Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Istilah Asia Tenggara ialah satu istilah moden yang diperkenalkan dan diguna pakai semasa
Perang Dunia kedua tercetus.Asia Tenggara merujuk kepada wilayah wilayah yang terletak
disebelah selatan dan timur tanah daratan negeri India dan negeri China yang mengandungi
Vietnam Utara dan Vietnam Selatan, kemboja, Loas, negeri Thai, Burma, Malaysia,
Singapura, Indonesia, Timur wilayah milik Portugis dan Filipina.1 Kecenderungan kedatangan
kuasa-kuasa barat ke Asia Tenggara berlaku sekitar akhir abad ke-19 sehinggalah pada
pertengahan abad ke-20. Dengan kata lain, kedatangan kuasa Eropah ini dilakukan bagi tujuan
penjajahan dan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti British, Perancis dan negara Eropah
lain sedang bersaing menjadi kuasa utama. Oleh itu, negara-negara ini giat berusaha
meluaskan tanah jajahan mereka. Hal ini menyebabkan bermulalah penjajahan British di
Myanmar, Perancis di Vietnam dan beberapa siri penjajahan kuasa-kuasa lain di sekitar Asia
Tenggara.
Umumnya, penjajahan atau imperialisme ini bermaksud satu kecenderungan sesebuah
masyarakat atau negara untuk menguasai sesebuah masyarakat atau negara yang lain dengan
menggunakan apa juga cara dan untuk apa juga tujuan. Faktor utama penjajahan kuasa-kuasa
Eropah atau imperialisme ini dijalankan adalah bagi mendapatkan tanah jajahan bagi
membuktikan kekuasaan politik mereka kepada negara lain. Negara atau kuasa yang
mempunyai kawasan taklukan yang luas pada ketika itu akan dipandang tinggi oleh kawan
dan lawannya. Selain itu, negara-negara Eropah melakukan dasar imperialisme ini juga kerana
mereka mengatakan bahawa mereka bertanggungjawab mentamadunkan rakyat di Asia
Tenggara yang dianggap tidak bertamadun. Mereka menggunakan slogan beban orang putih
sebagai alasan melakukan mentamadunkan negara jajahan melalui penjajahan.
Myanmar atau pada asalnya disebut Burma telah diasaskan oleh keturunan
Alaungpaya iaitu pengasas Dinasti konbaung pada 1752 dan berakhir pada 1885 selepas
dijajah oleh British semasa pemerintahan Raja Thibaw. Penjajahan British di Myanmar
berlaku pada tahun 1886 adalah ekoran daripada beberapa siri perjanjian dan peperangan
seperti Perang Inggeris-Myanmar 1, Perang Inggeris-Myanmar 2 dan akhirnya Perang
Inggeris-Myanmar 3. Pelbagai perjanjian telah dimeterai oleh kedua-dua pihak seperti
Perjanjian Yandabo, namun perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini menyebabkan
peperangan dan persengketaan berlaku berterusan. Peperangan yang berlaku ini menyebabkan

1
John Bastin dan Harry J.Benda (1977).Sejarah Asia Tenggara Moden:Penjajahan Nasionalisma
danKebijaksanaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.10

1
Arakan dan Tenasserim ditakluki selepas Perang Inggeris-Myanmar 1. Pegu pula jatuh ke
tangan Inggeris selepas Perang Inggeris-Myanmar 2 dan Ulu Burma ditakluki selepas Perang
Inggeris Myanmar dan berakhirlah pemerintahan Dinasti konbaung.
Manakala, Kerajaan Thailand pula merupakan Kerajaan Persatuan Thai dibentuk pada
pertengahan abad ke-14. Dikenal sebagai Siam sehingga tahun 1939, Thailand merupakan
satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa Eropah. Revolusi
tak berdarah pada tahun 1932 menghasilkan pemerintahan monarki berpelembagaan.
Mengadakan hubungan dengan Jepun ketika Perang Dunia II, Thailand menjadi sekutu AS
saat konflik tersebut. Hal ini dijelaskan pada peringkat awal permulaan Dinasti Chakri lagi.
Sehingga kini, Dinasti Chakri masih lagi wujud, namun dijalankan atas dasar prinsip raja
berperlembagaan. Perkara penting ialah berkaitan dengan kebijaksanaan raja-raja yang
memerintah Thailand (Siam) seperti Raja Mongkut dan juga Raja Chulalongkorn.2
Kebijaksanaan kedua-dua raja ini dilakukan atas sikap yang mahukan kemajuan dalam
pelbagai bidang terutamanya pendidikan. Malahan, apabila Raja Mongkut menaiki takhta,
beliau telah melaksanakan pemodenan dalam aspek pentadbiran politik, ekonomi dan juga
sosial. Hal ini pula diteruskan oleh anaknya iaitu Raja Chulalongkorn.

FAKTOR KEDAULATAN KERAJAAN THAILAND DARIPADA DI JAJAH OLEH


KUASA BARAT BERBANDING DENGAN BURMA

FAKTOR POLITIK

1) Pentadbiran Kerajaan dan peranan Raja


Kerajaan Thailand mempunyai pentadbiran yang bagus iaitu peranan Raja Mongkut ataupun
lebih dikenali dengan Rama IV telah memerintah Thailand dari tahun 1851 sehingga 1868.
Semasa pemerintahan baginda, baginda telah mengubah dasar pengasingan Thailand secara
menyeluruh. Hal ini kerana, baginda menyedari tentang kelebihan yang ada pada kuasa Barat.
Raja Mongkut merupakan raja Thailand pertama yang telah menyimpang daripada tradisi
yang telah dipraktikkan oleh raja-raja sebelumnya.3 Sejak kecil lagi, Raja Mongkut telah
menerima pendidikan tradisional daripada para sami dan pendeta istana. 4 Baginda juga turut

2
Yusoff Iskandar & Khalil Yusoff. (1979). Diskusi Sejarah. Pulau Pinang Publishing Sdn. Bhd. Hlm. 194.
3
Ibid.hlm 165
4
Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.hlm. 161

2
memperoleh pendidikan Barat melalui seorang mubaligh Kristian iaitu Pellagoix. Oleh itu,
tidak hairanlah kalau dikatakan bahawa nilai intelektualisme Barat lebih mempengaruhi jiwa
baginda.

Mongkut telah melantik jawatankuasa khas dalam menjalankan sebarang perundingan.


Hal ini kerana, Mongkut bimbang Britain akan menyerang Thailand seperti yang berlaku
kepada negara jiran iaitu Vietnam, China dan Myanmar.5 Mongkut berpendapat bahawa, jika
China tidak mampu untuk mempertahankan dirinya menentang British, bagaimana pula
Thailand berani melaksanakan dasar menentangnya? Pengalaman Myanmar, Vietnam dan
China telah mengajar Mongkut supaya lebih banyak bertolak ansur dengan kuasa-kuasa Barat.
Bagi mengelakkan kemasukan kuasa Barat, Mongkut telah melantik pegawai-pegawainya
yang terdiri daripada orang-orang Barat. Sebagai contoh, sewaktu pemerintahan Mongkut
seramai 84 orang Eropah diambil berkhidmat dengan baginda dan mereka juga menjadi
penasihat kerajaan serta dilantik menjadi penasihat dalam bidang ketenteraan. Antara jawatan-
jawatan lain yang diberikan kepada pihak Barat ialah sebagai pengajar dalam istana, ketua
pelabuhan, pengarah rumah kastam dan ketua polis.6

Mongkut meninggal dunia pada 1 Oktober 1868 akibat penyakit malaria.


Pemerintahan Mongkut telah diteruskan oleh Raja Chulalongkorn sebagai Raja Rama V.Pada
1853, kerajaan Siam telah dikurniakan kelahiran putera Chulalongkorn yang dikatakan lahir
pada hari Selasa bulan sepuluh tahun lembu. Dalam hal ini, telah ada juga satu sumber lagi
yang mengatakan bahawa putera Chulalongkorn ini telah dilahirkan pada 20 September
1853.33 Putera Chulalongkorn telah menaiki takhta melalui pertabalannya yang telah
dijalankan pada tahun 1873.7

Raja Chulalonglorn telah melaksankan petadbirannya menggunakan sistem kabinet


yang terdiri daripada 12 jabatan seperti Jabatan Hal Ehwal dalam Negeri, Pertahanan,
Kewangan, Hubungan luar, Pelajaran, Pertanian dan Perniagaan, Kehakiman dan beberapa
jabatan lagi.49 Melalui kewujudan sistem kabinet ini, ianya telah dapat memudahkan Raja
Chulalongkorn mengawal dasar dan perlaksanaan pentadbiran Thailand dengan berkesan dan
teratur. Selain itu, Raja Chulalongkorn pada tahun 1892 telah memusatkan sistem

5
Abbot Low Moffat. (1961). Mongkut The King of Siam. New York: Cornell University Press. Hlm.24
6
D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm.800
7
Ibid. hlm.824

3
pemerintahan keseluruhannya di bawah satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Dalam
Negeri.8 Hal ini bertujuan untuk melicinkan lagi pentadbirannya. Pembaharuan yang kedua
yang disentuh oleh Chulalongkorn adalah dalam bidang kehakiman. Raja Chulalongkorn telah
menghantar beratus-ratus pemuda antaranya Putra Rabi ke luar negeri untuk mempelajari
cara-cara kehakiman Barat. Putra Rabi telah menuntut di England dan menerima Ijazah di
Oxford. Dalam hal ini, salah satu usaha Putra Rabi sebagai Menteri Kehakiman ialah
menubuhkan sekolah undang-undang untuk melatih peguam Thailand. Berikutan daripada
pembaharuan tersebut, Putra Rabi telah mengambil pegawai-pegawai Tinggi Polis daripada
perkhidmatan Polis Diraja India dan Burma.9
Sebaliknya, pentadbiran Burma mengalami masalah iaitu bermula apabila Burma
menakluki Arakan. Penaklukan Arakan dilakukan oleh Raja Bodawpaya pada tahun 1784.10
Penaklukan ke atasnya itu merupakan peristiwa yang paling penting sekali dalam zaman
pemerintahan Bodawpaya kerana sempadan Burma telah meluas sehingga ke kawasan India.
Penaklukan tersebut menyebabkan Burma mempunyai sempadan yang sama dengan British di
wilayah Chittagong. Keadaan di sempadan Arakan-Chittagong adalah tidak stabil kerana
terdapat sebilangan besar orang pelarian Arakan yang menggunakan wilayah British untuk
menentang pemerintahan Burma. Arakan ditadbir oleh seorang gabenor Burma.11 Penawanan
Arakan oleh Burma menandakan bermulanya pertikaian antara British dan Burma yang
akhirnya mengakibatkan perang pada tahun 1824. Orang pelarian Arakan dibawah pimpinan
Nga Than De dan Chan Byan telah memberontak menentang pemerintahan Burma pada tahun
1794 dan 1811. Sebagai tindak balas, askar-askar Burma seringkali memasuki wilayah British
untuk menawan pemberontak-pemberontak yang melarikan diri ke Chittagong. Tindakan
askar Burma ini telah mengancam ketenteraman wilayah British. Orang Burma pula mula
mengesyaki bahawa orang pelarian Arakan menerima bantuan daripada British. Malahan
terdapat pertempuran-pertempuran kecil diantara askar Burma dengan pihak British di
kawasan sempadan Arakan-Chittagong. Hal ini telah memburukkan hubungan British Burma
yang akhirnya menyebabkan peperangan.12

8
D.G.E. Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. hlm.824
9
Ibid . hlm 825
10
Mohammed Yunus, A History of Arakan (Past and Present), Edisi Pertama terbitkan tahun 1994, hlm.5.
11
Abu Talib Ahmad, 1991, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
12
Hussein Ahmad. (1971). Sejarah Thailand Dari pra-sejarah hingga sekarang. Kelantan : Pustaka Aman Press.
Hlm. 155

4
Kekacauan politik juga berlaku semasa pemerintahan Raja Thibaw. Semasa
pemerintahan Raja Thibaw (1878-1885), Burma Hulu mengalami kekacauan politik yang
serius. Raja Thibaw telah membunuh kira-kira 80 ahli keluarga diraja dalam Februari 1879
kerana khuatir satu pemberontakan akan meletus. Pembunuhan secara beramai-ramai juga
telah berlaku diMandalay pada tahun 1884. Dalam pada itu, Burma juga berada dalam
keadaan kacau bilau. Orang Kachin telah memberontak dan gerila-gerila Cina telah
membakar bandar Bhamo dan kebanyakan dari puak Sawbwa Syan yang tertakluk
menderhaka kepada Ava. Kekacauan politik ini telah menambahkan desakan-desakan
daripada golongan pedagang Inggeris di Rangoon bagi penaklukan Burma Hulu oleh Britain.
Ini adalah kerana keadaan kacau bilau di Burma Hulu telah mengganggu perdagangan.

2) Hubungan diplomatik
Thailand telah mengadakan hubungan diplomatik dengan kuasa Barat lain melalui perjanjian-
perjanjian. Antara perjanjian tersebut ialah Perjanjian Thailand dengan Perancis dan Amerika
Syarikat 1856, Denmark dan kota-kota Hanseatic 1858, Portugal 1859, Belanda 1860 dan
Prussia 1862, Perjanjian Thailand-Perancis 15 Julai 1867.13 Pada 1868 pula, perjanjian antara
Thailand dengan Belgium Itali termaktub, Morway dan Swedeen juga melakukan perjanjian
dengan Thailand yang diwakili oleh John Bowring. Bukti perjanjian yang ditandatangani oleh
Mongkut dengan negara Barat lain disokong juga dalam buku A History Of Thailand.14
Perjanjian ini, dibuat oleh Mongkut dengan mencontohi dasar yang dilakukan oleh Rama III
iaitu menggalakkan negeri-negeri Barat lain membuat perjanjian dengan sama coraknya
dengan perjanjian Bowring.15
Mongkut telah menjalinkan hubungan baik dengan pihak Barat. Mongkut telah
membuka pintu kepada kuasa Eropah pada tahun 1855 melalui perjanjian persahabatan dan
perdagangan dengan British.16 Sebelum Mongkut memgambilalih pemerintahan, British
terlebih dahulu telah menghantar wakilnya iaitu Sir James Brooke 1851 menemui Rama III
untuk berbincang mengenai hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara tetapi Rama
III telah menolak.17 Setelah pemerintahan diambilalih oleh Rama IV iaitu Mongkut, Britain

13
Hussein Ahmad. (1971). Sejarah Thailand Dari pra-sejarah hingga sekarang. Kelantan : Pustaka Aman Press.
Hlm 155-156
14
Rong Syamananda. (1981). A History Of Thailand. Bangkok: Thai Watana Panich Co Ltd. Hlm.121.
15
Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok. Hlm.177
16
D.G.E.Hall. (1971). Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustak. Hlm.817
17
Kobkua Suwannathat-Pian. (1991). Sejarah Thai Zaman Bangkok .hlm 174

5
sekali lagi telah menghantar wakilnya iaitu Sir John Bowring 1855 untuk berbincang hal yang
sama dan Mongkut telah menyambut dengan penuh kehormatan.
Chulalongkorn juga mengadakan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat melalui
pertambahan pegawai Barat dalam sistem pentadbirannya. Semasa Chulalongkorn, bukan
sahaja konsul asing terdapat di Thailand tetapi kedutaan-kedutaan Thailand juga didirikan di
negara-negara Barat seperti di New York, London, Paris, Brussels, Tokyo dan sebagainya.
Chulalongkorn juga telah mengadakan hubungan peribadi dengan pemimpin-pemimpin Barat
seperti Raja William II (Jerman), Tzar Nicholas II (Rusia), Prince of Wales (England) dan
Presiden Lawbet (Perancis). Chulalongkorn telah mengadakan lawatan ke Eropah dan beliau
merupakan Raja Thailand yang pertama melawat ke Eropah sebanyak dua kali iaitu pada
tahun 1897 dan 1907. Raja Chulalongkorn juga telah meneruskan usaha ayahanda beliau
dengan mengambil penasihat-penasihat dan pegawai luar di dalam kerajaan beliau. Jika
dilihat Raja Chulalongkorn telah bertindak lebih daripada apa yang dilakukan oleh ayahanda
beliau di mana kebanyakan daripada penasihat-penasihat asingnya adalah orang British.18
Melihat kepada keadaan ini, kebanyakan daripada penasihat-penasihat asing diambil kerana
berdasarkan kepada pengalaman mereka di India dan di Burma.
Manakala, Burma mengalami masalah dalam hubungan diplomatik iaitu semasa
Perang Inggris Burma I (1823-1826), Raja Bagyidaw (1819-1837) menyerang dan Bengal,
Manipur dan Assam (1823). Burma kalah, akibatnya Burma membayar ganti rugi perang,
Arakan dan tenaserim diambil Inggris dan Ava ditempatkan residen Inggeris untuk
mengawasi kepentingannya (isi perjanjian yandabu1826). Perang Burma II (1852-1853) tanpa
perjanjian rasmi. Tetapi setelah Burma kalah raja Kagan Min turun takhta dan digantikan oleh
Mindon Min (1853- 1878) jenderal Godwin menduduki Ranggooan dan Pegu. Ibu kota
dipindahkan ke Mandalay (1857). Inggeris menguasai sungai Irawady. Perang burma Inggeris
III 91885). Raja thibaw 91878-1885) berhubungan dengan Perancis di Indo-Cina untuk
menentang Inggeris dibawah jenderal Prendergast menghancurkan perlawanan Thibaw dan
menduduki Mandalay dan mengasingkan Thibaw ke India.19

18
D.g.e.Hall. (1981). Sejarah Asia Tenggara. Hlm.821
19
Than. M. (2005). Myanmar in Asean. Singapore , Institute of Southeast Asian Studies. Hlm 89

6
Kerajaan Burma berakhir dan dimasukan ke jajahan Inggeris dengan India.
Kemerosotan hubungan diplomatik telah menyebabkan peletusan perang British Burma yang
pertama. British telah menghantar beberapa utusan antara tahun 1795 hingga 1811 antaranya
seperti Michael Symes pada tahun 1795 dan 1802, John Canning pada tahun 1809 dan 1811.
Mereka dihantar untuk menyelesaikan masalah-masalah sempadan Arakan-Chittagong,
masalah perdagangan dan perluasan pengaruh Perancis di Burma. Utusan utusan tersebut
telah gagal menyelesai masalah tersebut dengan sempurna. Kegagalan ini disebabkan oleh
keangkuhan ketenteraan Burma dan syak wasangka antara kedua pihak. Malahan kedua dua
Residen British yang dihantar ke Rangoon iaitu Hiram Cox dan Lt. John Canning terpaksa
pulang ke India pada tahun 1798 dan 1803 akibat layanan buruk oleh pegawai istana Burma.
Burma enggan mengadakan hubungan diplomatik secara langsung dengan Gabenor Jeneral
India yang dianggap sebagai tidak setaraf dengan rajanya. Hubungan diplomatik antara
British dan Burma telah putus pada tahun 1811. Hal ini telah merintis kepada peletusan
perang British Burma yang pertama.20

Selepas penarikan residensi British di Burma pada tahun 1840, kerajaan British di
Calcutta telah menerima banyak aduan mengenai layanan buruk kerajaan Burma terhadap
pedagang-pedagang British. Pedagang-pedagang mengadu tentang pengenaan cukai-cukai
yang tidak adil. Gabenor Pegu, Maung Ok memang terkenal dengan pemerasan pedagang-
padagang British kerana raja Pagan memberi kuasa kepada Maung Ok yang bersifat anti
British. Pada bulan Julai dan Ogos tahun 1851, Maung Ok telah mengenakan tuduhan tuduhan
membunuh dan menipu terhadap dua orang kapten British iaitu Sheppard dan Lewis. Beliau
telah memaksa mereka membayar denda sebanyak 1000 rupi. Shepard dan Lewis seterusnya
mengadu perkara ini kepada kerajaan British di India. Gabenor General British iaitu Lord
Dalhausi telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan tegas. Peristiwa ini telah
memberi kesempatan kepada kerajaan British (terutamanya Lord Dalhausie) untuk memberi
satu pengajaran kepada orang Burma dan menguasai Burma.21

20
John Bastin dan Harry J. Benda, 1977, Sejarah Asia Tenggara Moden, Penjajahan Nasionalisma dan
Kebijajahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
21
Ibid. Hlm 39

7
Masalah kasut juga menyebabkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara
putus. Masalah kasut timbul semasa pemerintahan Raja Mindon Min (1853-78).22 Mengikut
adat Burma, orang Barat yang ingin menghadap raja harus menanggalkaan kasut mereka dan
duduk bersila di lantai. Pihak British pula menganggap peraturan ini sebagai merendahkan
maruah mereka . Pada tahun 1875, kerajaan British di India telah mengarahkan Residen Shaw
di Mandalay untuk tidak menanggalkan kasut ketika mengadap raja. Hal ini telah
menbangkitkan kemarahan Raja Mindon dan seterusnya tidak ingin menemui Residen British
sekiranya amalan tradisional tersebut tidak dipatuhi. Akibatnya, selepas tahun 1875 tidak
terdapat sebarang hubungan secara langsung antara raja Burma dan Residen British. Malahan
pada tahun 1879, Residen British di Mandalay telah ditutup. Burma seterusnya ingin
mengadakan hubungan secara langsung dengan kerajaan British. Langkah Burma ini telah
ditolak oleh kerajaan British. Pemutusan hubungan diplomatik telah menyebabkan
kemerosotan hubungan British Burma. Hal ini telah menjadi salah satu sebab penting
peletusan perang British Burma yang ketiga.23

FAKTOR EKONOMI

1. Hubungan Perdagangan Dengan Kuasa-Kuasa Barat

Thailand merupakan sebuah negara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa
Barat kerana berlakunya hubungan pedagangan dengan kuasa-kuasa Barat. Hubungan
perdagangan yang dilakukan dengan kuasa Barat adalah bertujuan untuk mengelakkan
Thailand daripada dijajah oleh Barat. Pada abad ke 19, Thailand telah mengeksport barangan
seperti hasil-hasil hutan dan perdagangan Thailand dipergiatkan lagi pada tahun 1820 dengan
mengeksport gula, beras, ikan kering dan daging, perkakasaan timah, kain, minyak, dan
pewarna.24 Barang-barang dagangan ini kebanyakkannya di hasilkan atau ditanam oleh
imigran Cina, namun dikembangkan oleh orang lain Gula merupakan salah satu barangan
perdagangan yang diminati oleh orang-orang Eropah.

22
J, P, Perry. (2007). Myanmar (Burma) Since 1962: The Failure Of Development, Hampshire, England.Hlm
105.
23
Than. M. (2005). Myanmar in Asean. Singapore. Institute of Southeast Asian Studies, Singapore. Hlm 67.
24
Megi Riski, 2010, Hubungan Siam-Inggeris Ditinjau dari Kasus Perjanjian Bowling pada Masa Raja
Mongkut (1851-1868), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Hlm. 39

8
Hubungan perdagangan terjalin antara Thailand dengan Cina sehingga tahun 1840
namun disebabkan kejatuhan pasaran Cina hubungan tersebut terjejas. Hal ini demikian
kerana serangan Barat ke atas Asia Tenggara dalam usaha untuk menguasai jalan
perdagangan. Hal ini menyebabkan bermulanya hubungan perdagangan Thailand dengan
Inggeris apabila kapal-kapal Inggeris ke Siam untuk mencari barang-barang pertanian seperti
gula, lada, tembakau, dan beras.25 Barangan yang diperoleh di Thailand akan dihantar kembali
ke negara asal mereka. Hal ini secara tidak langsung pola perdagangan yang baru telah
terhasil akibat daripada kedatangan Inggeris dengan terciptanya tempat-tempat baru bagi
pemasaran barang pertanian. Barang dagangan Barat pertama yang diterima oleh pihak
Thailand ialah opium pada tahun 1821.26 Kemasukkan opium ke Thailand memberikan
keuntungan kepada negar Thailand kerana opium menjadi barang dagangan yang terpenting
antara Thailand dengan Cina. Opium merupakan ubta-ubatan dan sebagai sumber penghibur
bagi orang-orang kaya di Cina. Hal ini tidak hairanlah jika permintaan opium meningkat dan
memberikan keuntungan kepada Thailand.

Thailand bersedia untuk mengadakan hubungan pedagangan dengan Inggeris jika


wujudnya sebuah perjanjian. Semasa pemerintahan Raja Rama I, John Crawfurd telah
dihantar ke Thailand dalam usaha untuk mendapatkan kemudahan bagi para pedagang
Inggeris, usaha untuk menghapuskan bayaran dalam sistem pajak, dan penghapusan sistem
monopoli kerajaan namun perjanjian dagang ini hanya sia-sia kerana telah ditolak oleh Raja
Thailand. Hal ini kerana Thailand tetap menjalankan sistem pajak dan monopoli perdagangan
masih dipegang oleh kerajaan dalam usaha untuk mengelakkan Thailand dijajah oleh mereka.
John Crawfurd hanya berjaya mendapatkan pernyataan dari pihak Thailand yang menyatakan
bahawa tarif pajak tidak akan dinaikkan dan pedagang Inggeris dibenarkan berdagang di
Thailand.

Semasa pemerintahan Raja Rama III sistem pemerintahan Thailand yang konservatif
dan corak kehidupan tradisional Thailand berubah dalam usaha untuk berhadapan dengan
perubahan-perubahan yang dibawa oleh kedatangan Barat.27 Hal ini menyebabkan Thailand
menghadapi proses peninggalan dasar pemencilan dan membuka pintunya kepada British.
Tindakan ini dilakukan oleh raja Rama III disebabkan rasa bimbing beliau terhadap

25
Megi Riski, 2010, Hubungan Siam-Inggeris Ditinjau dari Kasus Perjanjian Bowling pada Masa Raja
Mongkut (1851-1868), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 56.
26
Ibid, Hlm. 41
27
Dorothy Lo & Gilbert Khoo, (t.t), Negeri Thai sehingga tahun 1910, dalam Asia Tenggara dalam Perubahan
sejarah Tenggara : Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur : Heinsemann educa$om books (Asia) LTD,Hlm.
406

9
penjajahan British yang mula mengorak langkah yang agresif. Hal ini dapat dibuktikan
apabila Bristish berjaya menyerang dan mengalahkan Burma yang dipimpin oleh Jeneral
Maha Bandula.28 Dasar tutup pintu yang dilakukan oleh pihak Burma telah menyebabkan
pihak British tidak dapat memasuki negara tersebut lalu mereka menyerang dan menjajah
Burma. Oleh itu, kerajaan Thailand mengambil langkah untuk membuka pintu kepada pihak
Barat secara terhad.

Hal ini menyebabkan peninggalan dasar tutup pintu oleh pihak Thailand menandakan
mereka telah bersedia untuk menerima beberapa peralihan yang mengundang kepada
penglibatan dengan kuasa-kuasa Barat. Hal ini kerana Thailand tidak lagi dapat menggunakan
dasar tutup pintu setelah membuka pintunya kepada pihak British untuk menjalankan
hubungan perdagangan. Walaubagaimanapun Thailand tidak membuka sepenuhnya pintunya
kepada Barat. Oleh itu, satu dasar yang terhad telah dilakukan oleh Raja Rama III. Sejajar
dengan semangat dasar luar ini, Thailand telah mengadakan persetiaan dengan British apabila
Henry Burney tiba di Thailand pada 1825 bagi mewakili kepentingan British.29 Pada 1826,
satu persetiaan yang yang agak kabur telah ditandatangani yang menyatakan bahawa
pedagang-pedagang British perlu membayar cukai biasa semasa berdagang di negeri
Thailand.30 Selain itu, kerajaan Thailand juga menghormati British dan bagi mengelakkan
kemarahan pihak British Raja Rama III mengelakkan diri daripada campur tangan di negeri-
negeri Melayu. Melalui perjanjian persetiaan yang telah termenterai antara British dan
Thailand, Raja Rama III telah melarang pengimportan beras ke Thailand dan pengeksportan
Beras. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan Raja Rama III berjaya mengekalkan
monopoli baginda dalam mengawal perdagangan candu dalam negeri Thailand.31

Pada 1833, Edmurd Roberts menjalankan rundingan dengan Thailand bagi pihak
Amerika Syarikat.32 Walaupun layanan yang baik telah diberikan kepada utusan Amerika
Syarikat, namun pihak Thailand tetap menghadkan hubungan perdagangan antara mereka.
Beberapa konsesi telah diberikan kepada pihak Amerika Syarikat dan pemberian konsesi
tersebut adalah bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan Thailand sahaja. Thailand juga telah
bertindak mengehadkan pengeksportan gula dan usaha ini akan diteruskan seandainya kuasa

28
Dorothy Lo & Gilbert Khoo, (t.t), Negeri Thai sehingga tahun 1910, dalam Asia Tenggara dalam Perubahan
sejarah Tenggara : Selatan dan Timur Asia, Kuala Lumpur : Heinsemann educa$om books (Asia) LTD,Hlm.
406
29
Ibid, hlm. 407
30
D.G.E Hall, 1981, Sejarah Asia Tenggara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 896
31
Ibid, hlm. 900
32
Ibid, hlm 910

10
Barat tidak menunjukkan sebarang reaksi yang akan mengancam kedaulatan Thailand.Justeru,
malalui hubungan perdagangan yang dijalankan oleh kerajaan Thailand di bawah
pemerintahan Raja Rama III, Thailand telah berjaya menghalang penjajahan Barat daipada
memasuki negara mereka. Walau bagaimanapun penghadkan tersebut telah menimbulkan
beberapa masalah. Namun masalah tersebut dapat di atasi oleh Raja Rama V.

Manakala Burma mengamalkan dasar tutup pintu. Walaupun Burma terletak di


kedudukan yang strategik iaitu berada di laluan perdagangan diantara China dan India, namun
kerajaan ini tidak melakukan hubungan dagangan dengan negara luar. Mereka hanya
menjalankan kegiatan ekonomi berbentuk sara diri. Menurut Furnivall Burma tidak menarik
minat negara luar dan sebaliknya menghasilkan semua keperluannya sendiri.33 Hal ini
demikian kerana, tanah-tanah yang di negara tersebut adalah amat subur untuk menjalankan
kegiatan pertanian dan kebanyakkan rakyatnya juga adalah terdiri daripada golongan petani.
Hasil-hasil keluaran dalam negeri merangkumi jenis-jenis logam , buah-buahan, sayur-
sayuran, ikan dan beras.34 Rakyat di negara ini hanya menjalankan perniagaan dalam negeri
sahaja tetapi dikawal oleh pemerintah.35 Hal ini dapat dibuktikan apabila selepas tahun 1855
kawasan Burma Hulu masih berupaya untuk mengekalkan keadaan persaingan dengan dunia
luar kerana bahan-bahan makanan seperti beras, sekoi, ikan, garam, buluh dan kayu untuk
pembinaan masih dikeluarkan dengan banyaknya.36 Hal ini menyebabkan pihak British ingin
menguasai negara tersebut.
Selain itu, di Burma juga wujud satu kuasa monopoli yang dikenali sebagai Monopoli
raja. Raja di Burma mempunyai kuasa monopoli keatas kapas dan barangan tetentu seperti
batu-batu permata, petroleum dan kayu jati.37 Kegiatan monopoli ini dijalankan semasa
pemerintahan raja Mindon. Monopoli ini dikatakan merupakan salah satu langkah
pembaharuan yang dijalankan oleh raja Mindon untuk memajukan Burma. Menurut Yule,
monopoli raja yang dikenakan oleh raja Mindon adalah untuk mendapatkan wang tanpa
memberatkan rakyatnya dengan cukai.38 selain daripada untuk mengelakkan rakyatnya
terbeban dengan cukai, monopoli ini juga bertujuan untuk mengelakkan pihak British dari
menguasai barangan tertentu. Pengenalan monopoli raja ini tidak mendapat tentangan

33
Gilbert Khoo dan Dorothy Lo,1978, Asia dalam Perubahan, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia), hlm
337.
34 Abu Talib Ahmad, 1978, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

hlm 30.
35 Ibid, hlm 31.
36Ibid, hlm 35.
37 Gilbert Khoo dan Dorothy Lo, 1978, Asia dalam Perubahan, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia), hlm

339
38
Ibid, hlm 340.

11
daripada rakyat Burma kerana meraka percaya bahawa semua sekali di dalam kerajaan adalah
kepunyaan raja.39 Namun hal ini tidak disenangi oleh pegawai-pegawai dan saudagar-
saudagar British dan kemudiannya melaporkan kepada kerajaan mereka .
Selain daripada pengenalan kepada monopoli raja, kadar faedah yang tinggi yang
dikenakan oleh peminjam wang juga turut memburukan lagi keadaan ekonomi di Burma.
Walaupun kegiatan ekonomi di Burma adalah berbentuk tradisi, namun kegiatan peminjaman
wang turut wujud di negeri tersebut. Peminjam-peminjam wang seperti ceti sentiasa bersedia
untuk memberikan wang tunai kepada petani-petani yang memerlukannya. Satu kadar biasa
kira-kira 3% sebulan dikenakan sebagai faedah. Peminjam-peminjam wang terdiri daripada
orang Burma pula mengenakan sebanyak 10% sebulan. Walaupun penduduk petani Burma
meminjam wang daripada ceti namun mereka masih mampu untuk membayar kembali wang
yang dipinjamkan kerana pada ketika itu harga beras yang mahal sehinggalah pada abad ke 20
apabila pasaran beras Burma jatuh akibat daripada peluasan penanaman beras di Thailand
dan eksportnya.40 Peminjam-peminjam tidak dapat bayar semula dan lama-kelamaan tanah
yang dicagarkan berpindah kepada sipiutang. Hal ini meyebabkan ramai petani kehilangan
tanah dan rakyat berada dalam keadaan miskin. Hal ini berlanjutan sehinggalah pihak British
campurtangan dalam hal pentadbiran di Burma.

39
Abu Talib Ahmad, 1978, Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Hlm. 45.
40
Ibid, hlm 340

12
FAKTOR SOSIAL

1. Aspek Pemodenan Adat Kebudayaan.

Semasa raja mongkut naik takhta pada tahun 1851, banyak perubahan yang dilakukan oleh
raja mongkut kerana kebijaksanaannya dan diteruskan oleh anakandanya iaitu raja
chulalongkorn. Banyak perubahan yang dilakukan untuk memodenkan negara thailand dalam
semua aspek. Dari segi aspek pemodenan sosial adalah untuk bertujuaan mengurangkan
penguasaan dan kemaraan kuasa barat untuk menguasai thailand walaupun tidak ketara sangat
fungsi pemodenan tersebut untuk mengekalkan dari dijajah namun ia sangat penting bagi
seorang raja untuk megurangkan kemaraan penjajah. Hal ini kerana raja bertindak untuk
memajukan thailand agar bebas. Untuk memajukan thailand, raja mongkut telah membuang
perkara mitos yang ada dalam pengaruh buddha yang selama ini menjadi tradisi rakayat
thailand41. Jadi perkara-perkara yang ada mitos telah ditolak dari kehidupan rakyat agar rakyat
hidup ke arah era baru. Hal ini dipercayai perkara-perkara mitos telah mengekang kehidupan
rakyat kerana rakyat hidup dengan kepercayaan yang hanya untuk menjalani kehidupan harian
tanpa ada perubahan yang jauh lebih baik.

Selain itu, ketika pertabalan raja chulalongkorn, baginda telah menghapuskan adat
merangkak, sembah, dan sujud depan raja. Hal kerana menurut dalam buku sejarah revolusi
thai telah menyatakan amalan adat tersebut dianggap oleh permerhati luar seperti seekor
buaya dan kura-kura di mana ahli-ahli dewan kedutaan siam merangkak seperti kura-kura di
hadapan ratu britain42. Jadi raja chulalongkorn telah menghapuskan amalan tersebut. Apabila
raja mendapat tahu amalan tersebut memalukan, baginda megantikan degan amalan barat
seperti berdiri, tunduk kepala dan mengangkat topi. Daripada peristiwa tersebut, rakyat sudah
boleh melihat wajah raja siam kerana sebelum ini rakyat tidak dibenarkan melihat wajah raja
dan seterusnya raja juga mudah didekati43.

41
Thawatt Mokarang, 1987, Sejarah Revolusi Thai, Terjemahan Wan Azman Wan Mohamad, Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, hlmn 47
42
Ibid, hlmn 46
43
Ibid, hlmn 47

13
Burma juga turut menerima dan mengamalkan pengaruh hindu buddha. Namun
Berbanding dengan siam, burma lebih mengekalkan adat mereka dan begitu disanjungi.
Burma juga menerima pengaruh buddha yang menjadi tradisi raja dan rakyat sejak
kedatangan pengaruh hindu buddha. Kepercayaan agama buddha trevana ini telah dipegang
kuat oleh raja. Ketika raja mindon minh seorang raja yang turut membuat pembaharuan
negaranya namun baginda tetap berpegang tradisi dan kepercayaan agama buddha. Antaranya
isu kasut yang telah menyebabkan terjejasnya hubungan antara burma dan pihak barat. Dalam
adat dan tradisi burma, seseorang itu perlu menanggalkan kasut untuk menghadap raja di
istana atau di biara. Namun ketika pihak british menghadap raja, mereka tidak membuka
kasut dan ini menyebabkan kemarahan raja mindon minh kerana melanggar adat tradisi burma
yang selama ini diamalkan oleh burma. Dari peristiwa tersebut hubungan burma dan kuasa
british sangat renggan sehingga berlakunya siri peperangan untuk menguasai burma.

2. Aspek Pemodenan Pendidikan

Pendidikan di thailand sebelum ini adalah bersifat tradisional di mana hanya golongan sami
yang memainkan peranan untuk mengajar agama kepada rakyat untuk memnuhi keperluan
dan nilai kehidupan masyarakat. Setelah raja mongkut menjadi raja, baginda menggalakkan
pendidikan barat di siam. Hal ini kerana beliau adalah pemerintah yang pertama yang
mempunyai pendidikan barat serta boleh berbahasa asing. Ini menyebabkan baginda bijak
berunding dengan kuasa asing kerana kepandaian baginda dalam bahasa asing. Dalam
mencapai arus pemodenan negara, rakyat perlu pandai membaca dan menulis terutama dalam
bahasa inggeris agar rakyat tidak menjadi suruhan kuasa asing. Oleh itu, raja mongkut
menggalakkan orang barat untuk mengajar penduduk yang buta huruf agar dapat
mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan penduduk44.

Dengan kebijaksaan raja, mubaligh kristian dibenar menyebarkan agama kristian


seterusnya mengajar bahasa asing kepada rakyat. Selain itu, raja juga telah menghantar
rakyatnya ke negara barat untuk melanjutkan pelajaran di negara barat. Hal ini kerana di
negara barat mempunyai banyak cabang ilmu dan raja berharap agar setelah rakyatnya pulang
ke tanah air dapat membawa banyak ilmu dan di kongsikan kepada pendidikan seterusnya
akan lahir ramai intelektual yang akan mempertahan negara. Begitu juga kepada raja

44
Gilbert Khoo, Drohothy Lo, 1978, Asia Dalam Perubahan: Asia Tenggara, Selatan Dan Timur, Kuala
Lumpur, hlmn 414.

14
chulalongkorn yang telah meningkatkan lagi pembaharuan pendidikan di mana baginda
mewajibkan kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan serta membuat sekolah dan institusi
untuk pendidikan.

Manakala pendidikan di burma pula tidak mendapat sambutan yang baik dari rakyat
burma. Hal ini kerana hanya golongan sami yang suka menulis puisi-puisi yang menarik
untuk disampaikan kepada rakyat jelata tentang kepercayaan agama buddha. Ulama suka
menulis puisi khusus dalam bidang kesasteraan dan lebih menceritakan hikayat-hikayat burma
tentang kepercayaan agama buddha. Misalnya puisi yang meceritakan tentang pengumpulan
gajah putih oleh raja-raja burma kerana gajah putih dipercayai dapat menentukan kedaulatan
sesebuah negara. Oleh itu, pendidikan di burma hanya di tekankan oleh golongan sami yang
suka menulis puisi. Setelah pihak british menguasai burma, pendidikan telah diambil alih oleh
pihak british dan ini menyebabkan golongan sami berasa risau dengan pendidikan yang akan
menghapuskan tradisi agama buddha yang telah diamalkan oleh rakyat burma.

3. Perubahan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan

Raja Mongkut sendiri telah melakukan beberapa perubahan khususnya dalam sistem
perhubungan dan pengangkutan di Thailand. Walaupun perubahan hanya terdapat beberapa
kejayaan sahaja dan bersifat kecil namun perubahan ini dilihat sebagai satu permulaan lain
kepada Thailand. Satu sistem jalan-jalan raya, tanah dan tali air telah menghubungkan
kawasan-kawasan pengeluaran kepada sungai Chao Phraya, iaitu hanya satu jalan
perhubungan yang penting pada zaman Raja Mongkut.45 Orang-orang Thailand digalakkan
bagi menyumbang sama ada dalam bentuk wang atau tenaga bagi pembinaan sistem
perhubungan. Buruh paksa tidak digunakan. Hal ini kerana, sekiranya berlaku kekurangan
tenaga buruh maka buruh yang bergaji akan digunakan. Dengan adanya sistem pengangkutan
ini, barangan yang dikeluarkan oleh negara dapat dibawa melalui sungai Chao Phraya ke
Bangkok di mana ianya dibahagikan untuk dieksport oleh pedagang-pedagang asing yang
berada di sana.

45
Gilbert Khoo dan Dorothy Lo, Asia dalam Perubahan, 1978, Kuala Lumpur : Heinemann Educational Books
(Asia) Ltd, Hlm 415.

15
Namun, berbanding dengan Burma, jalan semula jadinya yang utama iaitu Sungai
Irrawaddi telah merosot akibat daripada penglibatan British terhadap penguasaan jalan airnya.
Halangan yang besar juga wujud kerana faktor gunung-ganang dan dataran tinggi telah
mengehadkan hubungan perdagangannya.46 Pembinaan landasan-landasan kereta api di
Burma juga pada mulanya dirangka berdasarkan pertimbangan-pertimbangan strategi British
dan banyak dipengaruhi oleh perkembangan keretapi di India.47 Hal ini menunjukkan bahawa
sistem pengangkutan dan perhubungan di Thailand adalah berkembang melalui usaha yang
dilakukan oleh Raja Thailand sendiri iaitu Raja Mongkut manakala di Burma, penglibatan
British ke atas penguasaan sistem pengangkutan dan perhubungannya menyebabkan Burma
tidak dapat membentuk perkembangannya sendiri melalui pemerintahan dirajanya.

4. Perubahan dalam Pertumbuhan dan Taburan Penduduk

Negeri Thailand mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang rendah. Oleh yang demikian,
negeri itu dianggap sebagai negeri kurang penduduk dalam erti kata lain bahawa banyak
kawasan yang luas didapati tiada penghuni, sehinggakan di daerah-daerah yang mempunyai
jumlah penduduk paling ramai, puratanya adalah jauh kurang dari jumlah kepadatan
penduduk negeri-negeri lain.48 Jumlah bilangan penduduk negeri Thailand yang kecil
berpunca daripada sejarahnya, persempadanannya yang terbuka, pencerobohan dan
peperangan serta serangan penyakit. Bagaimanapun, selepas tahun 1855, negara itu
keseluruhannya memperlihatkan corak pertumbuhan penduduk seperti yang berlaku di seluruh
Asia Tenggara yang berada di bawah tekanan ekonomi penjajahan Barat. Hal ini disebabkan
oleh pemerintahan rajanya yang menjalankan tanaman jualan kerana kawasan-kawasan
pertanian semakin berkembang pada masa tersebut terutamanya dalam penanaman padi. Raja
Thailand menggalakan penanaman padi secara besar-besaran bagi membangunkan negeri
tersebut.

46
Donald W. Fryer, Asia Tenggara Yang Sedang Membangun, 1982, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm 503.
47
D.J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, 1984, Kuala Lumpur : Sun U Book Co. Sdn. Bhd, Hlm
141.
48
Ibid, Hlm 616.

16
Hal ini berlainan pula dengan Burma di mana kadar pertumbuhan penduduknya adalah
tinggi dan bertambah empat kali ganda dalam satu abad di mana terdapat dua perubahan
utama dalam pola penduduk negeri itu di bawah pemerintahan British. Hal ini juga adalah
disebabkan berlakunya penempatan semula di Burma Hilir serta kemasukan penduduk
penghijrahan masuk yang ramai ke negeri tersebut, terutamanya orang-orang India.49 Oleh itu,
jelaslah di sini bahawa kadar pertumbuhan penduduk di Thailand bertambah kerana usaha
yang giat dijalankan oleh pemerintahnya dalam mengusahakan penanaman padi secara besar-
besaran. Burma pula berkembang dalam taburan penduduknya kerana wujudnya penglibatan
British sejak dari mula lagi.

RUMUSAN

Kesimpulannya, kebijaksanaan Raja Siam iaitu Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah
menyelamatkan Siam daripada dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Raja Mongkut telah
mengambil langkah yang bijak dengan mengubah sistem pentadbiran yang bercorak
tradisional kepada yang lebih moden seperti negara Barat. Perubahan sistem pentadbiran yang
dilakukan ini diteruskan oleh anaknya iaitu Raja Chulalongkorn. Perubahan sistem
pentadbiran ini telah menyebabkan berlakunya penyeragaman dalam pentadbiran dan
pembahagian kuasa yang sama rata. Selain itu, sistem ini juga mengurangkan penguasaan raja
dalam politik. Di samping itu, Raja Mongkut dan Chulalongkorn juga telah melaksanakan
hubungan diplomatik dengan negara-negara Barat seperti Perancis, British, Jerman, Rusia dan
England. Hubungan baik yang terjalin ini meyebabkan Siam bebas dari dijajah oleh mana-
mana negara Barat. Manakala di Burma, raja-raja Burma tidak mempunyai kebijaksanaan
dalam menangani masalah dalam negeri. Hal ini dapat dibuktikan apabila berlaku kekacauan
dalam politik yang telah meyebabkan keadaan di Burma berada dalam keadaan yang kucar-
kacir. Kekacauan politik ini berlaku semasa Burma menakluki Arakan dan semasa
pemerintahan Raja Thibaw. Selain itu, raja-raja Burma juga mempunyai masalah dalam
hubungan diplomatik dengan negara Barat terutamanya apabila berlaku Perang Inggeris-
Burma dan masalah kasut. Hal ini telah menyebabkan British berjaya menguasai Burma.
Perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkorn bukan sahaja dalam aspek
politik tetapi juga dalam aspek ekonomi. Raja-raja Siam ini telah memperkenalkan dasar buka

49
D.J.M. Tate, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara, 1984, Kuala Lumpur : Sun U Book Co. Sdn. Bhd, Hlm
144.

17
pintu. Hal ini berbeza dengan Burma yang mengamalkan dasar tutup pintu. Selain daripada
dasar tutup pintu, kegiatan monopoli oleh raja terhadap sumber-sumber ekonomi tertentu juga
turut menjadi punca mengapa British ingin menguasai Burma.
Dari aspek sosial pula, Raja-raja Siam telah mengambil langkah dengan memajukan
aspek pendidikan. Raja Mongkut telah memperkenalkan pendidikan Barat di Siam dan
menghantar rakyatnya ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di Barat. Manakala di
Burma, raja Burma tidak begitu menitikberatkan pendidikan dalam kalangan rakyatnya.
Selain itu, Raja Mongkut juga telah menghapuskan adat dan kebudayaan tradisional seperti
adat merangkak, sembah dan sujud depan raja dengan mengantikan amalan seperti di negara
Barat. Selain itu, raja Burma iaitu Raja Mindon Minh amat memegang kuat kepada agamanya
yang dianutinya iaitu Hindu-Buddha. Oleh itu, beliau tidak melakukan sebarang perubahan
dalam adat tradisi di Burma. Disamping itu, Raja Mongkut juga telah melakukan beberapa
perubahan dalam sistem perhubungan dan pengangkutan di Thailand dengan tujuan untuk
memudahkan barangan-barangan dibawa ke sungai Chao Phraya.Kepekaan raja Thailand
terhadap perkara yang berlaku di sekelilingnya telah menyebabkan mereka melakukan
beberapa perubahan dalam polik, ekonomi dan sosial bagi mengelakkan negara mereka
dijajah oleh kuasa Barat.

18

Anda mungkin juga menyukai