Anda di halaman 1dari 16

zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

PERATURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN


PADANG KALI KE 14/2016
SEKOLAH WAWASAN

PERATURAN PERTANDINGAN

1. Undang-Undang Pertandingan
Kejohanan ini keseluruhannya berasaskan undang-undang Peraturan Am MSSM
dan Peraturan Pertandingan Olahraga KOAM, tetapi digubal mengikut
kesesuaian dan beberapa pengecualian tertentu untuk Kejohanan Balapan dan
Padang Sekolah Wawasan.
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

2. Acara-Acara Pertandingan

(L&P) Tahun 5
(L&P) Tahun 4

(L&P) Tahun 6

Acara Jumlah
L&P) Tahun 3
Acara

80 meter X X 4
100 meter X X X X 8
200 meter X X 4
4x100 meter X X 2
4x200 meter Terbuka (Satu Pasukan) L/P 2
LompatTinggi X X 4
Lompat Jauh X X X X 8
Lontar Peluru X X 4
Sukantara(100 meter) X X X X 8
Sukantara (L/Jauh) X X X X 8
Lelaki Tarik Tali 1
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

Perempuan Tarik Tali 1

3. Penyertaan
(a) Setiap rumah sukan dibenarkan mendaftar tidak lebih dari 2 (dua)
peserta bagi sesuatu acara perseorangan dan satu pasukan sahaja
untuk acara pasukan.

(b) Seorang peserta dibenarkan mengambil TIDAK LEBIH daripada 3 (tiga)


acara perseorangan, tidak termasuk acara lari berganti-ganti dan acara
terbuka.

(c) Atlet yang mewakili pasukan sekolah/pkg/daerah/negeri dibenarkan


mewakili pasukan rumah sukan.

(d) Bilangan peserta acara tarik tali adalah 10 (sepuluh) orang satu
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

kumpulan melibatkan murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Pendaftaran 12 (dua


belas) orang.

(e) Bagi acara perseorangan akan diadakan acara saringan.


i. Hanya 8 (lapan) peserta yang layak ke peringkat akhir acara
balapan
80m dan 100m.
ii. Hanya 5 (lima) peserta yang layak ke peringkat akhir acara balapan
200m.
iii. Pemilihan peserta adalah berdasarkan lima atau lapan masa
terbaik dari keseluruhan saringan.

(f) Kedudukan lorong pada peringkat akhir akan ditentukan mengikut masa yang
dibuat dalam peringkat saringan.
i. Empat masa terbaik akan ditempatkan dalam lorong 3,4,5 dan 2
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

mengikut cabutan undian.


ii. Dua masa terbaik berikutnya diundikan dilorong 1 dan 6.

(g) Kedudukan lorong peringkat akhir acara lari berganti-ganti melalui undian
lorong.

(h) Acara balapan dan lari berganti-ganti diadakan di peringkat akhir.

5. Pembahagian Kelas
Peserta-peserta adalah dibahagikan kepada kelas mengikut umur.
Tahun 6: Murid tahun enam. Tahun 5: Murid tahun lima.
Tahun 4: Murid tahun empat. Tahun 3: Murid tahun tiga.

6. Mata Kemenangan
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

i. Acara Padang/Balapan dan Tarik Tali


Tempat Pertama -8 mata. Tempat Kedua -5 mata.
Tempat Ketiga -3 mata. Tempat Keempat -1 mata.

ii. Sukantara
2 mata bagi setiap peserta yang melepasai jarak atau masa seperti berikut

Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun


Acara
3L 3P 4L 4P 5L 5P 6L 6P
100m 20saat 21saat 19saat 20saat 18saat 19saat 17saat 18saat
L/Jau
1.50m 1.25m 1.75m 1.50m 2.00m 1.75m 2.25m 2.00m
h

7. Hadiah
Acara balapan dan padang - Tempat Pertama, Kedua Dan Ketiga.
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

Tarik tali - Johan, Naib Johan dan Ketiga.

8. Pendaftaran Peserta
(a) Tarikh akhir pendaftaran peserta adalah pada 3 OKTOBER 2016 ISNIN
(sebelum acara saringan kejohanan.)
(b) Peserta bagi acara perbarisan tidak perlu didaftarkan.

9. Nombor Peserta
NOMBOR
RUMAH
PESERTA
Hijau 100 - 150
Kuning 200 - 250
Jingga 300 - 350
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

Biru 400 - 450


Ungu 500 - 550
(a) Rumah Sukan menguruskan penyediaan nombor peserta bagi rumah
sukan masing-masing.

10. Pakaian Peserta


(a)Dalam semua acara, peserta hendaklah memakai pakaian yang
sesuai,
bersih dan kemas.

(b) Peserta lelaki dan perempuan boleh menggunakan baju T dan seluar
pendek/trek.

(c) Jika peserta perempuan memakai tudung kepala hendaklah diikat


dengan kemas atau dimasukkan ke dalam baju supaya tidak menutup
nombor peserta berkenaan atau mengganggu peserta lain.
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(d) Pengurus Pertandingan berhak menghalang penyertaan peserta yang


memakai pakaian yang tidak sesuai.

11. Melapor Diri Dan Ketetapan Masa

(a) Peserta hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Pengelola Peserta 30


minit sebelum acara dimulakan. Guru Rumah perlu memastikan peserta
melaporkan diri.

(b) Para peserta TIDAK dibenarkan melaporkan diri terus kepada Pelepas
untuk pertandingan.
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(c) Peserta yang tidak melaporkan diri pada masa panggilan peserta
dibuat oleh Ketua Pengelola dianggap tidak akan mengambil bahagian
dalam acara tersebut.

(d) Sekiranya peserta terbabit mengambil bahagian di dalam acara yang


sedang dijalankan, Pengurus Pasukan hendaklah memberitahu Ketua
Pengelola Peserta. Acara Balapan diberi keutamaan.
(e) Peserta yang menarik diri semasa kejohanan tidak boleh diganti.

12. Penggantian Peserta


(a) Tidak dibenarkan sebarang pertukaran acara bagi peserta-peserta
acara perseorangan di sepanjang kejohanan ini apabila acara saringan
telah dijalankan kecuali lari berganti-ganti.

10
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(b) Penggantian peserta boleh dibuat dalam taklimat Pengurus Pasukan


sebelum atau pada hari saringan.

(c) Peserta yang layak ke peringkat akhir tidak boleh diganti/ tukar ganti.

13. Pembatalan
(a) Semua peserta yang telah layak dari pusingan saringan ke akhir TIDAK
boleh menarik diri dalam peringkat akhir.

(b) Bagi acara balapan ; Kejohanan ini masih lagi menggunakan peraturan
sebelumnya;
iaitu amaran akan diberikan kepada peserta jika memulakan larian
sebelum isyarat mula dibunyikan. Amaran ini disebut sebagai kesalahan
11
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

kali pertama, walau bagaimanapun peserta akan dibatalkan jika


melakukan kesalahan yang berikutnya.

(Peraturan terkini)
Peserta acara balapan tidak akan diberi kad kuning (peringatan).
Sebaliknya akan dibatalkan walaupun melakukan kesalahan buat
pertama kali.

14. Penentuan Johan Rumah Sukan Keseluruhan


(a) Keputusan keseluruhan berpandukan jumlah pungutan mata yang
dikumpulkan melalui sukan tara, tarik tali, acara akhir balapan
dan padang.

12
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(b) Jika pungutan mata sama, keputusan akan dibuat berpandukan kepada
pungutan pingat emas, diikuti pingat perak dan gangsa termasuk
pencapaian pasukan dan individu.

15. Pemilihan Peserta Terbaik (Olahragawan/Olahragawati)


(a) Pemilihan peserta terbaik berpandukan kepada peserta yang
memecah atau menyamakan rekod pada peringkat yang tertinggi
(MSSK,MSSM) ataupun pungutan pingat emas, perak dan gangsa
yang diperolehi.
(b) Jika pungutan pingat-pingat masih seri, keputusan akan dibuat
berpandukan kepada gabungan acara:
i. Balapan dan Padang.
ii. Balapan (Acara jarak dekat diutamakan dari jarak jauh).
iii. Padang.

13
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(c) Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan


Olahragawan/Olahragawati dan Olahragawan/Olahragawati Harapan
kejohanan adalah muktamad.

16. Bantahan
(a) Sebarang bantahan hendaklah melalui juri rayuan dengan cara bertulis.
Setiap bantahan mestilah disertakan dengan wang cagaran RM100.00.
Cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya rayuan gagal.

(b) Pengurus-pengurus pasukan hendaklah mengemukakan sebarang


masalah yang timbul kepada Pengurus Kejohanan sebagai bantahan.

(c) Penggunaan sebarang peralatan berteknologi terkini adalah tidak


diterima sebagai bahan bukti jika berlaku sebarang bantahan kecuali
yang disediakan oleh Unit Sukan Sekolah Wawasan dan seumpamanya.

14
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(d) Jika pihak berkenaan tidak menyediakan kemudahan tersebut,


keputusan Pengurus Kejohanan dan akhirnya Juri Rayuan adalah
diambilkira sepenuhnya.

17. Am
(a) Peserta yang tidak mengikut peraturan-peraturan ini akan dibatalkan
mata untuk rumah sukan.

(b) Keputusan pengadil/hakim adalah muktamad.

18 Pindaan dan Hak Jawatankuasa Pengelola


(a) Semua acara dijalankan mengikut masa yang ditetapkan.

(b) Pihak pengelola berhak membuat pindaan dalam susunan acara jika
difikirkan perlu.

15
zbzsukan Taklimat Kejohanan Balapan dan Padang

(c) Pihak pengelola berhak membuat sebarang pindaan atau pertukaran


tertentu ke atas peraturan pertandingan jika perlu, tanpa terikat kepada
persetujuan pengurus- pengurus pasukan. Sebarang pindaan atau
pertukaran yang dibuat akan diumumkan.

(d) Pihak Pengelola berhak memutuskan sebarang perubahan Peraturan


Pertandingan yang tidak tercatat dalam peraturan MSSM dan Undang-
undang KOAM.

16

Anda mungkin juga menyukai