Anda di halaman 1dari 9

Definisi

Cerita mitos adalah dipercayai benar-benar berlaku di zaman dulu. Dianggap seperti
kepercayaan suci atau agama dari satu generasi ke generasi baru. Ceritanya dikaitkan
dengan ketuhanan dan dewa-dewi yang dianggap suci terutama oleh penganut
animisma dan Hindu. Contoh watak dewata ialah Dewa Krisyna, Dewa Visynu, Dewa
Brahman dan Dewa Siva. Watak raja di bumi pula seperti Maharaja Seri Rama.
Watak-watak dikaitkan dengan kuasa supernatural.

Ciri-ciri umum cerita mitos


Isi dan tema dihubungkan dengan asal-usul bermulanya sesuatu kejadian, benda,
binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturunan raja, dan lain-lain.
Setiap asal usul dikaitkan dengan pelbgai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa
tetapi dipercayai benar-benar berlaku. Bagi masyarakat tradisional, cerita mitos
adalah suci dan mulia serta berlawanan dengan sifat duniawi. Cerita mitos adalah
cerita tentang dewa-dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur
keagamaan, bersifat suci dan kudus.

Latar dalam cerita mencakupi alam ghaib, alam langit, kayangan dan alam
kehidupan jin serta hantu. Contohnya dalam Hikayat Seri Rama dan Hikayat
Pendawa Lima yang dipengaruhi oleh kitab mitos Hindu iaitu Hikayat Ramayana
dan Mahabharata. Unsur-unsur ghaib dan luarbiasa adalah dominan dalam cerita
mitos. Latar tempatnya berlaku di dunia luar, kayangan dan dasar laut. Latar sejarah
juga terdapat dalam cerita mitos. Contoh, asal usul nama Melaka mengambil latar
sejarah.

Watak terdiri daripada tuhan dan dewa dewi sebagai watak bukan manusia.
Terdapat juga watak manusia dan binatang. Contoh, nama Samudera-Pasai dalam
teks Sulalatus Salatin diambil sempena seekor semut sebesar kucing di atas bukit
disalak oleh seekor anjing bernama Pasai. Sultan Malikul Saleh membuka negeri
baru di situ yang dinamakan Samudera - Pasai

Fungsi Cerita Mitos


Menggambarkan dan memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki
kuasa yang luar biasa serta sama taraf dengan dewa dewi. Contohnya, asal usul raja,
pengislaman raja serta pembukaan negara kota dikaitkan dengan watak dan
peristiwa luar biasa. Dalam teks Sulalatus Salatin, kemasukan Islam dapat dilihat
melalui peristiwa Raja Kecil Besar dislamkan oleh Nabi Muhammad melalui
mimpinya.

Kritikan sosial. Ia menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah
lakunya. Contoh, mitos alegori singapura di langgar todak menyindir kezaliman Raja
Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang menilik pohon pinang sehingga
terbelah di depan permaisuri. Ekoran itu, Singapura mendapat bala diserang todak

Menunjukkan kekuatan dan kehebatan sesebuah negeri.Pembukaan sesebuah negeri


dikaitkan dengan peristiwa aneh yang berlaku di tempat tersebut. Contoh,
pembukaan Melaka kerana Raja Iskandar menyaksikan peristiwa pelanduk putih
menendang anjing perburuan baginda. Pelanduk merupakan binatang kecil yang
selalunya takutkan anjing. Peristiwa ini menjadi lambang bahawa negeri yang kecil
pada suatu hari nanti akan muncul sebagai negeri besar dan dapat mengalahkan
kuasa lain

Jenis-jenis cerita mitos


Cerita mitos asal usul benda, binatang, kejadian alam dan manusia.
Contohnya, asal usul kejadian tiga buah gunung di Perak yang berasal daripada
manusia menjadi batu kerana disumpah oleh Sang Gedembai. Cerita Mitos Asal-usul
Isi Dunia adalah mitos yang dipengaruhi oleh unsur Islam. Cerita ada kaitan dengan
Allah s.w.t. dan watak para nabi iaitu Nabi Adam a.s. dan Zulkarnain, anaknya yang
bongsu. Zulkarnain telah diangkat ke langit dan menyebabkan kekaguman kepada
bidadari di dalam Syurga. Keistimewaan anak-anak Iskandar Zulkarnain ini
menyebabkan mereka diangkat menjadi raja di Benua Rom, Benua Cina dan di
Tanah Jawi (Melayu).

Cerita mitos asal usul nama tempat dan negeri.


Contohnya, pembukaan Singapura diambil sempena nama seekor singa yang
tangkas, pantas dan dapat mengghaibkan diri yang dijumpai oleh Sang Nila Utama
sewaktu berburu di Temasik. Singa itu digambarkan dengan hebat iatu sebesar
kambing randuk, berkepala hitam, berdada putih dan berbadan merah.

Cerita mitos dinasti.


Cerita tentang tokoh-tokoh tertentu. Contoh, dikatakan raja-raja Melaka berasal dari
keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang merupakan tokoh terkemuka dunia.
Dalam teks Sulalatus Salatin juga terdapat banyak unsur mitos terutama yang
berkaitan dengan Iskandar Zulkarnain. Beliau mempunyai hubungan yang rapat
dengan Nabi Khidir. Iskandar dikatakan mempunyai dua tanduk yang luarbiasa.
Tanduk yang menimbulkan kegerunan kepada manusia lain itu telah dikerat dan
terhasillah 6 perkara daripadanya iaitu Mahkota sanggohani, lembing lembuara,
gemala sati, tudung saji, pinang pasir dan sirih udang. Raja Suran pula dikaitkan
dengan Nabi Sulaiman. Dia telah meminta Raja jin Asmaghiah Peri mendapatkan 3
mahkota dari perbendaharaan Nabi Sulaiman untuk diberi kepada anak-anaknya.
Raja Merah Silu dan Raja Kecil Besar pula dikaitkan dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Kedua-dua mereka telah bermimpi menerima Islam dari Nabi Muhammad s.a.w.

Cerita mitos kedatangan Islam.


Kedatangan islam digambarkan dengan penuh ketakjuban. Contohnya, Raja Kecil
Besar bermimpi Nabi Muhammad mengislamkannya, pada esoknya, didapati
badannya berbau wangi dan telah dikhatankan. Ini adalah untuk menunjukkan
Islam datang ke Melaka terus daripada Rasulullah tanpa perantaraan dan
melambangkan orang-orang mulia sahaja berupaya menemui Rasulullah dalam
mimpi

Cerita mitos alegori atau simbolik.


Ia merupakan peristiwa yang luar biasa sifatnya bertujuan menyindir golongan raja

Mitos Asal-Usul Kejadian Manusia


Dalam kesusasteraan Melayu tradisional terdapat beberapa teks yang mengaitkan
asal-usul kejadian manusia dengan Nabi Adam a.s.. Contohnya teks cerita mitos
(Asal-Usul Kejadian Isi Dunia), sastera agama (Hikayat Nur Muhammad) dan juga
teks sastera sejarah (Sulalatus Salatin).

Cerita mitos asal-usul manusia dari Nabi Adam ini digunakan untuk meneguhkan
keyakinan umat Islam tentang kebenaran ajaran Islam. Meneguhkan keyakinan
umat terhadap rukun iman, istimewanya rukun iman kedua iaitu beriman kepada
rasul.

Cerita mitos juga menyebabkan manusia tertarik kepada Islam. Sifat fitrah manusia
yang mengkagumi perkara-perkara luarbiasa dialihkan dari bersifat animisma dan
hindu kepada yang selaras dengan Islam. Keluarbiasaan yang ada pada penciptaan
Nabi Adam a.s. dan keturunannya menyebabkan Islam menjadi lebih diminati.

Cerita mitos mengaitkan penciptaan Adam a.s. dengan Allah s.w.t. sebagai
penciptaan segala makhluk termasuklah manusia. Kekuasaan Allah ini secara tidak
lansung menafikan kekuasaan para dewa dalam kepercayaan animisma dan Hindu.
Kewujudan para malaikat pula menafikan kewujudan dewa-dewa yang lain seperti
Dewa Visynu, Siva, Brahman dan Krisyna.

Cerita mitos memberikan sifat-sifat luarbiasa kepada para dewa dan raja-rajanya.
Dalam Islam sifat luarbiasa ini diberikan berupa mukjizat kepada nabi-nabi. Dengan
sendirinya nabi-nabi akan dikagumi dan dimuliakan. Maknanya cerita mitos telah
mengangkat martabat para Nabi-nabi.

Cerita mitos juga mengaitkan raja-raja Melayu dengan cerita Nabi Adam a.s.. Contoh
yang jelas ialah dalam Mitos Asal-usul Isi Dunia dan juga di dalam teks Sulaltus
Salatin. Raja-raja dikatakan dari keturunan Iskandar Zulkarnain dan Iskandar
Zulkarnain sendiri dikatakan anak Nabi Adam a.s.. Cerita sebegini menyebabkan
martabat raja-raja Melayu diagkat kerana mereka dari keturunan nabi. Apatah lagi
Raja Merah Silu dan Raja Kecil Besar dikatakan menerima Islam dari Nabi
Muhammad s.a.w. sendiri.

Unsur mitos berunsur Hindu yang seringkali dimasukkan dalam kesusasteraan


Rakyat (cerita mitos), Hikayat, Panji, Agama dan juga sejarah telah digantikan
dengan mitos berunsur Islam dalam teks-teks kesusasteraan. Kesusasteraan
berunsur Hindu mulai tidak popular di kalangan orang Melayu. Watak-watak
bersifat luarbiasa yang selari dengan ajaran Islam ini telah menyebabkan cerita
mitos, sastera hikayat dan juga sastera sejarah menjadi lebih popular.

MITOS ASAL USUL KEJADIAN DI DUNIA

ADAPUN tatkala langit akan terkembang dan bumi akan terhampar maka pada masa
itulah nenek kita Nabi Adam ditempa dari tanah. Isi dunia ialah anak cucu Adam
alaihissalam. Yang menjadi raja adalah anak Adam yang bongsu.
Adapun Adam dan isterinya telah beranak seramai tiga puluh sembilan orang. Anak
Adam vang pertama berkahwin dengan anak yang kedua. Anak yang ketiga
berkahwin dengan anak yang keempat, anak yang kelima berkahwin dengan anak
yang keenam dan begitulah seterusnya. Anak Adam yang bongsu tidak memperoleh
jodoh. Anak Adam yang bongsu ini dilarikan oleh malaikat kepada awan-gemawan.
Maka berasa hairanlah Adam dengan isterinya, Hawa serta semua anak-anaknya itu;
maka bertiuplah angin dari dalam syurga. Gendang Siraja Nobat juga dipalu; maka
ditiup serunai Siradang Kacang; rebab dan kecapi juga dimainkan. Maka
terkembanglah payung ubur-ubur maka menarilah anak-anak bidadari di dalam
syurga, mereka terlalu suka melihat anak Adam yang bongsu di awan-gemawan itu.
Maka terhamburlah bau-bauan yang sangat wangi dari dalam syurga; turunlah
malai¬kat dari langit yang ketujuh; maka bergoyanglah Kayu Sijratul-muntaha;
terbukalah pintu Baitulmakmur. Maka malaikat-malaikat itu pergi menemui anak
Adam yang bungsu itu.

Maka Adam dan isterinya melihat ke langit. Anak-anak mereka juga melihat ke
langit. Paras anak Adam yang bongsu amat hebat, bertandukkan emas sejati-jati.
Mereka pun berasa amat takut. Maka kedengaran suara dari puncak Bukit Kaf. Adam
serta isterinya Hawa serta anak-beranak mereka melihat ke arah bukit itu. Mereka
terlihat panji-panji terkembang di atas bukit itu seperti buih di laut putihnya. Adam
dan isteri¬nya Hawa serta anak-beranak mereka berasa hairan. Maka Nabi Adam
pun meminta doa kepada Allah Taala, "Ya llahi, ya Rabbulalamin pertemukanlah
juga hamba serta anak cucu hamba." Maka Allah Taala pun menurunkan anak Adam
yang bongsu itu ke dunia.

Tatkala Allah Taala menurunkan anak Adam yang bongsu itu ke dunia, maka laut itu
pun berombak. Maka ikan yang bernama Nun itu pun menghamburkan dirinya,
maka bergeraklah seluruh bumi; antah-berantah rasanya alam. Sebab itulah maka
bernama tanah Rom. Maka berkatalah segala anak-anak Adam yang laki-laki, "Maka
sopan kita melihat rupanya." Maka anak Adam yang bongsu itu pun diturunkan oleh
malaikat ke bumi yang suci; antara Pasirik dan Pasirung, antara Masyrik dan
Maghrib, antara timur dan selatan, antara Bukit Siguntang Mahameru, adalah yang
bernama tanah Rom kini.

Maka dikeluarkan Allah anak Indo Jati selapan orang ber¬nama Cati Reno Sudah.
Amat baik rupa parasnya dan lagi manis pada mulutnya. Itulah jadi angkat-angkatan
sembah kepada anak Adam semuanya. Maka berkampunglah semua anak Adam itu.
Katanya, "Takut kami hai saudara kami akan tandukmu itu." Maka anak Adam yang
bongsu itu pun mengerat tanduknya. Sekerat menjadi Mahkota Sanggohani. Sekerat
jadi Lembing Lembuara. Sekerat menjadi gemala sati (sakti). Sekerat jadi tudung
saji. Sekarat jadi pinang pasir. Sekerat jadi sirih udang tempawari, tampuknya
kuning dan gagangnya merah, daunnya digelar ubat jadi Tembaga Siramin Kota.

Maka turunlah segala malaikat dari langit yang ketujuh akan anak Adam yang
mempunyai tanduk itu. Raja Iskandar namanya, Dzulkarnain gelarnya, yang
mempunyai dua kerajaan dunia. Ertinya kerajaan di Masyrik dan kerajaan di
Maghrib. Maka berkata anak-anak Adam semuanya, "Jika demikian kata malaikat,
kami mengikut semuanya."

Maka berkatalah Raja Iskandar itu kepada segala sembarangan itu, "Siapatah akan
jadi kakitangan hamba? Siapatah akan mengiringkan hamba? Siapatah akan
membawa payung hamba? Siapatah pula yang akan memerintahkan kerajaan
hamba?" Maka menyahutlah segala saudaranya, "Sekalian kami yang banyak ini
akan memeliharakan dan memerintahkan kerajaan dalam alam ini kerana raja itu
sudah lengkap dengan kelengkapannya serta gadang (besar) yang kegadangannya.

Maka berapa lamanya, laut itu pun menyentak. Maka di-tumbuhkan oleh Allah Taala
segala bukit dan jadi pasak bumi, antara laut disabung ombak. Maka Raja Iskandar
itu pun hendak beristeri. Maka turunlah malaikat dari langit. Maka kedengaranlah
suara dari atas arasy Allah Taala, demikian bunyinya, "Jikalau raja itu hendak
beristeri, jemputkan anak bidadari dari dalam syurga. lalah yang bernama Puti
(Puteri) Sri Alam." Maka malaikat itu pun turun ke dunia lalu ke dalam syurga. Maka
di dalam syurga itu didapatinya anak bidadari itu sedang bertenun kain. Sang Sita
Kala namanya. Maka berkata malaikat Jibrail, "Hai anak-anak bidadari, marilah kita
turun ke dunia kerana titah Allah Taala engkau akan jadi isteri raja di dalam dunia."
Maka menangislah anak-anak bidadari semuanya di dalam syurga itu. Maka
menyahut anak bidadari yang bertenun itu, "Betapalah hamba suka pergi ke dunia
kerana hamba sedang bertenun." Maka kata Jibrail, "Jikalau mahu engkau mengikut
titah Allah, bawalah olehmu akan tenun engkau ini ke dunia." Maka segeralah anak
bidadari menggulung tenun itu.

Maka dipalu oranglah di dalam syurga berbagai bunyi-bunyian, gegak gempita


azamat bunyinya. Maka segala anak-anak bidadari itu pun menari. Maka anak
bidadari itu digulungnya tenun itu serta pisau kecil itu, Si Gulandak dipersunting di
telinga kanan. Maka berkatalah malaikat kepada anak-anak bidadari, "Bawa olehmu
segala pakaianmu ke dunia supaya tahu orang dunia meniru meneladani." Maka
bertemulah tanah Rom. Maka diturunkanlah Allah malaikat empat orang dan jadi
saksi dan wall mengahwinkan Raja Iskandar itu. Maka dengan takdir Allah, lamalah
pula sudah kahwin, maka dikeluarkan Allah Taala unggas dari dalam syurga
menentukan silang selanak dalam dunia. Daripada unggas itu ber-olehlah
pengajaran segala hamba Allah dalam negeri Rom itu. Sungguhpun unggas tetapi
pada batinnya unggas itu malaikat.

Maka beranaklah Raja Iskandar Dzulkarnain tiga orang laki-laki ketiga-tiganya. Nan
seorang bernama Maharaja Alif, nan seorang bernama Sultan Sri Maharaja Dipang,
nan se¬orang bernama Sri Maharaja Diraja. Maka apabila sudah baligh ketiga-
tiganya, maka memandanglah Daulat Yang Dipertuan ke Masyrik, tentang itu
semuanya rantau kita. Dan, Daulat Yang Dipertuan memandang hala ke Maghrib;
tentang itu semuanya rantau kita. Dan, memandang pula ia ke selatan; tentang itu
semuanya rantau kita. Dan, memandang Daulat Yang Dipertuan ke utara; tentang itu
semuanya rantau kita.

Maka bermuafakatlah ketiga-tiga anakanda Iskandar Dzulkarnain, "Ke mana kita


akan berjalan?" Maka meman¬danglah ia ke Maghrib, tibalah antara laut disabung
ombak. Maka hendaklah Daulat Yang Dipertuan akan belayar, maka muafakatlah
ketiganya di Pulau Langkawi antara Bukit Siguntang Mahameru ialah dalam Laut
Selatan. Maka seorang hendak Mahkota Sanggohani, maka berebutlah ketiganya,
maka jatuh-lah mahkota itu ke dalam laut. Maka diperbuat cembul kaca oleh Cati
Bilang Pandai, maka dilihatnya emas sejati-jati, maka daripada emas itu
diperbuatnyalah Mahkota Sanggohani. Apa¬bila mahkota itu siap, tukangnya
dibunuh; tidak boleh ditiru lagi.
Maka berasa hairanlah raja nan bertiga. Mereka pun bela¬yar. Sri Maharaja Dipang
nan jatuh ke benua China, kudanya berpelana emas. Dialah nan kerajaan di benua
China. Maka melompat kudanya lalu ke udara. Anakanda Iskandar nan seorang lagi
kembali pulang ke tanah Rom. Dialah nan mem punyai cukai tepawi Perancis dan
Inggeris dan Belanda, itulah yang memerintah negeri Rom, juga enam puluh ribu
negeri yang besar-besar lalu ke tanah Makkah; raja Rom nan mem¬ber! makan
orang isi negeri Makkah dan Madinah.

Sultan Sri Maharaja Diraja, anakanda bongsu Raja Iskandar Dzulkarnain belayar ke
Pulau Jawi enam belas orang serta pengiring anjing yang mualim dan kucing Siam
dan harimau Campa. Maka diperoleh perahu kayu jati. Maka dari sana terus belayar
dan tiba di Pulau Perca, Pulau Emas. Maka pecahlah perahu itu di seberang, maka
muafakatlah angkat-angkat itu kerana takut pada raja. Maka berflkirlah Cati Bilang
Pandai akan memperbaiki perahu itu. Maka bertitahlah Daulat Yang Dipertuan,
"Jika kamu dapat baiki perahu itu kembali seperti asalnya, maka aku ambil kamu
jadi menantuku."

Maka sukalah segala yang berakal dalam perahu itu. Maka diperbaiki perahu itu
seperti dahulunya. Maka berasa hairanlah raja. Maka Allah Taala maha kasih akan
raja, maka di-jadikan Allah Taala anak empat orang manusia lima dengan anak raja.
Maka belayarlah raja ke Pulau Jawi, maka berbalik dari Pulau Jawi kembali ke
Gunung Merapi sendirinya. Maka apabila anak itu sudah baligh, maka dinikahkan
anak itu lima orang perempuan dengan lima orang lelaki nan perbaiki perahu tadi.

Maka lamalah antaranya, maka laut itu pun menyentak kering. Maka ditumbuhkan
oleh Allah Taala rumpai tiga jalur-nya di atas gunung itu. Sejurai ke Tanah Datar,
sejurai ke Lubuk Agam, sejurai ke ranah Lima Puluh. Maka disuruh anak nan lima
orang tadi. Seorang ke ranah Tanah Datar ada-lah anak raja; seorang ke Kubang
ialah anak anjing tadi; seorang ke ranah Lima Puluh ialah anak kambing tadi;
se¬orang ke Lubuk Agam ialah anak harimau Campa namanya; dan seorang ke
Padang Kota Lawas ialah anak kucing Siam tadi. Maka berilmu raja itu kepada segala
alam maka men dapat di Galundi Nan Baselo namanya ialah nan turun ke ranah
Tanah Datar. Tatkala itu belum ada lagi Datuk Ketumang-gungan dan Datuk
Perpadh Nan Sebatang.
Maka lamalah antaranya, maka kembanglah segala anak raja tadi. Maka dikeluarkan
Allah rusa seekor dari dalam laut kepada negeri itu. Maka muafakatlah segala isi
negeri akan menangkap rusa itu. Maka bicaralah segala isi negeri itu kepada Datuk
Suri Diraja kerana habislah pendapat isi negeri itu. Maka berkatalah Datuk Suri
Diraja, "Terlebih mudah menangkap rusa itu. Ambil olehmu rotan sehelai dan
perbuatlah jerat. Naik perahu dan jerat tanduknya." Maka dibuatlah seperti kata
Datuk Suri Diraja. Maka kena tanduk rusa itu. Maka berkata Datuk Suri Diraja
kepada laras, "Helalah bersama-sama." Maka disembelihiah rusa itu.

Maka muafakatlah isi negeri semuanya akan mencari nama yang baik bagi negeri itu.
Maka dinamakan Pariangan, Perungan dahulunya. Maka pindahlah pula hulubalang
raja ke Batu Gadang. Hulubalang raja itu menyandang pedang panjang. Maka
dinamai Cati Bilang Pandai serta Datuk Suri Diraja ialah Paringan Padang Panjang
namanya.

Maka muafakatlah semua isi negeri Pariangan Padang Panjang akan menamai
penghulu kepada dua negeri itu. Datuk Maharaja Besar menjadi penghulu di Padang
Panjang dan Datuk Bendahara Kaya menjadi penghulu di Pariangan. Datuk
Maharaja Besar dan Datuk Bendahara Kaya ialah nan gadang masa dahulu sebelum
Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sebatang.

Maka muafakatlah semua isi negeri akan berbuat balairung panjang akan tempat
Daulat Yang Dipertuan duduk. Maka menitah raja kepada Cati Bilang Pandai akan
berbuat balairung panjang itu. Tiangnya teras jelatang, perannya akan lundang,
bendulnya teras bayam dan tataran sagar jintan, nan bata buah pulut-pulut, nan
pagar tiang jangek tunaa, nan bergendang seliguri, dan nan bercanang sad jajin yang
perbuatan si raja jin nan diam di rimba lawang. Maka dikeluarkanlah caklempong
sati (sakti) ialah perbuatan Si Gelembai Tunggal. Maka sukalah hati raja dan
penghulu. Maka balai itu dihias pula dengan lapik belalang

CERITA LUPUR LARA


Cerita Lipur Lara ialah segala cerita yang mempunyai unsur pengambaran atau advanture yang
berkaitan dengan anak-anak / golongan raja. Cerita ini biasanya mengisahkan mengenai anak-anak
raja/golongan istana dengan segala gambaran, keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian-
kejadian luar biasa (sumber natural).

Menurut Wilson dan R.O. Winstedd, Cerita Lipur Lara juga dianggap sebagai roman rakyat.
Penglipur bermaksud memberi kegembiraan, keseronakkan dan kebahagian. Manakala, lara bermaksud
berduka, bersedih atau kecewa. Oleh itu, penglipur lara bermaksud segala cerita yang menghiburkan
orang dalam kesedihan atau duka cita.
Dalam masyarakat Melayu Tradisional, Cerita Lipur Lara adalah cerita yang popular kerana
cerita ini dikaitkan dengan “Tukang Cerita/Tok Selampit” yang cuba menghiburkan hati pendnegar
melalui cerita dan karya lipur lara ini.

Terdapat beberapa contoh Cerita Penglipur Lara yang popular dalam masyarakat Melayu
Tradisional antaranya ialah Hikayat Raja Donan, Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulong
Merah Muda, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Raja Muda dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai