Anda di halaman 1dari 3

1.A. Empat ciri mitos [16]. Cerita mitos adalah dipercayai benar-benar berlaku di zaman dulu.

Dianggap seperti kepercayaan suci atau agama dari satu generasi ke generasi baru. Ceritanya dikaitkan dengan ketuhanan dan dewa-dewi yang dianggap suci terutama oleh penganut animisma dan Hindu. Contoh watak dewata ialah Dewa Krisyna, Dewa Visynu, Dewa Brahman dan Dewa Siva. Watak raja di bumi pula seperti Maharaja Seri Rama. Watakwatak dikaitkan dengan kuasa supernatural. Latar dalam cerita mencakupi alam ghaib, alam langit, kayangan dan alam kehidupan jin serta hantu. Contohnya dalam Hikayat Seri Rama dan Hikayat Pendawa Lima yang dipengaruhi oleh kitab mitos Hindu iaitu Hikayat Ramayana dan Mahabharata. Unsurunsur ghaib dan luarbiasa adalah dominan dalam cerita mitos. Cerita Mitos Asal-usul Isi Dunia adalah mitos yang dipengaruhi oleh unsur Islam. Cerita ada kaitan dengan Allah s.w.t. dan watak para nabi iaitu Nabi Adam a.s. dan Zulkarnain, anaknya yang bongsu. Zulkarnain telah diangkat ke langit dan menyebabkan kekaguman kepada bidadari di dalam Syurga. Keistimewaan ana-anak Iskandar Zulkarnain ini menyebabkan mereka diangkat menjadi raja di Benua Rom, Benua Cina dan di Tanah Jawi (Melayu). Dalam teks Sulalatus Salatin juga terdapat banyak unsur mitos terutama yang berkaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Nabi Khidir. Iskandar dikatakan mempunyai dua tanduk yang luarbiasa. Tanduk yang menimbulkan kegerunan kepada manusia lain itu telah dikerat dan terhasillah 6 perkara daripadanya iaitu Mahkota sanggohani, lembing lembuara, gemala sati, tudung saji, pinang pasir dan sirih udang. Raja Suran pula dikaitkan dengan Nabi Sulaiman. Dia telah meminta Raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3 mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberi kepada anak-anaknya. Raja Merah Silu dan Raja Kecil Besar pula dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Kedua-dua mereka telah bermimpi menerima Islam dari Nabi Muhammad s.a.w..

1.B. Tiga kedudukan mitos asal-asul kejadian manusia yang dikatakan bermula daripada Nabi Adam dalam kesusasteraan Melayu tradisional [9]. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional terdapat beberapa teks yang mengaitkan asalusul kejadian manusia dengan Nabi Adam a.s.. Contohnya teks cerita mitos (Asal-Usul kejadian Isi Dunia), sastera agama (Hikayat Nur Muhammad) dan juga teks sastera sejarah (Sulalatus Salatin). Cerita mitos asal-usul manusia dari Nabi Adam ini digunakan untuk meneguhkan keyakinan umat Islam tentang kebenaran ajaran Islam. Meneguhkan keyakinan umat terhadap rukun iman, istimewanya rukun iman kedua iaitu beriman kepada rasul. Cerita mitos juga menyebabkan manusia tertarik kepada Islam. Sifat fitrah manusia yang mengkagumi perkara-perkara luarbiasa dialihkan dari bersifat animisma dan hindu kepada yang selaras dengan Islam. Keluarbiasaan yang ada pada penciptaan Nabi Adam a.s. dan keturunannya menyebabkan Islam menjadi lebih diminati. Cerita mitos mengaitkan penciptaan Adam a.s. dengan Allah s.w.t. sebagai penciptaan segala makhluk termasuklah manusia. Kekuasaan Allah ini secara tidak lansung menafikan kekuasaan para dewa dalam kepercayaan animisma dan Hindu. Kewujudan para malaikat pula menafikan kewujudan dewa-dewa yang lain seperti Dewa Visynu, Siva, Brahman dan Krisyna. Cerita mitos memberikan sifat-sifat luarbiasa kepada para dewa dan raja-rajanya. Dalam Islam sifat luarbiasa ini diberikan berupa mukjizat kepada nabi-nabi. Dengan sendirinya nabi-nabi akan dikagumi dan dimuliakan. Maknanya cerita mitos telah mengangkat martabat para Nabi-nabi. Cerita mitos juga mengaitkan raja-raja Melayu dengan cerita Nabi Adam a.s.. Contoh yang jelas ialah dalam Mitos Asal-usul Isi Dunia dan juga di dalam teks Sulaltus Salatin. Raja-raja dikatakan dari keturunan Iskandar Zulkarnain dan Iskandar Zulkarnain sendiri dikatakan anak Nabi Adam a.s.. Cerita sebegini menyebabkan martabat raja-raja Melayu diagkat kerana mereka dari keturunan nabi. Apatah lagi Raja Merah Silu dan Raja Kecil Besar dikatakan menerima Islam dari Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Unsur mitos berunsur Hindu yang seringkali dimasukkan dalam kesusasteraan Rakyat (cerita mitos), Hikayat, Panji, Agama dan juga sejarah telah digantikan dengan mitos berunsur Islam dalam teks-teks kesusasteraan. Kesusasteraan berunsur Hindu mulai tidak popular di kalangan orang Melayu. Watak-watak bersifat luarbiasa yang selari dengan ajaran Islam ini telah menyebabkan cerita mitos, sastera hikayat dan juga sastera sejarah menjadi lebih popular.

Anda mungkin juga menyukai