Anda di halaman 1dari 4

KUMPULAN M/S 29 (MENGGUNAKAN PERHUBUNGAN RUANG DAN MASA)

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran Sains


Kelas 4 Amanah
Masa 8.30 pagi - 9.30 pagi (1 jam)
Bilangan Murid 35 orang
Tema Teknologi
Tajuk Perkembangan teknologi
Standard 10.2 Perkembangan teknologi
Kandungan
Standard 10.2.1 Membuat urutan perkembangan teknologi dalam bidang
Pembelajaran komunikasi.
Objektif Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid berupaya untuk:
Pembelajaran Menceritakan mengikut urutan perkembangan teknologi
dalam pelbagai bidang.
Menjelaskan dengan contoh kepentingan teknologi dalam
pelbagai bidang.
KPS Menggunakan perhubungan ruang dan masa.
Kaedah Konstruktivisme
Aktiviti Set Induksi
1. Murid memerhatikan 3 jenis telefon (gambar).
a) Telefon ganggang
b) Telefon bimbit
c) Telefon pintar

2. Murid memberi jawapan yang dikemukakan oleh guru. Guru


mengaitkan jawapan murid dengan hasil pembelajaran hari ini
dengan tajuk yang akan dipelajari iaitu Teknologi
komunikasi.
a) Adakah anda pernah melihat alatan di atas?
b) Apakah kegunaan alatan tersebut.

Pencetus idea
Langkah 1

1. Murid menjawab beberapa soalan daripada guru.


a) Bagaimana untuk saya mengetahui khabar saudara saya di
Langkawi dengan cepat?

2. Kemudian guru menunjukkan demo, cara berkomunikasi


dengan menggunakan tali nilon dan 2 tin kosong.
3. Murid diminta untuk memerhatikan apa yang berlaku apabila
dua murid berkomunikasi dengan tin dan tali nilon.

Langkah 2

1. Murid mendengar penerangan guru tentang langkah-langkah


bagi menyusun atur perkembangan teknologi komunikasi
Mengikut peredaran masa.

2. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan seorang dilantik


menjadi ketua.
EMK Teknologi maklumat dan komunikasi.
BBM Gambar 3 jenis telefon, 2 tin dan 3 meter tali nilon, lembaran kerja.
Pentaksiran TP4, TP5, TP6
Refleksi 1. 30 orang daripada 35 orang murid dapat menjawab sekurang-
kurangnya 2 contoh alat komunikasi.
2. 30 orang daripada 35 orang murid dapat mengelaskan
sekurang-kurangnya 2 alat komunikasi untuk memudahkan
kerja manusia.
3. 5 orang murid menjawab soalan pemulihan.
NAMA : .. KELAS : TARIKH:

Tajuk : Komunikasi

A) Arahan : Susunkan mengikut perkembangan teknologi .

P Q R S

________________________________________________________

B) Jawab soalan berikut .

M N

a) Apakah persamaan teknologi di atas?

________________________________________________________

b) Namakan alat N ?

________________________________________________________

c) Nyatakan dua kelebihan teknologi N ?

1. _______________________________________________________

2. _________________________________________________________
d) Jelaskan bagaimana manusia berkomunikasi menggunakan asap?

________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai