Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Terima kasih kepada pengacara majlis

Yang berusaha Penolong Kanan , En. Mohd Zokki b Awang


Yang Berusaha Penolong Kanan HEM , En. Cheah Chin Chai
Yang Berusaha Penolong Kanan Kokurikulum, En. Wan Shuhaimi b Wan Saad
Yang dihormati para guru SKSP
Seterusnya murid-murid SKSP yang disayangi.

Minggu ini adalah minggu ke-29 dan guru yang bertugas adalah
En.Zulkifli b Ismail
En.Rosli b Majid
Pn. Yasmin bt Md Nayan
Pn. Ruwaida bt Ramli

Sebarang masalah bolehlah berjumpa dengan guru-guru yang bertugas.

Tema pada minggu ini ialah

Tahun ini genap 59 tahun kita menyambut kemerdekaan negara. Ini bererti sudah 59
tahun kita bebas dari penjajahan autokratik asing yang telah menjajah kita sejak
ratusan tahun yang lalu. Seiring dengan itu, Malaysia melangkah pantas dalam
pembangunan ekonomi dan insfrastrukur, menjadikan kita antara negara terpantas
maju kehadapan selepas mencapai kemerdekaan. Daripada sebuah negara yang tiada
apa-apa, Malaysia kini mula dikenali di serata dunia.

Pemimpin-pemimpin negara yang berkaliber bertindak cemerlang mentadbir serta


membangunkan negara demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
Justeru, mereka juga boleh diiktiraf sebagai pejuang negara. Bezanya, mereka
berjuang selepas kemerdekaan, jadi mereka tidak perlu mengangkat senjata atau
menumpahkan darah. Sebaliknya mereka berpenat lelah memerah otak memikirkan
cara terbaik untuk menjadikan Malaysia lebih maju ke hadapan.

Setiap orang tentunya memiliki cara yang berbeza dalam mentafsirkan kemerdekaan.
Malaysia pernah dijajah oleh beberapa kuasa asing hanya mahu membolot hasil bumi
negara. Ketika itu, pejuang tanah air kita mentafsirkan kemerdekaan sebagai
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Justeru, mereka berusaha keras
dan sanggup berkorban jiwa dan raga semata-mata mahu membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajahan, sekaligus mencipta masa depan yang lebih baik untuk
generasi akan datang.
Tanpa kita sedari, masa begitu pantas berlalu. Jika dulu, kemerdekaan bererti bebas
dari penjajahan kuasa luar, kini jawapannya adalah berbeza sama sekali. Rata-rata
anak muda mentafsirkan kemerdekaan sebagai kebebasan mengekspresikan pendapat
tanpa sebarang sekatan daripada mana-mana pihak. Ada pula yang mendefinisikan
kemerdekaan sebagai perpaduan serta bebas dari sebarang anasir-anasir luar yang
cuba memusnahkan keamanan negara. Selebihnya menyatakan bahawa masyarakat
yang merdeka adalah masyarakat yang bebas bukan sahaja dari segi penjajahan fizikal
malahan mencakupi spiritual dan mentaliti diri.

Kemeriahan 31 Ogos dapat dirasa sejak awal bulan lagi. Apa sahaja yang berlaku
disekeliling kita, akan dikaitkan dengan kemerdekaan. Diskusi dan cerita-cerita
kemerdekaan memenuhi media cetak dan media massa, manakala dendangan lagu-
lagu kemerdekaan lama dan baru akan menghiasi corong-corong radio hampir setiap
masa.

Sementara itu, kibaran jalur gemilang yang megah dapat dilihat di merata-rata tempat
seperti di rumah-rumah, kenderaan, pejabat-pejabat, malah sepanjang jalan di seluruh
negara. Tatkala malam kemerdekaan menjelang pula, orang ramai akan bersesak-
sesak berkumpul kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama-sama
meraikan hari yang bersejarah, di samping melaungkan kata-kata keramat, Merdeka!
tepat jam 12 malam.

Namun semua keghairahan tersebut pasti akan hilang setelah selesainya sambutan
bulan kemerdekaan pada hari seterusnya. Semua kata-kata yang berkobar-kobar tadi
akan dilupakan dan perjalanan hari-hari seterusnya akan berlangsung seperti biasa.
Paling tidak, perbualan tentang hari kemerdekaan akan berlangsung selama beberapa
hari sebelum ia hilang sepenuhnya. Ia hanya akan kembali apabila Ogos tahun
seterusnya kembali.

Rata-rata generasi muda masa kini sebenarnya meraikan hari kemerdekaan tanpa
memahami erti sebenar disebaliknya. Kebanyakan daripada kita menganggap hari
kemerdekaan sebagai hari untuk bersukaria bersama teman-teman, meraikan
kebebasan diri dan melaungkan perkataan merdeka dengan megah, tapi tidak
menghayatinya. Lebih menyedihkan, ada segelintir dikalangan kita yang mengambil
kesempatan ini untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermoral.

Pesta arak, dadah dan wanita menjadi satu cara mereka meraikan kebebasan tanpa
sekatan yang diperolehi. Mereka berpesta, mabuk-mabuk, dan menari seperti orang
gila sebelum semuanya berakhir lebih tragis. Sebilangan kecil yang lain akan
berkumpul beramai-ramai bersama teman-teman, bersemangat waja menunjukkan
semangat patriotisme mereka dengan berlumba secara haram di atas jalan raya di saat
orang lain telah mulai nyenyak diulit mimpi.
Mereka yang lebih patriotik dan memiliki semangat kepimpinan yang tinggi biasanya
akan mentafsir erti kemerdekaan dengan cara yang agak berbeza. Semangat mereka
yang berkobar-kobar untuk mengubah dunia, adakalanya dipergunakan oleh
sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memporak-perandakan keadaan.
Golongan ini biasanya lebih cenderung mengkritik dan menyalahkan orang lain.

Minda mereka selalunya dipenuhi dengan anasir-anasir negatif dan perasaan ingin
memberontak yang membuak-buak membuatkan mereka sanggup bertindak agresif
dan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan masyarakat. Niat mereka untuk
menambahbaik sistem negara adalah baik, cuma perlaksanaannya agak terpesong
sehingga menyebabkan keadaan agak huru-hara.

Secara tidak langsung, itu sebenarnya gambaran yang menunjukkan bahawa


kebanyakan daripada kita sebenarnya masih terbelenggu dengan anasir-anasir luar
yang cuba menjajah kita secara senyap. Kita lupa bahawa generasi terdahulu telah
berjuang bermati-matian untuk memerdekakan negara, tapi kita yang cuba
memusnahkannya secara senyap. Mungkin bukan semua, tapi ia sebenarnya barah
yang mungkin boleh merosakkan negara.

Sebagai rakyat Malaysia, sudah menjadi tanggungjawab generasi baru hari ini untuk
mengenang kembali perjuangan dan menghayati erti sebenar kemerdekaan. Hayati
kemerdekaan yang kita ada dengan sepenuh hati, supaya ia tidak akan tergadai kelak.
Tugas kita pada hari ini adalah untuk mempertahankannya dengan ilmu yang penuh di
dada. Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kemerdekaan yang diperolehi akan menjadi
sia-sia.
Kita juga perlu sentiasa bersiap sedia dalam memperkasakan bangsa yang merdeka.
Pelihara keamanan kemakmuran politik, ekonomi serta sosial yang ada. Agama dan
peradaban seni warisan bangsa juga tidak boleh ditolak ketepi. Segala jurang
pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan
diperkukuhkan agar kita saling menikmati erti kemerdekaan yang sebenar. Perpaduan
yang terbina semenjak kemerdekaan diperolehi perlu diteruskan dan disemai supaya
hubungan rakyat menjadi semakin kukuh.

Sekian sahaja ucapan saya.


Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai