaan
menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi.PPPM ini telah
menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi bagi setiap murid di negara
ini.Setiap murid akan mempunyai sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Aspirasi murid
Pengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etika
dan Kerohanian, Identiti Nasional
Pengetahuan
Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran
literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran
teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am
yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan
geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.
Kemahiran Berfikir
Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan
mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta
ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi
perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan
dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin
Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan
bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan
negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan
peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan
ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat
dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran
berkomunikasi dengan berkesan.

4
Kemahiran Dwibahasa
Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa
sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas
menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan
menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
Etika dan Kerohanian
Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi
mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada
prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang
betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang
dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara.
Identiti Nasional
Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan
untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat
patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara,
dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti
nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti
nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian,
tetapi juga menghayati kepelbagaian.Perbincangan Buat perbincangan dalam kumpulan
mengenai langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah bagi memenuhi
ciri-ciri utama aspirasi setiap murid.

Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara


Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan
perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi
impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses,
kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua
anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera.
Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan.
Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan

5
sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi atau
pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas
anjakan tersebut adalah :
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti bertaraf
antarabangsa
.Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian Kementerian.
Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.
Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
.Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara
langsung.

Urutan Anjakan Transformasi


Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara,
Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga
gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga.

Gelombang transformasi
Gelombang 1 (2013-2015)
Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan
mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan
ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan
meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti
kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih
pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga
akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan
daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan
hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian

6
akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap
minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara inisiatif Kementerian dalam
Gelombang 1 adalah:
Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya
dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).
Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan
kemahiran berfikir aras tinggi.
Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan
latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).
Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang
direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.
Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan
semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model
pembelajaran pelbagai mod (blended learning).
Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam
pembelajaran harian.
Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi
rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.
Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan
bagi guru baharu.
Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band
5,6& 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan
kualiti kepimpinan sekolah.
Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui
jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.
Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan
enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik.
Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama
dengan sektor swasta
.
Gelombang 2 ( 2016-2020)
Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem
pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua
inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan
kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu,

7
penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan
yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula
dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard
kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.
Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.
Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan
mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan
kemahiran bahasa secara menyeluruh.
Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan
peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.
Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
terarah kendiri.
Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan
penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan
kokurikulum.
Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan
laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.
Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian,
JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan. Memperoleh
akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai
persediaan murid ke universiti.
Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan
pembekal pendidikan vokasional swasta.

Gelombang 3 (2021-2025)
Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu
menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan
memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya
kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.Kementerian
juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan
sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam

8
pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan
kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian
yang lebih tinggi.
Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak
pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan.
Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh
negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.
Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan
pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan
setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.
Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan
kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya
tidak kepada semua sekolah.
Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan
kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.
Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan
untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.Memikir Cuba fikirkan, apakah
impak pelaksanaan transformasi sistem pendidikan ini kepada : Murid Guru
Pemimpin sekolah Ibu bapa

IMPLIKASI
PLAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menterjemahkan semangat


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mengutamakan pendidikan seimbang
sebagai asas mencapai aspirasi murid. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia juga
mengambil pengajaran daripada sistem pendidikan berprestasi tinggi dan kecekapan
tertentu yang diperlukan oleh murid untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia
global yang semakin mencabar.
Sehubungan itu, semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tentang pendidikan
seimbang diperlihatkan dalam enam ciri iaitu dari segi pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, keusahawan, Kemahiran dwibahasa, Etika dan kerohanian dan
Identiti nasional. Ciri-ciri ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan

9
semua murid memberikan sumbangan yang bermakna kepada keluarga, masyarakat, dan
negara.
Implikasi PPPM Kepada Murid
Murid ialah golongan yang paling penting dalam pelaksanaan PPPM sekarang ini.
Pelaksanaan PPPM memberi manfaat yang signifikan dalam perkembangan pendidikan
mereka tanpa mengira latar belakang. Murid belajar dalam persekitaran pembelajaran
yang kondusif, dan akan berasa terangkum dan terdidik dengan pengalaman
pembelajaran di sekolah. Apabila menamatkan persekolahan, murid akan mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bertaraf dunia, nilai moral yang tinggi, dan berupaya
bersaing dengan rakan sebaya dari negara lain.
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017
sebagai menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk
memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu
Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas
selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi
menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima
tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding
enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk
pemikiran aras tinggi.
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan
memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT)
dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti
latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah
menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan
memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah,
merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas
Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga
akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India,
Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
Murid juga mendapat pembelajaran yang kaya, dari segi akademik dan bukan
akademik supaya mereka boleh berjaya dalam kehidupan. Lebih banyak projek dan

10
tugasan berasaskan kumpulan akan dilakukan bagi meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi murid dan keupayaan untuk bekerja secara individu dan berkumpulan. Lebih
banyak projek berasaskan komuniti dan aktiviti rentas sekolah akan dilakukan bagi
memupuk interaksi dengan individu dari semua latar belakang. Murid akan mempunyai
lebih banyak peluang untuk belajar pada kadar kendiri dan mengejar minat mereka dalam
aliran akademik, vokasional dan teknikal.
Kementerian meneruskan usaha untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
murid menerusi pelbagai usaha di dalam dan di luar bilik darjah. Pelaksanaan pedagogi
abad ke-21 dapat menggalakkan murid bekerjasama dan dapat memupuk nilai murni.
Usaha ini disokong melalui program khusus seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk
Perpaduan (RIMUP) yang berjaya mengumpul murid daripada kumpulan etnik yang
berbeza untuk melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dan kebudayaan.

Implikasi PPPM Kepada Guru


Pelaksanaan PPPM juga memberi impak kepada Guru. Guru boleh meningkatkan
keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai keberhasilan murid
yang dihasratkan, dan akan memperoleh lebih keseronokan dan kepuasan dalam
menjalankan tugas mereka. Dengan perancangan kerjaya guru yang baharu ini guru akan
menikmati:
perkembangan profesional yang lebih memuaskan,
laluan kerjaya yang lebih baik,
proses penilaian yang telus dan adil
Keupayaan dan prestasi yang relevan.
Guru-guru juga mendapat sokongan yang diperlukan untuk berjaya. Guru akan
mempunyai lebih akses kepada peluang pembangunan profesional berasaskan sekolah.
Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluaan. Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program
Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan
Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-
jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi
rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013
sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.
Guru juga berpeluang untuk menikmati persekitaran kerja yang lebih sesuai,
ganjaran berasaskan prestasi dan laluan kerjaya yang lebih baik. Bagi

11
mentransformasikan pembangunan professional keguruan, Kementerian menyediakan
Pelan Induk Pembangunan Profesional Berterusan (PIPPB) supaya pegawai
perkhidmatan pendidikan lebih bertanggungjawab terhadap pembangunan professional
kendiri. Pada tahun 2013, sebanyak 13,964 guru Gred 41 dan 44 telah menghadiri Kursus
Pembangunan Kompetensi. Kursus ini telah memantapkan lagi kemahiran guru dalam
pedagogi dan pengurusan, sekaligus meningkatkan prestasi mereka dalam bilik darjah.
Mereka akan melaksanakan tugas di sekolah yang mempunyai kelengkapan yang cukup,
dan persekitaran kerja yang sesuai. Beban pentadbiran guru akan dikurangkan supaya
mereka boleh menumpukan tenaga pada aktiviti teras, iaitu pengajaran dan pembelajaran.
Projek 1BestariNet juga telah dirancang bertujuan membolehkan setiap sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan mendapat akses kepada internet jalur lebar berkelajuan
tinggi (broadband). Ekoran itu, Kementerian menyasarkan 10,000 laman pembelajaran
digital dibangun dan diterbitkan oleh guru ke dalam VLE. Promosi akan terus dilakukan
pada peringkat negeri dan daerah bagi menarik minat guru membina laman pembelajaran.
Projek ini juga menyediakan satu persekitaran pembelajaran maya atau Virtual Learning
Environment (VLE). VLE ialah satu platform untuk guru, ibu bapa dan murid
berkomunikasi dan berkongsi sumber pembelajaran. Murid akan memperoleh akses
kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif, manakala pengetua, guru besar dan
guru boleh mengakses sumber pembelajaran dan berkomunikasi dengan komuniti di
dalam dan luar negara bagi membantu meningkatkan kualiti amalan mereka.
Pendedahan dengan budaya kerjasama dan kecemerlangan professional guru
dapat saling bekerjasama dalam menangani masalah dan berkongsi amalan terbaik.
Mereka mempunyai keluwesan pedagogi yang lebih besar dalam bilik darjah dalam usaha
memastikan setiap murid belajar. Pihak guru perlu bersikap terbuka kepada pembelajaran
dan cara bekerja yang baharu, melibatkan ibu bapa dan murid dalam proses
pembelajaran, dan mempamerkan cara berfikir, nilai, dan kelakuan yang dijangkakan
daripada murid.

Implikasi PPPM Kepada Pemimpin Sekolah


Pemimpin sekolah menjadi pemimpin instruksional yang cemerlang, dan
bertindak sebagai ejen perubahan. Mereka akan menikmati sokongan yang lebih padu dan
perkhidmatan yang lebih baik daripada pegawai pendidikan persekutuan, negeri dan

12
daerah. Mereka akan mendapat akses yang lebih besar terhadap latihan kepimpinan
bertaraf antarabangsa, serta amalan terbaik daripada rakan sejawatan mereka di Malaysia.
Pemimpin sekolah memperolehi sokongan dan sumber yang mereka perlukan
bagi memacu sekolah dengan berkesan. Mereka akan menjalani kursus persediaan,
induksi dan latihan berterusan yang lebih baik bagi membantu meningkatkan kemahiran
kepimpinan. Memperkukuh kebolehupayaan pemimpin utama untuk mengenal pasti
tahap kompetensi di JPN dan PPD, Kementerian telah menjalankan penilaian kompetensi
kepimpinan utama JPN dan PPD. Pada tahun 2013, proses ini melibatkan 251 jawatan
kepimpinan utama, merangkumi Pengarah JPN, Timbalan Pengarah JPN, Pegawai
Pendidikan Daerah dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Semua pemimpin ini
perlu melalui tiga peringkat saringan, iaitu penilaian kendiri disusuli dengan dua siri
temuduga-temuduga Panel yang menilai kompetensi fungsi atau bidang tugas dan
Behavioural Event Interview (BEI) untuk menilai ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki oleh
pemimpin berkenaan.
Pemimpin sekolah juga menikmati persekitaran bekerja yang lebih baik dan
ganjaran berasaskan prestasi. Pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi dan komited
mampu membawa perubahan dan meningkatkan keberhasilan murid serta prestasi
sekolah. Kementerian akan memastikan setiap sekolah mempunyai pengetua atau guru
besar dan pasukan pemimpin sekolah yang berkualiti tinggi bagi menyediakan
kepimpinan pendidikan serta memacu prestasi sekolah. Pada tahun 2013, Kementerian
telah memperkenalkan Piagam Pemimpin Sekolah bagi memperkukuh kaedah pemilihan
dan latihan pengetua dan guru besar. Antara aktiviti utama adalah menetapkan syarat
baharu bagi pemilihan dan proses perancangan penggantian, menetapkan Kelayakan
Profesional Pemimpin Pendidikan kebangsaan (NPQEL) sebagai syarat wajib pemilihan
pemimpin sekolah menawarkan Program Residensi dan Immersion (PRIme) untuk calon
pengetua dan guru besar dan menyediakan pembangunan profesional berterusan terbeza
untuk pemimpin sekolah berdasarkan kompetensi dan prestasi.
Pengetua/guru besar, penolong kanan, ketua bidang dan juga semua ketua panitia
akan bekerja di sekolah yang mempunyai kemudahan yang mencukupi. Beban
pentadbiran pula dikurangkan supaya mereka boleh menumpukan tenaga kepada
kepimpinan instruksional. Mereka akan menikmati ganjaran berasaskan prestasi yang
menarik termasuk perkembangan kerjaya yang lebih pantas dan kredit tambahan bagi

13
kecemerlangan dalam program penempatan di sekolah luar bandar dan pedalaman yang
berprestasi rendah. Di samping itu, pemimpin berprestasi tinggi yang terpilih telah diberi
peluang mengikuti program sandaran industri bagi mendapatkan pendedahan amalan
terbaik di sector korporat supaya dapat dipelajari dan disesuaikan untuk diamalkan di
sekolah. Seramai 30 pemimpin sekolah mengikuti program sandaran di Telekom
Malaysia pada tahun 2013, dan program ini akan diperluas dengan melibatkan lebih
banyak badan korporat pada tahun 2014.
Tambahan pula, pemimpin sekolah akan diberi kuasa melalui pengurusan
berasaskan sekolah yang lebih tinggi. Mereka akan mempunyai keluwesan pengendalian
yang setara dengan prestasi sekolah mereka dalam perkara seperti penjadualan kurikulum
dan peruntukan bajet serta menjalinkan kerjasama profesional bersama PPD bagi
mendapatkan input untuk sasaran prestasi tahunan, dan akan menikmati ketelusan yang
lebih tinggi berkaitan keputusan yang memberikan kesan kepada sekolah mereka.
Pihak sekolah juga perlu mencapai set jangkaan yang lebih tinggi yang telah
ditetapkan bagi sekolah mereka. Mereka perlu sentiasa terbuka kepada cara bekerja yang
baharu, melibatkan masyarakat dalam penambahbaikan sekolah, dan menjalankan tugas
sebagai pembimbing dan juru latih untuk membina keupayaan kakitangan sekolah
masing-masing dan sekolah lain.

Impak Pelaksanaan PPPM Kepada Ibu Bapa


Ibu bapa akan menyaksikan penambahbaikan yang ketara dan lestari dalam
pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Prestasi dan keutamaan sekolah akan lebih
telus, dan ibu bapa akan sentiasa dimaklumkan tentang keadaan anak mereka di sekolah
dari segi pencapaian dan juga perkembangan. Ibu bapa akan berperanan seperti rakan
kongsi sebenar dengan sekolah dalam membantu pembelajaran anak mereka.
Ibu bapa juga perlu lebih memahami tentang kemajuan anak mereka, dan
bagaimana mereka boleh membantu meningkatkannya. Memperluaskan jalinan
kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta, kementerian akan
memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk
membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian.
Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah
menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan
sebagai penganjur. Mereka akan berhubung secara tetap dengan guru, dan bukannya

14
ketika timbul masalah sahaja. Mereka akan mempunyai akses penuh terhadap prestasi
anak mereka dalam peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah. Mereka
akan diberikan bimbingan, iaitu daripada petua keibubapaan hinggalah kepada kelas
pendidikan dewasa tentang bagaimana memberikan sokongan terbaik kepada
pembelajaran dan kemajuan anak mereka.
Selain itu, mereka juga mempunyai lebih banyak peluang untuk memberikan
input kepada strategi penambahbaikan sekolah anak mereka. Mereka mempunyai hak
untuk tahu sepenuhnya tentang misi sekolah, prestasi terkini dan program
penambahbaikan tahunan. Melalui PIBG, mereka boleh memberikan input dalam perkara
seperti kualiti guru dan kurikulum. Komitmen mereka terhadap anak dan sekolah akan
disambut baik dan dihargai. Kementerian juga membimbing sekolah menerusi
pelaksanaan Sarana Sekolah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif bagi
membina jalinan hubungan kerja antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta. Bagi membina pemahaman di kalangan guru, latihan berkaitan program pelibatan
ibu bapa telah disediakan untuk lebih 332,000 (80.2%) guru di 8,753 sekolah. Program
ini juga melibatkan lebih 2.2 juta ibu bapa di 9,023 sekolah. Satu sistem kutipan data
dalam talian bagi pelibatan ibu bapa telah dilancarkan pada tahun 2013.
Ibu bapa mesti supaya menyokong anak-anak mereka bagi memastikan anak
mereka mencapai potensi pembelajaran contohnya, memastikan anak mereka
menyiapkan tugasan dan hadir ke sekolah tepat pada masanya. Ibu bapa juga perlu
menunjukkan komitmen, pelibatan dan keterbukaan untuk anak mereka. Ibu bapa perlu
berkongsi input, dan tumpuan terhadap sekolah melalui cara yang membina, dan
melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dengan aktif.

Impak Pelaksanaan PPPM Kepada Pegawai Kementerian


Pelaksanaan PPPM memberi kesan kepada pegawai kementerian untuk bertindak
sebagai pemimpin perubahan, dengan kemahiran dan atribut yang diperlukan untuk
menyokong sekolah. Mereka akan menjadi pengurus, pembimbing dan penyokong
kecemerlangan sekolah yang lebih baik. Mereka akan mendapat manfaat daripada
meritokrasi yang lebih besar, lebih kuasa dengan kebertanggungjawaban yang lebih
tinggi, dan tidak akan terbatas dengan hierarki dan kawalan. Pegawai Kementerian juga
akan menerima sokongan, latihan dan sumber yang bersasaran yang diperlukan untuk
memenuhi peranan dan tanggungjawab baharu mereka. Mereka akan mempunyai peranan

15
baharu yang memfokuskan pada menyokong sekolah, dan akan mempunyai akses kepada
lebih banyak peluang perkembangan profesional. Mereka akan terlibat dalam
perbincangan maklum balas konstruktif yang memfokuskan pembelajaran dan
pembangunan, bukannya menyalahkan dan memberi hukuman.
Cara bekerja secara tersendiri dalam bahagian-bahagian Kementerian akan
dihapuskan, manakala peranan dan tanggungjawab akan diperkemas untuk
menghapuskan duplikasi fungsi dan aktiviti. Maklumat akan dikongsi secara cekap untuk
membuat keputusan berasaskan bukti. Cara keputusan dibuat akan lebih jelas. Pegawai
Kementerian mempunyai keluwesan pengoperasian dan kebertanggungjawaban yang
lebih besar. Sistem pendidikan akan beralih ke arah pemencaran kuasa dengan lebih
banyak hak membuat keputusan akan diberikan kepada pegawai peringkat negeri dan
daerah. Pegawai akan mempunyai hak yang lebih besar dalam mengenal pasti bidang
penambahbaikan di negeri, daerah dan sekolah bawah kendalian mereka. Mereka juga
mempunyai hak yang lebih besar dalam menyediakan penyelesaian yang spesifik kepada
konteks.
Pegawai juga perlu sentiasa terbuka kepada maklum balas daripada sekolah dan
masyarakat. Mereka akan memperjuangkan perubahan yang akan berlaku dalam sistem
pendidikan. Mereka perlu lebih responsif dalam memberikan sokongan dan sumber yang
diperlukan oleh sekolah, serta bagi memastikan semua pihak berkepentingan dalaman
dan luaran tahu tentang apa-apa yang berlaku.

Isu-isu berkaitan dengan Anjakan ke-7

Isu Pertama: Prasarana Sekolah

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke arah
masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan khasnya
sekolah. Untuk mencapai matlamat wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat,
maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah perlu diperluaskan.

ICT merupakan akronim atau kata singkatan daripada perkataan Information


Communication Technology (ICT) yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat.
Maklumat dikatakan boleh memberi kesan kepada cara berfikir. Ia terkandung dalam mesej yang

16
boleh disimpan, dicapai dan dimanipulasikan. ICT dapat ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk
peralatan dan system yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah,
menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini ICT digunakan
dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang
besar terhadap dunia akan dating (Robertson, 1998).

Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran


dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi
dalam kaedah pengajaran harian dengan matapelajaran yang diajar. Mempelajari menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kemudahan prasarana ICT di sekolah sering menjadi punca
kenapa penggunaan ICT tidak dapat dilaksanakan di sekolah. Terdapat sekolah yang tidak
mempunyai bilik komputer yang memuaskan. Bilangan murid yang ramai serta penggunaan bilik
komputer yang maksimum bagi matapelajaran selain teknologi maklumat diburukkan lagi
dengan peralatan atau pendawaian elektrik yang tidak selamat sering menjadi isu utama di
sekolah.

Isu kekurangan infrastruktur seperti kemudahan makmal komputer yang lengkap di setiap
sekolah mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar. Pelbagai inisiatif yang dilakukan namun
timbul pula isu pembekalan atau penghantaran peralatan komputer ke sekolah secara
berperingkat-peringkat mengambil masa yang tidak sekata dan terlampau lama.. Sebagai contoh,
terdapat sekolah di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai sumber elektrik iaitu hanya
menggunakan kuasa generator semata-mata, juga tiada liputan telefon mahupun internet tetapi
dibekalkan dengan peralatan komputer yang lengkap. Komuniti ini juga kerap mengalami
keputusan tenaga yang menjadi masalah utama untuk menghidup prasarana internet di sekolah
luar bandar.

Bagi mengatasi berlakunya permasalahan seperti ini, sepatutnya diwujudkan atau lantik
badan khas yang datang ke sekolah untuk memantau dan menjalankan penilaian keperluan
sekolah sama ada sekolah tersebut layak mendapat bekalan peralatan ICT atau sebaliknya. Ia
juga penting bagi memastikan sumbangan diagihkan dengan baik tanpa penyelewengan. kepada
pihak-pihak yang berkepentingan. Bagi sekolah yang mempunyai bilangan enrolmen murid yang
banyak, sediakan makmal komputer yang luas dan selesa sesuai untuk menampung jumlah murid

17
yang ramai. Justeru peranan penyelaras ICT dan juruteknik komputer disetiap sekolah dipantau
secara berkala dan diberikan kursus yang lengkap untuk mengendalikan peralatan ICT. Hal ini
kerana terdapat penyelaras ICT yang dilantik di sekolah atas dasar memenuhkan kota atau
kekosongan penjawatan dan bukannya terlatih dengan ilmu pengkomputeran.

Kesimpulannya, matlamat utama mengintegrasikan ICT dalam kurikulum adalah untuk


membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami
ICT. Peranan ICT dalam penagjaran dan pembelajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah
yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu, kehadiran ICT sahaja
tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting dalam integrasi ICT ialah
setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan pengajaran dan pembelajaran dan sebagai
satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah semasa proses pembelajaran serta
memperolehi hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

Isu Kedua: Perkhidmatan rangkaian jalur lebar yang tidak stabil

Teknologi adalah menjadi satu saingan pada abad ke 21 ini. Semua Negara di dunia
berlumba-lumba untuk meningkatkan teknologi di Negara masing-masing terutama sekali kuasa-
kuasa besar dunia dan tidak kurang pula Negara kecil yang sedang membangun seperti Malaysia.
Kepentingan teknologi di dalam Negara adalah bidang perindustrian, ekonomi, pelancongan dan
yang paling penting adalah dalam bidang pendidikan. Proses pendidikan di zaman yang canggih
ini tidak lagi menggunakan kaedah yang lama kerana kerajaan telah mebekalkan pelbagai alatan
berteknologi tinggi untuk digunakan oleh guru. Guru sebagai medium utama untuk
mengaplikasikan alatan yang telah disediakan dari kerajaan yang mengutamakan sistem
pendidikan. Hal ini kerana mereka sedar generasi baru yang berfikiran jauh ke depan akan
membantu dalam meningkatkan nama negara Malaysia di mata dunia supaya disegani negara
lain.

Teknologi rangkaian setempat atau local area network (LAN) merupakan suatu teknologi
sistem komunikasi data yang paling popular dalam teknologi rangkaian komputer. Penggunaan

18
LAN dalam menghubungkan dua dan lebih komputer diimplimintasikan disemua organisasi
awam dan swasta, sekolah, kolej dan universiti, kedai-kedai kafe siber dan juga rumah kediaman.
Melihat perkembangan teknologi pada masa hadapan, sudah dapat dipastikan bahawa teknologi
tanpa wayar akan mendominasi pelbagai sektor lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan.
Teknologi tanpa wayar mempunyai kelebihan dari segi mudah digunakan, mudah alih dan kos
efektif.

Projek Perkhidmatan 1BestariNet (1BestariNet) merupakan satu inisiatif yang


dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama YTL
Communication Sdn. Bhd. untuk menggantikan dan menambah baik sistem rangkaian ICT di
sekolah-sekolah. Ia adalah suatu penambahbaikan kepada perkhidmatan SchoolNet yang telah
tamat pada 31 Disember 2010 dengan menekankan aspek perkhidmatan rangkaian end to end
solution (E2E) dan Virtual Learning Environment (VLE). Apabila zaman diglobalisasikan, dunia
pendidikan pun mula diperkenalkan dengan pelbagai alat bantuan dalam pengajaran. Ini
termasuklah bahan ICT. Dari zaman dulu, kelas dengan hanya disediakan dengan papan hitam,
meja, kerusi dan kapur, sampai penggunaan Overhead Projector (OHP), dan sekarang kelas yang
disediakan dengan fasiliti audio, video, komputer, LCD dan rangkaian internet.

Projek ini melibatkan 10 000 buah sekolah yang dilengkapi dengan akses internet
berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan internet
berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.
1BestariNet dikatakan akan mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang
digital di antara murid di kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan
berteraskan internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini
dikatakan bakal menyediakan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi dengan akses
internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

Era teknologi maklumat dan komunikasi, World Wide Web (WWW) telah menjadikan
internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintegrasikan grafik, teks dan bunyi ke
dalam satu halaman paparan. E-pembelajaran ini dapat digunakan secara luas iaitu pelajar dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa, teknik juga
dalam keadaan tidak formal. Ia bersifat kos efektif dimana banyak bahan yang terdapat pada
pelbagai laman mampu diakses oleh guru dan pelajar tanpa menggunakan banyak kos. Malah

19
sumber percuma dalam internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk
tujuan epembelajaran dan juga bidang-bidang lain (Fakhrul, 2002)

Isu yang membataskan penggunaan ICT di kawasan sekolah adalah capaian rangkaian
jalur lebar tanpa wayar yang tidak stabil. Pengauditan telah dijalankan antara bulan Oktober
2013 hingga April 2014, mendapati 1BestariNet belum mencapai objektif sepenuhnya iaitu
menyediakan infrastruktur sambungan jalur lebar beserta pembekalan VLE untuk 10 000 buah
sekolah. Berdasarkan laporan penemuan audit, kelemahan yang telah dikenal pasti adalah
sebanyak 89.1% dari 46 buah sekolah yang diuji dan 70% dari 491 maklum balas soal selidik
oleh sekolah mendapati capaian jalur lebar tidak memuaskan. Sebanyak 58% dari 501 sekolah
memaklumkan capaian 1BestariNet tidak meliputi keseluruhan kawasan sekolah.

Salah satu penyebab kelambatan capaian internet di sekolah luar bandar berpunca
daripada keengganan syarikat pembekal internet melabur berikutan keraguan berkaitan pulangan
keuntungan diraih memandangkan permintaan mungkin terhad. Sebagai contoh, jika penduduk di
kawasan sekolah luar bandar terbabit hanya sebanyak 100 hingga 200 orang, syarikat
telekomunikasi mungkin tidak dapat menampung kos pemasangan serta penyelenggaraan
prasarana yang tinggi. Manakala teknologi rangkaian menggunakan Asymetric Digital
Subscriber Line (ADSL) dan Outdoor Customer Premises Equipment (OCPE) menyalahi terma
kontrak.

Terdapat juga sekolah-sekolah yang menghadapi masalah tidak mempunyai rangkaian


jalur lebar 4G LTE lebih-lebih lagi di sekolah kawasan pedalaman. Capaian rangkaian jalur
lebar yang tidak stabil dan diburukkan lagi dengan kelajuan piawaian capaian rangkaian jalur
lebar yang terlalu rendah ini menyebabkan pembaziran masa dari segi pengurusan kelas serta
pengajaran dan pembelajaran. Tahap penggunaan VLE oleh guru, murid dan ibubapa didapati
sangat rendah iaitu hanya 0.01% hingga 4.69%. Warga sekolah terpaksa berkongsi kelajuan
piawaian rangkaian jalur lebar dengan sekolah-sekolah luar yang berhampiran dengannya. Oleh
yang demikian, ia telah menyukarkan guru-guru untuk mengakses Virtual Learning Environment
(VLE) semasa waktu pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, aktiviti-aktiviti seperti mencari maklumat atau membuat latihan serta nota-nota
berbentuk interaktif lambat untuk dimuat turun dari internet. Masalah lain yang wujud adalah,

20
modem yang dipasang di sekolah adalah berbeza, maka ia tidak menjamin keserasian peranti lain
dengan rangkaian 4G LTE yang dibekalkan di sekolah-sekolah. Memandangkan capaian internet
di sekolah adalah terbatas, pihak sekolah terpaksa melanggan perkhidmatan penyedia internet
lain menggunakan gelombang yang berbeza. Lazimnya untuk mengakses telefon pintar atau
tablet, guru-guru terpaksa menggunakan perkhidmatan internet jalur lebar sendiri untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.

Bagi mengatasi masalah capaian jalur lebar yang terbatas, mengikut Klausa 4.1
1BestariNet, kontraktor hendaklah menjalankan kajian keperluan sekolah untuk semua sekolah
bagi tujuan menentukan lokasi fizikal sebenar pemasangan Yes Zoom dan kesediaan tapak
pengguna. Semakan Audit mendapati kajian keperluan sekolah tidak dilakukan bagi semua
sekolah. Pihak Audit juga dimaklumkan oleh pihak sekolah yang dilawati bahawa tiada
maklumat kajian keperluan sekolah diambil oleh kontraktor dari sekolah. Akibat daripada
ketiadaan kajian keperluan tersebut, infrastruktur sedia ada di sekolah tidak diambil kira sebelum
pemasangan 1BestariNet. Selain itu, capaian internet di kesemua sekolah tidak merangkumi
keseluruhan kawasan sekolah seperti mana yang dijanjikan dalam kontrak. Pemasangan ADSL
dan OCPE adalah diantara langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan isu capaian internet
memandangkan infrstruktur di kawasan itu tidak menyokong pemasangan 1BRIS. Justeru,
jumlah pemberian Yes Dongles dan Yes Zoom yang terhad menyebabkan sekolah dan guru
terpaksa mencari alternative lain bagi mendapatkan akses internet dan seterusnya mengurangkan
produktiviti kerja dan menambahkan kos kewangan sedia ada. Oleh yang demikian, sekolah
perlu bergerak aktif meminta sumbangan tambahan dari Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
atau badan bukan kerajaan yang lain untuk membuat penambahbaikan sistem rangkaian jalur
lebar.

Selain itu, setiap sekolah perlu ditempatkan dengan sekurang-kurangnya seorang


juruteknik komputer yang berkemahiran untuk menyelenggara peralatan ICT dan membantu
guru dari segi penyediaan peralatan ICT sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Masalah yang sering timbul berkaitan dengan penggunaan ICT di sekolah dalam
pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri.
Oleh itu, guru perlulah mempunyai kemahiran untuk menggunakan peralatan ICT.

21
Kesimpulannya, adanya peranti tambahan seperti CD ROM, teknologi video dan digital
menyediakan persekitaran media yang serba boleh bagi keperluan dan reka bentuk guru
dan murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua
aspek iaitu aspek pengajaran.

ISU KETIGA
Kekurangan perisian komputer

Kekurangan perisian komputer bagi sesetengah sekolah turut menjadi salah satu isu untuk
mengakses kepada internet. Seterusnya, pembekalan tidak sekata contohnya Chrome book tidak
dibekalkan dengan sekata mengikut bilangan murid menyebabkan murid-murid berkongsi
komputer semasa Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). YTL telah diberi masa sehingga 30
Mac 2013 untuk memasang Internet jalur lebar 4G di semua 10,000 sekolah. Walau
bagaimanapun, menjelang tarikh akhir itu, hanya 6,092 sekolah bersamaan 59.3 peratus telah
disambungkan. (Laporan Pembentangan YTL). Hanya 88.9 peratus telah selesai, dengan baki
kira-kira seribu lebih sekolah yang masih menunggu. Akibatnya, 58 peratus daripada 501 sekolah
yang diselidik melaporkan bahawa sistem 1BestariNet yang dipasang tidak meliputi keseluruhan
kawasan sekolah dengan capaian talian yang kurang memuaskan.

Kualiti Chrome book yang tidak begitu memuaskan, seperti cepat rosak dan tiada pengganti jika
mengalami kerosakan. Selain itu, chrome book tiada aplikasi lain seperti word, excel, dan power
point. Kebanyakan icon adalah shortcut dan tidak mesra pengguna. Perkongsian Menara 1BRIS
menjadikan jaringan yang lemah serta perlaksanaan 1BestariNet juga mencukupi pembinaan
menara telekomunikasi di dalam dan sekitar kawasan sekolah.

Dari segi keupayaan guru, contohnya Melvina dan Jamaludin (2010), negara yang sedang
membangun memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan dalam bidang ICT.
Ini adalah disebabkan kebanyakan aplikasi terkini perlu melalui e ( e-aplikasi, apdm, e-hadir ).
Guru lama tidak ada motivasi diri untuk mempelajari perkara yang baru dan masih gemar
mengamalkan cara tradisional. Menyukarkan mereka mengendalikan PdPc dengan pencapaian
internet yang kurang memuaskan. Perlukan masa yang lama untuk menyediakan bahan dan
membuat perancangan tapak VLE.

22
Cara penyelesaian bagi isu yang ketiga adalah pembekalan perkomputeran yang berkualiti serta
mempunyai semua software yang diperlukan dalam PdPc, contohnya TMK memerlukan
software scratch. Mesra pengguna sesuai untuk pelajar terutama sekolah rendah.
Komputer yang dilengkapi dengan Microsoft word, slide share, excel dapat membantu murid-
murid menggunakan aplikasi berkenaan dengan mudah.

Kemahiran ICT kepada guru melalui kursus jangka panjang dan jangka pendek bersama PPD
atau JPN bagi guru secara berterusan. Penyelaras ICT / Pakar IT sepenuhnya di semua sekolah
dan mendapatkan bantuan daripada Pusat Kegiatan Guru (PKG) yang berdekatan. Juru teknik
bagi semua sekolah untuk membuat penyelenggaraan dengan serta-merta. Sokongan dari pihak
pentadbir merupakan galakkan kepada guru-guru menghadiri LADAP. Dengan itu, segala
keperluan dan kemudahan perlu disediakan oleh sekolah dalam PdPc contohnya, TV/LCD, radio
dan speaker. Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) pembelajaran berasaskan web melalui
Pegawai dari PKG ( Pusat Kegiatan Guru ) dilantik untuk setiap sekolah bagi memantau data
penggunaan Frog-VLE. Seterusnya, mendesa guru- guru untuk mencapai KPI yang ditetapkan.
Tugasan kepada murid secara online di luar waktu sekolah supaya murid-murid dapat
pendedahan yang secukupnya. Lupa ID dan Password oleh murid dan guru. Kurang menghayati
tugasan diberi malah menjadi paksaan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kesukaran dalam
persediaan sebelum menggunakan Frog- VLE dalam PdPc contohnya capaian internet lemah
dan langsung tidak boleh digunakan.

Sehubungan dengan itu, ICT akan membantu memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran
di semua 10,000 sekolah. Murid akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik
dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan
pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh. Pengetua atau Guru Besar dan guru juga
akan mempunyai akses kepada sumber pembelajaran dan komuniti di dalam dan di luar negara
bagi membantu meningkatkan kualiti amalan mereka. Kemudahan ICT akan menjadi sebahagian
daripada kehidupan murid di sekolah, tanpa jurang pemisah antara bandar dengan luar bandar.
Semua guru dan murid akan dilengkapi kemahiran yang perlu bagi menggunakan teknologi ini
secara berkesan dan bermakna. Jika penggunaan komputer dapat dioptimumkan kepada murid
dan guru pula pandai mengolah kandungan pengajaran mengikut kesesuaian nescaya impak
penggunaan ICT mampu mencapai tahap yang memberangsangkan perkembangan kognitif
murid. Selain itu, untuk memastikan dasar kerajaan yang mengutamakan penggunaan ICT

23
mencapai matlamatnya, semua pihak khususnya KPM perlu memastikan aspek kesediaan seperti
infrastruktur fizikal sempurna dan lengkap sementara kemahiran guru dipertingkat melalui
latihan dan pendedahan.
Isu keempat adalah cara penyelesaian penggunaan persekitaran pembelajaran maya melalui
pengukuran KPI bagi Frog- VLE perlu di bincang dengan guru guru. Pelbagaikan penggunaan
Frog VLE seperti kahoot dan kuiz. Memberi tugasan kepada murid-murid yang berkemampuan
(internet di rumah ) serta membahagi mengikut kumpulan 1G3M ( 1 guru 3 murid ) memberi
kemudahan berunding dan beri tugasan boleh meningkatkan kemahiran penggunaan ICT mereka.
Penetapan jadual penggunaan Frog VLE bagi sehari sekurang-kurangnya sebuah kelas.
Contohnya, hari Isnin tahun satu, hari Selasa tahun 2, hari Rabu tahun 3 dan sebagainya.
Memastikan guru menggunakan Chrome Book semasa PdPc bersama Frog-VLE. Panitia perlu
merancang program sehari bersama panitia lain sebagai program kerjasama antara dua panitia.
Satu minggu dua panitia contohnya, guru menyediakan RPH penuh dalam Frog-VLE.
Pembudayaan Frog-VLE dalam urusan sekolah, contohnya guru-guru akan menghantar sebarang
surat mengikut group atau minit mesyuarat sebagai perkongsian. Pemberian sijil atau sebarang
penghargaan kepada guru dapat meningkatkan motivasi serta minat mereka dalam subjek
Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk diaplikasikan dalam PdPc masing-masing. Contoh
penghargaan seperti anugerah site terbaik kepada guru, Latihan Dalam Perkhidmatan dan
program sharing is caring. Sentiasa menganalisis data penggunaan Frog-VLE bagi setiap
sekolah. Melantik guru penyelaras khas Frog-VLE supaya dapat menjalankan pemantauan
penggunaan Frog VLE mengikut ketetapan jadual.

Platform Cloud Based yang diselenggarakan oleh YTL di bawah 1 Bestari Net memberi
pelbagai kemudahan seperti membenarkan pelajar dan guru untuk menggunakan teknologi di
persekitaran yang selamat. Kedua, kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
serta tempat perjumpaan komuniti guru-guru untuk tingkatkan kemahiran dan berkongsi
pengalaman. Guru Advokasi dilatih dan dibimbing oleh Konsultan Frog Asia. Ketiga, kolaborasi
dan komunikasi yang berkesan antara pengguna bandar dan luar bandar. Lokasi bengkel-bengkel
Frog-VLE dan sesi perkongsian pengalaman dan kemahiran terdiri daripada guru-guru sukarela.
Keempat, menyimpan semua maklumat di satu tempat iaitu perkongsian secara Frog-VLE.
Contohnya, Frog Bites adalah siri pembelajaran dalam talian bagi guru-guru. Dalam masa yang
terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui

24
1BestariNet. Rangkaian ini berfungsi sebagai asas kepada pembinaan platform pembelajaran
maya yang dapat digunakan oleh guru, murid, dan ibu bapa untuk berkongsi sumber
pembelajaran, melaksanakan pembelajaran secara interaktif dan berkomunikasi secara maya.
Bagi memaksimumkan impak pelaburan. Kementerian juga akan melabur dalam latihan
kecekapan ICT untuk semua guru dan secara beransur-ansur.

Projek perkhidmatan 1BestariNet yang diterajui oleh Kementerian Pendidikan bermatlamat


untuk meningkatkan lagi kualiti Pembelajaran dan Pengajaran di semua sekolah dengan
memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam pendidikan. Dengan tujuan
ini, diperkenalkan manfaat telefon YES Altitude 4G LTE dapat memantapkan komunikasi
kepada guru-guru. Sejajar dengan ini, guru diberi data LTE 2GB setiap bulan untuk digunakan
dengan peranti Yes Altitude LTE. Tambahan, guru juga diberi data Broadband 2GB yang boleh
diguna pakai dengan mana-mana peranti YES lain. Contohnya, Dongle, Huddle dan Zoom. Guru
boleh berhubung dengan rakan guru lain dengan panggilan dan SMS tanpa kos, pada bila-bila
masa, dan di mana jua. Ini adalah bagi tujuan memudah dan mempertingkat pengalaman
pengajaran dan pembelajaran.

Isu kelima adalah, Pendidikan Abad ke -21 yang sedang diperluaskan dalam
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah-sekolah akan pergi dari 'bangunan' kepada 'pusat-
pusat saraf', dengan dinding yang poros dan telus, menghubungkan guru, pelajar dan masyarakat
untuk kekayaan pengetahuan yang wujud di dunia. Guru berperanan utama sebagai dispenser
maklumat kepada Orchestrator pembelajaran dan membantu pelajar bertukar maklumat menjadi
pengetahuan, dan pengetahuan ke dalam kebijaksanaan. Abad ke-21 akan memerlukan penjanaan
ilmu, bukan hanya penghantaran maklumat, dan sekolah-sekolah perlu mewujudkan "budaya
siasatan". Pada masa lalu peranan seorang pelajar adalah orang muda yang pergi ke sekolah,
menghabiskan sejumlah masa tertentu dalam kursus-kursus tertentu, menerima gred lulus dan
tamat pengajian. Hari ini kita mesti melihat pelajar dalam konteks baru. Contohnya, kita mesti
mengekalkan minat pelajar dengan membantu mereka melihat bagaimana apa yang dipelajari
menyediakan mereka untuk hidup dalam dunia sebenar. Kita mesti memupuk rasa ingin tahu,
yang menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat. Kita mesti menjadi fleksibel dalam
cara kita mengajar. Kita mesti merangsang pelajar untuk menjadi lebih pintar supaya mereka
akan terus belajar di luar waktu persekolahan rasmi. "

25
Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar
kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau
tahap kemahiran murid. Pada masa depan, murid akan menikmati pengalaman pembelajaran
yang lebih bersifat peribadi. Belajar untuk bekerjasama dengan orang lain dan menyambung
melalui teknologi adalah kemahiran yang penting dalam Pendidikan Abad Ke- 21 ini. Walau
bagaimanapun, bermula dengan kumpulan lebih daripada 250 penyelidik di seluruh 60 institusi
di seluruh dunia yang dikategorikan kemahiran abad ke-21 di peringkat antarabangsa. Cara
berfikir dapat dibahagikan kepada kreativiti berfikir, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah,
membuat keputusan dan pembelajaran. Seterusnya, cara komunikasi dan kerjasama bersama
rakan sejawat turut diberi keutamaan. Peralatan untuk maklumat kerja dan teknologi komunikasi
(ICT) dan literasi maklumat sebagai sumber utama Pendidikan dan Pembelajaran. Kemahiran
untuk hidup di dunia yang penuh dengan penggunaan ICT untuk mencapai kerjaya dan
tanggungjawab peribadi dan sosial.

Program Immersive Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah
dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam
kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.
Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999: Garis
Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No. Rujukan: KP (BS)
8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan bahasa
Inggeris di dalam dan di luar kelas. Ia juga bertujuan untuk memupuk sikap dan pandangan yang
positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.
Pendedahan melalui penggunaan Frog-VLE dapat membantu murid-murid dalam PdPc.
Pelaksanaan aktiviti peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas.
Memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa
Inggeris.

HIP adalah sejajar dengan Aspirasi Murid Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di
mana PPPM memberi sokongan kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran dwibahasa
untuk meningkatkan daya saing di peringkat global. Anjakan ke-2 di bawah PPPM memastikan
setiap kanak-kanak menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, dan juga menggalakkan
setiap murid mempelajari bahasa ketiga sebagai tambahan. Dari segi, penggunaan ICT turut

26
memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menguatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris
disebabkan majoriti maklumat yang kita cari di dalam internet adalah dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, guru menggunakan teknologi ICT dalam penyediaan bahan pembelajaran serta
pendekatan ICT dalam pengajaran untuk menarik minat generasi Y. Contohnya, menerusi MOOC
dan e-learning yang dapat digunakan dengan adanya capaian internet untuk PdPc abad ke 21.

Secara kesimpulannya, sejajar dengan arus Pendidikan Abad ke 21, Projek Perkhidmatan
1BestariNet ini adalah bertepatan dengan visi Kementerian Pendidikan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan iaitu anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Guru haruslah berani menggunakan teknologi ICT dalam penyediaan
bahan pembelajaran serta pendekatan ICT dalam pengajaran untuk menarik minat generasi Y
agar menjadi lebih efektif dan relevan. Walaupun penggunaan servis ini adalah tanpa sekatan
tetapi masih di bawah pemantauan oleh pihak kementerian. Namun begitu, kementerian percaya
guru-guru tidak akan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan ini.
Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai matlamat untuk
menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, kita harus
memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal ini disebabkan inovasi
dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap aspek program pendidikan yang
dilaksanakan. Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan.
Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju perubahan
yang berlaku. Memandangkan cabaran globalisasi dalam dunia tanpa sempadan ini semakin
hebat, semua pihak perlu berganding bahu dalam merealisasikan hasrat KPM. Pelaburan yang
bernilai jutaan ringgit akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan memberi pulangan besar dalam
pembangunan negara kelak sekiranya semua pihak mempunyai iltizam dan komitmen mencapai
kejayaan.

27

Anda mungkin juga menyukai