Anda di halaman 1dari 30

Pengembala yang meminta kulit musang

Bab 1

Gunung-gunung batu yang indah dan teguh terpacak dilitupi awan. Puncaknya

hilang tidak kelihatan. Awan-awan itu hanya bermain di batuan batu yang besar.

Sekali lihat tidak ubah seperti kalungan loket maharani yang indah dan tergantung.

Disini letaknya sebuah kampung yang indah dan harum menghijau. Sejuk dan

tenang. Lumut hijau dan paku-pakis menghuni setiap celahan batu dan ranting dahan

yang jatuh.

Pada sebelah timur pula terdapat sebuah jambatan kayu yang merentangi

sebatang sungai tohor yang jernih airnya. Kanak-kanak selalu sahaja mandi dan

bergurau senda dipinggir. Tidak kurang pula di sebelah semak merupakan tempat

bagi ibu dan dara membersihkan diri.

Inilah sebuah desa yang bernama Huizhou. Kampung Huizhou. Sebuah

kampung yang terbina atas kelahiran seorang pemuda magis yang dapat

melenturkan tanah dan bukit bukau. Hikayat menyatakan bahawa cintanya terhalang

akibat peperangan. Cintanya pada gadis bangsa Lin dan peperangan antara Zhou dan

Lin memusnahkan segalanya.

Suatu ketika, perang besar berlangsung. Ditanah ini ramai suku Zhou telah

terbunuh oleh bangsa Lin. Justeru, pemuda magis itu juga telah terbunuh. Berita

pembunuhannya telah tersebar meluas serentak dengan kemenangan bangsa Lin.

Hancur hati pasangan pemuda tersebut dari bangsa Lin. Akibat kemarahan, gadis itu

telah melaksanakan magisnya kepada dua-dua suku dan bangsa tersebut. Nama

gadis tersebut kekal terpahat hingga kini, Hui dari bangsa Lin dan Zhou dari suku

Zhou.

Disini juga tinggalnya Lisheng, seorang pemuda yang kacak serta sempurna

sifatnya. Baik, peramah dan jujur. Tinggal bersendirian di sebuah pondok yang dibina

dari pokok pain sebesar sehasta lebarnya. Pondok ini tetap diatas tanah dengan tiang
dari jenis kayu yang sama. Tiangnya juga agak besar tetapi licin terpacak teguh ke

dalam tanah gambut subur menghitam. Dindingnya diikat dengan plat besi dari belah

dalam tiang. Sebelah atas pula kayunya lebih nipis untuk menyokong atap jerami

tebal kuning dan keperangan.

Pemuda itu keluar melalui pintu dengan tolakan yang kuat. Pintu itu tersangkut

dengan bingkai pintu kerana kedudukannya yang sedikit herot lantas mengeluarkan

bunyi yang mengejutkan. Itik dan angsa yang selalunya tenang menunggu tuannya

disitu juga terkejut segera beredar sambal mengepakkan sayap. Seketika kemudian

angsa dan itik kebinguan itu kembali semula di hadapan tuannya.

Dibalik kesamaran cahaya mentari yang kelam menasuki pondok itu, seorang

lelaki melangkah keluar dengan badan yang sedikit terbongkok lantas meregangkan

badannya. Kedua-dua belah tangannya diangkat dengan tinggi sambal mengeluarkan

suara yang garau.

Argh..

Sekali lagi itik dan angsa terkejut dan berlari kejauhan. Kali ini bunyinya itu

lebih kuat sehingga burung-burung terus berterbangan ke seberang sungai.

Lishen kemudiaanya menundukkan kepala dengan mata yang sedikit

terpejam. Kemudian dipandangnya kelangit untuk melihat cuaca yang masih

bergerimis.

Oh, sungguh indah. Getus hatinya.

Memang mudah bagi Lisheng mensyukuri alam. Dirinya dengan alam bagai

bersatu. Malah kadangkala alam seolah-olah mengikut sangkaan dirinya. Bila

dirasakan hujan, maka hujan yang akan turun. Bila disangka panas memang kering

kayu dijemuran.

Luncuran kabus gerimis dengan kehangatan mentari menjadikan wajah

Lisheng kemerah-merahan. Pemuda yang bertubuh sasa dengan kot dan but tebal

daripada bulu serigala itu rupanya mempunyai kulit yang agak sensitif.
Pandangannya kini teralih kepada anjung pondoknya. Di anjung itu terdapat

serumpun kulat putih yang sedang ranum bercambah. Dia melihat dengan penuh

minat. Dia kemudiannya mengambil bangku untuk berdiri dan melihat dengan lebih

jelas. Akar kulat itu mencengkam lembut ke dalam kayu yang menyokong atap

jerami. Dia membelek kulat itu dengan berhati-hati. Bukan kulat jadi

kebimbangannya lagipun dia bukan pemakan kulat tetapi kayu nipis itu. Benar, kayu

penyokong atap jerami yang selama ini dia tidur dibawahnya.

Jika dilihat kulat itu baharu sahaja tumbuh. Belum matang. Kudup sporanya

belum lagi terbuka. Nampaknya, kayu ini masih lagi dapat bertahan semusim. Dia

turun dari bangku dengan agak kuat. Butnya mencengkam tanah gambut hitam

sehingga terkesan corak bunga setelah dia menapak dan berjalan memasuki pondok.

Hari ini merupakan hari kelima dalam musim bunga. Paku-pakis segar

bercerucuk di tepi-tepi pondok Lisheng. Pokok Seri Pagi melingkari dinding kayu

pondok mengeluarkan bunganya ungu bercahaya. Lumut-lumut pula hijau

kebasahan menampal bahagian bawah luar pondok. Kabus masih lagi menyelubungi

pondoknya yang menganjur ke sebelah barat perkampungan Huizho.

Lisheng mencapai kayu api yang telah kering. Dia mengangkat dengan

berhati-hati. Banyak ular mencari haba dicelahan kayu yang sudah kering. Satu per

satu kayu itu diangkat dan diletakkan di altar. Kebiasaannya api dibiarkan terus

berbara agar tidak kesejukan. Namun pada musim ini bahang mentari sudah cukup

untuk memanaskannya.

Api sudah besar. Lisheng berjalan menuju ke sebuah tempayan di dapur. Dia

mengambil air dengan batok dan menuangnya dalam sebuah bekas tembaga. Bekas

itu dibawanya kembali ke altar.

Api membakar bekas tembaga tersebut. Belauan cahaya api menampakkan

tembaga tersebut sudah usang. Kemek sana-sini. Bawahnya pula berkarat dengan

kepala paku yang tersembul keluar.

Lisheng melabuhkan punggung pada bangku tua di sebelah meja kecik depan

altar. Sesekali mengeluarkan bunyi yang seakan-akan mahu roboh. Api masih
membakar timba. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Atap jerami belum ditukar.

Mungkin masih bertahan semusim. Tapi kini musim bunga, boleh tunggu musim

luruh. Paling lewat pun hujung musim luruh, agar musim sejuk nanti tidaklah

kebasahan macam tahun yang sudah, getus hatinya.

Pemuda muda itu bangun untuk melihat bekas air dengan lebih dekat. Dia

mencapai sebilah kapak yang tersandar disebelah altar. Kapak besar dengan hulu

genggam kayunya setinggi pinggang. Cukup tinggi untuk menghasilkan tenaga kuat

bagi menebang sepohon pokok yang besar.

Kebiasaanyanya dia dapat memotong dalam lima puluh ke seratus potong

kayu api yang sedepa panjang dalam sehari. Pekerjaannya tidak menghampakan para

gadis yang kesejukan, malah ibu-ibu mereka juga sanggup untuk jadikan Lisheng

sebagai menantu. Ketua-ketua keluarga pula gembira jika tugasan diserahkan kepada

Lisheng. Kayu api akan tersusun dan terikat kemas tepat pada waktunya. Paling

tidak, musim ini kalau diikutkan banyak kayu yang perlu Lisheng sediakan sebagai

persiapan musim luruh dan sejuk.

Seperti kebanyakan orang kampung, Lisheng menyara kehidupan dengan

mengambil upah mencari kayu api dan menjual hasil hutan. Dia seorang pemburu

dan dialah juga seorang peniaga.

Bilah kapak diajukan pada pinggir bara. Mata bilah yang tajam dan berkilat itu

memantulkan cahaya yang bersinar.

Lisheng menajamkan mata kapaknya sambil menunggu air mendidih. Dia

menggunakan mesin pengasah gear yang menggunakan kudrat kaki untuk

berpusing. Mesin yang seakan-akan alat tenun itu sesekali mengeluarkan bunyi

geseran kayu diikuti bunyi asahan yang nyaring. Badannya yang besar telah

menghalangnya dari mendapatkan cahaya dari altar, seketika kemudian bangku

duduknya kadang kala dibetulkan untuk mendapatkan cahaya.

Usai mengasah, kapaknya disandar kembali di altar. Rutin ini adalah seperti

biasa dan hari-hari sebelumnya. Lisheng yang tinggal keseorangan masih belum

terasa sunyi menjalani kehidupan seperti itu. Tidak seperti orang lain, pagi mereka
sudah disediakan secawan teh beserta daging haiwan yang sudah siap dipanggang.

Lagi pun persediaan untuk memasuki hutan perlu disediakan sendiri sebagai seorang

pumburu dan pemungut hasil hutan tanpa mengharapkan orang lain. Kali ini Lisheng

mengangkat tubuhnya menuju ke dapur bagi mengambil beberapa herba untuk

dijadikan minuman.

Pintu pondok dikuak laju. Kini keluar sebuah susuk tubuh muda yang sasa.

Bersedia menjalani hidup untuk hari ini seiring dengan hangat mentari yang

memancar. Dengan sebilah kapak yang besar dan tajam, but kulit gagah

mencengkam tanah gambut siap dengan kot bulu yang tebal bagi memanaskan tubuh.

Ada kayu untuk dipotong dan haiwan untuk diburu hari ini. getus hatinya.

Lisheng melangkah menuju ke hutan Huizho. Hutan yang terletak di kaki

gunung Huizho itu kelihatan masih terjaga, hijau serta dipenuhi haiwan-haiwan kecil

dan besar. Lantai hutan pula dilitupi daun kering dan pokok-pokok renek yang

merimbun. Keadaan hutan redup dan nyaman. Banyak pintu masuk untuk ke sana,

namun kebiasaannya Lisheng akan memilih pintu yang paling hampir dengan sungai

dan kampung halaman.

Sebelum masuk ke hutan, dia sempat untuk menegur beberapa orang pemuda

dijalanan. Ada yang bersiap untuk memancing, ada juga yang bersiap untuk berburu.

Semuanya disapa ceria. Padanya pengakhiran yang baik mesti bermula dengan baik.

Sifatnya itu menjadikannya seorang yang santun dan dikenali.

Lisheng mula melangkah masuk ke hutan. Hutan yang menghijau itu

menyambut dengan penuh mesra sekali. Angin gunung yang menderu

menggugurkan daun yang tidak sesegar semalam. Ribuan daun kering gugur tatkala

angin itu berhembus menghasilkan bunyi yang asyik sekali. Tiba-tiba sekawan ungka

bergayut dari dahan ke dahan melintas dengan penuh riang sekali.

Semoga hidup kamu bahagia ungka-ungka ku.

Jumpa lagi petang nanti ya, walaupun engkau selalu berbohong dan

mencuri.

Ungka itu hanya membalas dengan suara rengekan sinis.


Daun-daun yang berteman ranting kini berpusara di bumi. Menjadi baja-baja

yang ranum bagi daun yang menadah mentari. Bunga-bunga ungu besar berseri

terang melingkari sepanjang jalan ke perut hutan. Kadangkala bunga itu bangun dan

bersuara seketika sebelum tidur semula.

Pagi yang indah, kami ucapkan. Nyanyian bunga-bunga.

Lisheng tersenyum. Rupanya setiap hari dia punyai peneman.

Bab 2

Lisheng melangkah pulang dari hutan dengan keadaan lesu dan kepenatan. Dia

terlintas untuk memanggang daging salah seekor itik belaannya, atau cukup sahaja

mengenakan secawan teh cina pekat sebelum tiba di pondoknya.

Dia memasuki perkarangan kampung dengan muka yang tawar tetapi masih

boleh tersenyum. Kanak-kanak riang berhenti bermain melihat sepasang kaki rusa

besar terkeluar dari kantung kulit. Dihadapannya pula dengan kayu api yang

memenuhi troli. Kayu api ini semua akan diserahkan kepada kepada Keluarga Mui,

dan selebihnya akan dijual atau disedekahkan.

Tirai singkat diselak Lisheng dengan perlahan. Sudah menjadi adat dan

budaya masyarakat menggantung tirai di depan kedai supaya pelanggan masuk

dalam keadaan tunduk dan terhormat selain daripada mengelakkan makanan

menggiurkan masyarakat. Satu budaya yang menarik walaupun diaplikasikan oleh

satu kedai teh herba yang usang.

Wap panas hinggap dimuka Lisheng menjadikan tanah-tanah yang bercampur

peluh kembali basah. Bau teh semerbak memenuhi ruang kedai. Lisheng memerhati

bangku yang kosong untuk melabuhkan punggung. Tempat yang senyap dan kurang

manusia berkumpul. Bagi dirinya, ramai akan mencetuskan pergaduhan dan senyap

akan mendatangkan ketenangan.


Satu sudut yang jauh dipenjuru kedai biasanya tempat pemburu senior

berkumpul. Masing-masing sudah tua dan masing-masing penuh dengan pujian.

Penghargaan diberi kepada pemburu amat besar walaupun hanya membunuh seekor

anak angsa muda. Sudut yang lain pula sibuk menceritakan kelebihan diri sendiri dan

merendahkan yang lain.

Lisheng menuju ke penjuru tempat kumpulan senior berkumpul. Padanya dia

tidak mengharapkan pujian, apatah lagi dibelakangnya masih terpikul seekor rusa

paling besar pernah ditangkapnya, tetapi hanya bertujuan mengambil sedikit info dan

cara memburu dari orang-orang tua.

Lisheng, datang sini dan ambilkan teh ini. Daun ini daun khas aku petik di

pucak gunung tepi sarang naga. Kata Ruo seorang pemburu yang sudah sebulan

tidak kelihatan.

Benar, selama sebulan Ruo berjuang dipergunungan semata-mata untuk

mencari herba terbaik dan mencuri beberapa harta dari raksaksa hutan. Rampasannya

memang besar dan mahal. Cukuplah gelarannya sekarang adalah seorang Pemburu

Emas seiring usianya. Benar gelaran yang hebat bukan mudah untuk diperolehi andai

tidak mengorbankan masa yang panjang.

Lisheng melabuhkan punggungnya di bangku sambil membetulkan tubuhnya.

Teko teh itu dicapai Lisheng dengan berhati-hati. Dia kemudian menuangkan pada

cawan kecil lantas terus meminumnya.

Setelah minum matanya terpandang susuk tubuh yang tersorok ke belakang.

Seorang yang pemalu dan pendiam tetapi berkhidmat sebagai pengintip maharaja.

Lisheng hanya tahu dari mulut orang, tetapi dia yakin ada benarnya.

Hai orang muda, besar tangkapan hari ini. Sapa Ruo.

Haha.. Lisheng gelak tanda mengiakan.

Tangkapan ni adalah nasib saya Tuan Ruo.

Kalau begitu mari kita raikan, hari ini saya belanja kamu!
Mak Cik Ng bawakan kami sepuluh bungkus daging itik panggang, disini

ada pemuda bertuah, doakan saya berjaya berkat berbelanja! diikuti oleh sorakan

semua lelaki di meja tersebut sambil menepuk bahu Tuan Ruo dan Lisheng.

Seketika kemudian, hidangan daging itik panggang sampai. Warnanya

kemerah-merahan dengan butiran lada hitam kasar diatas. Masih berasap dan

ditepinya dihiasi kentang rebus berkulit.

Daging itik tadi dilahap dengan penuh berselera sekali. Sambil menikmati

hidangan Lisheng membuka topik perbualan.

Tuan Ruo, seketika nanti saya ingin ke kediaman besar Keluarga Mui.

Katanya kayu mereka sudah habis. Perlu cepat dihantar, nanti ketua dayang

mengamuk.

Oh, jikalau begitu biarkan saja aku menemani kamu. Aku ingin menjualkan

batu geliga Huskar kepada ketua Mui. Balas Tuan Ruo.

Apa benar Tuan sekarang memegang batu geliga Huskar? Makhluk lagenda

gunung itu. Balas Lisheng dengan perlahan dan berhati-hati.

Benar. Aku membunuhnya dua hari sebelum ini. Semasa dalam perjalanan

memasuki kampung ini.

Lisheng terkejut. Padanya membunuh Huskar bukan calang-calang pekerjaan.

Nyawa adalah taruhan. Makhluk gunung itu seperti seorang manusia tetapi tingginya

dua kali ganda dengan taring terhunus keluar seperti babi hutan. Tubuhnya pula

berotot dan berwarna biru lengkap dengan simbol kumpulan sebagai tatu.

Sudah tentu engkau terkejut bukan? Tuan Ruo berkata lagi.

Aku membunuhnya dengan panah. Itu pun semasa dia sedang asyik

membaham bangkai biawak. Nasib panahan aku tepat dimatanya, kalau tidak tentu

nyawa aku yang melayang.

Adakah dia mati tanpa melawan? Lisheng bertanya.

Kalau tidak melawan itu bukan Huskar. Dia mengejar aku dengan panah

yang tercucuk tepat dimata. Mungkin sebab dia buta langkahnya menjadi perlahan.
Satu mata lagi aku tikam dengan pedang dari arah belakang. Tengkoraknya pecah,

darah hijaunya membasahi baju aku. Baunya hanyir. Kau tahu aku bogel satu hari

dalam sungai di hutan sana. Ruo menambah cerita.

Daging itik di pinggang Tuan Ruo sudah habis. Dia menunggu Lisheng

dengan mencungkil giginya yang berkarang hijau dengan tulang-tulang sisa daging

itik tersebut. Lisheng pula asyik menghirup teh dengan cara klasik. Sedikit demi

sedikit tanpa menyedari Tuan Ruo sedang menunggunya.

Cawan teh diletakkan dengan laju sambil mengeluarkan nafas lega dengan

kuat. Lisheng memerhatikan Tuan Ruo yang siap berdiri dengan pedangnya. Dia

segera bangun dan mengambil kapak besarnya yang disandarkan pada dinding

kedai. Kantung kulit dengan kaki rusa diangkatnya dengan penuh tenaga dan Tuan

Ruo seketika datang membantu membetulkan kantung dari belakang.

Terima kasih Tuan.

Tidak mengapa, kecil sahaja

Bukan, tetapi untuk itik. Sedap!

Oh. Hahaha. Tuan Ruo gelak dengan kuat.

Mereka melangkah meninggalkan kedai. Lima kati perak ditinggalkan Tuan

Ruo sebagai bayaran daging itik. Manakala Lisheng keluar untuk mengambil dan

menolak troli kayunya ke kediaman keluarga Mui.

Mereka berjalan menuju ke kediaman keluarga Mui. Satu keluarga yang besar

dan kaya raya. Ketokohan ketua keluarga Mui diakui oleh penduduk Huizho.

Katanya keluarga tersebut mempunyai tujuh tongkang besar, dua daripadanya

digunakan kerajaan manakala selebihnya tersadai di Pentas Sunda. Mempunyai

kediaman yang besar berdekatan pintu gerbang malah pernah menjadi tempat

maharaja datang bermalam.

Sepanjang perjalanan, pelbagai cerita dikongsikan oleh Lisheng dan Tuan Ruo.

Lama sudah kita berkawan, tapi aku masih hairan dengan kamu Lisheng.

sapa Tuan Ruo.

Kenapa Tuan? Apa yang pelik tentang saya?


Bagaimana kehidupan kamu sekarang? Cukup?

Maksud Tuan? Lisheng menjawab kehairanan.

Kehidupan ini luas Lisheng.

.....

Aku ingin perkenalkan kamu dengan seorang gadis dari keluarga Mui.

Katanya masih sunti dan ayahnya mencari seseorang untuk dikahwinkan. Nanti aku

perkenalkan dengan kamu.

Apa? Lisheng membalas terkejut.

Dia takut untuk bersetuju. Lagi pun dia belum mengenali gadis tersebut. Gadis

dari keluarga saudagar besar yang dipayungi maharaja. Siapa dirinya. Hanya seorang

pelarian yang menetap di Huizho. Sebatang kara tiada saudara mara!

Pintu gerbang Huizho tampak samar-samar dibalik kabus. Itu petanda

kediaman besar keluarga Mui sudah dekat. Penduduk dengan pakaian khas

pengawal keluarga Mui juga mula kelihatan. Setiap simpang kedai tentu ada

pengawal yang berdiri dengan pedang terikat rapi di pinggang. Malah, ada juga yang

duduk sedang leka bermain terup.

Itu pemandangan biasa bagi Lisheng jika menghantar kayu api ke kediaman

besar keluarga Mui. Pengawalnya ramai yang menjaga kawasan!

Mereka selalu bersiap sedia. Kata Ruo.

Lisheng mengangguk tanda mengiyakan.

Melihat pintu gerbang yang kian jelas itu mengingatkan Lisheng tentang siapa

dirinya. Orang tua penjaga pintu gerbang pernah memberitahu bahawa dia anak

pungut yang dibela oleh seekor raksaksa bukit. Raksaksa betina itu memberitahu

penjaga pintu gerbang bahawa anak ini adalah anak Kaum Pengembara yang nomad,

lantas tersesat dalam wilayah raksaksa. Satu peperangan berlaku dan seorang bayi

terselamat atas ihsan si ibu raksaksa. Bayi itu adalah Lisheng yang diserahkan kepada

penjaga pintu gerbang kira-kira 20 tahun yang lalu. Dia menetap bersama penjaga

pintu gerbang sehingga penjaga pintu gerbang itu mati semasa usianya sepuluh
tahun. Kini pondoknya itulah hadiah paling disayangi yang diberi oleh penjaga pintu

gerbang.

Kini mereka tiba di hadapan kediaman keluarga Mui. Kediaman besar itu

dikelilingi tembok besar dengan replika kepala singa sebagai tombol kunci. Di

hadapan pintu ada dua orang pengawal berjubah hitam lengkap bersenjatakan

parang besar. Di sebelah kiri dan kanan pula patung singa sebagai perhiasan pintu.

Rabung bangunan itu tersegam mewah dibalik tembok.

Lisheng memberhentikan troli. Bunyi rengekan troli membuatkan pengawal

pintu menjeling tajam. Tuan Ruo terus berjalan menuju ke arah pengawal tersebut

lantas mengeluarkan dan menunjukkan sesuatu dari celah tali pinggang.

Seketika kemudian pintu tembok dibuka. Mereka melangkah masuk dan

tersegamlah sebuah bangunan yang besar setinggi tiga tingkat lengkap dengan stor

makanan disebelah penjuru timur.

Seseorang datang kepada mereka. Kelihat wajah dan sosok tubuhnya tampak

seperti lelaki pendiam yang ditemuinya di kedai teh tadi. Penuh misteri dia berjalan

dan membawa mereka ke sebuah ruang yang besar. Beberapa pengawal pengiring

lantas membuat pemeriksaan pada troli Lisheng.

Sahabatku Yang Mulia Tuan Ruo, seorang pemburu emas Huizho, mengapa

kamu datang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Aku malu melayan engkau dengan

biasa, seorang pahlawan hebat pemburu makhluk lagenda. Tuan Mui keluar dari

penghadang pintu sambil berkata-kata.

Linsheng memandang dengan aneh. Mungkin ini adalah amalan mereka yang

berjaya dan para saudagar, saling puji memuji serta meraikan. Bukan seperti para si

miskin sibuk bercerita keburukan orang dan menjatuhkan.

Tuan Ruo tersenyum sinis menampakkan tahi lalat yang berbulu tunggal di

sebelah pipi kanannya lantas berjalan laju memeluk Tuan Mui.

Tidak mengapa Tuan Mui. Saya sudah rasa mulia bila bekerja dengan Tuan

Mui. Seorang yang dipayungi maharaja! Tuan Ruo membalas pujian.


Mereka berdua ketawa tanpa mempedulikan Lisheng yang kehairanan dengan

kot tebal yang masih lagi pekat bau peluh dan renehan teh.

Nampaknya kamu bukan seorang hari ini ya Tuan Ruo? sapa Tuan Mui.

Benar, disana seorang lelaki yang rajin, seperti yang engkau nampak.

Wah, sudah tentu! Lelaki ini juga hebat. Memang menjadi kepercayaan aku

sejak dahulu lagi. Kuat dan boleh diharap. Tuan Mui memuji lagi.

Hehe.. Lisheng membalas segan dan ringkas. Bagi dirinya ini kali pertama

memasuki ruang tamu kediaman Mui walaupun telah lama berkhidmat menghantar

kayu. Kebiasaannya hanya pekerja tua di dapur masakan yang melayani dirinya. Itu

pun sekejap. Selepas penat mengangkat kayu api dapatlah habuan sekadar satu tahil

emas. Pada dirinya itu sudah banyak!

Lisheng sedang asyik mengangkat kayu api ke dalam stor simpanan keluarga

Mui. Sambil mengangkat kayu mulutnya sibuk membilang batang kayu yang diikat.

Dia takut jikalau terambil sesuatu yang bukan miliknya. Kayu yang diletakkan adalah

yang terbaik. Tua dan kering. Kulitnya menggelupas dan kering. Kayu semacam ini

berkualiti kerana apinya akan cepat membakar. Berbeza dengan kayu yang muda.

Batangnya masih menyimpan air dan liat untuk dipatahkan.

Pada tingkat tiga kediaman Mui kelihatan seorang gadis cantik berkulit putih

sedang begitu asyik memandang tingkah laku Lisheng. Dia tersenyum gembira

melihat seorang lelaki yang sedang bertungkus lumus mengangkat kayu api. Pada

dirinya sukar untuk menemui lelaki yang berjuang untuk dirinya sendiri, bukan

untuk orang lain. Kebanyakan lelaki yang ditemuinya adalah seperti laksamana dan

saudagar-saudagar kaya yang hanya memerintah tetapi tidak merasai pekerjaan.

Laksamana dan saudagar tidak lebih mahu melayarkan kapal tanpa mengetahui cara

layar berfungsi serta perasaan manusia yang dibawahnya. Cukup bulan gaji dibayar.

Dia inginkan lelaki yang berperasaan melayani kehidupan dan melihat manusia

sebagai manusia bukan sebagai mesin yang boleh dikendalikan.

Seperti masyarakat lainnya, desakan wang yang menjadikan manusia itu

hamba, malah golongan berhutang turut terpaksa menjadi hamba. Ting Ting
bukanlah demikian. Mungkin kekayaan keluarganya menjadikannya tidak culas

dengan wang dan tidak memandang kekayaan sebagai benih kehidupan. Andai

hilang tidak merasa rugi, berbeza dengan orang yang tidak berharta selalu culas

terhadap wang. Dirinya seperti manusia yang kaya jiwa dan kaya harta bukan kaya

harta miskin jiwa atau lebih teruk miskin harta dan jiwa.

Keasyikan mata Ting Ting memandang telah menjadikan Lisheng tersedar

dirinya diperhatikan. Dia pada mulanya menyangka gadis itu melihat gunung di

sebelah tasik Huizho, namun setelah selesai mengangkat kayu api Lisheng cuba

untuk memberanikan diri melambaikan tangan pada gadis tersebut.

Ternyata sangkaannya meleset. Memang benar dirinya menjadi perhatian. Suatu

persaan yang sukar digambarkan!

Gadis cantik itu membalas lambaian dengan sehelai sapu tangan kuning dari

kejauhan. Rasanya berdebar-debar dan malu tetapi mahu. Lisheng tersenyum dengan

wajah yang kemerahan. Gadis tersebut berlalu pergi meninggalkan beranda tingkat

tiga.

Apa hajat engkau kemari wahai sahabatku yang mulia sapa Tuan Mui

kepada Ruo.

Aku datang dengan dua hajat. Tapi dengan syarat. Kamu terima kedua-

duanya atau menolak kedua-duanya. Kata Tuan Ruo.

Apa itu sahabatku yang mulia? Ayuh, khabarkan kepadaku.

Disini aku ingin lamarkan pemuda tadi kepada salah seorang gadis

keturunanmu dan disini juga aku ingin menjual batu geliga Huskar kepada kamu

dengan satu kati wang perak sahaja. Andai kamu menerima lamaran ini akan aku

berikan batu geliga ini kepada pemuda itu sebagai mas kahwin anakmu.

Oh sudah tentu. Aku bersetuju sahaja Tuan Ruo. Aku tidak perlukan harta

dan tongkang kerana kami sudah cukup. Kami hanya inginkan cagaran agar anak

muda itu bertanggung jawab. Balas Tuan Mui pantas.


Cagarannya adalah kepercayaanmu. Bagaimana kamu mengenali dirinya

maka itulah akan aku cagarkan.

Baik berikan seminggu untuk persiapan kami. Terima kasih sahabatku, tetapi

kamu pandai mengumpan aku dengan batu geliga Huskar ya. Maafkan aku sebab

ahli yang bertanggung jawab lebih aku inginkan berbanding seribu batu geliga.

Haha.. Balas Tuan Mui.

Ruo kemudian keluar dan terus menyapa Lisheng yang yang masih angau

dengan kecantikan gadis tersebut. Perasaan yang pelik bila rasa tertarik pada suatu

yang tidak kenal. Seperti mengetahui irama tanpa kenal lirik lagunya. Suatu perasaan

yang pelik. Adakah itu cinta? Benarkah!

Lisheng terkejut dengan sapaan Tuan Ruo. Seketika kemudian mereka

melangkah keluar meninggalkan kediaman besar Tuan Mui. Langkah Lisheng tidak

sekuat dahulu. Dia melangkah lemah sepanjang perjalanan pulang bagai orang cacat

yang keracunan. Mungkin dia sudah cacat kerana hatinya yang masih disana.

Bab 3

Tiga hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung. Utusan-utusan keluarga Mui

telah meninggalkan pekan Huizho sejak hari pertama keputusan itu dibuat oleh Tuan

Mui. Para pengawal pula sepertinya sudah dinaikkan ke satu tahap persenjataan

baharu. Lengkap dengan senjata yang lebih hebat. Gayanya jika dahulu cukup

dengan sebilah pedang, tetapi kali ini disarung bersama-sama pisau kecil dan baju

perang nipis daripada belulang haiwan.

Suasana ini seolah-olah ingin menerima tetamu kehormat dari Empayar China.

Perimeter kawalan juga bertambah besar. Dengan perimeter kawalan sebesar itu

mustahil ada penceroboh mampu terselamat. Malah, selangkah dari pintu gerbang

Huizho sudah ada yang tekun berkawal.


Lisheng melangkah memasuki kampung dengan wajah yang bersahaja. Tiada

lagi wajah tawar. Sebenarnya hatinya gembira, cuma mahu disimpankannya dalam

hati. Biarkan sahaja hatinya gembira tanpa mengganggu orang lain bercakap

tentangnya. Lumrah tidak berbohong. Hati yang gembira akan menzahirkan riak

yang gembira. Mustahil pokok sengaja bergoncang kalau tiada angin yang mencuit

mesra.

Perasaan yang disoroknya menjadikan dirinya kuat. Hari-hari yang dilaluinya

seperti orang yang terbius, cukup apa yang ada, andai hilang langsung tidak meratap.

Bagi Lisheng tiada yang perlu di hebohkannya, cuma tanpa disedari hidupnya

berubah dalam masa seminggu. Sungguh hebat penangan cinta!

Lisheng melangkah melepasi kedai Mak Cik Ng. Tanpa menoleh, dia terus

berjalan melepasi kedai itu dengan troli yang membuat nyanyian rengek sepanjang

jalan. Boleh dia diamkan bunyi dari troli itu dengan menyapu sedikit minyak di

gandarnya. Minyak pun masih banyak tersimpan tidak digunakan selain daripada

menjadi tempat bersarang bagi tikus-tikus tanah, namun didiamkan sahaja. Nyanyian

itu kadang-kala membawa hiburan kepadanya yang keseorangan duka di dalam

hutan.

Sudah seminggu Lisheng tidak berhajat kepada teh Mak Cik Mui. Kali ini dia

mereneh sendiri tehnya sendiri walaupun rasanya jauh lebih teruk dari teh Mak Cik

Mui. Dia juga sudah belajar untuk terus pulang ke rumah usai memotong kayu, malah

dia juga pulang dengan waktu yang lebih awal. Bukan sekarang dia merasakan

demikian, hajatnya itu telah lama dihasratkan namun belum juga berkesempatan

untuk dilaksanakan sehinggalah minggu ini, minggu kedua dalam musim bunga,

minggu dia akan berkahwin.

Troli yang penuh dengan kayu-kayu pain hutan itu berhenti tepat di hadapan

pintu pondok Lisheng. Kelihatan itik-itik sudah tergedek-gedek mengejar tuannya

yang baru sahaja pulang mencari hasil hutan. Tidak lebih juga sang-sang angsa yang

datang menyudu mengharapkan gumpalan nasi semalam.


Lisheng menguak pintu pondoknya. Hembusan angin sepi hinggap ke

mukanya. Dia tersenyum. Mungkin selepas ini angin itu tidak lagi sepi. Pastinya akan

ada suara indah yang akan hinggap di telinganya usai pulang ke rumah.

Bekas keluli kecil itu diambil dan dibuang seluruh isinya. Angsa dan itik saling

berebut sambil diperhatikan oleh Lisheng yang kini sudah melabuhkan badannya di

kerusi malas sebelah pintu pondok bersama secawan teh yang masih berasap.

Dia tersedar dari lamunan tidurnya lantaran dikejutkan oleh cawan teh yang

terlepas dari genggaman tangan. Cawan itu jatuh statik tidak bergerak. Kawasan

tanah gambut hitam itu basah terkena simbahan teh yang keluar dari mulut cawan.

Angin dingin mula menghembus membawa bersama keringan-keriangan burung

yang dulu kicauannya sebagai peneman waktu rehat. Cuaca sejuk menyebabkan

bunga-bunga mula menguncup, redup tidak berseri. Paku-pakis yang dulunya segar

mencengkam bumi kini menunduk ke akar. Begitu juga pohon-pohon kini kian galak

melepaskan daunnya menandakan hari-hari terakhir musim panas akan berakhir.

Nun dikejauhan dia melihat seorang wanita dengan gagah mengangkat timba

yang penuh dengan baju-baju dan kain basahan. Dia sedar dia telah terlanjur.

Selalunya timba kayu itu dia yang sepatutnya pegang dan membawanya ke pondok.

Lisheng segera berlari mendapatkan wanita itu.

Maafkan aku, aku sudah lebih. Aku penat.

Tidak mengapa sayangku, bukan aku tidak biasa melakukan perkara ini.

Biarkan aku membantu kamu hari ini. Balas Ting Ting dengan senyuman manis.

Kalau begitu biarkan aku memegang sebelah yang lain. Lagaknya itu dapat

meringankan.

Lisheng terus memegang hujung timba di sebelah kanan, manakala isterinya

sebelah kiri. Sudah hampir semusim dia hidup bersama Ting Ting, namun tiada apa

yang dirasakan tidak sempurna. Semua kerja dilakukan bersama, malah jika dia tidak

sihat Ting Ting yang akan pergi mencari kayu api, tetapi bukanlah dengan kapak

yang besar dan jauh dalam perut hutan.


Ting Ting seorang yang baik hati. Dia selalu mengutip kayu-kayu kecil yang

ditinggalkan pemburu di gigi-gigi hutan andai Lisheng kurang sihat. Direnehkan sup

dan disiapkan makan pakai buat suaminya.

Musim bunga menjadi saksi mekarnya hati mereka sampai terbinanya sebuah

keluarga kecil ini. Pondok itu yang akan terus menjadikan cinta mereka senantiasa

hangat dan mekar sepanjang musim.

Saya tidak mahu tinggal disini lagi. Ayah, izinkan saya keluar dan membina

kehidupan saya ujar Ting Ting.

Perkataan itu sukar bagi Tuan Mui untuk menerimanya, bahkan itu merupakan

detik yang paling ditakutinya.

Kenapa anakku srikandi pahlawan Mui yang aku kasihi? Disini ada

keluargamu, kemewahan dan keselamatan. Apa lagi yang perlu ayah siapkan untuk

kamu wahai puteriku? Ayah sayangkan kamu, kamu tinggal sahaja di sini biarkan

Ayah yang berangkat untuk kembali ke istana maharaja.

Bukan itu maksud saya. Ayah, saya ingin membina kehidupan saya sendiri.

Kita keluarga yang masyhur. Keluarga yang tidak berdiri atas kejayaan datuk dan

moyang. Biarkan saya menjadi sebahagian daripada keluarga ini dengan

mengongkong tradisinya.

Saya juga berhajat demikian Ayah. Biarkan kami diluar dari kediaman ini.

Andai kami susah, ingin sekali kami mohon bantuan ayahanda. Sampuk Lisheng.

Kini mereka berdua menetap di pondok itu bertemankan hilai tawa sebagai

suami isteri. Tuan Mui pula sudah berangkat ke istana pada malam tiga sebagai

undangan khas maharaja bersama pemuda misteri. Khabarnya kerajaan dalam

rangka persediaan menghadapi peperangan pada musim luruh.

Bab 4
Daun-daun kering mula menutupi lantai tanah. Suasana yang hijau kini mula

beransur-ansur berubah keperangan menunjukkan Huizho akan menjalani musim

luruh dalam beberapa hari lagi. Bunga-bunga mula menguncup dan menghilangkan

serinya. Tanah tinggi Huizho mula menerima kedatangan angin dingin, manakala

penduduknya sibuk membaiki rumah bagi menghadapi musim luruh. Kulit-kulit

haiwan sudah kering dijemur dan kini dipotong untuk digunakan pada musim sejuk.

Kebiasaannya wanita-wanita mahir akan mengambil upah menjahit menyiapkan

pakaian pada musim luruh. Baju-baju yang disiapkan pula akan digunakan bagi

menghadapi musim sejuk.

Hari-hari terakhir musim panas kian berlalu. Lisheng telah mengambil

keputusan untuk menghadiahi Ting Ting kehelai kot panas sebagai hadiah

pertamanya untuk musim sejuk.

Ting Ting, aku berhajat ingin ke hutan pada awal musim ini

Kenapa kanda?

Ingin mencari sesuatu di dalam sana. Mungkin kita akan bertemu kembali

hujung musim ini. Balas Lisheng yang cuba menyembunyikan hasrat sebenarnya.

Aku akan hantarkan kamu ke kediaman besar keluarga Mui agar kamu lebih selamat

di sana. Tambah Lisheng sambil dibalas anggukan manja Ting Ting tanda setuju.

Bilakah kanda akan bertolak?

Mungkin minggu depan, bersama rombongan Tuan Ruo. Jawab Lisheng

ringkas.

Perbualan mereka terhenti bila seseorang mengetuk pintu pondok. Lisheng

lantas bangun dan pergi menuju ke pintu.

Lisheng, aku menyampaikan pesanan dari Tuan Ruo bahawa kumpulan

pemburu akan masuk minggu hadapan.

Dia memberi perhatian terhadap apa yang diucapkan oleh lelaki dewasa itu.

Semuanya? Tanya Lisheng ringkas.

Sepuluh orang. Nanti jumpa sahaja dengan Tuan Ruo jika ada apa-apa

maklumat, boleh?
Baiklah. Lisheng menjawab ringkas.

Seminggu Lisheng mempersiapkan bekalan yang perlu dibawa. Kapaknya

diasah. Panahnya disusun banyak. Separuhnya bermata daripada besi yang dibelinya

di pekan Huizho, manakala selebihnya daripada tulang-tulang yang diasah. Tali

busur dibawa lebih bimbang apa-apa yang belaku. Pisau belati, kain selimut dan

khemah dimasukkan ke dalam beg yang besar. Kantung kulit untuk membawa hasil

buruan juga diselitkan di sebelah kiri paha.

Dia berdiri tegak lantas memanggil isterinya yang masih lagi menyusun

barangan dapur.

Ayuh Ting Ting! Nanti kita terlambat. Lisheng memanggil isterinya.

Ting Ting terus menguis bara api yang masih menyala di altar. Segelas air

diambil bagi memamadamkan api yang masih membara. Mangga tembaga

diambilnya sambil memasukkan segugus kunci di celahan lengan bajunya.

Kelihatan dari kegelapan dapur wanita muda itu berlari mendapatkan

suaminya yang sudah berada di luar pondok. Tangan kanannya memegang sebekas

nasi dan lauk yang dibungkus dengan kain sutera nipis bersulam bunga ceri. Wanita

muda itu juga memikul sebuah kantung yang diisinya dengan kain dan baju.

Dia menutup pintu dan terus menguncinya. Suaminya melihat dengan susah

kerana beban yang dibawa. Dia tersenyum dan mereka berlalu pergi menuju ke

kediaman keluarga Mui.

Hooooi.. Lisheng melambai kepada kumpulan pemburu yang sedang

menunggu di pintu masuk hutan, tempat yang mereka janjikan.

Kesemua pemburu sedang menyiapkan barangan dan ternyata dia belum lewat.

Barangnya sudah siap sedari dari pondoknya lagi. Dia menunggu sambil berbual-

bual dengan Tuan Ruo.

Tuan Ruo, Kemanakah kita akan pergi? Tanya Lisheng.

Puncak Gunung Huizho untuk memburu serigala. Ramai penduduk

perlukannya untuk menghadapi musim sejuk.

Kalau begitu tentu lumayan bukan?


Benar. Lisheng, serigala ini akan ke puncak gunung ketika musim luruh dan

akan turun memburu bila musim sejuk. Kalau ada tuah, engkau boleh membunuh

Zulmaran, ketua serigala.

Adakah itu kerja mudah Tuan Ruo?

Susah dan sangat susah. Namun aku percaya pada semangat engkau yang

lebih kuat pada dirinya.

Tuan Ruo, semuanya sudah siap! suara kuat dari kumpulan pemburu

memecahkan bingit dan menghentikan perbualan Lisheng dan Tuan Ruo.

Ayuh, berangkat segera. Ada tuntutan besar perlu kita buat. Tuan Ruo

menutup perbualan.

Sebelum berangkat Tuan Ruo memberikan ucapan.

Setiap orang ada hak pada rakannya. Ingat posisi masing-masing.

Meninggalkan posisi akan membunuh kawan kita. Lu Do, Lin Xin dan Cheng Chu

akan menjadi perisik. Lisheng dan saya akan di belakang. Saudara kembar Ha dan

Huichen, kamu bertiga di tengah menjaga hasil buruan.

Mereka kemudiannya memasuki gigi hutan Huizho. Tiada sambutan dari ungka

dan unggas. Semuanya sudah migrasi mencari tempat yang lebih panas. Hanya ada

bunyi-bunyi gagak lapar yang sedang liar memandang kepada bekas makanan para

pemburu.

Setelah seharian berjalan mereka berhenti untuk mengalas perut. Cuaca sudah

menghampiri waktu senja. Saudara Ha dan Huichen mendirikan khemah manakala

Lisheng dan Ruo menghidupkan api. Lu Do, Lin Xin dan Cheng Chu pula berkawal

di setiap penjuru. Mereka juga mengutip ranting-ranting kayu yang jatuh sabagai

bahan bakar tambahan.

Pada hari pertama, mereka belum memburu. Kesemua hanya makan makanan

yang dibawa dari rumah. Begitu juga dengan Lisheng. Bekas yang dibalut kain sutera

bersulam daun ceri itu dibukanya lantas diciumnya. Seharian tidak bertemu telah

berputik rasa rindu. Apa yang akan belaku jika perjalanannya masih jauh dan

rindunya terus berbunga. Satu perasaan yang pedih!


Dia melihat ke dalam bekas. Nasi kepal dengan daging rusa panggang yang

telah dipukul. Dia mencubit daging dan terus memasukkan dengan sekepal nasi. Lu

Do, Lin Xin dan Cheng Chu makan sekali. Kali ini kembar Ha dan Huichen yang

berkawal.

Usai makan mereka semua masuk ke khemah. Hanya Lu Do, Lin Xin dan Cheng

Chu yang sambung berkawal. Tuan Ruo pula tidur di buaian yang dipasangnya tadi.

Fajar membiaskan belauan tanpa menunjukkan dirinya. Kesemua pemburu

sudah bersiap sedia. Mereka meneruskan pendakian. Matlamatnya pada sebatang

sungai di pertengahan jalan yang mungkin tiba pada tengah hari nanti. Disitu

bolehlah mandi-manda sambil mengisi botol-botol minuman yang kosong.

Setelah melintasi belukar dan tasik lumpur mereka tiba di sebatang sungai yang

jenih. Dasarnya adalah batu-batu kelikir kecil yang sejuk. Seketika anak-anak ikan

berenang riang di permukaan, kadangkala melompat-lompat.

Tuan Ruo memberi arahan agar mereka berhenti untuk berehat. Lu Do, Lin Xin

dan Cheng Chu berkawal manakala selebihnya mandi dan membersihkan diri.

Huichen pula memasang beberapa utas tali bermata kail sebagai jerat untuk ikan-

ikan.

Sepasang mata sedang memerhatikan sekumpulan pemburu yang sedang

berehat. Mata itu melihat dari kejauhan. Mata itu semakin mendekat namun tubuh

pemilik mata itu tidak kelihatan terlindung dibalik dahan yang kering.

Tiba-tiba Tuan Ruo melontar sepucuk panah keluar dari busurnya. Semua

pemburu terkejut.

Arghh.. teriak satu suara yang muncul dari balik timbunan dahan yang

kering.

Lisheng terus berlari ke arah timbunan dahan tersebut. Lu Do, Lin Xin dan

Cheng Chu tidak meninggalkna kawalan. Ha bersaudara ikut serta bersama Lisheng

sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu berlaku.

Disebalik timbunan dahan itu muncul seekor raksaksa seperti kera tetapi

saiznya seperti seorang manusia yang sudah berdarah. Panahan Tuan Ruo tepat
dirusuk sebelah kanan sehingga tembus. Raksaksa itu merangkak dengan mata panah

yang tertusuk keluar sepanjang sehasta dari tubuhnya.

Maafkan aku. Jangan bunuh aku.

Apa kamu mahu? soal Lisheng.

Aku tidak sengaja melintas di sungai ini, untuk meminum air. Lepaskan aku,

anakku mahukan ikan yang segar. Mereka masih kecil.

Tuan Ruo berjalan laju sambil mengeluarkan pisau belati. Wajah raksaksa itu

mengeluarkan raut yang takut. Seketika Tuan Ruo terus mengangkat kepala raksaksa

dengan menggenggam kuat rambut kepalanya sehingga terlihat urat tengkuk yang

tegang.

Pisau belati terus dihunuskan pada leher kera tersebut. Tingkahnya seperti ada

dendam yang tersimpan. Darah kuning pekat memancut keluar membasahi wajah

Tuan Ruo dan bajunya. Lisheng dan Ha bersaudara terkejut. Mereka tidak

menyangka Tuan Ruo begitu pantas membunuh tanpa belas kasihan pada raksaksa

yang dahaga dan lapar.

Tubuh raksaksa itu mula menghilang secara samar-samar. Darah yang basah

dan busuk tadi juga menjadi kering dan hilang.

Ha ha ha, aku menang lagi si laknat Ruo

Kesemua mereka mendongak bagi melihat pemilik suara itu. Ternyata suara itu

milik raksaksa yang dibunuh tadi sedang hebat meluncur di ranting dan dahan

bersama kepala Huichen yang terpenggal. Mereka terkejut dan cuba mengejar.

Ha.. ha.. ha.. ha.. ha.. suara tersebut hilang bersama tubuh raksaksa itu ditelan

kejauhan hutan. Kepantasan mereka tidak mampu mengejar kepantasan kera itu bila

berada di atas mergastua.

Tuan Ruo mengangkat tangan sebagai isyarat berhenti dan pulang kembali ke

sungai bagi melihat rakan-rakan yang lain. Kesemua rakan kawalan tercedera, Lu Do

masih lagi meratap nasib yang menimpa Huishen. Lin Xin cedera parah dan mungkin

terpaksa dihantar pulang manakala Cheng Chu sedang mengemaskan apa yang

patut. Dia mendapakatkan Tuan Ruo.


Kami mahukan arahan Tuan Ruo. Soal Cheng Chu.

Siapkan tempat untuk bermalam. Lisheng sediakan tempat kem. Ha

bersaudara uruskan mayat Huishen. Lu Do siapkan ubat-ubat untuk merawat diri

kamu. Cheng Chu juga sama. Aku dan Lisheng akan ubatkan kamu selepas ini.

Perjalanan esok akan diputuskan malam ini. Tegas Tuan Ruo.

Ha bersaudara mengebumikan mayat Huishen yang tidak sempurna itu.

Kemudian mereka menebang pokok disekitar untuk dijadikan tugu peringatan.

Kayu-kayu pain diukir rapi dan selebihnya dijadikan altar kecil.

Lisheng senyusun peralatan di sekitar unggun api yang marak menyala. Sesekali

memuntahkan bara yang berterbangan bila kayu tadi patah dimakan api. Udara

menjadi syahdu. Ikan-ikan tangkapan Huishen belum dimakan. Rasanya tidak

sampai hati.

Pada asalnya Lisheng mahu membuat kem bermalam yang baharu, jauh dari

sungai namun kekangan kawanan untuk bergerak. Mereka masih disungai itu

menemani jasa Huishen yang bersemadi di bawahnya.

Seketika kemudian Tuan Ruo duduk di depan unggun api. Suasana senyap

memerhatikan fajar yang kian merah warnanya.

Kawanan mula berkumpul.

Malam ini aku minta kita tinggalkan khemah. Berehat sahaja di atas pokok dan

jangan berpisah dari kawanan walau apa pun yang berlaku. Pinta Tuan Ruo.

Baik. Mereka menjawab serentak.

Siapakah tadi Tuan Ruo. Lisheng bertanya keliru.

Ruo menjeling tajam.

Itu Kera Putih. Raksaksa Kera Putih. Dia musuhku. Nyawaku hampir

melayang kerananya. Dia selalu membuat tipu daya dengan halusinasi. Memang

pengembara akan menjadi mangsanya. Kera Putih biasanya dapat buat satu bayang

yang sama dengan dirinya tetapi kini dia mampu untuk hasilkan empat atau lima.

Balas Ruo serba ringkas.

Yang itu? Tanya Lu Do.


Yang itu adalah bayangnya serta yang mencederakan yang lain. Yang sebenar

itu adalah yang membunuh Huishen.

Adakah dia akan menyerang kembali malam ini. Tanya Cheng Chu dengan

tersekat-sekat sambil mengeluarkan batuk-batuk kecil.

Mungkin tidak. Tetapi raksaksa lain akan datang. Kamu tahu, kedatangan kita

semestinya akan heboh serata gunung. Kera Putih akan hebahkan maklumat yang

diperoleh kepada raksaksa-raksaksa yang lain. Bahkan mungkin ada yang

membayarnya.

Dan kenapa Huishen dibunuh? Ha bersaudara yang pendiam kini bersuara.

Sebagai cagaran bahawa beritanya benar. Jika dapat membawa bukti baru yang

lain akan percaya.

Apakah esok kita akan teruskan perjalanan? Lisheng bertanya ringkas.

Kalian setuju untuk teruskan?

Mereka kemudian menulis perkataan rumah dan gunung untuk membuat

pilihan. Kedua-dua tulisan itu diukir pada kayu. Setiap seorang dua perkataan dan

diletakkan ke dalam sebuah bekas. Tuan Ruo kemudiannya menggongcangkan bekas

tersebut sampai keluar satu perkataan.

Rumah

Baik. Kita akan pulang dan akan sampai ke rumah.

Jika kita masih hidup. Sambung Tuan Ruo.

Bab 5

"Matahari akan terbenam sekejap sahaja lagi. Aku mahu kita siapkan senjata.

Tinggalkan semua khemah-khemah dan bawa senjata yang ringan dan mudah

dikendali. Busur dan panah pastikan berfungsi.

Semua mengangguk faham seperti sebelumnya. Bermakna mereka akan

bermalam kesejukan di atas pokok pada mala mini. Tuan Ruo seketika bepaling dari

unggun dan mengeluarkan satu botol yang dipenuhi cecair jernih.


Kita akan lumurkan pedang dan panah dengan racun ini sebagai persediaan.

Racun ini akan melumpuhkan raksaksa dalam masa tujuh detik. Gunakan masa itu

untuk panah tepat ke mata.

Mereka semua bertungkus lumus menyiapkan pertahan sebagai persediaan.

Perangkap besi juga deletakkan merata-rata sekitar kem. Kemudian melumurkan

racun pada pedang dan panah masing-masing. Usai persediaan siap, Lu Do menguis-

nguis bara api agar terus padam. Kesemua daripada mereka memanjat pokok-pokok

di sekitar kem. Diam dalam ketakutan.

Fajar sudah beradu sepi. Bulan pula terbit mengambil tugas namun sesekali

sinaran bulan purnama langsung tidak dapat menghangatkan suasana puncak

gunung.

Lisheng beberapa kali terlelap namun dia gagahkan juga. Degupan jantungnya

tidak kuat untuk memberikan haba. Sesekali dia berdiri dan membuat pergerakan

ringkas. Tiba-tiba teriakan serigala berkemundang. Bersahutan satu sama lain.

Lisheng terduduk dan berdebar-debar. Kesemua kawanan pemburu berpandangan

satu sama lain.

Dub.

Pandangan beralih melihat ke bawah. Tubuh Lu Do terdampar kaku di tanah.

Tuan Ruo turun sambal diperhatikan oleh yang lain.

Tangannya diletakkan pada tengkuk Lu Do. Sejuk dan kaku. Lu Do sudah mati

kesejukan. Ruo melihat sekeliling bagi mencari tempat bagi meletakkan mayat Lu Do.

Tubuh itu diheretnya dengan berhati-hati agar tidak terpijak perangkap besi yang

dipasang.

Dibalik sinaran bulan dan sahutan serigala, dia dapat melihat samar-samar

pergerakan dari jauh. Pantulan cahaya bulan menghasilkan sinar pada sekawan

tubuh berbulu yang sedang merangkak. Ruo segara meninggalkan mayat Lu Do

sambil berlari untuk mengambil tempat.


Ruo memberikan arahan agar bersedia menggunakan pantulan cahaya bulan

pada cermin. Kesemua mengeluarkan busur dengan mata panah tajam menghunus

keluar. Seketika kemudia suasana menjadi sepi. Sahutan serigala tidak lagi bergema.

Lisheng sudah mula penat memberi perhatian. Dia menghembuskan nafas lega.

Wafg..wafg

Sekawan serigala keluar menerkam khemah dan seluruh isinya dirobek keluar.

Serangan itu dalam bentuk kepungan dari semua arah. Andai mereka masih

bermalam di khemah nescaya mustahil bagi mereka untuk hidup.

Serigala itu terus membaham mayat Lu Do. Merobek isi perutnya dengan sekali

cakaran. Serigala yang setinggi lapan kaki itu rakus memburu dan memusnahkan

kawasan kem.

Lisheng tergamam. Panahan pertama keluar dari busur Ha bersaudara dan

diikuti oleh Tuan Ruo. Kawanan serigala itu terkejut dan mula bertindak liar berlari

ke arah pokok.

Beberapa ekor serigala tumbang akibat terkena perangkap besi. Tuan Ruo

memanfaatkan peluang itu untuk memanah serigala sampai mati. Panahan demi

panahan dilakukannya. Ada yang mengenai hidung, telinga dan mulut, tetapi

sasarannya tetap mata agar terus tembus ke otak.

Darah pekat membasahi kawasan kem. Percikan darah dapat dirasa di muka

mereka yang masih lagi memanah tanpa henti. Lisheng memanah seekor serigala

yang sedang asyik membaham mayat Lu Do. Panahan pertamanya gagal menembusi

bulu tebal serigala. Dia terus mensasarkan tengkuk serigala tersebut. Tumpuannya

terganggu disebalik tiupan angin dan bingit salakan serigala.

Anak panah kedua dilepaskan tepat mengenai sasaran. Serigala itu jatuh dan

terus pengsan. Peluang ini Lisheng gunakan untuk membunuh serigala itu.

Perang antara pemburu Huizho dan serigala masih berlaku bahkan lebih sengit.

Beberapa ekor telah tumbang menyembah bumi. Ada yang sudah lari dan melihat

dari jauh. Masih ada dalam tujuh ekor yang perlu dihabiskan.
Dibalik kekalutan itu muncul tiga ekor serigala yang lebih besar. Paling besar

seekor. Tuan Ruo melihat dengan terkejut. Tangannya serta ditukar arah. Tirus mata

panah itu dihalakan ke serigala paling besar.

Zulmaran.

Satu panah dilepaskan, namun mustahil mengena. Mata dan kaki Zulmaran

jauh lebih laju dan lincah.

Tuan Ruo, panahku telah habis. Teriak Cheng Chu di belakang. Pokok di

posisi Cheng Chu digoncang kuat oleh tiga serigala.

Pokok Ha bersaudara pula dua ekor dibantu Zulmaran. Dibawah Lisheng ada

seekor manakala dibawahnya ada tiga ekor, dua yang besar. Ruo terus menggigit

sepuluh panah manakala selebihnya dibaling kepada Cheng Chu bersama kantung

panah.

Zulmaran berlari dan melompat. Kantung panah itu digigitnya sehingga semua

anak panah di dalamnya patah. Zulmaran menoleh Ruo dengan pandangan tajam

sambil mengangkat kelopak misai kirinya menampakkan taring sehasta dan

berlumuran darah.

Ruo memandang pokok yang dijaga Ha bersaudara. Rupanya seorang telah

jatuh digoncang Zulmaran. Bahkan Ha Jia masih hidup dan merangkak di atas tanah.

Ha Jia memandang Tuan Ruo dengan mulut yang galak mengeluarkan darah. Tiba-

tiba seekor serigala yang baru tersedar dari lumpuh terus bangun dan berlari

merenggut jasad Ha Jia. Sungguh pantas masa berlalu. Tuan Ruo berpaling dan

kembali merenung tajam ke arah Zulmaran.

Cheng Chu kini diancam bahaya. Panahnya telah habis digunakan tetapi tiga

ekor serigala terus mengeluarkan bunyi dan berusaha menumbangkan pokok. Ha

Ren masih lagi dijaga dua ekor serigala. Lisheng telah membunuh serigala di

bawahnya turun memberikan bantuan.

Dia berlari ke arah mayat Lu Do. Disitu masih ada sejambak panah yang masih

belum digunakan. Beg panah Lu Do terus disangkutnya dan dibawa ke atas pokok.
Cheng Chu semakin kuat mendakap batang pokok. Zulmaran juga ada disitu.

Kebanyakan panahan dari Tuan Ruo berjaya dilibas Zulmaran. Memang Cheng Chu

akan menjadi mangsa. Lisheng dan Ha Ren berada agar terlindung dan sukar mencari

sasaran.

Pokok dakapan Cheng Chu sudah tidak mampu menahan berat lagi. Kaki pokok

itu habis dikerjakan oleh dua ekor serigala. Seekor lagi telah terbunuh.

Cheng Chu mula mengeluarkan pedang dan bersedia untuk berlawan. Dia mula

bertindak dengan memandikan dirinya dengan racun dan terus terjun serentak

dengan pokok yang tumbang itu.

Dia berdiri dalam keadaan sedia. Matanya berpinar-pinar. Segera serigala-

serigala itu mengerumuninya. Sebelah kiri, kanan, depan dan belakang dikelilingi

dengan wajah bengis serigala itu.

Tidak.. jeritan Tuan Ruo mengejutkan kesemua pemburu yang masih

mensasarkan panah-panah ke arah serigala.

Tuan Ruo mengeluarkan pedang sambil diikuti oleh yang lain. Larian mereka

dari jauh melihat sahabat mereka dibaham serigala. Kini mereka telah memilih untuk

berdepan langsung dengan serigala-serigala itu.

Tuan Ruo dan Lisheng menikam tepat pada badan serigala. Ha Ren sebagai

penghalang daripada serigala yang lain.

Satu serigala berjaya dibunuh, manakala selebihnya satu persatu jatuh

menyembah bumi. Cheng Chu hilang dibaham serigala. Racun yang dilumurkan

pada badan Cheng Chu berkesan melumpuhkan tujuh ekor serigala sekaligus.

Masa terbaik ini digunakan untuk membunuh kesemua serigala yang

kelumpuhan. Satu persatu disembelih, ditikam dan dibunuh. Darah merah pekat

membasahi muka mereka. Tubuh yang dahulunya sejuk kini hangat bermandikan

panas darah serigala. Bau hanyir memenuhi ceruk kem. Tanah juga tidak mampu

menyerap banjir darah dan menenggelamkan but kulit mereka sedalam sejengkal.

Zulmaran memandang dari kejauhan. Dia terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Pemandangan kekalahan adalah sangat sukar untuk dihadapi bagi seorang ketua.
Ternyata serigala tewas bila berhadapan dengan pemburu Huizho. Berbelanjaan

membayar Kera Putih juga dianggap merugikan. Dia terlalu memandang rendah

terhadap maklumat Kera Putih. Dia mula membuka langkah, berundur secara

perlahan-lahan.

Lisheng menyedari hal itu lantas dihalakan busur tepat ke arah Zulmaran.

Haiwan tersebut terus berlari meninggalkan kem. Lisheng mencuba nasib dengan

melepaskan panah.

Panah tersebut mengena tepat bahagian rusuk kiri dari arah belakang Zulmaran.

Haiwan itu tersungkur jatuh dan menggelepar. Lisheng segera berlari tanpa

menghiraukan Tuan Ruo dan Ha Ren yang masih sibuk membunuh.

Zulmaran menggagahkan dirinya untuk bangun. Seketika kemudian satu lagi

panah dirasakan menusuk laju ke dalam kulitnya.

Sial. Keluh Zulmaran.

Dia bangun dan terus berlari. Kedua-dua kaki kirinya kini lumpuh. Jantungnya

juga dirasakan penat. Dia mengheret kakinya yang kaku demi senafas nyawa yang

dirasakan masih panjang.

Lisheng terus berlari mendapatkan Zulmaran. Serigala sepuluh kaki tinggi itu

sudah tidak bergerak. Zulmaran melihatnya dengan putus asa.

Kurang ajar kamu. Membunuh sahabat aku. Lisheng membengis sambil

mengeluarkan pisau belati yang bersinar dek cahaya bulan.

Aku minta maaf. Lepaskan aku. Kau juga telah membunuh sahabat aku.

Jawab Zulmaran dengan mulut yang herot.

Kamu yang bersalah memasuki kawasan aku. Tujuan apa kau kesini manusia.

Tambah Zulmaran.

Aku mempersiapkan diri untuk musim sejuk. Apa tujuan kamu disini?

Kera Putih telah menceritakan kepada aku bahawa kamu datang untuk

memburu aku. Sebab itu aku disini. Mempertahankan diri.

Huishen sahabat kamu yang memberitahu. Kera Putih yang sampaikan kepada

aku.
Lisheng memandang dengan wajah yang terkejut sambil memegang ekor

Zulmaran.

Apa yang dapat aku bantu kamu wahai manusia.

Tanggalkan kulit ini daripada tubuhmu.

Baiklah, aku akan tanggalkan selepas engkau melepaskan genggaman

daripada ekorku pinta Zulmaran dengan bersungguh-sungguh.

Lisheng kemudiannya melepaskan ekor Zulmaran. Rupa-rupanya kesan racun

itu telah tamat dan Zulmaran sudah kembali pulih. Zulmaran terus melompat dan

meninggalkan Lisheng yang kehilangan kulit raja serigala.

Lisheng rasa dirinya begitu bodoh diperdaya Zulmaran. Tujuh detik berlalu,

racun hilang bisanya. Kini tubuh Zulmaran hilang disebalik bayangan hutan. Dia

melihat tangannya yang telah menggenggam ekor Zulmaran, hanya bulu-bulu

ungunya masih kelihatan.

Anda mungkin juga menyukai