Anda di halaman 1dari 5

Rancangan harian dan refleksi

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( MAKROPENGAJARAN)

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Darjah :2

Bilangan murid : 20 orang

Tarikh : 8 Nov 2011

Masa : 9.30 10.00a.m (30 minit)

Tajuk : Pekerjaan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :


i) Mengenali jenis pekerjaan dan tempat pekerjaan
ii) Mengetahui peranan yang dimainkan oleh setiap pekerjaan

Langkah pengajaran/ isi pelajaran :

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


i) Set induksi ( 5 minit )
- Guru menunjukkan satu gambar yang ditutup dengan kad nombor 1-9
- Guru memilih murid untuk membuka kad nombor itu dan teka apa gambar yang
berselindung di belakangnya
- Guru memperkenalkan tajuk pengajaran hari ini - Pekerjaan

ii) Pengajaran (10 minit):


- Guru memperkenalkan 4 jenis pekerjaan dan tempat bekerjanya dengan menayangkan
slaid PowerPoint
- Guru membaca dan murid ikut
- Guru menanya soalan tentang peranan 4 jenis pekerjaan itu

iii) Aktiviti (10 minit ):


- Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberi 1 sampul
surat yang mengandungi jigsolve puzzle pekerjaan
- Guru menjelaskan cara aktiviti dijalankan
- Murid menjalankan aktiviti pencantuman dan guru memantau dan memberi bimbingan
- Guru menampalkan gambar yang siap di papan depan dan murid mencantunkan nama
bagi pekerjaan di bawah gambar
- Guru dan murid membincangkan dan membaca jawapan tersebut bersama-sama
- Lembaran kerja diberi dan perbincangan dijalankan

iv) Penutup (5 minit):


- Kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran hari ini

Nilai : Memberi perhatian, patuh kepada arahan, bekerjasama

ABM : Komputer riba, gambar, sampul surat, kad nombor , LCD Projektor. lembaran kerja

KBKK: Memahami, mengkategorikan, menjana idea, membuat kesimpulan

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah berjumpa dengan pekerjaan yang berlainan dalam
kehidupan seharian mereka
Refleksi
Refleksi Makroteaching
(KOH HUEI ING (D20102044804) (J-11)

Kekuatan

Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah


perancangan p&p saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya tunjukkan
tayangan slaid Microsoft Powerpoint tentang pekerjaan, anak murid tertarik dengan gambar-
gambar yang saya tayangkan dan menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat memberikan
nama pekerjaan dengan betul. Semasa aktiviti kumpulan, saya berasa gembira melihat
penglibatan dan kerjasama mereka yang baik semasa menjalankan aktiviti pencatuman itu.
Apabila gambar dan jawapan mereka betul, saya dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air
muka mereka. Apabila saya menanya soalan, mereka dapat menjawab dengan betul juga
terbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati kerana
murid-murid dapat menikmati pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai.

Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.
Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan
yang diberi jelas dan ringkas memudahkan murid faham kehendak saya dan bagaimana
sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah murid
dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, barulah mereka dapat
melakukan aktiviti berkumpulan dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat
mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu.

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang lantang,
murid dapat mendengar apa yang disampaikan oleh saya dengan jelas dan seterusnya
membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan
ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara saya dapat menarik tumpuan
murid supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab
dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan adalah
terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan murid-
murid lebih hormat kepada guru.
Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


pengajaranmakro saya ialah penggunaann bahasa baku yang salah. Semasa tengok balik
rakaman makroteaching saya, didapati saya menyebut salah perkataan doktor dan hospital
di depan murid saya. Semasa saya mengajar sebutan, saya mengeja dalam bahasa baku yang
betul tetapi semasa saya memberi penjelasan atau menanya soalan, saya telah menyebut
salah kedua-dua perkataan itu dalam keadaan dimana saya pun tidak perasan. Guru adalah
pengajar murid yang pertama. Jika guru sendiri juga baca salah, bagaimana hendak ajar anak
murid kita. Dari perkara ini, saya dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh bacaan
bahasa Inggeris. Hal ini saya akan ambil secara serius dan akan lebih berhati-hati dalam
kemahiran membunyikan kosa kata kelak

Kelemahan yang kedua ialah pemantauan kelas. Semasa saya jalankan pengajaran,
saya asyik berdiri di hadapan kelas sahaja kerana saya menggunakan slaid Powerpoint. Saya
perlu berdiri dekat dengan laptop untuk menguruskan slaid saya. Ini menyebabkan saya tidak
dapat memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Murid saya mula berbual-bual dan
bermain-main di belakang semasa pengajaran sedang dijalankan. Maka, saya perlu
meluangkan sedikit masa untuk memberi teguran kepada murid-murid yang nakal itu dan
seluruh perjalanan pengajaran saya terjejas. Jika guru tidak dapat menguruskan atau menjaga
tatatertib muridnya di dalam kelas dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian
mendengar pelajaran yang disampaikan.

Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan
masa penting bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati
masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini
disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran
tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik.
Langkah Mengatasi

Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yang
mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih
berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Bacaan adalah
penting kerana ia adalah langkah pertama bagi murid mengenali apa nama bagi objek
berkenaan terutama bagi murid-murid Tahun 1 yang baru mula belajar. Semua benda di dunia
ini ada nama dan bunyinya yang tersendiri. Semasa memperkenalkan kosa kata yang baru, jika
guru baca salah, kesalahahan bacaan perkataan itu akan berterusan hingga dia ke menengah
atau pengajian tinggi. Murid itu mungkin akan ditertawakan oleh rakannya kerana salah
menyebut perkataan itu. Sebagai seorang guru, pengajaran bahasa baku yang betul adalah
tanggungjawab kita. Jika guru salah baca, dia kenalah memberi pembetulan kepada muridnya
dengan serta merta. Dengan ini, kesalahan itu tidak akan berterusan dan bahasa Malaysia
tidak akan tercemar atas kesilapan guru itu..

Untuk kelemahan saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiap
aktiviti murid. Jika saya tidak silap, setiap LCD Projektor mesti ada alat remote controlnya.
Dengan adanya bahan itu, guru tidak perlu berdiri di depan kelas sahaja. Guru hanya perlu
tekan butang pada control itu sambil berjalan-jalan memantau aktiviti murid di belakang. Slaid
Powerpoint akan tukar dengan sendiri apabila butang ditekan. Melalui cara itu, guru dapat
mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu, guru dapat membantu
murid secara dekat semasa mereka jalankan aktiviti dan lebih mudah mengenalpasti
kelemahan murid-murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid
yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah.

Bagi kelemahan yang ketiga, masa p&p yang ditetapkan adalah supaya kita tidak
terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa adalah salah
satu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p. Dengan mengambilkira masa yang ada, guru
perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan
tahap penguasaan muridnya. Walaupun saya menetapkan lima minit diluangkan ke atas
langkah set induksi, tetapi saya hanya guna 2 minit menghabiskannya. Yang 3 minit yang lebih
saya telah menggunakannya ke langkah pengajaran yang perlukan masa yang lebih. Pada
akhir pengajaran, saya telah gunakan 29 minit 30 saat. Kaedah pengajaran adalah sesuatu
yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu
pengetahuan dan dapat capai objektif pda hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang
p&p supaya murid dapat menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Anda mungkin juga menyukai